Ayat-Ayat Cinta
-

Musleemah says: Kita semua sedia maklum dengan perfileman mahupun novel terlaris di Indonesia, Malaysia dan juga Singapura. Tidak lain dan tidak bukan ia merupakan sebuah kisah Ayat-Ayat Cinta. Subhan-ALLAH! Tidak dapat ku nafikan betapa indahnya setiap kata-kata daripada karya seorang yang termasyhur, Habiburrahman El-Shirazy. Lewat puisi dan sajaknya yang cukup bermakna mampu menusuk sehingga ruang hati yang paling dalam.
Ingin sekali ku mengambil kesempatan ini untuk mengulas sedikit sebanyak tentang perbezaan antara novel dan perfilemannya. Memang tidak diragukan lagi bahawa kisah Ayat-Ayat Cinta ini lebih menarik diperhatikan melalui tulisan di novel, tetapi bukan lewat perfileman. Ini kerana apabila mata memandang antara lelaki dan wanita yang bersentuhan bukan muhrimnya di dalam filem itu, membuat hati tidak terpanggil sepertimana yang dilakukan menerusi novel. Apabila berkesempatan untuk menonton, hati ku menjadi tawar. Malah sedikit kecewa melihat perwatakkan mereka yang sedikit sebanyak sudah berbeza dari watak yang diimaginasikan oleh akhi Habiburrahman El-Shirazy.
Mungkin dari sudut pandangan ku saja. Walau bagaimanapun, mudah-mudahan perfileman seperti ini mampu menggamit jiwa insan untuk terus-terusan mendekatkan diri kepada Ya Rabb… Dan mudah-mudahan ia bisa diperbaiki ke arah yang lebih baik. (=
Some words taken from Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah: Kita bisa membentuk cinta yang abadi lagi hakiki. Seandainya rasa cinta di hati, kita pupuk ia ke arah dan sinar yang lurus. Insya-ALLAH ia pasti akan membawa pada pengekalan abadi jua. Selagi usia dikandung badan. Selagi jiwa merantai hati. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang mata untuk melihat, tetapi mengapa ALLAH hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Ini kerana ALLAH memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya…
Subhan-ALLAH! Itulah keindahan cinta yang suci lagi abadi.




April 3rd, 2009 at 12:20 am
MAY ALLAH convey Ur message to all MUSLIM Brothers & Sister.
AMEEN