Lelaki yang mahukan isteri setia disarankan memilih wanita berdagu tirus.
Ini kerana penyelidikan sekumpulan pakar psikologi membuktikan bahawa wanita berdagu lebar cenderung menjalin hubungan sulit.
Rumusan itu kelihatan boleh dibuktikan dengan melihat dunia selebriti.
Sebagai contoh, Camilia Parker Bowles, yang memiliki dagu besar, menjalin hubungan sulit dengan Putera Charles ketika masih menjadi isteri Andrew Parker Bowles.
Sebaliknya, aktres Joanne Woodward, yang memiliki dagu tirus, hidup bahagia dengan ikon Hollywood, Paul Newman, selama 50 tahun sehingga kematian aktor itu pada usia 83 tahun September lalu. – BH
Musleemah says: Urm… anda mempercayai dengan fakta di atas ini? Pada pandangan musleemah, ini langsung tidak masuk akal kerana dagu tirus mahupun dagu lebar itu adalah ciptaan ALLAH semata. Setia mahupun tidak seseorang wanita itu terhadap suaminya, adalah bergantung pada iman di hati mereka. Dengan sifat kesabaran dalam melalui alam rumahtangga, maka kesetiaan dirinya terhadap suami dapat dilihat melalui sifatnya itu.
Jikalau terdapat isteri yang materialistic dan suka bertukar pasangan ibarat tukar baju serta mengabaikan kewajipannya dalam rumahtangga, jawapan musleemah “good luck luh yer…” Maksud saya, pandai-pandailah didik isteri itu dengan penuh kebijaksanaan. (=
Biasanya pada zaman teknologi yang serba canggih ini tiada yang mustahil. Apa yang musleemah maksudkan di sini adalah dagu yang lebar boleh ditiruskan dengan cara yang amat mudah. Dunia sekarang, ramai yang menipu. Sukar mendapatkan natural pada zaman yang modern sebegini. Maka tidak logiklah untuk mengatakan dagu yang lebar itu tidak setia orangnya. Hanya ALLAH yang mampu menilai seseorang itu kerana DIA mampu menyelami hati setiap hamba-hamba-NYA. Jadi, siapakah kita untuk menilai mereka yang bernama manusia sedangkan kita sendiri hamba-NYA yang dhoif lagi lemah di hadapan-NYA.
Don’t judge a book by its cover.
Saya rasa dah berkali-kali phrase di atas itu digunakan oleh ramai penulis. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia memang memandang pada luaran seseorang itu.
Pingback: Wanita berdagu lebar tidak SETIA?? O_o | Fairy Tail Manga
fisik tidaklah sama dengan bathin
iya kan ?
Aku tidak setuju klo yg berdagu lebar gak setia berarti yg berdagu panjang itu nenek sihir
itu semua hanya mitos. setia atau tdk setia orang itu adalah sifat gk tergantung dari fisik