Jangan Mengharap “Terima Kasih” dari Seseorang.
-

ALLAH menciptakan para setiap hamba agar selalu mengingat-NYA, dan DIA menganugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-NYA agar mereka bersyukur kepada-NYA. Namun, mereka justeru ramai yang menyembah dan bersyukur kepada selain DIA.
Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan sesuatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu, anda tidak perlu hairan dan resah apabila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan. Lupakan sahaja bakti yang telah anda persembahkan. Bahkan, tidak usah resah apabila mereka sampai memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana anda telah berbuat baik kepada mereka.
Dan, mereka tidak mencela (ALLAH dan Rasul-NYA) kecuali kerana ALLAH dan Rasul-NYA telah melimpahkan karunia-NYA kepada mereka.
(QS. At-Taubah: 74)Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: Syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. Ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi seseorang yang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asalkan anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apa imbalan seorang anak kepada ayahnya yang telah banyak berkorban untuknya? Ketika sudah kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak dan bersifat durhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, dia tunjukkan melalui perkataan dan juga tindakan.
Kerana itu, sesiapa sahaja yang kebaikannya diabaikan dan dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah seharusnya menghadapi semua itu dengan fikiran yang dingin. Dan, ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang Perbendaharaan-NYA yang tidak akan pernah habis dan selalu sirna.

Ajakan ini bukan pula untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang telah anda lakukan selama ini, atau agar anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin, agar anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang telah anda perbuat. Dan janganlah anda pernah bersedih dengan apa sahaja yang mereka perlakukan.
Berbuatlah kebaikan hanya demi ALLAH semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan pernah terusik oleh kebencian mereka, dan tidak pernah merasa terancam oleh perlakuan keji mereka. Anda harus beryukur kepada ALLAH kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekitar anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahawa tangan yang selalu memberi itu lebih baik dari tangan yang sering menerima.
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH. Kami tidak mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
(QS. Al-Insan: 9)Masih ramai orang berakal yang sering hilang kendali dan menjadi kacau fikirannya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas daripada orang-orang sekitarnya. Terkesan, mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu ILLAHI yang menjelaskan dengan jelas tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari ALLAH. Dalam wahyu itu dikatakan:
Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS. Yunus: 12)Anda tidak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pena tersebut untuk menulis cemoohan kepada anda. Dan anda tidak usah terkejut, apabila orang yang anda beri tongkat untuk mengiringi domba gembalaannya justeru akan memukul kepala anda dengan tongkat hadiah daripadamu. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung nan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya sahaja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan juga anda.
Musleemah says: SubhanALLAH! Karya Dr. ‘Aidh al-Qarni cukup mempesonakan dan memberi satu cahaya ke dalam jiwaku ini. Dengan membaca setiap karya yang mampu membangunkan jiwa setiap orang musleem mampu membuka mataku. Ia telah membangunkan semangat di jiwaku untuk terus melakukan kebaikan hanya kerana ALLAH semata. Hanya untuk Ya RABBI-ku. Ya… sedari kecil aku dididik untuk tidak meminta imbalan daripada setiap insan yang telah aku ikhlaskan terhadap mereka. Kerana aku sadar siapalah aku dihadapan RABBI-ku. Iya… Akulah diantara hamba-hamba-NYA yang dhoif lagi lemah. Pengorbananku mungkin ibarat jari kelingking celup di lautan-NYA yang luas. Astaghfirullah Halazhim… Aku akan menyakiti diri aku sendiri dan mengotori hatiku jika aku benar-benar inginkan imbalan dari mereka yang bernama manusia. Yang sesungguhnya dan sejujurnya dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hanya nikmat keredhaan yang mampu aku mengharapkan setelah aku ikhlaskan. Dan juga keampunan atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama jantungku masih berdegup. Dan satu ungkapan yang mampu aku perjelaskan segala-galanya: La Tahzan!!
Ini bukan sahaja peringatan untuk sahabat-sahabat semuslimku, tetapi juga untuk diri ini yang terlalu banyak kekurangannya.





February 4th, 2009 at 7:19 am
kadang2..bila kita tidak mengharapkan termia kasih dari seseorang, waktu itulah orang akan menghargai kita
February 4th, 2009 at 10:47 am
Mengharapkan terima kasih tanda tidak ikhlas tu..
February 5th, 2009 at 2:17 pm
‘Mengharapkan terima kasih tanda tidak ikhlas tu..’
kata alongwairnazz
saya setuju sangat tetapi bukan hanya terima kasih, lebih umuhnya mengaharp sesuatu daripada seseorang selepas berbuat sesuatu daripadanya.
tetapi sering kita dengar orang kata begini contonya ‘dah lah kita tolong dia angkat barang berat-berat, jangan dikatakan hendak diberi minum walau segelas, ucap terima kasih pun tidak!’
biasa? pada saya memang kita tidak berharap apa-apa tetapi terima kasih dalam situasi diatas menunjukkan PENGHARGAAN kepada orang tersebut. manusia fitrahnya perlu dihargai maka ia memerlukan penghargaan.
Pndanganku
~maaf jika pandangan ini salah atau terguris hati sesiapa pun~
February 5th, 2009 at 4:23 pm
La Tahzan is one of my favourite book. Walaupun penyampaiannya berterabur, tapi byk membantu membina semangat dalam diri.
Jangan mengharap apa2 daripada makhluk Allah…
akibatnya kita akan kecewa…
jadi… buatlah apa yg kita mahu buat dengan ikhlas..
February 6th, 2009 at 6:08 pm
salam..dh lama x baca blog abeen..how u my sis..
February 6th, 2009 at 9:06 pm
W’salam… Abeen alhamdulillah sihat. Akakku cayunk pula macam mane yer? Harapan Abeen, akak dalam keadaan sihat wal’afiat dan dalam lindungan ALLAH jua. (=
February 10th, 2009 at 12:29 am
Assalaamu ‘alaikum. Subhanalllah, sebuah karya yg bgitu besar dan bernilai bwat para pembaca semua. Pada dasarnya, dalam melakukan aktivitas apapun, kita harus ikhlas kerana Allah ta’ala. Bgitu juga dalam hal ini,ketika kita membantu orang lain, Niat yang ikhlas harus dikedepankan.
. Salam kenal ya….dari negeri tetangga, indonesia. Wassalaam
March 13th, 2009 at 11:40 am
memang kita selalu berpesan pada diri ‘jangan mengharap terima kasih atau balasan’..tapi bila sampai keadaan tertentu, memang sangat sukar nak melakukannya..’easier said than done’..sekejap kita akan kata..tak apa…tapi mungkin sampai tahap terntentu, allah nak menguji pendirian ‘tak apa’ tersebut. kadang2 walaupun mulut kata tak apa, tapi hati asyik teringat je kesedihan org buat kat kite setelah kita buat baik kt org..ntah la…godaan syaitan dan pendirian..yang mana satu boleh menang..
July 23rd, 2009 at 2:42 pm
Salam muslimah.. Been looking for the article. Love the article and would like to share the article.. and add into the blog. hehe. tq in advance