Logo Background RSS

Tanggungjawab Bersama!

  • Written by MuslimahMuslimah 6 Comments6 Comments Comments
    Last Updated: March 5th, 2009

    Tanggungjawab semua sedarkan belia agar kembali ke pangkal jalan.

    Buka sahaja akhbar, pasti topik kenakalan, keterlanjuran, keganasan remaja dan sebagainya penuh di dada akhbar. Boleh dikatakan setiap hari. Sebenarnya perkara ini sudah sangat runcing. Lihat sahaja gambar di bawa ini. Akibat perbuatan sendiri, bayi dibuang begitu sahaja seperti sampah di tepi jalan. Tanpa rasa sedih apalagi simpati. Sedangkan siapa yang membaca pasti merasa sedih terhadap bayi itu. Nauzhubillahi Minzhaliq. Gambar ini diambil di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

    bayi001

    Dan tidak kurang juga yang sedang hangat berlaku di tanah Singapura.

    Bayi yang berada di dalam sebuah bag dilontar ke luar melalui tingkat sembilan (9). Seorang warga tua berbangsa cina sedang duduk berehat di salah sebuah bangku berdekatan. Terkejut apabila kelihatan sebuah bag yang tidak ketahuinya terjatuh kelepuk di sebelah tempat duduknya. Lalu beliau pun segera membuka bag tersebut. Fikirnya mungkin kain baju atau buku atau barang-barangan yang berharga. Alangkah terkejutnya, hampir tersembul keluar biji matanya… Beliau berteriak dengan loghat bahasa cinanya bahawa dia terjumpa bayi di dalam bag tersebut. Bayi itu dikatakan masih mempunyai tali pusat dan badannya penuh dengan lumuran darah. Bila dirisik, bayi itu adalah kepunyaan gadis melayu yang masih bawah umur. Dan ya, masih bersekolah. Begitulah cerita seterusnya… Tiada penghujungnya… Kenapa saya berkata sedemikian rupa? Kerana masalah ini seringkali berlaku di sini. Sudah menjadi satu kebiasaan dan trend masa kini. Dek akibat terlalu bebas bergaul antara lelaki dan wanita. – Musleemah

    Di bawa ada sebahagian kecil komen daripada salah satu masyarakat di Singapura, Encik Aman Samat:-

    Adakah satu perkara yang menggemparkan kepada masyarakat Melayu/Islam kita jika mereka dikhabarkan dengan berita remaja belasan umur melakukan hubungan seks luar nikah?

    Jawapannya Ya! dan Tidak!

    Ya! Jika berita itu tersebar pada zaman datuk nenek saya (50 tahun dulu). Ia pasti menggemparkan bukan sahaja keluarga remaja yang melakukan seks itu, malah seluruh kampung tempat remaja itu tinggal.

    Kegemparan itu disebabkan adat dan budaya Melayu kita selain daripada pegangan (amalan) agama yang kuat.

    Pada zaman itu, pepatah “biar mati anak jangan mati adat” menjadi semacam pegangan hidup masyarakat Melayu.

    Masyarakat zaman datuk nenek kita dulu mempunyai sikap segan dan aib serta takut terhadap perbuatan yang melanggar adat, budaya dan agama.

    Pegangan ini bukan sahaja dipegang teguh kaum tua, malah golongan remajanya mempunyai sikap takut dan taat serta hormat kepada orang lebih tua.

    Inilah antara sebab mengapa kehidupan kekeluargaan masa itu kelihatan tenang, tersusun dan menggembirakan.

    Remaja perempuan ditanam sifat-sifat malu terhadap kaum lelaki dan remaja lelaki terikat dengan peraturan adat budaya yang dipegang kuat keluarganya.

    Fahaman dan cara hidup yang penuh dengan nilai hidup inilah yang perlu kita kekalkan di samping mengikuti perubahan kemajuan yang ada.

    Tetapi keadaannya berbeza pada zaman ini. Berita remaja melakukan seks diterima dalam pelbagai bentuk pandangan.

    Generasi tua masa ini berpendirian bahawa segala “kemusnahan cara hidup yang baik” adalah hasil kemajuan hari ini – kemajuan yang memusnahkan ikatan kekeluargaan dan hukum-hukumnya.

    Kemajuan kebendaan yang mengubah pegangan dan keimanan masyarakat Islam kepada ALLAH. Jadi mereka menerima berita ‘buruk’ itu dengan menggelengkan kepala tanda sedih dengan keadaan. Mereka tidak berupaya membetulkannya bukan kerana tidak bertenaga, tetapi masyarakat hari ini menyuruh mereka “diam”.

    Masyarakat masa kini menolak cara fikiran dan hidup ‘lama’. Adat dan budaya dianggap penghalang kemajuan hingga mereka sanggup mengubah ungkapan “biar mati anak jangan mati adat” kepada “biar mati adat jangan mati anak”.

    Bagi generasi ibu bapa muda yang berpendidikan, berita ini tidak dianggap berita buruk tetapi ia merupakan satu kelemahan cara pendidikan atau kawalan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

    Mereka percaya bahawa para remaja perlu didedahkan lebih luas tentang seks dan bahayanya. Mereka juga berpendirian bahawa ibu bapa perlu memahami dan melayani dengan baik kehendak anak-anak mereka.

    Adanya pegangan seperti ini tidak menjadi satu kehairanan kepada kita kerana ada ibu bapa yang bukan sahaja membiarkan, malah menggalakkan anak remaja mereka membawa pulang pasangan dan bermesraan di rumah di depan mereka.

    Bagi para remaja, perbuatan mereka mengadakan hubungan seks sebelum nikah adalah satu perkara biasa. Remaja yang belum atau takut melakukan hubungan seks kini dianggap sebagai “ketinggalan zaman”.

    Berpelukan dan bercumbu-cumbuan di kolong blok dan pusat berli-belah yang sibuk dengan orang lalu-lalang merupakan satu kebiasaan.

    Bagi mereka, tidak ada sama sekali sifat malu atau segan.

    Akibat sudah terlalu biasa, masyarakat seakan-akan menerima bahawa perbuatan pasangan remaja itu adalah sebahagian daripada budaya hidup masa ini.

    Langkah pemerintah meningkatkan umur pasangan Melayu/Islam untuk bernikah mempunyai tujuan yang baik tetapi ia seakan-akan satu galakan kepada pasangan remaja untuk meneruskan perbuatan yang terkutuk dalam ajaran Islam.

    Badan-badan Melayu/Islam dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC)  juga Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) perlu bersikap serius dan bergiat dengan betul dan bersungguh-sungguh jika mereka berasa bertanggungjawab terhadap masalah seks remaja luar nikah ini.

    Menghidupkan dan mengamalkan adat budaya Melayu dan didikan agama yang sempurna perlu dijadikan keutumaan kepada mereka yang disebutkan tadi.

    Kita jangan terikut-ikut sangat dengan kehendak kemajuan. Memang tidak dinafikan perlunya kemajuan tetapi janganlah sampai kemajuan menyebabkan masyarakat kita hancur.

    Saya fikir jika ada anggota masyarakat Melayu/Islam kita sesat di hutan kemajuan, maka ingatlah peribahasa ini: “Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan”.

    Memang tanggungjawab kita bersama menyedarkan mereka ini.

  1. #1 ari
    March 6th, 2009 at 6:37 pm

    kita sebagai wanita muslimah , harus lebih menjaga diri :em54: nice post :em70: , pasti ibu dr bayi tersebut akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 alongwairnazz
    March 7th, 2009 at 1:28 am

    minta dijauhkanlah..

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Muslimah
    March 9th, 2009 at 10:12 pm

    Terima kasih atas pandangan ari & juga alongwairnazz. Memang benar dengan apa yang dikatakan. Mudah-mudahan ALLAH Azza wa Jalla lindungi kita dari perbuatan sedemikian rupa. Insya-ALLAH. (=

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 alongwairnazz
    March 11th, 2009 at 1:03 pm

    nak along menulis di blog ni jugak ke? boleh dipertimbangkan..huhu

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Jafar Soddik
    March 11th, 2009 at 1:06 pm

    Astaghfirullahal ‘azhim

    Betapa sesat mereka yang telah berbuat dosa dengan melakukan hubungan sex di luar nikah dan lalu mereka melakukan kesesatan yang lainnya dengan membuang bayi hasil perbuatan mereka yang mereka anggap ‘aib dan nista’. Padahal bayi-bayi itu tidak memiliki dosa sama sekali dan tidak ingin dilahirkan seandainya mereka mengetahui orang tua mereka sesat seperti itu.

    Ampunkan kami ya Allah yang terkadang sesat dalam menempuh hidup yang telah kau ukir kepada kami. Amin.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 sueanne885
    March 13th, 2009 at 4:39 pm

    salam…
    saya pernah mendengar satu statement yang berbunyi:
    “kita boleh melihat keadaan generasi akan datang dengan melihat keadaan generasi pada sebelumnya/kini”
    disini bermaksud, pada masa kini sekiranya sudah berlaku keruntuhan akhlak sebegini, ia akan lebih teruk berlaku pada generasi akan datang…sungguh menakutkan…subhanaAllah…
    apa yang akan terjadi pada anak2 kita nnt..
    sudah teruk untuk masa kini dan akan bertambah buruk untuk masa depan…
    waallahualam…

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: