Cinta Sejati?
Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

March 5th, 2007 at 6:04 pm
November 17th, 2007 at 11:02 pm
February 23rd, 2008 at 8:26 pm
walaupun kadang kalanya saya juga dapat merasai manisnya cinta dari pasangan saya tetapi ianya hanya sekejap sahaja.adakah cinta yang cuba saya bina dan pertahankan itu tidak sejati???
February 24th, 2008 at 12:13 am
Terima kasih yer atas kesudian meluangkan masa melawat webblog saya yang tidak seberapa ini dan meninggalkan komen saudari itu.
May 26th, 2008 at 8:07 am
May 26th, 2008 at 11:58 am
Kita butuhkan
Namun cinta tidak dapat kita miliki, cinta hanya bisa kita jaga sebaik mungkin
May 26th, 2008 at 9:28 pm
“Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit-ungkit lagi sekiranya lelaki itu benar-benar menyintainya dengan setulus hati…”
Saya harap Ukhti Balqis dapat memahami maksud yang tersirat pada ayat di atas. Wallahu ‘alam…
May 26th, 2008 at 9:31 pm
Bukan setakat cinta sahaja yang tidak mungkin kita miliki… Namun, segala-galanya adalah milik Allah s.w.t jua… Bukan milik kita…
Shukran jazillan atas kesudiannya memberi komen di blog saya. Allah yubarrik fik.
May 28th, 2008 at 12:15 pm
Insan yang beberapa kali tertipu tentang cinta yang akhirnya menguris jiwa sendiri kerna membuat tafsiran sendiri tanpa Isthikharah pada Ilahi.
wallahualam
May 29th, 2008 at 4:03 am
semoga saja Tuhan mendengar niat baik saya…saya ingin dia menjadi IMAM bagi diri saya selamanya..aamiin
May 29th, 2008 at 5:15 pm
June 1st, 2008 at 7:59 pm
Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara di komen ini.
Saya bukanlah seorang pakar motivasi yang bijak dalam bab percintaan. Namun, insyaAllah serba sedikit dengan ilmu yang ada, saya boleh memberi pandangan.
Jalan yang terbaik buat saudara adalah senantiasa berdoa dan berusaha sekiranya saudara benar-benar menyayangi dirinya. Buatlah yang terbaik Lillahi Taala. InsyaAllah dengan berkat doa dan usaha saudara, pasti ada ganjarannya dari Allah. Mudah-mudahan pintu hati ibunya akan terbuka untuk menerima saudara dengan ikhlas. Walau apa pun selebihnya saudara serahkan kepada Allah s.w.t sahaja. Kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala kebaikan untuk diri kita.
Itu sahaja yang termampu saya membantu. Harapan saya, agar saudara lebih tenang menghadapi ujian seperti ini dalam dunia percintaan. Yang baik semua datang dari Allah s.w.t dan kecacatan itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri. Wallahu ‘alam…
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bertandang ke blog saya yang tidak seberapa ini.
June 1st, 2008 at 8:08 pm
Kalau diri kamu sebagai seorang Muslimah yang bijak menilai apa itu erti Cinta Sejati, insyaAllah saudari pasti mendapatkan seorang lelaki yang baik yang bisa menjadi imam kepada keluargamu suatu hari nanti. Sesungguhnya wanita yang baik pasti mendapatkan lelaki yang baik. Itu adalah janji Allah s.w.t.
Yang penting dan utama, saudari Pipit Herna jangan pernah putus asa dalam berdoa dan berusaha melakukan yang terbaik Lillahi Taala. InsyaAllah, Amiin.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bertandang ke blog saya dan meninggalkan komen. Salam Ukhwah Fillah.
July 19th, 2008 at 9:13 pm
Muslimah: Itu bukan lelaki yang baik untuk saudari Ina. Kalau dia betul-betul sayangkan saudari Ina, dia akan mengajak saudari ke jalan yang diredhai ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Bukan ke lembah maksiat. Menambahkan dosa dan melemahkan iman kita sebagai hamba-Nya. Cinta seorang insan yang beriman adalah seikhlas cintanya terhadap ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan ikhlasnya cintanya terhadap kekasih ALLAH, Rasulullah Sallahu Allaihi wa Sallam. Fikirkanlah keputusan yang terbaik untuk dirimu Ina. Sayangilah diri Ina dahulu. Kerana sudah terlalu ramai anak remaja Islam kita yang keterlanjuran di luar sana. Kerana sukar untuk membenci kepada kemungkaran…
August 29th, 2008 at 2:44 pm
October 23rd, 2008 at 4:42 pm
lelaki byk memain2kan perasaan wanita……..
ya…. memang byk…………
tapi bukankah lagi teruk jika wanita yg mempermain2kan perasaan lelaki yg tersangat2 mencintai dirinya?
TERUK!!!!!!
KAU TERUK IZAH!!!!
KAU TERUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
October 27th, 2008 at 6:33 pm
dan lg 1 nak tnya klu kt cinta dgn seseorang yang kita cinta dgn spnuh hati untukmenuju ke jlan ALLAH adakah benar..??