Biar beradab, terutama di tempat awam.
-
Musleemah says: Rindu pula dengan bicara kata atau pesanan daripada Nenek kesayangan. Hehe. Terima kasih Nenek atas nasihat dan pesanan Nenek itu yang acap kali tidak pernah jemu memberi kata-kata hikmah kepada kami semua. (=

Nenek selalu dengar daripada anak buah, saudara-mara dan kawan-kawan yang sering naik kereta api MRT tentang ‘pemandangan’ yang tidak menyenangkan.
Kata mereka, perbuatan sesetengah penumpang MRT itu, terutama orang-orang muda dan remaja, menyakitkan mata.
Tanpa segan-segan silu mereka berpeluk-peluk, berciuman dan meraba-raba pasangannya.
Meluat betul aku tengok. Macam dah tak ada tempat lain nak bercium dan berpeluk. Depan-depan aku dan penumpang lain dia berasmara. Macam nak muntah aku tengok,
celoteh si Joyah, jiran Nenek yang memang sering naik kereta api MRT.
Yalah… zaman kentut wangilah tu, sebab tu dia orang begitu kemaruk. Nanti kalau dah bergaduh, taklah lagi mereka buat semua itu,
kata Nenek.
Itulah budak-budak sekarang… bila bermata air saja, dia ingat dah dapat lesen nak raba-raba, nak pegang-pegang mata air tu… Nanti kalau dah tak nak, dia tinggalkan saja. Kesian si perempuan… dah diraba-rabanya, ditinggalkan begitu saja. Kalau ada lelaki lain jadi mata air dia nanti, rugilah sebab si perempuan itu dah teruk,
kata Joyah dengan nada geram.
Betullah kata Joyah tu. Nenek tak nafikan. Budak-budak sekarang ini macam mudah sangat digoda. Baru kenal dah ‘mesra’ semacam… sampaikan tak ada segan silu apabila bercumbu-cumbuan dalam MRT ke… perhentian bas ke… tepi jalan ke…
Hai… apa nak jadi budak-budak ini?
Kalau sudah di depan awam mereka tak segan silu berbuat sumbang, apatah lagi kalau di tempat tersembunyi ya!
Cakap pasal perbuatan sumbang dalam MRT ni, seorang anak buah Nenek yang pernah tinggal kira-kira dua tahun di Kuala Lumpur kerana tugas, memberitahu adanya papan tanda peringatan di dalam kereta api mengingatkan penumpang tentang pelbagai perkara.
Antaranya ialah peringatan tentang larangan makan dan minum, jangan membawa binatang dalam kereta api dan jangan merokok.
Paling menarik ialah adanya papan tanda mengingatkan penumpang tentang larangan berkelakuan sumbang – satu perkara yang memang sering kita lihat dalam kereta api MRT di sini.
Haa… lihat tu. Terang-terangan papan tanda itu mengingatkan. Jadi, apabila budak-budak muda ini nak romance, tentu tak jadi apabila terpandang papan tanda peringatan itu.
Tapi itu yang ‘ada baca’… mereka yang ‘takda baca’… tak kisah. Mereka tak peduli. Mereka tetap berkelakuan sumbang depan awam.
Nenek cukup tertarik dengan cara itu. Baik sekali sebagai satu peringatan kepada mereka yang cuba berbuat tak senonoh.
Apa kata jika pihak SMRT di sini juga berbuat demikian. Pasanglah papan tanda sedemikian bukan saja di dalam kereta api, bahkan di stesen-stesen kereta api, atau di tempat-tempat awam, termasuk di pusat-pusat membeli-belah.
Ini satu cara ‘lembut’ dalam menggalak mereka agar tidak berbuat demikian.
Kalau dah terpampang papan tanda begitu, mereka buat juga… itu maknanya mereka itu memang jenis tak tahu malu!
Budak-budak kecil yang melihat perbuatan mereka tentu saja memerhatikan apa yang dilakukan…
Alahai… apa nak jawab kalau budak-budak itu bertanya.
Cucu aku yang berumur empat tahun tu tanya kenapa girl dengan boy tu cium-cium? Aku jawab, dia sayang adik dia,
cerita Joyah yang ketika itu membawa cucunya yang berusia empat tahun naik MRT.
Isy… isy… isy… berbohong pulak si Joyah dengan cucunya.
Kalau Nenek pun, Nenek tak tahu nak jawab apa…
Hai… mudah-mudahan remaja atau sesiapa saja tahulah jaga adab, terutama ketika berada di tempat awam.





April 9th, 2009 at 7:37 am
Salam Abeen…
lama tak ziarah umah Abeeen ni…meriahnya…
Babay baru kak dila namanya Adam Daniel. Dah masuk 3 bulan dan beratnya dah mencecah 2.8kg. Syukur Al-Hamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..
Kak Dila doakan kehidupan Abeen juga berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah
Musleemah says: W’salam ukhti Shahdila ku yang berwajah ayu. Adam Daniel sebuah nama yang istimewa, hadiah daripada seorang ibu yang penyayang. Syukur Alhamdulillah setelah mendengarkan keadaan anak sis yang semakin baik. Semoga senantiasa dalam jagaan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Allahumma Ameen.
Shukran jazillan atas doa sis itu. Begitu juga dengan Abeen di sini, akan turut mendoakan semoga segala kebaikan dan kemudahan akan dikaruniakan oleh ALLAH jua. Insya-ALLAH. Ameen.
Subhan-ALLAH, Abeen amat merindui sis. (=
April 9th, 2009 at 9:50 am
mumtaz….blog
Musleemah says: Shukran akhi/ukhti Ilham Mustafa. Segala pujian hanya bagi ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Usai usaha, saya bertawakal hanya pada ALLAH. Semoga setiap apa yang telah saya sampaikan lewat dunia blogging ini menjadi cahaya yang akan menerangi bumi dan seisinya, Ameen Ya ALLAH Ya Rabbal ‘Alameen. Ya ALLAH, redhailah usaha hamba-MU yang dhoif ini. Billahi TaufeeQ wal Hidayah. (=
April 13th, 2009 at 7:54 am
semoga kita semua terlindungNya daripada semua gejala yg tidak bermoral ini…Amin..