Pasti tiada lagi jalan yang buntu. (=

Di setiap udara yang kau temukan, di sana akan kau jumpai ALLAH yang senantiasa mendengar pada setiap doa-doa mu.
- Catatan Hati di setiap sujud ku
Pasti tiada lagi jalan yang buntu. (=

Di setiap udara yang kau temukan, di sana akan kau jumpai ALLAH yang senantiasa mendengar pada setiap doa-doa mu.
- Catatan Hati di setiap sujud ku
نور مسلمة سيد إسماعيل says:

Hanya sebuah kad ucapan Salam Aidil Adha yang cukup sederhana buat para pembaca blog rediesh yang budiman dan kepada umat Islam di seluruh pelosok dunia. (=
Tiada kata-kata indah yang bisa ku ungkapkan di sini. Akan tetapi ku amat bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana telah memberi ku usia yang agak panjang untuk melalui liku-liku kehidupan. Hari demi hari ku lalui tanpa rasa jemu walaupun beribu onak duri yang harus ku tempuhi. Namun begitu, ku masih menanti saat indah dan saat bahagia itu untuk menjelang tiba. Pasti yang teristimewa buat diri ku dan juga keluarga ku. Hanya iringan du’aa dan titisan air mata yang menemani ku pada sepertiga malam-MU. Kepada-MU jua ya RABB, semoga setiap du’aa hamba dimakbulkan. Allahumma Ameen.
Mohon maaf lahir dan bathin. ((=
Lembu punya susu, Sapi dapat nama!
when نور مسلمة سيد إسماعيل start to think deep:
Maksud mudah: Orang lain yg keja teruk, orang tertentu pula yang dapat nama.(cut and paste dari blog orang lain.)
Sebenarnya memang dah lama saya ingin ketengahkan perkara ini. Peribahasa Melayu. Kesilapannya nampak kecil tetapi jika direnung kembali ada kekeliruan di situ. Al-maklumlah generasi muda sekarang semuanya bijak-bijak belaka. Mesti ada soalan yang ingin dikemukakan. Dengan itu saya ingin mendapatkan komentar daripada para pembaca yang budiman tentang Peribahasa Melayu yang ingin saya bentangkan ini.
Peribahasa Melayu yang pertama adalah:
Lembu punya susu, Sapi dapat nama!
Lembu tu dah tentulah lembu. Kita pun sedia maklum lembu tu rupanya macam mana. Bunyinya pun kita kenal sangat. Tetapi si Sapi ni siapa pula yer? Binatang apa? Adakah sapi itu kerbau? Kalaulah Sapi tu lembu juga, apa makna peribahasa tu yer? Lembu punya susu, Lembu jugalah dapat nama. Saya rasa tak salah. Dan seandainya Sapi ini adalah seekor Kerbau, jadi selama ini mamak buat Prata menggunakan minyak Sapi = minyak Kerbau? Minyak Kambing kuutt? Dan jika tidak silap saya, orang Indonesia menggelarkan si lembu dengan nama Sapi. Haaaiiisshhh pening lalat dibuatnya. Ni yang jadi musykil ni. Anak murid saya seusia 6 tahun dah bijak bertanyakan soalan ini. Waaadduuuhhh… pengsan cikgu nak pergi buat research. Baiklah ini baru Peribahasa Melayu yang pertama.

Apa kerbau ni cakap, bukan daripada saya. Tetapi gambar ni dah tersedia ada dengan kata-kata itu. Saya ambil dari google.
Yang kedua: (more…)

Oh Tuhan. . .
Tuntunilah hati ku ini. . .
Ku menyusuri jalan-jalan berliku, membiarkan hari-hari yang berlalu. . .
Mode: Mood Updated
نور مسلمة سيد إسماعيل says: Dah lama sungguh blog ini terbengkalai dari design kad saya. Memang saya minat dengan dunia design ni. Tidak kira melalui lukisan mahu pun design menggunakan Ulead atau Adobe. Namun begitu saya masih sedar bahawa peringkat saya masih lagi di tangga bawah. Tidaklah sehebat designer yang lain. Sehinggakan orang memberi komen bergambar “thumb up”. Terus terang saya katakan saya mempunyai sifat cemburu. Cemburu dalam kejayaan orang lain. Dalam hati ini selalu berbisik,
Tidak mengapa Nabilah. Satu hari, insyaALLAH akan dapat ku atasi segala cubaan dan rintangan untuk mendalami segala apa ilmu dan pengetahuan yang ingin dikecapi.
Jatuh bangun diri sendiri. Tiada sesiapa yang bisa membantu. Itulah liku-liku kehidupan yang saya lalui tanpa harus ada kata-kata kecewa, putus asa dan kesedihan. InsyaALLAH dengan izin ALLAH dan berkat usaha diri sendiri. ((=
Post kali ini bukanlah untuk menagih simpati daripada mana-mana manusia. Tetapi ini hanyalah sekadar luahan isi hati daripada si penulis yang banyak kekurangannya.
Nanti kalau disimpan sahaja, boleh kena sakit jantung pula. Akot saya!~
Komen Pembaca