1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..
2. Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
I visit this site many time ,Try my best learn something from this site.But unfortunately I don’t know Malaya Language.Is there any solution of this problem Or this site is only of Malaya Brother and Sisters.
Thanks
Musleemah says: I felt appreciated that you did spent some of your precious time visiting my world of rediesh. Even though you have noticed about all the language almost written in malay. Akhi Mahboob Awan, I wanted to apologise for not having 100% english article updated here. Because I’ve been starting blogging with Malay articles at first. So it continues remain that way. 2ndly is because I have found out there’s many many malay and indonesian readers than any other races. 3rdly, very simple – Cause I am purely from malay family. At first I thought I shouldn’t put aside my own lang after learning a lot of english grammar here and there. But then, I felt something wrong. Perhaps I should spread along this beautiful virus of Islam towards everyone in this world with one and only lang – English. But again… Not now. Cause I need a brand new blog for my English Version. So that I won’t mix around english and malay articles here. Hopefully you’ll understand my situation regarding this. Thank you akhi for asking. I think you should travel a lot to other musleem friends blogger in this world of internet. Insya-ALLAH you’ll be meeting with a very superb blog about Islam. I’ve seen a lot though! (=
along lak suka baca dalam bahasa melayu sebb x fasih english. musleemah dah lama x ziarah alg kat alongwairnazz.wordpress.com
Musleemah says: Insya-ALLAH Along. Jika ada masa yang terluang, saya akan lungsuri dunia blog Along itu. (=
Thanks 4 reply,its Fine .INSHA -ALLAH i will learn Malay.
salam muslimah..
)…erm cume sye kadang2 ada rasa tidak tenang hati apabila berada dalam 2 keadaan nie pertama biler teringat kisah2 lama…kedua biler pressure mase kerja…muslimah ada x tips2 untuk mengatasi kedua2 masalah nie…
bagus sekali informasi ini…erm tipulah klau sye kate sye terhindar dari semua 9 perkara tersebutkn (ade tapi ter kawal
Musleemah says: W’salam. Jujur saya katakan, saya tidak mempunyai sebarangan tips bagi penawar penyakit 9 perkara tersebut. Ubat yang paling mujarab bagi saya adalah dengan bacaan Al-Qur’an. Dan selain itu, saya akan membaca buku-buku Islamic seperti La’ Tahzan (Jangan Bersedih) dan sebagainya. Buku-buku Islamic juga mengandungi begitu banyak ilmu-NYA. Insya-ALLAH, dengan segala usaha ini, ia bisa mengatasi penyakit-penyakit yang tertanam dalam jiwa ukhti/akhi akira. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa berada dekat di jiwa ukhti/akhi akira. Allahumma Ameen. (=
alhamdulillah, rasa sangat2 terharu dengan semangat iltizam dari sahabat saudara muslimah kita sendiri dalam menyebarkan tentang isu-isu berkaitan dengan islam, teruskan usaha ini moga2 diberkati dan dirahmati dari-Nya..jarang sekali dapat melihat blog2 yang memaparkan tentang islam disebabkan kurangnya kefahaman yang mendalam tentang kecintaan pada Illahi, kini lebih banyak blog yang mengutarakan soal cinta manusia berbanding yang hakiki..