Logo Background RSS

Jangan Bersedih Kerana Tertimpa Kesulitan!

  • Written by MuslimahMuslimah 15 Comments15 Comments Comments
    Last Updated: January 27th, 2009

    La Tahzan!!

    latahzanoo12

    Kesulitan-kesulitan itu, sebenarnya, akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa sombong. Kesulitan-kesulitan itu; akan meluruhkan kelalaian, menyalakan lentera dzikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang soleh, merupakan wujud ketundukan kepada tiran, merupakan sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, merupakan sebuah peringatan dini, sebuah upaya untuk menghidupkan dzikir, merupakan upaya untuk menjaga hati dengan bersabar, merupakan persiapan untuk menghadap Sang Tuhan, dan sebuah sentilan untuk tidak cenderung pada dunia, merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.
     
    Fikirkan & Syukurilah!!
     
    Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada anda. Kerana DIA telah melipatkan nikmat-NYA dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.
    Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
    (QS. Ibrahim: 34)

     Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup  kita. Namun begitulah, anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyadarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

    Dan, Dia menyempurnakan nikmat-NYA kepadamu lahir dan bathin.
    (QS. Luqman: 20)

     Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

    Maka nikmat RABB kamu yang manakah yang kamu dustakan?
    (QS. Ar-Rahman: 13)

    Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah? Sedangkan kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus-menerus tanpa henti. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang menyenangkan, sedangkan keduanya bisa sahaja tidak kuat dan suatu ketika akan patah?

    Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lena, ketika sanak saudara di sekitar anda masih ramai yang tidak bisa tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman dingin saat masih ramai orang di sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum kerana sakit.

    Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya ALLAH menjauhkan anda dari ketulian. Cuba renungkan dan sentuhlah kembali mata anda itu yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit lepra dan supak. Dan renungkan betapa dasyatnya fungsi akal anda yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

    Apakah anda ingin menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda hingga anda menjadi bisu? Mahukan anda menukar kedua tangan anda dengan untaian mutiara sehinggalah tiada yang tersisa lagi untuk dirimu sendiri?

    Begitulah, sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih dan gelisah meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur selenanya, dan kesihatan untuk terus melakukan kebaikan di dunia yang fana ini.

    Anda seringkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun lupa mensyukuri yang tersedia ada di hadapan mata. Jiwa anda mudah tergoncang hanya kerana kerugian materi yang mendera. Walhal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jembatan penghanta kebahagiaan, karunia-NYA, kenikmatan dan sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian sama-samalah kita bersyukur…

    Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.
    (QS. Adz-Dzariyat: 21)
    Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling anda. Dan janganlah termasuk golongan…
    Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya.
    (QS. An-Nahl: 83)
    Karya Fenomena:
    Dr. ‘Aidh al-Qarni
15 Comments
  1. #1 orangmuda
    January 27th, 2009 at 6:02 pm

    Jazakillah atas ingatannya ya ukhti.
    Iya…la tahzan.
    Kan Allah ada.

    Kenang diri ini dan umat islam dalam du’amu.

    Salam~

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 orangmuda
    January 27th, 2009 at 6:33 pm

    ;)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    January 27th, 2009 at 9:35 pm

    Cukup berkenan dengan design di atas :em34:

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 TiNi
    January 28th, 2009 at 12:31 am

    Lama dah abeen xupdate…busy yer sayang? :em19:

    Ttg posting abeen kali ni,mmg sedih itu fitrah manusia kala ditimpa kesusahan. Tak siapa pun blh menafikannya. Hatta baginda Rasulullah juga bersedih saat berpisahnya dgn org2 yang baginda cintai.

    Namun bak yang tertulis dalam artikel di atas, kesedihan itu adalah anugerah Allah utk menguji hamba2 yg dicintai-Nya. Dan semoga,dengannya menjadikan kita lebih kuat dan tabah iman dalam segala segi. Semoga,InsyaAllah.

    Apa pun,syukran jiddan buat pemilik blog yg ayu manis cantik berseri (Subhanallah) atas perkongsian ilmu bertajuk Jangan Bersedih Kerana Tertimpa Kesulitan! kali ni. :em63: Barakallahu fiq!

    Izo says:
    Cukup berkenan dengan design di atas
    :em09:

    **Saya juga..berkenan dengan design dan tuan punya design sekali :em27:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 TiNi
    January 28th, 2009 at 12:42 am

    Owh..lupa nak wish tadi… :em30:

    HAPPY BELATED BIRTHDAY, ABEEN’NA dear! :em59:

    20 tahun!.. :em18:

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Muslimah
    January 30th, 2009 at 10:30 pm

    Yer sis Tini cayunk! Yang ayu yang jelita yang sungguh baik hati. Yang ku sayang banget!

    Terima kasih kerana sudi berkenan dengan design dan orang yang buat design. Terharu rasa. Ni yang makin sayang kat kak Tini sayang ni!! Hehe. Dah puji-puji ni, nak hadiah boleh? :D

    Sekadar gurauan sahaja. ;)

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Muslimah
    January 30th, 2009 at 10:31 pm

    Shukran! :)

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 alongwairnazz
    February 4th, 2009 at 10:50 am

    Along ada pengalaman ketika mengadakan kursus motivasi..ada seorang peserta menceritakan pengalamannya pernah bersedih dalam tempoh yg lama dalam hidupnya. tetapi setelah membaca buku la tahzan ni hatinya mula redha dan tidak bersedih lagi..so moralnya banyak benda yang kadang-kadang Allah jadikan asbab untuk perubahan diri kita..fikirkanlah. :em53:

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 alongwairnazz
    February 4th, 2009 at 10:50 am

    happy besday juga tuk abeena. bila nak masuk minang abg izo..hehehe :em53:

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 TiNi
    February 5th, 2009 at 3:55 pm

    ish..ish..ish..
    pandai2 aje alongwairnazz nie kate camtu kat adek kiter… :em15:

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Muslimah
    February 6th, 2009 at 9:18 pm

    Shukran atas kebaikan along dalam memberi ucapan Hari Lahir saya yang ke 20 tahun. Urm… tentang masuk meminang abang izo yer? XD Abeen tahu along hanya bergurau… Tetapi kan? Kenapa Abeen pula yang kena masuk meminang Abang Izo? =D

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Ukhty Suhana
    March 11th, 2009 at 8:00 pm

    Sebagai penambahan,

    Perlunya bersyukur apa yang anda kerana setiap nikmat yang telah ada atau nikmat yang Allah memberikan pada kita adalah atas rahmat Allah swt.

    مشروعية التذير بالنعم و وجوب شكرها تقرير المعنى الحديث “إذا أنعم الله تعالى أحب أن يرى أثرها عليه”

    Bila manusia mula berfikir segala yang dia ada hanyalah atas usahanya sendiri, rasa serba cukup dan mula rasa tidak perlu bergantung pada Allah, maka Allah berfirman, suroh al’alaq ayat6-8,

    كلا إنّ الإنسان ليطغى. أن رءاه استغنى. إنّ إلى ربّك الرجعى.

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 alongwairnazz
    March 12th, 2009 at 12:39 pm

    huhu..xperasan abeen reply post alg ni..sekarang ni xkesah sape nak pinang sape..izo tu still ysl lagi..maybe tggu org singapore kot.. :em50:

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 alif.fa.ya.qof.ha
    March 13th, 2009 at 6:11 pm

    Kenapa Abeen pula yang kena masuk meminang Abang Izo?

    Ukhtiku. :em70: kamu sudah berpunya? :em50:
    Mabruk! :em63:
    Jangan lupa hantar poskad jemputan ke seberang tambak nanti. :em70:

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 matin r
    January 17th, 2010 at 7:05 pm

    Begitu Banyak manfaat & memahami tata cara tuk kehidupan ,,semoga bisa teliti dalam menjalankan hidup ini,,,?trima kasih Banyak tuk Semua nya :em69: :em69:

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: