۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says:
Ya!
Bila si dia tiada, ku akan menjadi resah dan gelisah.
Tanpa mu, ku tidak bisa melakukan pekerjaan yang lain dengan baik.
Tanpa mu, perjalanan hidup ku menjadi sukar sebentar.
Kerana adanya mu, mama ku akan senantiasa tersenyum.
Tetapi sekarang… kenapa begitu cepat engkau mahu berlalu pergi.
Kenapa begitu cepat engkau ingin pergi tinggalkan ku begini.
Ini bukan waktunya. Kerana aku sangat memerlukan mu.
Ya!
Si dia amat penting dalam hidup ku.
Dan kini, kerana keterpaksaan mu untuk berlalu pergi begitu sahaja.
Lidah ku menjadi kelu tidak terkata. Barangkali bulan ini takdir ku begini.
Dan dengan itu, aku kecewa. Kecewa dengan mu! Kecewa dengan keluarga mu!
Jangan pernah engkau mendekati diri ku lagi. Kerana hati ku kini benar-benar remuk oleh sikap mu yang egois.
Dulu begitu menawan menampilkan imej yang memikat hati. Kerana gaya imej mu yang hitam, aku dibutai oleh nafsu semata. Nafsu ku untuk memiliki mu secepat itu.
Kini aku kesal tiada gunanya. Akan ku gantikan mu dengan yang lebih baik kali ini. Yang sanggup setia menemani sepanjang pernafasan ku di dunia tanpa ada tukaran ganti lagi.
By the way, I’m faithful to only ONE.
Semoga aku tidak tertawan lagi dengan mu. Termasuk keluarga mu yang berlagak keterlaluan di sana sini.
Diri mu… SONY ERICSSON dengan keluarga mu MADE IN CHINA, ku kirimkan salam tanpa kerinduan lagi. Terima kasih kerana memilih untuk menyusahkan hidupku. Aku terpaksa membuang duit untuk menggantikan mu tanpa alasan yang munasabah. Baru setahun lebih diguna, sudah pelbagai masalah kau berikan. So, NO MORE SONY ERICSSON and NO MORE MADE IN CHINA. Here’s my LAST GOODBYE TO YOU. Thank you for everything.
P/s: Memang ujian bulan Ramadhan buatku. Walaupun hanya dengan kerosakkan telefon bimbit. Namun ia bisa menggugat iman ku di bulan suci ini. Astaghfirullah… Mudah-mudahan insyaALLAH ku tidak akan gunakan jenama ini lagi. Taklah bersikap takabbur. Takut kalau-kalau memang ada latest handphone yang lebih menarik, nanti terpikat lagi dan terbuta lagi oleh nafsu. Hehe. InsyaALLAH, kali ini akan ku pilih yang berkualiti. Yang bisa bertahan lama. ((=
Mana tidaknya mama suka atau tersenyum. Kerana dengan adanya telefon bimbit mama seringkali menelefon saya. Menanyakan keberadaan saya. Kadang-kala saya sempat berjenaka walaupun sesaat. Al-Maklumlah cik Siti Nabilah ni penuh dengan senda gurauan. Gemar membuat mama tercintanya mengukirkan senyuman yang lebar. Tetapi kini, sedih… Kerana tidak dapat dihubungi lagi. Selalunya balik dari kerja, pasti mama yang telefon. Kali ini tidak. Saya pulang ke rumah bersendiri. (T_T)
SONY ERICSSON mmg sensitif. Model K850i kalau baca kat tenet memang ramai orang komen. Mudah rosak. Masalah kerosakan yang sama jer yang berlaku..
Rasanya sebelum beli sesuatu henset, elok survey dulu review daripada user lain yang pernah menggunakan model tersebut di internet.
Abeeennnnnnn…..
Dan sekarang menghadapi masalah yang sama!! oOoHhhh sedeynyer sis..
Tak larat nak repair dah,sekarang guna hp lama je..
sama dengan hp sis….Warrantynya masih ada lagi,tapi dah dua kali tukar LCD yang perlu dibayar hampir RM150 sekali repair! Al-maklumlah LCD nih sebulan jerr warranty nya
Sayang seribu kali sayang…tapi nak buat cemane,sayang punya sayang, duit melayang~~~
P/s: Pssttt…nak beli model apa abeen pasni? Share la sikit…ehe…
subhan-ALLAH! sis yang sangat dirindui Abeen. barangkali hp buatan dari negara CHINA memang memberikan masalah yang serupa. ini kerana pernah terjadi satu letupan pada telefon bimbit APPLE, made in CHINA juga. lagi pula sahabat-sahabat Abeen yang lain tidak mengalami masalah sebegini rupa jika mereka menggunakan hp SAMSUNG, LG yang bukan buatan dari negara CHINA. walau bagaimana pun Abeen menganggap ini sebagai satu ujian dari ALLAH jua. mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi. insya-ALLAH, kalau ada rezeki lebih Abeen nak cuba SAMSUNG OMNIA atau LG (model apa, belum survey lagi. hehe). ((=
Al-maklumlah selama ini saya menggunakan jenama SE tidak mendatangkan masalah. ini bukan kali pertama saya menggunakan jenama ini. sudah takdir bulan ni telefon bimbit saya nak rosak kan, apa boleh buat. saya terima apa adanya. dan barangkali buatan CHINA memang tidak begitu baik. dulu telefon bimbit saya yang lama jenama SE juga tetapi tidak pernah mendatangkan apa-apa masalah. ini kerana ia bukan buatan dari negara CHINA. seperti digi cam saya yang sudah saya gunakan selama 6 tahun. sampai sekarang alhamdulillah belum mendatangkan masalah dan mudah-mudahan ia bertahan sampai bila-bila, insya-ALLAH. itu pun disebabkan ia buatan JAPAN directly. walau apa sekalipun. satu pengajaran buat saya untuk tidak membeli barangan elektronik buatan negara CHINA lagi. maaf jika ada sesiapa yang menyingung tetapi saya juga ingin memiliki sebuah barangan yang berkualiti dan bertahan lama. itu sahaja niat saya untuk membeli sesuatu barang untuk diri saya. terima kasih juga kepada abang IZO atas nasihatnya itu. ((=
Banyak sangat hp atas dunia ni. Mmg xtau yang mana satu baik. tapi kalau saya jenama csl pun dah mula mendapat tempat juga dengan function dia best jugak.
act sy pengguna setia SE tp sy prefer kpd jenis W..paling tahan lama selama 3taun..then mula face prob..tp agak ok utk hp bertahan selama waktu 2.neway mana2 hp xkira jenis apa kna check 1st ya..