Kenangan Lalu Tidak Mungkin Ku Lupakan
-
Memori yang berlalu tidak akan dapat ku lupakan. Memori ini mengimbaskan aku kembali pada zaman keremajaan ku menjinak-jinakkan diri dalam dunia design dan social-networking yang bernama Friendster (perjumpaan ku bersama ukhti-ukhti tercinta, tidak mungkin ku lupakan). Oleh disebabkan minat aku dalam dunia design, buku hasil ciptaan Euis Srimulyati jadi kegemaran ku sepanjang hari. Ini kerana ukhti Euis Srimulyati adalah antara segelintir wanita musleemah al-mukmeenah as-solehah yang banyak memperkatakan kisah dan kehidupan wanita akhir zaman ini melalui puisi dan setiap kata-kata hikmahnya yang cukup membuat aku terpanggil mempamerkan karyanya itu lewat dunia blog ku. Dengan itu, ingin sekali ku mengambil peluang yang ada untuk berkongsi kenangan lalu dengan tampilan kad-kad design lama ku yang tidak seberapa sebagai video klip. Ya, memang benar mungkin sahaja kad-kad islamik ku tidaklah sehebat dan seindah pro graphic designer yang mampu menghasilkan kad-kad mereka dengan begitu sempurna. Namun begitu, ku merasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan dan kemantapan fizikal serta akal fikiran yang waras untuk berfikir dan terus berfikir mempelajari ilmu design yang kini tidak kurang diajarkan melalui internet secara percuma. Alhamdulillah. ((:

Waalaikumussalam Warakhmatullahi Wabarakaatukh.
Kepada ukhti Euis Srimulyati, sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada ukhti atas kebaikan dan keikhlasan ukhti dalam memberi komen dan semangat melalui dunia blog saya yang banyak kekurangannya. Buku ukhti ada dijual di MuslimMedia Singapura. Pada waktu itu saya jadi terpanggil untuk membeli buku ukhti yang bertajuk Keagungan & Keindahan Wanita.
Subhan-ALLAH! Pengisian buku itu cukup indah bahasanya. Tulisan mu banyak membawa pengajaran dan ilmu kebaikan kepada setiap wanita yang membacanya. Semoga sahaja kamu tidak jemu menghasilkan karya-karya mu yang banyak memberi kesedaran pada wanita-wanita. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini yang penuh dengan pelbagai dugaan, cubaan dan segala macam rintangan.
Wanita kehausan budi bicara, pertuturan yang sopan, ilmu, akhlaq yang mulia, sahabat semusleemah, iman: malu yang ada dalam diri dan sebuah perlindungan. Ini semua yang kami dambakan semakin hari semakin berkurangan. Iman yang dahulunya mantap kini semakin hari semakin terhakis dan hampir muflis.
Kini dunia dipenuhi dengan wanita-wanita yang berlari mengejar dunia semata. Cinta akan status dan kehidupan yang penuh dengan kemewahan dunia sahaja. Sesungguhnya ukhti, saya amat sedih melihat itu semua dan oleh itu saya dengan sungguh-sungguh menyampaikan puisi dan kata-kata hikmah tulisan ukhti sendiri lewat kad-kad islamik yang telah saya sediakan. Kerana saya pasti, walaupun tiada kepedulian mereka terhadap perubahan yang baik Lillahi Ta’ala, namun suatu hari pasti hidayah itu akan menyinari ke ruang lubuk hati mereka yang paling dalam.
Sesungguhnya setiap usaha itu tiada yang sia-sia kerana ALLAH itu senantiasa menunjukkan kepada jalan yang benar-benar menuju keredhaan-NYA. Allahumma Ameen.
Dan kepada seluruh kaum semusleemah ku, yang ayu jelita, cantik rupawan, sebagaimana sempurnanya ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencipta keindahan wajah mu, janganlah sampai kita alpa akan kelahiran kita. Untuk apa kita dilahirkan? Janganlah kamu kejar dunia semata-mata untuk menghiasi tatapan manusia yang sering memuji dan memuja sehinggakan akhirat kamu lempar jauh dari kehidupan mu. Sesungguhnya manusia yang paling bijak apabila dia sering mengejar akhirat, lalu dunia mengejarnya kembali. Hidup sesingkatnya antara adzan dan solat. Peringatan ini juga buat diri ku.
Kepada komentar-komentar yang lain, mohon maaf lahir dan bathin kerana belum ada kesempatan untuk membalas komen-komen anda. InsyaALLAH di lain hari.
(”,)Psssttt… Saya online ni pun kerana ingin membersihkan sawang-sawang di blog ini yang dah lama sungguh saya tinggalkan… Bukan disengajakan, tetapi tidak berkesempatan untuk online…




January 26th, 2010 at 11:08 pm
ya abeen kenangan lalu amat indah lagi suci….