Logo Background RSS

Cinta Sejati?

  • Written by MuslimahMuslimah 62 Comments62 Comments Comments
    Last Updated: March 5th, 2007

    love 

    Apa Itu Cinta?

     

    Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

    Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

     

    Sifat Cinta

    Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

     

    Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

    Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

     

    Cinta Bersedia

    Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

     

    Cinta Itu Indah

    Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

     

    Cinta Itu Mengharap Balasan

    Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

     

    Cinta Itu Menakluki

    Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

     

    Cinta Itu Mengetahui

    Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

     

    Cinta Itu Hidup

    Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

     

    Cinta Itu Suci

    Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

     

    Cinta Itu Mempesona

    Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

     

    Apakah itu Bukti Cinta?

    Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

    Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

    Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

    “Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

    - Saidina Umar Ibnul Khattab –

62 Comments
  1. #1 Izo
    March 5th, 2007 at 6:04 pm

    Cinta itu indah. Tiada nikmat yang kita rasakan selain cinta yang sejati dunia dan akhirat. ;)

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 HaLiMaTuS SaDiaH
    November 17th, 2007 at 11:02 pm

    N i oso take this… Thk u.. Made a new blog… will give u the link sooner or later..(:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 yana seremban
    February 23rd, 2008 at 8:26 pm

    mengapa saya sering kali mendapat keperitan dan kesakitan nurani dalam percintaan??
    walaupun kadang kalanya saya juga dapat merasai manisnya cinta dari pasangan saya tetapi ianya hanya sekejap sahaja.adakah cinta yang cuba saya bina dan pertahankan itu tidak sejati???

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    February 24th, 2008 at 12:13 am

    Saya bukanlah pakar motivasi dalam bab alam percintaan ini. Namun, apa yang saya ingin sampaikan kepada awak ialah untuk selalu bersabar. Mungkin ini adalah lautan ujian buat awak, Yana. Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Ambillah pengalaman percintaan awak sebagai satu perjalanan hidup untuk awak tempuh di masa akan datang. Agar diri awak lebih teguh dan kuat untuk menghadapi dugaan dari-Nya jua. Anggaplah dia pergi kerana belum ada jodoh antara awak dengan si dia. Jodoh awak tetap di tangan Allah swt. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Dia Maha Mengetahui siapakah yang terbaik buat awak. Jangan sedih dan jangan bimbang. Gadis yang baik pasti untuk jejaka yang baik juga. Itulah janji Allah. Kita hanya berusaha berdoa dan melakukan yang terbaik, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah swt yer Yana. Yang penting kita sebagai seorang wanita muslimah, kita dapat menjaga martabat diri kita dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. ;)

    Terima kasih yer atas kesudian meluangkan masa melawat webblog saya yang tidak seberapa ini dan meninggalkan komen saudari itu. :)

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 balqis
    May 26th, 2008 at 8:07 am

    saya cume nak bertanya, mengapa seseorang lelaki yang menyayangi seorang perempuan ni sungguh2, tapi die pentingkan kejujuran dari silam perempuan ni, n selepas perepmpuan ni dah jujur, lelaki ini tidak dapat terima hakikat silam perempuan itu, setelah hampir 2 tahun hubungan nie, baru perempuan ni jujur sebab tu lelaki ni teramat sedih dan marah sebab perempuan ni tak menceriatkan dari awal lagi. perempuan ni takut untuk mencerita tentang kisah lampau sebab tak mahu merosakkan hubungan nie. so lelaki ni rasa ditipu dan lelaki ini ingin menguji kesetiaan perempuan ini selepas beberapa tempoh, baru lelaki ini akan menerima kembali perempuan tu.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Yas only
    May 26th, 2008 at 11:58 am

    Cinta seperti udara yg
    Kita butuhkan
    Namun cinta tidak dapat kita miliki, cinta hanya bisa kita jaga sebaik mungkin

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Muslimah
    May 26th, 2008 at 9:28 pm

    Wahai Ukhti Balqis…

    “Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit-ungkit lagi sekiranya lelaki itu benar-benar menyintainya dengan setulus hati…”

    Saya harap Ukhti Balqis dapat memahami maksud yang tersirat pada ayat di atas. Wallahu ‘alam…

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Muslimah
    May 26th, 2008 at 9:31 pm

    Kepada Yas.

    Bukan setakat cinta sahaja yang tidak mungkin kita miliki… Namun, segala-galanya adalah milik Allah s.w.t jua… Bukan milik kita…

    Shukran jazillan atas kesudiannya memberi komen di blog saya. Allah yubarrik fik. ;)

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 sazelan
    May 28th, 2008 at 12:15 pm

    Dicintai tak penting bagi yang benar-benar masak dalam soal cinta, kerana yang penting kita memberi cinta pada yang kita cintai, kerana cinta manusia banyak kelemahanya dan boleh berubah dan kelihatan mengikut taksiran .Namun cinta yang sejati dan tak dapat dinilai adalah cinta pada Ilahi dan hadiah Cinta untuk Ilahi adalah TAKWA padaNya.

    Insan yang beberapa kali tertipu tentang cinta yang akhirnya menguris jiwa sendiri kerna membuat tafsiran sendiri tanpa Isthikharah pada Ilahi.

    wallahualam

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 pipit herna
    May 29th, 2008 at 4:03 am

    Bertahun2 saya mencari cinta dan kasih sayang,saya sering menjalani hubungan dengan tanpa cinta dan itu menyiksa saya…..saya merasa hampa dalam hidup tanpa bisa saling mencintai…dan sekarang saya menemukan cinta itu pada seseorang yg amat saya sayangi sekarang ini tp ternyata semua tak sesuai dgn impian saya,kami saling menyayangi tp semua tak sesuai dgn keinginan saya dia sudah ada yg memiliki dan sulit bagi kami tuk bersatu walaupun sebenarnya kami menginginkannya… sulit sekali saya menerima kenyataan ini..saya selalu jujur dan setia padanya walaupun saya tahu dia takkan pernah bisa saya miliki,cinta saya tetap abadi utknya dan saya yakin bahwa dia juga tetap menyayangi saya,saya tidak pernah menyesal mencintainya…saya hanya berharap suatu saat kami di pertemukan kembali dan dipersatukan oleh Allah,SWT..aamiin,karena saya ingin hubungan kami berada di jalan Allah,SWT…aamiin
    semoga saja Tuhan mendengar niat baik saya…saya ingin dia menjadi IMAM bagi diri saya selamanya..aamiin

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Shahriman
    May 29th, 2008 at 5:15 pm

    saya ada 1permasalahan,saya menyintai seorang wanita.Kami saling menyintai antara 1 dgn lain.Tetapi cinta kami terhalang oleh ibu kepada wanita yg saya cintai.Ibunya tidak setuju dengan hubungan kami,atas alasan dia mahu anaknya mencari jodoh dengan lelaki senegeri dengan nya.Saya buntu dengan masalah ini kerana saya t’amat mnyayangi anaknya.Tolonglah saya..

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Muslimah
    June 1st, 2008 at 7:59 pm

    Kepada saudara Shahriman…

    Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara di komen ini.

    Saya bukanlah seorang pakar motivasi yang bijak dalam bab percintaan. Namun, insyaAllah serba sedikit dengan ilmu yang ada, saya boleh memberi pandangan.

    Jalan yang terbaik buat saudara adalah senantiasa berdoa dan berusaha sekiranya saudara benar-benar menyayangi dirinya. Buatlah yang terbaik Lillahi Taala. InsyaAllah dengan berkat doa dan usaha saudara, pasti ada ganjarannya dari Allah. Mudah-mudahan pintu hati ibunya akan terbuka untuk menerima saudara dengan ikhlas. Walau apa pun selebihnya saudara serahkan kepada Allah s.w.t sahaja. Kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala kebaikan untuk diri kita.

    Itu sahaja yang termampu saya membantu. Harapan saya, agar saudara lebih tenang menghadapi ujian seperti ini dalam dunia percintaan. Yang baik semua datang dari Allah s.w.t dan kecacatan itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri. Wallahu ‘alam…

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bertandang ke blog saya yang tidak seberapa ini.

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 Muslimah
    June 1st, 2008 at 8:08 pm

    Wahai saudari Pipit Herna,

    Kalau diri kamu sebagai seorang Muslimah yang bijak menilai apa itu erti Cinta Sejati, insyaAllah saudari pasti mendapatkan seorang lelaki yang baik yang bisa menjadi imam kepada keluargamu suatu hari nanti. Sesungguhnya wanita yang baik pasti mendapatkan lelaki yang baik. Itu adalah janji Allah s.w.t.

    Yang penting dan utama, saudari Pipit Herna jangan pernah putus asa dalam berdoa dan berusaha melakukan yang terbaik Lillahi Taala. InsyaAllah, Amiin.

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bertandang ke blog saya dan meninggalkan komen. Salam Ukhwah Fillah. ;)

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 ina
    July 19th, 2008 at 9:13 pm

    macammana nak tau seorang lelaki tu betul2 ikhlas cintakan kita? die selalu ajak naik motor sekali, ajak pi rumah die(meme ada ramai ore kat umah die), always nak duk dekat2 and ada rasa nak pegang2 kite,ikhlaskah die dgn kite? cinta nafsu ke tu? tp die sndiri ckp mujur tak seuniversiti sb takut tak ley kwl iman..

    Muslimah: Itu bukan lelaki yang baik untuk saudari Ina. Kalau dia betul-betul sayangkan saudari Ina, dia akan mengajak saudari ke jalan yang diredhai ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Bukan ke lembah maksiat. Menambahkan dosa dan melemahkan iman kita sebagai hamba-Nya. Cinta seorang insan yang beriman adalah seikhlas cintanya terhadap ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan ikhlasnya cintanya terhadap kekasih ALLAH, Rasulullah Sallahu Allaihi wa Sallam. Fikirkanlah keputusan yang terbaik untuk dirimu Ina. Sayangilah diri Ina dahulu. Kerana sudah terlalu ramai anak remaja Islam kita yang keterlanjuran di luar sana. Kerana sukar untuk membenci kepada kemungkaran…

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 murni
    August 29th, 2008 at 2:44 pm

    semakin bnyk putus cinta semakin sukar menikmati manisnye cinta….ape itu cinta?cinta tu plastik???or cinta itu strawbery???????????

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 KAY
    October 23rd, 2008 at 4:42 pm

    aku tak percaya pada cinta sejati.
    lelaki byk memain2kan perasaan wanita……..
    ya…. memang byk…………
    tapi bukankah lagi teruk jika wanita yg mempermain2kan perasaan lelaki yg tersangat2 mencintai dirinya?
    TERUK!!!!!!
    KAU TERUK IZAH!!!!
    KAU TERUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 z@f
    October 27th, 2008 at 6:33 pm

    adakah cinta tu berdosa???
    dan lg 1 nak tnya klu kt cinta dgn seseorang yang kita cinta dgn spnuh hati untukmenuju ke jlan ALLAH adakah benar..??

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 areMaL
    December 4th, 2008 at 1:31 am

    Post lama yg popular nie. Baru terbaca. Muslimah pom dah jadi kaunselor cinta :) hehe.. nak komen ttg cinta pom ambo tok reti.
    Cinta itu fitrah jangan buatnya jadi fitnah. Cinta tak perlu couple2. Kepada yg clash itu..sabar je lah. sapa suh couple. Islam sbnr tak ajar couple, pahtu kuar nek muto, tgk wayang. dan sapa yg dah couple..jagalah perasaan pasangan anda baik2..brdoalah agar cpat2 dihalalkan segala yg haram tu.. Sapa yg putus cinta..layan laa lagu2 melayu lama..besh..lg laa berair mata tuh.. :D

    Post ReplyPost Reply
  19. #19 Muslimah
    December 21st, 2008 at 1:42 pm

    Ouh… kapel je naik mutolah yer? Tengok wayang…?? Macam berpengalaman je Prof. areMaL kite?? Hehe…

    Post ReplyPost Reply
  20. #20 irdina
    January 12th, 2009 at 10:15 pm

    dengan sayap impian,ingin terbag ke sana,membina cinta sebesar dunia…

    Post ReplyPost Reply
  21. #21 areMaL
    January 13th, 2009 at 4:23 pm

    pengalaman sendiri tkde.. tp pengalaman tgk kawan2 ada laa…byk yg buruk dari baik. :em19:
    bercinta bleh..tp ada batasnye…
    prepuan yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untk perempuan yg baik… kalu dh terpisah tu.. ada laa salah sorg yg tak baik..hehe :em23:

    Post ReplyPost Reply
  22. #22 Muslimah
    January 18th, 2009 at 9:38 pm

    Memang benar apa yang dikatakan oleh areMaL tu. Namun, siapa yang boleh melawan takdir yang ditentukan oleh ALLAH jua? Walau apa sekali pun, mudah-mudahan kita dianugerahkan derajat kesabaranyang tinggi untuk menghadapi setiap ujian yang diberi ALLAH itu. SubhanALLAH!! Bukankah ujian itu adalah nikmat pemberian ILLAHI?? (=

    Post ReplyPost Reply
  23. #23 Muslimah
    January 18th, 2009 at 9:39 pm

    Allahuma Aameen.(=

    Post ReplyPost Reply
  24. #24 Muhammad Hasbullah
    January 22nd, 2009 at 12:41 pm

    * cinta,,,,!!!!!
    hanya sebuah kata tpi memiliki bayak arti.
    cinta itu memang ajaib, tidak tau kapan datang dan pergi
    cinta itu memang dasyat, bisa membuat seseorang itu bahagia,tapi bisa juga membuat sedih….(hik..hik)http://www.rediesh.com/wp-content/plugins/emotions/images/em61.gif
    saat cinta itu bebrbalas kita akan merasa bahagia
    saat cinta itu tidak berbalas disitulah kita merasa sedih..
    tapi tidak bisa menuntut,,,
    karena kita akan lebih sedih bila orang yang kita cintai tidak bahagia karena kita.
    penuh pengorbanan, air mata, sakit hati, tapi kita merasa bahagia atas semua itu..
    cinta,,,,,,
    jangan pernah menyesal mencintai dan dicintai
    karena semua itu adalah anugrah…

    Post ReplyPost Reply
  25. #25 HOney...
    January 22nd, 2009 at 12:57 pm

    smekcom….smlm sy bru clash ngan pakwe sy..sy rase sedih sgt..t’amat2 sdih. ape dosa sy kt die smpai die snggup bt cm2 kt sy? knpe sy? sdgkan hti nie t’lalu m’nyayanginye.. t’gmak die hncurkan hti sy..die ade p’puan laen..sy x sngka jdi gni. x ckup lg ke ksih syg yg sy crahkn? sy leh mfkan die tp bla dpat thu yg die pnah tidow ngan p’puan 2..sy rasekan dnia sy tba2 jew glap..mrsekan hidup sy nie dah x b’makna. t’gmak die..stlah sy bgi sluruh ati sy hati sy utk die..knpe sy t’lalu p’cyekan die? ape slah sy..?mgkin nie blasan btku. ya allah bawalah die jauh dri ingatn ku.. luputkan rase syg dhti ini t’hdap die. berilah ktenangan yg hkiki.saper2 yg ikhlas..tlgla rdakan hati sy..plez.

    Post ReplyPost Reply
  26. #26 Muslimah
    January 23rd, 2009 at 7:55 am

    Assalammu’alaikum ukhti.

    Janganlah bersedih atas perbuatannya yang dibenci ALLAH itu. Anggaplah ini satu petunjuk dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala untuk dirimu ya ukhti. Seharusnya kamu mensyukuri atas jalan yang telah ALLAH berikan untuk kamu memilih di saat ini. Agar dirimu tidak tersilap langkah lebih jauh lagi. Kalau sahaja dirinya sudah sanggup mengingkari ALLAH Azza wa Jalla dengan meniduri wanita lain tanpa ikatan pernikahan, Nauzubillahi minzhaliq… Apa lagi dengan dirimu sendiri ya ukhti. Tidak mustahil jika dia ingin menginjak-injak maruahmu sebagai seorang wanita & juga kesetiaanmu terhadap dirinya. Maka, inilah saatnya untuk kamu memantapkan lagi iman di hati dengan menyibukkan diri menghadiri kelas-kelas agama atau ceramah-ceramah di tempat yang disediakan. Sibukkan diri dengan hadiri aktiviti-aktiviti untuk muslimah di tempat kamu. Insya-ALLAH “kesedihan” yang kamu alami pasti berubah menjadi kebahagiaan yang kamu akan kecapi dengan nikmat silahturahmi antara saudara islam yang lainnya. Bukan itu sahaja. Malah nikmat ilmu yang akan kamu perolehi. Insya-ALLAH ukhti. Saat dirimu bersedihan atas perbuatannya yang curang itu, ingatlah ukhti… Ada manusia yang lebih menderita, terluka dan berendam air mata untuk menghadapi musuh-musuh yang bersenjata di Palestine sana. Untuk bercinta pun mungkin mereka tiada masa. Maka, syukurilah kita atas nikmat pemberian ALLAH saat ini. Dan bersiap sedialah untuk selalu berdoa demi saudara islam kita yang diinjak-injak oleh musuh-musuh ketat. Maruah Islam kita tercemar di mata dunia. Dan salah satunya yang berada dalam golongan mencermarkan nama ISLAM, adalah kesayangan ukhti tu. Maka, fikirkanlah dan renungkan kata-kata saya. Muhasabah diri kita kembali ya ukhti. (=

    Post ReplyPost Reply
  27. #27 Muslimah
    January 23rd, 2009 at 7:59 am

    SubhanALLAH! Cinta yang tidak terbelah bagi adalah cinta untuk Ya Rabbi…!!

    Shukran atas kesudian akhi dalam memberi kata-kata hikmah atas nama “cinta” di dunia blog saya ini.

    Barakallahu FeeQ (=

    Post ReplyPost Reply
  28. #28 orangmuda
    January 27th, 2009 at 6:21 pm

    Telah berkata Ibnul Qayyim rahimahullah, tentang cinta:

    “Mahabbah (cinta) yang bermanfaat itu terbahagi tiga, iaitu:

    Mahabbatullah (Cinta kepada Allah),

    mahabbah fillah (cinta kerana Allah), dan

    mahabbah (cinta) kepada segala sesuatu
    yang menghampirkan diri untuk mentaati~Nya
    dan menjauhkannya daripada larangan~Nya.

    Sedangkan cinta yang membahayakan terbahagi menjadi tiga jua:

    al-mahabbah ma’ Allah
    (mencintai sesuatu di samping mencintai Allah
    - yakni menyama tarafkan antara Cinta kepada~Nya
    dan cinta kepada makhluk),

    mahabbah terhadap perkara yang dibenci Allah, dan

    mahabbah yang menghilangkan Cinta kepada Allah atau menguranginya.

    Cinta yang dialami manusia tak lepas dari 6 perkara di atas.

    Mahabbatullah adalah sumber segala cinta,
    merupakan dasar iman dan tauhid;
    sementara dua mahabbah lainnya
    adalah pendamping cinta ini.

    Mahabbah terhadap sesuatu
    di samping mencintai Allah
    adalah sumber kemusyrikan dan cinta yang tercela.
    Sementara dua mahabbah yang menurutinya
    adalah penyerta cinta ini.”

    Salam ‘bercinta’ ya ukhti.

    Lagi tentang cinta. :)

    Post ReplyPost Reply
  29. #29 hamba Allah
    February 7th, 2009 at 11:07 pm

    Assalammualaikum.saya sorang yang gadis yang berumur 20 tahun dan ini ingin mencari pasangan soleh.Tapi malangnya sampai sekarang tak jumpa..Saya jugak belum ada pangalaman bercinta walaupun kawan2 ramai yang dah bercinta malah sudah berkahwin pada usia yang muda..Mungkin melalui pengalaman pahit kawan yang bercinta menyebabkan saya ragu2 untuk menyayangi lelaki..tapi seperti gadis2 yang lain saya jugak ingin mencintai dan dan dicintai..jadi tolonglah apakah yang perlu saya lakukan???

    Post ReplyPost Reply
  30. #30 izzatie
    March 6th, 2009 at 4:27 am

    aku dulu banyak bf..tapi dlm bnyk2 tu aku hanye menyayangi kairuddin..die lah orang yg sangat bermakna dlm hidup aku..die sgt memahami aku dan die lah juge yg telah membawe aku ke dunie cinte sejati..

    Post ReplyPost Reply
  31. #31 izzaite
    March 6th, 2009 at 4:33 am

    sambungan………….kerana kairuddin lah aku sanggup meninggalkan semue kekasih2 aku..aku dah tak men mate gn laki len lagi..die benar2 telah merubah aku…aku sangat sygkan die..die minat filem hindustan same cam aku..die suke layan lagu jiwang2..SEGALANYA TENTANG DIE AKU SUKEEE!!!!!!!!!!!!!!!!

    Post ReplyPost Reply
  32. #32 izzaite
    March 6th, 2009 at 4:44 am

    “AKU CINTA PADAMU”…”BETAPA KU CINTA PADAMU”.. “I LOVU”…”wu ai nie”….”meri tumsey piyar katehoo”…”KADEL” iti lah sebahagian dari perkataan cinta yg sering didengau..

    Post ReplyPost Reply
  33. #33 safia
    March 24th, 2009 at 8:43 pm

    hebatnye cinteeeeeeeee =)

    Post ReplyPost Reply
  34. #34 suara Hati
    March 30th, 2009 at 12:31 am

    Cinta sesama insan boleh membahagiakan & juga boleh membawa derita. Walaupun begitu aku tetap mencari cinta. Dgn harapan akan menemui bahagia yg diimpikan…Namun semakin lama mencari dirasakan semakin jauh cinta itu pergi…Mungkin cinta ini bukan utk diriku…Aku pasrah dan akur dgn kehendak ilahi. Namun kini baru aku sedar yg cinta sejati itu sebenarnya sangat hampir.. Iaitu cinta kpd Allah Yg Maha Esa…

    Musleemah says: Bisakah saya mendustakan kata-kata ukhti itu? Tidak. Memang benar cinta yang sejati lagi hakiki adalah cinta kepada ALLAH Azza wa Jalla. Kerana dalam susah dan senangnya kita, kasih ILLAHI tiada bersempadan. Ia merupakan kasih sayang yang abadi dan tidak akan pernah berakhir. Insya-ALLAH. (=

    Post ReplyPost Reply
  35. #35 IDRIS MG
    April 4th, 2009 at 11:03 am

    Cinta memang indah,tapi kalau cinta bertepuk sebelah sahaja
    Amat menyakitkan hati dan perasaan,apa pendapat dan pandangan anda,saya baru mengalaminya,sukar untuk melupakan nya,kerja pun tak senang tidur pun tak boleh hati asik teringat kan dia aja.apa nak buat dan bagai mana caranya untuk menarik cintanya.

    Musleemah says: Cinta itu tidak boleh dipaksa. Walau bagaimana cara sekalipun, kalau tiada perasaan cinta dalam jiwanya terhadap akhi Idris, sukar untuk dia melahirkan rasa cinta itu. Tetapi kalau memang akhi Idris amat menyintainya kerana budi pekertinya dan keperibadian akhlaqnya yang tiada ternilainya, maka ada satu sahaja jalan solusi yang paling baik. Berdoalah kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Cuma harapan saya, cinta yang akhi kejarkan itu disebabkan cintanya dia terhadap ALLAH sungguh luar biasa sehinggakan akhi begitu sukar untuk melupakannya. Sampaikan tidur pun tidak boleh akibat hati akhi sudah dikuasai oleh bayang-bayangnya. (=

    Post ReplyPost Reply
  36. #36 mencaricinta
    April 25th, 2009 at 10:24 pm

    salam smua,smoga chat2 slalu…n dredhai ALLAH…sronok skali mmbaca komen2 kalian…saya hanya seorang gadis kerdil yg mncari erti sbnar cinta sejati…adakah cinta sejati sesama manusia sememang nya wujud atau cinta sejati hanya kpd ALLAH???

    Post ReplyPost Reply
  37. #37 BABYCUTESHA
    April 26th, 2009 at 5:29 pm

    SY KECEWA NGAN CINTA SEJATI

    Post ReplyPost Reply
  38. #38 BABYCUTESHA
    April 26th, 2009 at 5:34 pm

    SHA MEMANG RAMAI BF SKRNG TAPI DLM RAMI2 TU SHA NK CRI YG BTUL2 SYG KT SHA CMNA?

    Post ReplyPost Reply
  39. #39 dieladee
    May 5th, 2009 at 11:02 am

    cinta… sy mula memahami erti cinta sejati sejak 2 thn yg lepas. sy mencintai seseorg & kami saling mencintai.. masa bercinta, dia menyayangi sy & mencintai sy dgn penuh hormat.. cinta kami x pernah ternoda… dia menjaga sy tetapi sy x pernah rasa terkongkong. malah sy makin sayang kt dia. tapi Tuhan lebih menyayangi dia…. dia telah meninggalkan sy bersama janji cinta nya! w/pn dia telah tiada lg tp sy masih dpt merasakan kehangatan cinta nya. cinta nya x pernah meninggalkan sy. sampai saat ini sy msh merinduinya & tetap menyayangi nya & sukar untuk sy mencari penggantinya. cintanya tiada gantinya… semoga Tuhan sentiasa menyayangi nya & roh nya sentiasa dirahmati.
    cinta nya sejati & suci!

    Post ReplyPost Reply
  40. #40 akma.akmal
    May 10th, 2009 at 7:19 pm

    wah!!!!!!!!!!!! menarik. tahniah

    Musleemah says: Tahniah itu seharusnya diucapkan kepada seseorang insan yang tidak jemu dari menulis puisi demi puisi, sajak demi sajak… Namun yang menyedihkan hati ini, dia yang memiliki Teratak Anna telah pun pergi menyahut seruan Illahi. Tidak layak untuk saya menerima ucapan tahniah itu… :(

    Post ReplyPost Reply
  41. #41 ustaz lion dri banting huhuhu
    June 28th, 2009 at 1:26 pm

    biasala nama pn bercinta msti ada pahit dan manis x kn smuanye nk indah je.sedangkan lidah pn tergigit hehehehee :em70:

    Post ReplyPost Reply
  42. #42 eja
    July 23rd, 2009 at 9:46 pm

    cinta itu memang indah….tetapi apakah akan kekal lama?aku tk pernah mnodai cinta dalam hidupku,apa pun sering dikecewakan oleh insan yg amat aku kasihi…….

    Post ReplyPost Reply
  43. #43 Lizfaidafina sabri
    August 3rd, 2009 at 10:12 pm

    Assalamualaikum..

    Sebagai peringatan…cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai..

    Post ReplyPost Reply
  44. #44 wirna
    August 8th, 2009 at 1:03 am

    Saya tlh ada pasangan..dah hampir 4 tahun. Tapi hati saya kosong tanpa rasa cinta. Saya tlh berbicara dgn pasangan.. namun semuanya sia2…Bagi dia cinta tu tiada apa2 makna.. sedangkan saya perlukan rasa cinta..dicintai..menyintai.. Mengapa saya ditemukan dgn insan yg tak punya perasaan…

    Post ReplyPost Reply
  45. #45 arieyanna
    August 21st, 2009 at 1:14 am

    slm…
    sy sdg b’cinta ngn s’sorg….
    sy amt m’cintainya….
    tp dia kdg2 dia xkisah apa yg sy wt….
    tp dia slalu menyatakn rsa cintanya….
    klo sy wt apa2 yg yg dia xsuka,dia akn cmburu yg t’amat…
    cintakah dirinya pd diri sy sprti yg slalu d’luahknnya….???
    abg….
    luahknlah perasaanmu sejujur2nya agar kumengerti sedalam2nya isi hatimu itu…..

    Post ReplyPost Reply
  46. #46 gadis terluka
    September 14th, 2009 at 3:26 pm

    cinta sejati x dinodai dgn nafsu..

    Post ReplyPost Reply
  47. #47 nur
    October 1st, 2009 at 3:17 am

    “Rindu mengetuk tangkai hati, tika malam bertukar wajah,
    hai hati hai jiwa, bilakah kiranya ia akan berjumpa
    pelabuhannya..

    bilakah kasih ini akan bersatu, berpadu..

    ingin dikejar cinta abadi,
    ingin didakap hati yang suci,
    sesuci iman,
    seindah ayat suci al-quran,
    bersatunya kita..
    terikatnya kita..
    termeterai janji kita..

    dengan sebuah ikatan yang suci”.

    Post ReplyPost Reply
  48. #48 widad
    October 1st, 2009 at 8:10 pm

    cube lupekan die..tp susah…
    sedih sgt… :em10:

    Post ReplyPost Reply
  49. #49 mulyadi
    October 13th, 2009 at 2:48 am

    Cinta yang paling buruk :
    ketika mencintai Allah karena Ingin cinta Manusia
    Cinta yang paling Mulia :
    ketika mencintai Manusia karena Allah.
    Bukan wujud fisikmu totalitas kecintaanku
    tapi pada taqwa di hatimu yang kan menjadi payung surgawi kegelisahanku…..

    Post ReplyPost Reply
  50. #50 sodirah_gurlzphg
    October 17th, 2009 at 1:31 am

    ellop….sye x pham ape maksud couple budak remaja ni…plez tell me???

    Post ReplyPost Reply
  51. #51 zoku
    October 17th, 2009 at 11:37 am

    assalamualaikum,
    sy ingin btanyekan pndapat kalian..
    mungkin boleh menenangkan lg hati ini.

    sy sgt mnyukai seorg lelaki..sy name kan nye F..F stadi di ovc.

    sy kenal F dah lebey setahun…ptame kali sy kenal dy..i really feel that he is the one for me..b4 sy bkawan dgnnye..
    sy buat solat istkhrh dulu..n doa mntk x tsilap.

    slame bkwan dgn nye..sy sgt mjage batas2,,hubungan sy dgn F dketahui family sy n dy.

    bru2 ni dy balik bcuti..so kami ad jumpe..dy dtg bsame adik..nenek dy..n almost sume family F dah tau mengenai sy..n sy sgt rapat dgn adik nye.

    n then..hbungan kami alhmdullh ok.xpenah bgadoh sme.

    tp lebey krg sbulan after dy balik bcutii..kami jrg cntct lame2…sbb sy tgh fokus utk exm..

    n skelip mate..dy berubahh..n sy tau sdrik dy ade someone else..n dat girl is his fren but stadi kt tmpt len..sy rase sgt sedeyy..sbb sy tau dat girl tau sy ngan F.

    myb mase sy bz…F baek dgn dy..
    tp..pelek..sekelip mate manusia berubah..
    smudahh itu syang nye,hati nye bpaling kpd girl itu.

    ye,sy ngaku sy bkn jnis yg mdh mlafazkan kata2 cinta..krn itu sy mau smpankan kpdnye pd mase yg benar..

    tp yg menyedihkan..F xpenah explain,,dy cume hanta emel minta maaf,,xde lsg kate dy ad some1 else..sy rase spt tdk bnilai lsg..knape hanye emel..xblh ke kalau kol ke..face lah sy..knape pelu bgtu,,

    sy rase sgt maluuu,,malu dgn diri sdrik..malu dgn family nye
    ya Allah Engkau sje yg tau btape tlukenye hati ni..

    slpas emel itu..kami lsg xpenah btegor sapa..tp sy tetap amik tau hal F dr jauh,,tp spt dy mcm agak berubah,,x mcm yg sy kenal..mcm org culture shock..sedey hati sy tgok dy gtu.

    skrg ini..im still feel same towards him..sy syg kan dy krn ALLAH,,suunngguh tiada dendam di hati ni.
    as long as he is happy,,im fine wif datt..
    tp skg ni,,sy rase sy suda jadik heartless..xde ati kt sape2,,pntu ati spt tettutop..

    smpi skrg sy fikir,,pe salah sy,,knape dy bgtuu..knp berubah skelip mata..wlupon gtu,,sy tetap doakan dy bhgia dan Allah stiase mlindunginye..

    slps kjadian..sy slalu doa,,wat solat hajat,,,utk tenangkan ati ini..mge dy tsedar dr mimpi nye..

    tp yg pelek…smpi skrg naluri sy tetap rase F adlh utk sy..

    sy harap..kwn2 sudi mbantu sy..trimekaseh bnyk2…wallahualam.

    Post ReplyPost Reply
  52. #52 ika
    November 2nd, 2009 at 5:49 pm

    sampai 1 tahap cinta 2 akn hilang..sayangkan, bt tak tau la kenapa boleh jadi macam 2..hati jadi kosong sangat dan takut utk mencuba lg..adakah salahku kerana terlalu menjaga hubunganku sehingga sampai satu tahap cukuplah semuanya..

    Post ReplyPost Reply
  53. #53 ika
    November 2nd, 2009 at 5:54 pm

    aku tidak membenci tetapi aku jadi takut dan serik..kami tak mempunyai masalah “curang”tapi mungkin tak serasi..aku terlalu menjaga hubunganku dan tak sanggup utuk melepaskannya..tapi kini cukuplah ku rasa utukku bersabar..sudah tiada rasa lg…adakah lagi kesempatan utkku mencintai seseorang sesungguhnya aku terlalu kecewa dan sakit hati…bagiku cinta haruslah berlandaskan kesetiaan dan persefahaman..aku sukar menerima seseorang dalam hidupku..moga allah membantuku

    Post ReplyPost Reply
  54. #54 ika
    November 2nd, 2009 at 6:17 pm

    sokong tp kekdg gurl baik boy lak jahat n sebaliknye

    Post ReplyPost Reply
  55. #55 SUDEAN
    November 25th, 2009 at 2:26 am

    ALIES ! ABG MENCINTAI MU LEBIH DARI YANG LAIN. DISEBABKAN TEKANAN SAYANG X MAU BERKONGSI DENGAN ABG. INI BOLEH MEMBAHAYAKAN DIRI ABG. ITU LAH LUAHAN CINTA LELAKI YANG BERUSIA KEPADA PEREMPUAN YANG DICINTAI SELAMA INI.

    Post ReplyPost Reply
  56. #56 SUDEAN
    November 25th, 2009 at 2:29 am

    pe yang perlu teman lakukan bila bercinta 4 tahun perempuan tsb tanpa sebab ia memutuskan… Pada ALLAH KU berserah.

    Post ReplyPost Reply
  57. #57 ilyas
    December 12th, 2009 at 10:49 pm

    he.he. senang rasa y hari ini ultah aku.. :em32: :em20: :em34: :em47:

    Post ReplyPost Reply
  58. #58 misz fadz
    December 31st, 2009 at 11:42 am

    assalamualaikum..
    sesungguhnya memiliki cinta itu adalah sgt indah..
    apa yang saya alami adalah mencintai seseorang didalam diam dan ini sgt memakan diri saya sendiri..tidak ada satu pun teman saya yang mengetahuinya.. sebelum ini teman saya prnah memberitahu bahawa mr.x ini mempunyai perasaan trhadap saya namun sukar untuk saya prcaya kerana mr.x tidak pernah bertegursapa dgn saya..kami cuma prnah trserempak di dalam kolej dan di kedai makan sahaja..saya tidak prnah menunjukkan perasaan saya kpd sesiapa..prnh juga tiba2 teman saya brtanya kpd saya bagaimanakah sekiranya mr.x tiba2 meminang saya..saya cuma berkata itu tidak mungkin akan trjadi..maaf la alasan saya merahsiakan perasaan saya adalah kerana teman saya ini juga mempunyai perasaan trhadap mr.x..untk pengetahuan semua teman saya ini adalah kaum adam..ye..teman saya memang seorang lelaki lembut yang mempunyai perasaan trhadap kaum sejenisnya sendiri..sungguh bijak saya menyembunyikan tentang perasaan ini walaupun ini memakan hati dan perasaan saya sendiri..ini saya lakukan kerana tidak sanggup melihat teman saya kecewa walaupun saya sedar teman saya telah terjebak dalam cinta terlarang..saya juga tahu bahawa mr.x tidak prnh mempunyai perasaan trhadap teman saya..sekarang ini saya tak tahu bagaimanakah keadaan mr.x yang sgt saya rindui itu..saya sedar cinta itu tak semestinya dimiliki setiap insan..namun akanku simpan perasaan ini sehingga ke akhir hayatku dan berserah kepada ALLAH YG ESA..

    Post ReplyPost Reply
  59. #59 TakUt pDa cHenTaH
    January 23rd, 2010 at 1:07 pm

    salam…….
    pada teman sekalian…sya punya powblem ttg chentah ne…
    ble tolonk sya x…????

    Post ReplyPost Reply
  60. #60 insan
    February 7th, 2010 at 2:24 pm

    salam
    sy just nk bg pndngan je
    mnarik topik y dibncgkn cinta sesuatu y subjektif
    tpi sering dislh gunakan…
    sy bkn lah arif sgt tntg agma
    so…sy pelik r ada k dlm agama islam membenarkan umat manusia bercinta antara lelaki n pompuan sebelum ada apa2 ikatan…
    konfius r…
    minta komen cikit…

    Post ReplyPost Reply
  61. #61 riyan
    February 9th, 2010 at 1:01 am

    saya pernah mencintai wanita orang nya sangat baik sopan periang dan cantik paras wajahnya,setiap ad kesmpatan saya slalu ada untuk dia. hampir 4tahun sy pdkt tp belum luluh jg hatinya.apa yg sbaiknya sy lakukan unt ny?

    Post ReplyPost Reply
  62. #62 Koala
    February 12th, 2010 at 10:40 pm

    sabar lah zoku..manusia memang boleh berubah bila2 masa je.
    sebab iman manusia menaik dan menurun..kalau ada jodoh tak kemana..kalau xda jodoh jangan bersedih.Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita..ada yang lebih baik.perempuan yang baik adalah HANYA untuk lelaki yang baik..pegang janji Allah tu..jangan bersedih,jangan kecewa k..
    alhamdulliah sepanjang perkenalan takde apape yang xelok terjadi..tiada apa yang perlu disesalkan..orang yang bersalah selalunya yang akan menyesal..redha yerk my fren..

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: