Isi Hati Sang Ikhwah
Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.
Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.
Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu”
( dipetik dr salah sebuah artikel )

I repeat, Hanya SELEPAS nikah, baru boleh PIMPIN TANGAN macam di atas ini.
نور مسلمة سيد إسماعيل says: Tetapi…. kalau sekiranya kalian mendapat disebaliknya kerana ALLAH ingin menguji tahap keimanan diri kita bagaimana? Apa bisa bahu kita mampu menanggungnya? Memang benar setelah dia menikahi diri kita dia seorg zauj yg baik dan sempurna… Tiba-tiba hati serta sikapnya berubah di tengah kehidupan berumah tangga. Dia menjadi kasar dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai zauj… Apa kita akan menunding jari pada janji-janji ALLAH lalu kesal tidak sudah? Zaujah yangg baik pasti akan mendapatkan zauj yang baik. Begitu disebaliknya. Tetapi sekarang ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mungkin sahaja ingin menguji keimanan kita sebagai seorang zaujah… Apa benar diri kita nanti dapat mewarisi seorang zaujah yang solehah? Syurga itu milik-NYA jua, namun apakah kita benar-benar layak untuk menikmati keindahan-NYA di sana nanti?
Teringat saya akan sebuah program yang diadakan di TV Indonesia. Sebuah forum tentang rumah tangga. Saya ingin berkongsi sebuah kisah tentang zaujah yang teresak-esak mengadu hal perubahan zaujnya. Beliau tidak menyangka zaujnya yang baik, ibarat khalifah yang bertanggungjawab dan seorang yang penyayang bisa berubah dengan sekelip mata. Di raut wajahnya kelihatan tanda-tanda kesal dan kecewa. Dalam nadanya yang teresak-esak beliau pun mengadu kepada Ustaz bahawa beliau tidak sanggup menanggung beban yang harus dipikulnya setiap hari. Mana tidaknya, beliau mengatakan yang saban hari zaujnya sering memaki hamun, mula mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di dalam rumah tangganya. Naluri setiap wanita pasti ada persamaan. Apabila emosi tidak dapat dikawal, beliau akan menangis dan terus meluahkan dengan nada kesal. Tetapi kali ini, beliau ibarat menunding jari kepada janji-janji ALLAH. Ini kerana beliau bertanya Ustaz yang bertauliah di sana (tidak kurang hebatnya),
Bukankah wanita yang baik akan mendapatkan lelaki yang baik. Pada pertama kalinya memang saya mendapatkan zauj yang baik dan saya cukup gembira. Tetapi tiba-tiba dipertengahan rumah tangga kami mengapa dia berubah dengan begitu mendadak sekali? Manakah janji ALLAH itu untuk saya?
Dengan nada yang amat kesal dan kecewa, soalan demi persoalan ditujukan tanpa henti. Ustaz itu hanya tenang mendengarkan keluhan hatinya itu.
Jawapan yang diberi Ustaz itu cukup menyentuh setiap hati yang mendengar,
Bersabar dulu ukhti. Sesungguhnya ini adalah ujian buat kamu untuk menambahkan lagi derajat iman di hati mu itu. ALLAH menguji seseorang itu sesuai dengan kesabaran dan kemampuannya.
Memang benar bahawa zauj ukhti dulu seorang yang soleh. Di sini ukhti dapat melihat ALLAH telah pun menunaikan janji-janji-NYA pada mu dengan mempertemukan kamu dengan lelaki yang soleh. Lalu DIA memilih untuk menguji diri mu pula agar ukhti dapat digelar wanita solehah yang memiliki derajat iman yang cukup gah di sana nanti. Terpulang pada ukhti untuk melepaskannya mahu pun tidak. Tetapi kita sebagai manusia, hamba-NYA yang dhoif, jangan sewenang-wenangnya bersangka buruk terhadap janji-janji ALLAH kepada kita. Apabila zauj mu sudah berubah begitu jauh sekali, ISLAM ada meletakkan hukum-hukum dan syarat-syarat meminta untuk berpisah. Walaupun jalan itu tidak disukai ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Sekali lagi saya ulangi kata-kata saya, sekiranya ukhti tidak lagi kuat untuk menanggungnya barulah ukhti minta jalan perpisahan dengan cara yang baik. Andai kata ukhti masih lagi mampu dan kuat menghadapinya, bertahanlah dan berusaha berdu’aa kepada-NYA semoga suatu hari nanti zauj mu akan berubah kembali sedia kala menjadi seorang zauj yang soleh. Yang akan membimbing mu ke taman syurga sana. Insya-ALLAH. Janganlah sesekali ukhti berburuk sangka terhadap-NYA.
Itulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya pelajari dari forum itu.
Pengajaran bagi saya:
Jangan disebabkan secuil nikmah diambil oleh-NYA, kita mudah berburuk sangka kepada-NYA jua dengan keluhan yang tidak sudah, “apalah nasib aku malang macam ni…”, “tak sangke boleh jadi macam ni…”, “ape salah ku ini…”, “haizzz… dah nasib badan….” – inilah keluhan yang sering kita perdengarkan. Du’aanya tiada, keluhan sahaja sepanjang masa. Ingatlah alam rumah tangga tidak semudah yang kita bayangkan. Jangan diimpikan kemanisannya sahaja. Tetapi bersedia dengan kepahitan yang akan kita tempuhi. Peringatan ini khas ditujukan untuk diri saya juga.
Segala keindahan dan kebaikan datangnya dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala jua. Manakala kecacatan itu tercipta dari kelemahan dan kedhoifan diri sendiri.
Wallahu ‘alam bisowob…
sedih apabila mendengar berita dari kawan. ada satu keluarga di Semenanjung Malaysia memutuskan pertunangan anaknya dengan seorang pemuda dari Kelantan disebabkan ke’ganas’an terlampau tempoh hari di Bukit Jalil. Kelantan mmg dari dulu lg di anak tirikan. Tekanan berterusan di terima oleh rakyat Kelantan.
Kesian anak kelate. Tak dapat kawin sbb asal kelate..
nice blog..
Kesian anak kelate. Tak dapat kawin sbb asal kelate..?
Luahan cik areMaL ni seolah-olah macam tiada lagi hari esok. Kalau tidak ada jodoh dengan wanita semenanjung, wanita satu negeri Kelate pun apalah kurangnya? Bijak, cantik sudahlah memang terbilang. InsyaALLAH tidak rugi ambil wanita Kelate dijadikan zaujahnya. Jika mereka dalam keadaan kekurangan ilmu atau sebagainya, kamulah kaum lelaki yang bisa mendidik dan membimbingnya kepada kejayaan fiil dunya wal akhyrah. Soal jodoh itu kan ketentuan ALLAH. Janganlah bersedih dan senantiasalah berfikiran +ve terhadap kehidupan kita dan juga janji ALLAH. ((=
Jika kerana keganasan di Kelate sampai sanggup memutuskan jodoh anak, itu adalah pemikiran-pemikiran yang sempit. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Kebaikan atau keburukan itu adalah tergantung keatas diri individu itu sendiri. Bukan disebabkan kaum atau sesebuah negeri.
Wallahu ‘alam. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Semoga ALLAH menyatukan umat Islam kembali. Allahumma Ameen. (:
takdelah.. sedih dan kesian dgn pemuda tu… diputuskan pertunangan dgn sbb yg tiada kena mengena dgnnya. semoga Allah tetapkan jodohnya dengan wanita yg lebih baik.
fyi ramai wanita kelantan jodohnya dngan org luar.. lelaki kelantan tak ramai yg cari perempuan luar tp masih ada jgk la.
- menarik post nie. kata2 yang brmkna. baitul muslim