Logo Background RSS

Cacat Di Dalam Hati

  • Written by MuslimahMuslimah No Comments Comments
    Last Updated: June 11th, 2009

    cacatdidalam

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Senyuman menjadi ubat yang mujarab bagi mengubati duka di hati orang yang menerimanya. Begitu juga dengan budi pekerti yang kita pamerkan dapat merapatkan lagi silaturahmi antara sesama muslim.

    Namun, dalam kehidupan harian ku, kekurangan dalam budi pekerti seringkali menjadi dendangan irama dan lagu di telinga ku ini. Malah senyuman itu bisa membekaskan luka di hati ku. Manusia senang berbicara, mudah mengungkapkan kata-kata manis bahawa itu semua hanyalah lumrah manusia di dunia. Tidak! Kenapa dan mengapa hati ku yang menjadi pilihan pedang tajam lidah manusia yang tidak bertulang itu? Mengapa jiwa ku yang sering menjadi tawanan si pengukir luka yang hebat? Oh Ya Rabb… Bagaimanakah lagi jalan untuk aku bersabar dengan setiap rintangan yang aku lalui. Apa aku terlalu lemah dan sangat dhoif di hadapan-MU Ya ALLAH? Sehinggakan aku tidak kuat lagi untuk menghadapi ini semua lagi. Kata para soleh dan solehah… Untuk diri mendekatkan lagi kepada-NYA, derajat kesabaran harus dipertingkatkan. Ini kerana ujian ALLAH itu adalah nikmat. Terlalu nikmat sehinggakan kadang-kala kita tidak lagi ditinggalkan walau setitik air mata untuk menangisinya. Oh Tuhan ku Ya Rahman, Ya Rahim, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang menakluki jiwa ku ini, andai ini ujian datangnya dari-MU, akan ku mendidik jiwa ku untuk lebih bersabar dan bertenang dalam melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak duri. Mudah-mudahan sahaja aku, hamba-MU disuluh cahaya keimanan yang kukuh dan cahaya ketenangan yang abadi di hati.

    Menyusuri Waktu
    Euis Srimulyati

    Aku… berdiri tegak dalam diam
    Aku… yang bertanya dan tidak ada jawapan
    Aku… menghela nafas sedalam-dalam
    Dan… Ku lakukan semuanya dengan segala kemampuan

    Perlahan-lahan kaki ku melangkah
    Ku bertanya dalam nafas ku yang lelah
    Ku mencari-cari jawapan dalam gundah
    Tetapi… aku tetap tidak mahu kalah

    Lembaran perjalanan yang ku lalui
    Seakan tiada memberi erti
    Aku ingin menerangi bumi
    Tetapi ternyata hanya sudut kecil yang tersinari

    Oh… begitu kerdilnya hamba
    Walau ku berlari sekuat tenaga
    Tetapi seakan tidak bermakna
    Aku terkulai tidak berdaya

    Kemana aku harus berlari?
    Kemana aku harus sembunyi?
    Aku menangis dan merenung sendiri
    Bagaimana memerangi jahili yang semakin tidak bertepi???

    *~*Extra Expression from: Musleemah*~*

    Aku melihat saat kejujuran telah jauh berlari pergi
    Meninggalkan aku sendiri di sini
    Dalam keadaan yang begitu sepi sekali
    Apakah aku masih juga harus terus-terusan menangisi nasib diri???

    Aku tidak pasti…

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Niat di hati ingin mengarang novel, tetapi apakan daya, cerpen pun belum lepas. Semangat sahaja berkobar-kobar, tetapi kelihatan tidak tergapai untuk merealisasikan karangan novel ku sendiri. Insya-ALLAH suatu hari impian ku akan menjadi kenyataan.

    Hujan malam tiada berhenti
    Sunyi gelap tiada berbintang
    Gelap malam bagai diriku
    Tiada siapa yang tahu

    Kisah sedih telah berlaku
    Tak ku ingin terjadi lagi
    Dalam hidup penuh cabaran
    Tabah hati melanda duri

    Kini aku gembira
    Ku disayang ku dimanja
    Sungguh aku bahagia
    Hidup penuh keriangan

    Hanya doa padamu Tuhan
    Lindungkanlah dari bencana
    Hidup makmur sepanjang masa
    Penuh restu sejahtera selalu

    Iaitu impian menghasilkan sebuah Novel Kisah yang Lalu. Oops! Tajuk & lirik lagu dah ada, cerita pula belum ada. Heee =D Sebenarnya, kisah yang di atas ini bukanlah berlandaskan emosi semata. Itu cuma hiasan blog rediesh malam ini. (=

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: