Logo Background RSS

13 Tahun dah pandai jadi SAMSENG? O_o

  • Written by Muslimah 1 Comment1 Comment Comments
    Last Updated: July 14th, 2009

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.

    Alhamdulillah, syukr ke hadrat ALLAH atas anugerah kesihatan yang diberi. Ada juga kesempatan untuk mengemaskinikan blog yang sudah lama terbengkalai.

    Untuk tidak membuang waktu, ingin saya pendekkan cerita sahaja. Heee =D

    Astaghfirullah… Seusia 13 tahun sudah berani menjadi SAMSENG sekolah akibat sifat cemburu mereka terhadap seorang pelajar yang cantik? Saya jadi hairan dengan gelagat remaja zaman kini. Saya tidak mengatakan bahawa sifat cemburu itu salah. Namun begitu, sifat cemburu mampu dikekang dengan akal yang sihat. Cemburu yang sihat juga tidak akan membawa kepada kemudharatan diri kita dan juga orang lain. Maka dengan itu, saya ingin mengatakan bahawa sifat cemburu terhadap pelajar dungun yang bernama Azani Juasharmiela sungguh telah menjatuhkan imej sekolah itu sendiri dan juga perbuatan mereka sekaligus memalukan kedua orang tua mereka yang telah bersusah payah mendidik dan mengasuh mereka selama 13 tahun.

    Seingat saya pada usia saya 13 tahun itu, saya masih dalam alam kanak-kanak. Bukan sahaja sibuk dalam mengulangkaji pelajaran. Tetapi saya juga sibuk bermain buaian dengan sahabat-sahabat perempuan saya. Al-maklum sahajalah sekolah menengah saya berdekatan dengan taman yang cukup indah! Soal cemburu dengan kecantikan yang ada pada diri sahabat-sahabat saya tidak pernah terlintas pun di fikiran. Malahan kita saling membanding-bandingkan markah kertas ujian yang telah diterima. Bukan membandingkan kecantikan zahiriah! Mendengarkan kisah adik Azani Juasharmiela, kadang-kala membuat saya tersenyum sinis dengan gelagat sahabat-sahabatnya yang besar kemungkinan kurang pendidikan agama. Izinkan saya mengkategorikan sahabat-sahabat adik Azani dalam golongan remaja yang kurang bijak. Ada kemungkinan juga, mereka hidup dengan penuh sifat hasad dengki dan juga sifat cemburu yang meluap-luap tanpa berlandaskan secebis iman di dada mereka.

    Pada pandangan saya, dalam soal ini Guru juga memainkan peranan besar. Ini kerana seringkali terjadi Guru yang memilih kasih dalam mendidik anak murid mereka. Andai terdapat anak murid yang rupanya cantik jelita, pasti akan dipuji atau diberi perhatian yang melebihi rakannya yang lain. Sampaikan kawan di sebelah pun sangat cemburu! Sedangkan kawan sebelahnya bijak tetapi memiliki rupa yang sederhana. Akibat tidak memiliki kecantikan paras rupa, badan kawannya yang cantik jadi binasa kerana mulut Guru yang tidak putus-putus memuji. Memang benar bahawa menjadi seorang Guru tidaklah semudah mana. Namun, ini hakikat dunya sekarang. Bukan sewenang-wenangnya mulut kita bisa melontarkan pujian yang berlebihan kepada individu yang kita sukakan. Dan tidak sembarangan diri kita sebagai seorang Guru semudahnya mempamerkan perhatian yang terlebihan pada pelajar yang kita sayang.

    Di Singapura, tiap-tiap sekolah pasti akan diadakan pegawai keselamatan, yakni polis. Untuk mengawal kenakalan remaja. Tidaklah kenakalan mereka dibebankan keatas bahu Guru disiplin semata-mata. Ini kerana Guru-guru yang lain sudah cukup dibebani dengan mata pelajaran yang sangat hebat! Al-maklumlah zaman terkini, zaman teknologi. Kata orang no English no future. Akhlaq tiada pun tidak apa! Asalkan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan hebat! Yang menjadi kehairanan saya, pergi ke sekolah memakai baju kurung. Bertudung labuh sehingga ke punggung. Tetapi sayang seribu kali sayang, mana mungkin baju kurung bisa dijadikan didikan kepada jiwa dan imannya untuk berakhlaq baik di mana pun dia berada. Begitu aggressive sekali gadis kecil zaman sekarang. Apabila ingin bergaduh, disinsingnya kain baju tu. Alahai, sungguh hilang kemanisannya.

    Anak yang bijak mungkin kerana pendidikan persekolahan. Namun anak yang baik dan soleh asasnya datang dari rumahnya sendiri. Ini kerana ibu bapa adalah sebaik-baik role model dalam dunya remaja mereka. Terutama sekali pendidikan rohaniah yang penuh dengan nasihat-nasihat islami. Kita harus memandang lebih jauh lagi dengan memikirkan bagaimana cara untuk kita lebih berwaspada dalam mengatasi kenakalan remaja yang semakin hari semakin aggressive dan menakutkan ini. Janganlah kita mudah menunding jari kepada Guru yang mendidik hanya di sekolah. Pendidikan sekolah hanya beberapa jam sahaja. Sedangkan ibu bapa yang didik di rumah sudah cukup lamanya. Renung-renungkanlah wahai ibu bapa. Demi kebaikan bersama. InsyaALLAH, andai segala sesuatu kita lakukan Lillahi Ta’ala pasti akan adanya jalan yang mudah dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala! Salam perjuangan ikhlas daripada Musleemah. (=

    (“,) Psssttt… Anda tahu SAMSENG tu apa? GANGSTER. Di Singapura ia terkenal dengan Remaja Samseng! Tetapi Samseng tu bahasa cina. Gangster pula bahasa omputeh. Melayu??? Penjahat kuttt… (=

  1. #1 Abu Raiyan
    July 14th, 2009 at 8:20 pm

    Salaamullahi ‘alaikum

    Pada pandangan saya, pelajar2 sedemikian perlukan asuhan dan bantuan. Kita harus teliti sebab musabab mereka terlibat dalam gangsterism.

    Wallahu a’lam

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: