Logo Background RSS
  • Peranan Ulama’ Dan Jati Diri
    By on March 30th, 2007 | 8 Comments8 Comments Comments

    Kehilangan jati diri agama umat Islam akan menyukarkan umatnya melaksanakan ajaran mereka. Ini diramalkan oleh Rasulullah S.a.w sejak lima belas abad lalu yang maksudnya: “Akan datang kepada umatku satu zaman apabila orang yang berpegang kepada agamanya diibaratkan seperti menggenggam barah api.” (Hadiths riwayat – Tarmizi)

    Hadiths tadi jelas bahawa siapa yang ingin mengamalkan ajaran agama dalam zaman yang sangat mencabar terpaksa mengalami kesusahan dan tentangan hebat. Jika dia tidak bersungguh-sungguh mendapatkannya, nescaya terlepaslah ia daripada genggamannya.

    Ini disebabkan suasana dan sekitaran yang sukar baginya menunaikan kewajipan agamanya, Menyebabkan kefasikan. Umat islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agama dan sukar mendapat kemudahan. Hayati maksud firman Allah: Dia telah mengsyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nabi Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. (Asy – Sura: 13)

    Ayat tadi jelas menyeru kita agar berpegang teguh pada agama dan melarang kita daripada berpecah belah. Ketika inilah jati diri kita terhakis dalam bentuk menjauhi agama, saling bermusuhan dan bertelingkah sesama sendiri. Dalam ayat lain, Allah berfirman: Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Sura Al – Anam: 162)

    (more…)

  • Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat
    By on March 25th, 2007 | 4 Comments4 Comments Comments

    KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

    Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

    KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

    KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

    KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

    KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

    Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

    “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

    Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

    Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

    Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

    Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

    Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

    Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

    Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

    Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

    “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

    Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

    Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

    Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

    Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

    ‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

    Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini (more…)

  • Pantang Wanita.
    By on March 23rd, 2007 | 1 Comment1 Comment Comments

    Adam… Usah bermegah sebab Hawa MENYAMPAH! Kaum lelaki ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:

    Wanita bingit apabila lelaki…

    > Suka menyampuk
    Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

    > Memerintah
    Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’, ‘angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’

    > Bergurau kasar
    Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”

    > Cepat Berang!
    Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

    > Cakap besar
    Sikap lelaki yang suka ‘syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

    > Suka mengawal
    Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

    > Ego sebesar gajah
    Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri. (more…)

  • Cakap Salah! Tak Cakap Pun Salah?!?
    By on March 14th, 2007 | 2 Comments2 Comments Comments

    Dalam menjalani tugas seharian, saya menemui ramai remaja Melayu Islam yang telah terlanjur mengadakan hubungan #### di luar nikah. Ramai yang hamil gara-gara #### tanpa perlindungan. Ada yang datang untuk mencari jalan keluar mudah bagi menerusi proses pengguguran. Ada yang berhajat untuk menggugurkan kandungan, tetapi didapati sudah terlewat kerana usia kehamilan sudah lanjut.

    Ada yang datang bersendirian dan ada pula yang datang dengan pasangan dan ibu bapa. Ada yang dalam berkeadaan sedih, kecewa dan kesal. Ada pula yang bersikap tidak kisah dan tidak ambil peduli. Ada yang tampil dengan berpakaian yang sopan dan bertudung. Ada pula yang cukup bergaya dengan pakaian serba modern dan seksi, mendedahkan tatu yang menghiasi tubuh.

    Walaupun saya adalah antara doktor pakar perbidanan yang tidak melakukan proses pengguguran, saya tidak terkecuali daripada tanggungjawab untuk menguruskan wanita-wanita hamil yang meminta untuk menggugurkan kandungan mereka. Biasanya saya setakat menemu bual wanita-wanita berkenaan dan tugas pengguguran akan saya serahkan pada rakan sekerja yang sanggup melakukannya. Sewaktu saya mula bertugas dalam bidang perbidanan, saya berpendirian tegas dan mempunyai semangat jitu untuk berusaha mengatasi masalah-masalah seperti pengguguran, kehamilan luar nikah, #### di kalangan remaja, dan jangkitan kelamin dan kegiatan #### rambang. (more…)