كتاب العلم

ilmu001

 

كتاب العلم

ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

.وَقُلْ رًبِّ زِدْنِى عِلْمًا – “Dan katakanlah: “Ya Tuhan ku, tambahkanlah ilmu ku.”
(Thaha: 114)

ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

.قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لآيَعْلَمُوْنَ – “Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui – yakni berilmu – dan orang-orang yang tidak mengetahui – yakni tidak berilmu.”
(az-Zumar: 9)

ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:

.يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ آمَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ اُوْتُوْاالْعِلْمَ دَرَجَاتٍ – “ALLAH mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat.”

ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman pula:

.اِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ – “Hanyasanya yang takut kepada ALLAH dari kalangan hamba-hamba-NYA itu ialah para alim-ulama’.”

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Itu sebahagian dari ayat-ayat suci ALLAH yang menerangkan tentang ilmu pengetahuan. Alhamdulillah saya telah pun diberi kesempatan oleh-NYA untuk berkongsi sama nikmah ilmu ALLAH yang ini bersama kalian lewat dunia blogging saya. Dan kallamullah yang cukup bermakna dan penuh dengan hikmah ini telah saya petik dari sebuah buku yang bertajuk Riyadhus Shalihin, yakni Taman Orang-orang Soleh – Imam Nawawi. (=

Subhan-ALLAH! Di sini saya juga tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi sama sebahagian sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam tentang ilmu pengetahuan-NYA.

1.

.(وعن معاوية رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفقهه فى الدين. (متفق عليه – Dari Mu’awiyah radhiyallahu anha, katanya: “Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH untuk memperoleh kebaikan, maka ALLAH membuat dia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”
(Muttafaq ‘alaih)

2.

.وعن ابى هريرة رضى الله عنه: ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا الى الجنة. رواه مسلم – Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anha, katanya: “Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka ALLAH akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.”
(Riwayat Muslim)

3.

.وعنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اذا مات ابن آدم انقطع عمله الا من ثلاث: صدقة جارية, او علم ينتفع به, او ولد صالح يدعو له. رواه مسلم – Dari Abu Hurairah Radhiyallah Anha, katanya: “Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: “Apabila anak Adam – yakni manusia – meninggal dunia, maka putuslah amalannya – yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, iaitu sadaqqah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang soleh yang suka mendu’aakan untuknya.”
(Riwayat Muslim)

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Alhamdulillah. Ini sahaja yang dapat saya luangkan masa dengan sebaik mungkin dengan perkongsian ilmu ALLAH yang satu ini. Iaitu mengenai ilmu pengetahuan. Subhan-ALLAH ilmu ALLAH itu sangat luas. Saya seringkali memperingati diri sendiri untuk mengukur ilmu sendiri ibarat jari kelinking yang celup di lautan-NYA yang sangat luas itu (mungkin tidak sampai setengah kuku jari kelinking ku ini :( ). Dan saya ingat akan kata-kata pujangga yang mengatakan, “Semakin kamu belajar, semakin bodohlah kamu.” Bukan kata-kata mengutuk atau menghina, tetapi itulah sebahagian kata-kata hikmah buat santapan rohani manusia. Jika kita semua mengambil waktu yang terluang dengan berfikir akan erti sebenar kata-kata itu, sudah tentu kita mengerti apa maksudnya. Begitu banyak sekali ilmu ALLAH yang belum bisa kita kuasai. Malah mungkin tidak pernah bisa kita menguasainya. Ini kerana aqal fikiran kita tidaklah sehebat ilmu-NYA yang sangat banyak itu. Masya-ALLAH! O RABBI, begitu kerdilnya hamba-MU ini. Betapa dhoifnya diri hamba-MU yang satu ini ya ALLAH. Du’aa ku semoga ilmu yang telah ku pelajari sepanjang pernafasan ku akan diredhai oleh ALLAHU RABBI. Dan semoga sahaja ku masih lagi mampu dan kuat untuk menyampaikannya kepada sebahagian masyarakat Islam di dunia ini. Insya-ALLAH. Dengan berkat keizinan dari-MU jua. O ALLAH, kabulkanlah du’aa hamba ini. Allahumma Ameen.

Salam Perjuangan! Ilah LiQa~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>