Logo Background RSS
  • Jaminan Islam untuk kemanusiaan
    By Muslimah on December 15th, 2007 | No Comments Comments

    Islam terus terpelihara hingga ke akhir zaman. Demikianlah janji Allah SWT. Ia bukan suatu agama baru, malah telah wujud sebelum adanya cakerawala ini.

    Sejarah membuktikan bagaimana usaha para Nabi dan Rasul telah cuba dihalang oleh tokoh-tokoh besar seperti raja Mesir (Firaun) yang cuba mengatasi kekuasaan Ilahi 4,000 tahun lalu.

    Ratusan ribu anak lelaki yang lahir dibunuh dan kaum wanitanya dibiarkan hidup sengsara tanpa pembelaan.

    Hati para ibu yang melahirkan begitu terseksa akibat kezaliman Firaun. Namun, ancaman mimpi yang cuba dihindari Firaun itu datang dengan sendirinya, dihantar oleh kuasa alam. Air Sungai Nil yang lembut mengalir telah mempersembahkan kepadanya seorang putera yang bakal menggulingkannya.

    Itulah Nabi Musa as yang kemudian menjatuhkan pemerintahan Firaun dengan kuasa Allah SWT. Banyak lagi kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran mengenai bagaimana seorang raja atau sesuatu kaum yang cuba melenyapkan keindahan Islam. Namun mereka dilenyapkan Allah dalam keadaan yang terhina.

    Raja Abrahah dari Habsyah telah cuba merobohkan Kaabah tetapi tumpas di tangan ababil (burung). Kaum Nuh tenggelam oleh air bah, kaum ‘Ad iaitu umat Nabi Hud dihapuskan daripada muka bumi ini dengan tiupan angin kencang. Kaum Tsamud, umat Nabi Saleh, juga mengalami nasib serupa.

    Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki nescaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu daripada keturunan orang-orang lain.” (Al-An’aam: 133)

    Ternyata bahawa agama ini mempunyai penjaga dan pengawalnya yang teragung sedang manusia pula tidak berupaya melakukan sesuatu. Yang boleh dilakukan ialah menjadi pemerhati dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa-peristiwa dahsyat dan menggerunkan.

    Ketahuilah setiap umat yang diciptakan Allah mempunyai ragam tersendiri dan untuk mereka itu diutus pula nabi dan rasul yang sesuai dengan keadaan mereka.

    Kebiasaanya, tempat-tempat yang diturunkan para rasul ini merupakan tempat yang banyak pergolakan yang sukar diatasi oleh manusia biasa. Menurut sejarah, daerah Asia Tenggara boleh dianggap kawasan aman. Atas faktor ini, mungkin segelintir sahaja para Nabi dan Rasul yang diutuskan ke daerah ini.

    Jika dikaji, kebanyakan para Rasul, pembesar dan solihin wujud di daerah Timur Tengah. Setiap nabi yang diutus amat sesuai dengan keadaan kaum itu sendiri.

    Contohnya, Nabi Musa as diutus dengan keistimewaan mukjizat untuk menginsafkan kaumnya yang begitu ahli dalam sihir dan silap mata. Nabi Daud as pula diutus dengan mukjizatnya yang berupa kekuatan melenturkan besi dengan tangannya. Beliau juga yang mula-mula mencipta baju besi yang digunakan dalam peperangan. Keadaannya begitu sesuai dengan suasana kaumnya yang terdiri daripada umat yang gagah dan tangkas berperang.

    Nabi Muhammad SAW pula diutus untuk kaum Arab dan umumnya bagi seluruh alam termasuk alam jin dan ghaib. Pada zaman ini, tiada lagi Nabi dan Rasul. Namun, pewarisnya ialah golongan Ulama’, termasuk solihin, yang berjuang memelihara kesucian Islam.

    Umat Islam senantiasa perlu menyebarkan salam (amalan sejahtera) kepada kemanusiaan sejagat dan menjadikan diri mereka umat contoh.

