Logo Background RSS

Benarkah Aku?

  • Written by Muslimah No Comments Comments
    Last Updated: October 9th, 2008

    Sahabat, jika kita merasa telah berbuat atau menebar manfaat dan yang paling banyak beramal maka patutlah kita bertanya dalam hati siapakah yang menjadikan kita dapat mengerjakan semua kebaikan-kebaikan tersebut?

    Saudara yang dirahmati ALLAH, jangankan kita menolong orang lain, sekadar menggerakkan jari pun apabila ALLAH tidak mengizinkan maka kita tidak juga bisa berbuat apa-apa.

    Dengan itu, sebanyak apa pun amal sholeh kita, tiada lain itu adalah anugerah ALLAH yang tidak terkira besarnya.

    Subhan-ALLAH! Selayaknyalah kita bersyukur atas kesempatan untuk beramal kerana belum tentu kesempatan berbuat baik itu kita dapatkan lagi esok hari.

    Saudaraku, seandainya kita telah menyadari bahawa kemampuan itu milik ALLAH maka janganlah kita menyombongkan diri dengan merasa telah banyak melakukan amal. Tidak sedikit orang yang berbuat kebaikan, tetapi ia membakar pahalanya sendiri dengan riya’, sombong dan gemar dengan pujian. Akhirnya apa yang dikerjakannya tidak memberikan manfaat, baik untuk dirinya mahupun orang lain.

    Saudaraku, selagi kita masih bisa melakukan kebaikan maka bersyukurlah! Lakukanlah hanya untuk mengejar redha-NYA dan apa pun amal sholeh yang pernah kita lakukan, lupakanlah! Carilah kembali apa yang belum kita kerjakan selagi kita dapat mengerjakannya. Ingatlah, waktu kita untuk menebar manfaat hanya sekejap, jangan kita sia-siakan.

    Dunia adalah arena perjuangan bagi kaum beriman. Beruntung atau merugikah kita pada kehidupan yang panjang nanti bergantung bagaimana kita hari ini. Jangan biarkan kita menangis dan menyesal di hari nanti; tiada lagi pertolongan. Berbuat baiklah mulai  hari ini!

    Ada harap yang tertawan
    Galau rindu kian menggebu
    Pada-MU wahai ILLAHI RABBIku

    Langkah demi langkah terayun sudah
    Walau hati berkabut resah
    Ku bertanya dalam gundah
    RABBI…, bahagiakah ENGKAU?

    Kembali lautan cemas menyelimuti
    Dalam esak ku berlari pada-MU
    Hamba berbuat tiada lain untuk-MU
    Dan tiada kemampuan selain dengan izin-MU

    Wahai RABBI yang ku rindu
    Di mana dan ke mana ku ingin selalu bersama-MU
    Saat kehidupan yang akan berlalu
    Daku tidak ingin yang lain, selain senyuman-MU

    Bisikan Nurani daripada Euis Srimulyati (:

    P/s: Ingin sekali aku mendapatkan hadiah sebuah buku daripada penulis yang sama: Menjadi wanita idaman, Agar menjadi wanita paling bahagia. Ada sesiapa yang dapat memberi informasi dimanakah buku-buku ini dijual di Singapura? ):

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: