Logo Background RSS
  • Is Heejab just a piece of cloth to you?
    By Muslimah on October 27th, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    musleemah123

    What do you see when you look at me, (more…)

  • Duhai Sahabat…
    By Muslimah on October 26th, 2009 | No Comments Comments

    Ingatlah sahabat…
    Bunga itu menguntum indah,
    Menyeri dan mekar memerah,
    Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
    Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
    Serpih demi serpih ia punah,
    Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

    Sahabatku…
    Dikau bukan layu seperti bunga,
    Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
    Lambang bunga lambang sementara cuma,
    Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
    Daerah kita bukan daerah cinta,
    Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
    Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
    Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

    Sahabatku..
    Disini uda dan dara telah berkubur,
    Kita bina atasnya jihad yang subur.

    Ingatlah sahabat…
    Bumi kita bumi yang payah,
    Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
    Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
    Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah,
    Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
    Dikau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari ALLAH.

    Sahabatku…
    Semalam telah layu sekuntum bunga,
    Telah gugur dari jambangannya,
    Tetapi itu bukan perjuangan kita,
    Bukanlah itu sebagai lambangnya,
    Mulut telah kaku untuk bertanya,
    Hati malu untuk memikirkannya,
    Tidak seperti dahulunya,
    Kita kuat berhujah dan bersuara.

    Ingatlah sahabatku..
    Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
    Yang merindukan dan memburu syahid,
    Maaf kiranya tuturku yang pahit.

    Senyumlah sahabat..
    Senyumlah dan serilah wajah,
    Walau pudar dan hambar datang tidak sudah,
    Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
    Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
    Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

    muslim_couple[1]

    Credits: Musafir Kelana

  • Kelahiran yang menyentuh hati…
    By Muslimah on October 26th, 2009 | No Comments Comments

    Pengorbanan seekor Ibu Gajah. Sangat menyayat hati. Tiada bidan, tiada doktor untuk menyambut kelahiran anak gajah itu tetapi, manakah kesyukuran kita sebagai seorang manusia yang sangat-sangat dhoif. Malah saat ini di dada akhbar dipenuhi dengan kes bapa tiri, bapa kandung, ibu sendiri atau yang sewaktu dengannya mendera anak kecil. Merogol, memukul bertubi-tubi sehingga pada akhir nafasnya. Nauzhubillahi Minzhaliq. Ibu akhir zaman yang memiliki iman yang cukup tipis sanggup bersubahat dengan seorang lelaki yang dianggap kekasih hati, kononnya. Apa sudah jadi pada dunia ini?

    Di Russia pula ada kisah yang hangat tentang seorang bayi yang baru dilahirkan telah mempamerkan ayat-ayat suci al-quran pada sebahagian tubuhnya. Dan telah kami ketahui daripada pihak Media di sana bahawa pada setiap hari Isnin dan hari Jumaat ayat-ayat suci yang terukir indah di tubuhnya akan berganti dengan ayat baru. Subhan-ALLAH!

    Ya RABBI, hamba mu hanya tahu mengkagumi kebesaran-MU dan mensyukuri nikmat dari-MU. Seandainya kejadian-kejadian di dunia yang fana ini hanyalah sebuah ujian yang berat untuk sisa-sisa manusia lalui sebagai peningkatan iman di hati, DIKAU berilah kami kesabaran yang mengcukupi. Dan seandainya ini adalah sebuah petunjuk dari-MU Ya ALLAH, maka kami bermohon agar dibukakan pintu hati untuk mengejar taman Syurgawi-MU yang hakiki. Jika sekiranya ini adalah sebahagian azhab dari-MU Ya KHALIQ, kami bermohon dengan sangat agar diberikan kami kesempatan sekali ini untuk melakukan taubat nasuha kepada-MU Ya ILLAHI. Sesungguhnya apa yang sedang terjadi pada isi taman duniawi ini, hanya DIKAU yang Maha Mengetahui.

    Kepada sahabat yang sedang membaca, semoga anda dapat mempelajari dan mengerti akan nikmat mengsyukuri atas kelahiran kita sebagai Khalifah yang telah dibekali oleh ALLAH beberapa hal sebagai penunjang tugas kekhalifahannya dan diciptakan dalam bentuk yang sempurna dengan Empat hal. Iaitu:

    1. Jasad yang syahadah, bisa dilihat bisa diraba

    2. Akal untuk berfikir

    3. Hawa nafsu yaitu kecenderungan terhadap sesuatu

    4. Ruh untuk kehidupan

    Wallahu ‘alam Bisowob…

  • Oh! How I Wish!
    By Muslimah on October 10th, 2009 | 5 Comments5 Comments Comments

    muhammad_arab

    Oh! How I wish I could have seen,
    the Greatest Hero there has ever been.
    As his sword with bravery did gleam,
    as he did fight the Kuffar and Mushrikeen.

    Oh! How I wish my ears could hear,
    The Greatest Teacher to ever appear.
    As he sat with his Companions so dear,
    Beautifully preaching, with love and fear.

    Oh! How I wish my Heart to emulate,
    The greatest Mercy that ALLAH did ever create.
    As he did demolish vice and hate,
    As his kindness did reverberate.

    Oh! How I wish my Character to be,
    Like The Purest of mankind undoubtedly.
    As he who played with children lovingly,
    As he who was rarely seen unsmilingly.

    Oh! How I wish for such determination,
    As Him-the Greatest Illumination,
    The truth he conveyed to the entire nation,
    As he guided them with his motivation

    Never could the sun outshine
    This Beautiful Nabi of mine.
    Oh! How I wish to be like HE
    Noble Prophet MOHAMMED, upon Him May peace Be.

    Credits: Bint Abdullah