    Oleh: Mohd Yusop Hassim

  • Makhluk Jin ini siang-siang buta dah keluar?
    By Muslimah on December 13th, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Pada pukul 11+ malam seseorang telah melihat sesuatu berterbangan dari sebuah sekolah berdekatan dan hinggap di sebuah pokok apabila keretanya berhenti di salah satu trafik. Dia telah berjaya memetik gambar ini dengan menggunakan telefon bimbitnya apabila dia menyuruh sedaranya untuk membawa kereta dengan perlahan. Masih tidak percaya dan ingin ambil tahu di mana ia terjadi? Di salah sebuah Blok di Tampines. Selalunya terdapat ramai budak remaja berkumpul di tempat permainan kanak-kanak itu. Namun pada waktu itu, ia kelihatan sepi dan tiada satu pun remaja yang berada di situ. Kejadian ini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini. Maklum sahajalah ia baru juga terjadi pada hari malam Rabu, 21 bulan November tahun ini.

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Komen yang diberi oleh si pemetik gambar ini:

    “make ur own assumption…i saw wat i saw n my cam don’t lie. it’s no trick photography…it’s 100% genuine!”

  • Ratu Muslimah
    By Muslimah on December 11th, 2007 | No Comments Comments

    Masyarakat Muslim Republik Tatarstan Rusia baru saja menyaksikan perlombaan yang baru pertama kali dilakukan Photo Sharing and Video Hosting at Photobucketmereka, yakni pemilihan ratu Muslimah, terkait komitmen agama, moral dan wawasan Islamnya. Dalam kontes ini, tercatat 8 orang finalis yang seluruhnya mengenakan jilbab. Mereka mengadakan kontes ini di masjid raya di kota Qazan, ibukota Tatarstan, dan hanya boleh dihadiri oleh kaum wanita saja.

    Menurut panitia kontes kepada Islamonline, acara ini mencakup perlombaan hifzul quran dan berbagai perlombaan ilmu dan kebudayaan Islam. Semuanya tertuang dalam pertanyaan pertanyaan yang disampaikan kepada para kontestan. Acara ini juga terkait dengan perlombaan perancang busana Muslimah.

    Pada awalnya, kontes ini diikuti sekitar 56 orang muslimah dari berbagai usia. Akan tetapi hanya 8 orang saja yang terpilih menjadi finalis. Dan akhirnya, kontes ini hanya diikuti oleh Muslimah yang bersia antara 15 hingga 19 tahun. Pemenang kontes ini adalah Daylar Shadiqova, muslimah berusia 17 tahun, dan ia dinobatkan sebagai ratu Muslimah Tatarstan atau Miss Muslimah. Daylar masih duduk di bangku SMU dan tinggal di wilayah Negney Kamsk, sisi barat Tatarstan.

    Menurut Saidah Abacova, ketua dewan juri kontes ini, “Pemilihan ratu Muslimah itu dilakukan berdasarkan sejumlah masalah prinsipil, terkait moral Islam dan pengetahuan agama.” Selain itu, acara ini juga bertujuan untuk menampilkan jilbab secara lebih terhormat karena para muslimah itu juga mempunyai pemikiran yang baik lalu bisa mendorong mereka yang belum berjilbab untuk memakai jilbab.

    Tatarstan sendiri adalah negara Republik kecil yang berada di sebelah utara Russia. Tatarstan, biasa diberi julukan sebagai “Eropa yang Islam.” Negara yang memiliki masjid termegah di Eropa ini, Meski berada di Kawasan Eropa yang mayoritas menganut sekuler, tapi kaum Muslimahnya mayoritas mengenakan pakaian yang menutup aurat. (na-str/iol)

    Sumber: Era Muslim

  • Bersegera bendung salah laku belia kita
    By Muslimah on December 3rd, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Jumlah kes yang melibatkan belia Melayu bergaduh setelah berseronok dengan meminum arak di tempat hiburan hingga ke waktu subuh kian ketara.

    Ada antara mereka yang cedera parah dan terbunuh. Ia satu masalah sosial yang memalukan dan mencabar imej masyarakat kita. Banyak persoalan yang perlu diberikan jawapan jika kejadian seperti diteliti dengan jujur. Perubahan sikap di kalangan belia juga harus menjadi keprihatinan setiap anggota masyarakat, kerana keadaan seperti ini amat jarang berlaku pada dekad-dekad yang lalu.

    Kita juga tidak seharusnya meletakkan kesalahan pada persekitaran semata-mata. Cabaran akan bertambah hebat pada masa akan datang dengan terbitannya pusat peranginan bersepadu (IR), jika usaha tidak dilakukan untuk menyedarkan seluruh ibu bapa dan menyiapkan mereka dengan kemungkinan yang akan berlaku. Menunggu sehingga masalah berlaku dan memikirkan huraiannya adalah satu pemikiran lapuk.

    Melakukan kekerasan terhadap orang lain apatah lagi membunuh atas apa alasan sekalipun, tidak dapat diterima. Mencedera atau membunuh adalah satu kesalahan di sisi semua agama dan undang-undang. Mereka yang merusuh boleh dihukum penjara dan sebat dan mereka yang membunuh boleh dihukum mati.

    Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah, demikian juga hubungan sesama manusia yang ada kalanya menyebabkan kemarahan, terutama para remaja yang melanggani tempat hiburan, ditambah dengan pengaruh arak yang ditogok. Kerana punca yang kecil menyebabkan mereka bertindak ganas dan liar tanpa memikirkan akibat tindakan mereka.

    Mereka yang hanya mengikut perasaan, menyangka kekuatan kumpulan boleh membelasah dan menakutkan kumpulan yang lain, adalah peraturan rimba dan hanya menjadi cara hidup binatang buas yang bertindak mengikut naluri (instict), sedang manusia dianugerahkan akal yang dapat berfikir.

    Apakah kecenderungan remaja untuk menghabiskan masa di tempat hiburan yang mengetepikan nilai adat, akhlak dan agama tidak mendapat perhatian masyarakat, dan hanya akan diperkatakan apabila kisah-kisah liar mereka mendapat liputan meluas.

    Lebih memalukan lagi, apabila sejumlah gadis Melayu yang terus hanyut dan membiarkan diri sebagai barang dagangan yang diratah jantan-jantan yang sanggup membayar harga yang dipintanya atau menyerahkan diri dengan percuma kerana cinta. Ia bukan satu perkara yang aneh dan menghairankan kerana maruah tidak lagi menjadi pertimbangan.

    Golongan samseng dan mereka yang telah kehilangan sifat malu ini biasanya tidak berada dalam radar para aktivis yang mahu menyelesaikan masalah masyarakat.

    Belia bak kuman yang mudah berjangkit kerana kehidupan yang tidak tertakluk kepada peraturan amat disenangi oleh golongan muda.

    Fenomena yang menakutkan semakin meluas, kerana itu angka penghuni pusat-pusat tahanan pemulihan akhlak semakin bertambah khususnya daripada kalangan remaja Melayu.

    Membawa mereka yang bermasalah ke pangkal jalan bukan satu-satunya huraian, jika jumlah yang terus menghabiskan masa di pub atau tempat hiburan yang menghidangkan arak semakin meningkat.

    Jumlah gadis yang gagal pulang ke rumah kerap dilaporkan. Ibu bapa tidak lelap tidur malam - bimbang apa yang terjadi kepada remaja mereka dan akhirnya akan membuat laporan kepada polis. Tangan mereka juga terikat untuk membantu mereka yang kehilangan anak remaja sehinggalah anak-anak itu terjebak dengan jenayah.

    Alam belia ialah tahap perubahan yang agak sukar kerana anak-anak ini mahu menunjukkan bahawa mereka boleh membuat keputusan.

    Perkataan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ adalah perkataan yang tidak mahu didengar. Umumnya mereka lebih emosi daripada bersifat rasional. Setiap halangan diterjemahkan sebagai usaha untuk mengongkong.

    Gejala sosial dalam kalangan remaja memerlukan penelitian yang mendalam. Usaha yang pernah dilakukan untuk menyedarkan para remaja adalah dihargai dan disanjungi tinggi.

    Tetapi cara ini lebih berbentuk luaran dan kurang membantu menyelesaikan masalah yang sedia ada. Ia dijangka terus bertambah, selagi tidak dibanteras punca masalah dan mengenal pasti di mana ia bermula.

    Walau apa pun halangannya, ia menjadi tanggungjawab semua pihak – daripada keluarga terdekat, jiran sehingga pihak berkepentingan dalam hal ehwal masyarakat – untuk menanganinya dengan berkesan.

    Nota: Penulis seorang kaunselor dan pendakwah,
    Ustaz Haji Pasuni Maulan