Berayalah tetapi jaga tatasusila…
-
Oleh sebab kita masih lagi dalam bulan Syawal, Nenek rasa ada baiknya jika Nenek
cakap lagi pasal Hari Raya. Apa yang Nenek nampak, sampai hari ini pun, masih ramai daripada kita yang beraya… maklumlah, ramai yang tunggu sampai anak-anak selesai peperiksaan barulah nak berjalan Raya.Yang muda remaja pun tidak kurang juga. Malah, Ahad lalu, ketika Nenek berjalan Raya ke rumah salah seorang anak buah Nenek, ternampak pula sekumpulan anak muda, ada yang berpasangan, berjalan Raya. Cuma bezanya, mereka ini naik motosikal. Bukan main ramainya… ada sekitar 20 buah motosikal. Dan ini memang sudah biasa dilihat pada tahun-tahun lalu.
Yang menariknya, semuanya memakai baju Melayu berwarna-warni. Nenek cukup bangga apabila melihat anak-anak muda kita, terutama apabila beraya, memakai baju Melayu. Cantik, sopan dan menarik. Tetapi ada juga yang tidak menariknya… mereka ni naik motosikal dengan pemboncengnya wanita.
Bukan apa… maklum sajalah… Nenek ini kan orang tua. Kadang-kadang mata orang tua ini tengok sesuatu yang kurang sedap dipandang, rasa lainlah…
Tegur salah, kalau tidak tegur lagi rasa bersalah.
Nenek yakin hampir semua yang membonceng bukan isteri si penungang… tetapi mata air mereka, tunang atau setakat kawan biasa. Tetapi lagaknya macam suami isteri… Faham-faham sajalah kalau naik motosikal tu… tubuh si penungang dengan pembonceng bagaikan melekat… macam ada gam gitu.
Wahai anak cucu semua, tidak eloklah ya kalau begitu. Awak tu bukan suami isteri. Haram tau kalau gitu! Ada pula yang kata, mereka dah bertunang… yang dibonceng tu pun tunangan sendiri, bukan tunang orang…
Tetapi ingatlah cucu semua… bertunang bukan pasport untuk ‘melekat’ termasuk di atas motosikal ya! Dahlah gitu. Si wanita pula kalau pakai kain, apabila naik motosikal kain diangkat sampai nampa paha… isy…isy…isy… Malulah Nenek tengok macam tu.
Lagi satu, kalau dah beramai-ramai vroom sana, vroom sini… bahaya tau!
Biasanya, kebanyakan Mat Motor ni… kalau dah beramai-ramai macam berlumba-lumba… apabila membelok, mereka buat corner baring… kalau bawa motor bukan main laju lagi… kata orang macam pelesit!
Isy… Nenek takut betul apabila nak menyeberang jalan, ada motor yang bergerak laju… takutlah kalau kena sodok dek motor tu…
Jadi, pada hari baik bulan baik ni, Nenek sebagai orang tua ingin sekali nasihatkan anak cucu yang naik motosikal, hati-hatilah ya. Berayalah, ia memang baik untuk memupuk silaturahim. Tetapi ingat-ingatlah sikit… jagalah tatasusila, jagalah adat dan jagalah keselamatan. Mudah-mudahan semua berjalan dengan baik.

Bisikan Nurani Muslimah: Isy… dah bertunang tidak bermaksud halal dan bebas. Kalau IYER jadi bernikah, kalau TIDAK? Tidakkah kita sebagai wanita merasa rugi besar? Jika kita dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik, tidakkah kita ibarat menipu bakal suami itu? Tidakkah kita merasa bahawasanya bakal suami itu akan merasa rugi mendapatkan kita yang telah bebas bergaul dengan lelaki-lelaki di luar sana? Mestilah selalu beringat kerana ada yang melihat. Wanita… janganlah dikau meletakkan harga diri begitu rendah sekali. Menjatuhkan martabat dan derajat maruah dalam dirimu itu. Seharusnya dikau perlu menanamkan sifat malu pada diri sendiri. Dan sesungguhnya MALU itu adalah IMAN. Wallahu ‘alam bisowob…




October 16th, 2008 at 8:32 am
Raya dah nak abes laa…
October 16th, 2008 at 8:47 am
Kat Singapore belum habis-habis lagi. Mungkin sambung sampai Hari Raya Haji kutt? Berghayerrrr memanjang. Maklumlah harga minyak dah turun tapi harga barang lom lagi.