
Loh nie… harga barang semuanya naik. Segala-galanya naik. Ramai pula yang naik angin. Sedia maklum sahajalah, sara hidup terlalu tinggi. Tentu ramai yang mengeluh. Ramai juga yang jatuh muflis kerana berhutang. Dan ramai pula yang duduk di tepi laut kerana rumahnya dirampas oleh pihak atasan akibat tidak mampu membayar harga pijaman bank.
Kepada mereka yang terkena musibah seperti ini. Semoga dapat menaikkan martabat kesabaran dalam diri. Hidup ini ibarat roda. Sekejap di bawah, sekejap lagi di atas. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya. Mungkin hari ini kita tidak dapat membuahkan hasil rezeki yang lumayan. Kerana di situ ada hikmah disebaliknya. Allah hanya ingin menguji iman kita sebagai hamba-Nya jua.
Untuk kita sama-sama belajar berhemat kerana sifat membazir itu adalah sifat Syaitan.
Menurut Imam al-Ghazali, nikmat ialah setiap kebaikan, kelazatan dan keinginan yang dipenuhi menurut kehendak sanubari seseorang manusia.
Kekayaan yang tidak dibelanjakan ke jalan kebaikan adalah beban yang menyusahkan pemiliknya di dunia dan akhirat. Orang kaya yang bakhil menyangka kekayaan yang dimiliki mendatangkan kesenangan hidup kepadanya. Sebaliknya, kekayaan itu menjadikan hidup golongan kaya sentiasa tidak tenteram disebabkan perasaan takut kehilangan atau kekurangan harta.
Orang kaya yang keberatan bersedekah bersifat bakhil kepada kebajikan. Sebaliknya, mereka sanggup berbelanja kepada perbuatan maksiat. Syaitan menyuruh membazir dalam perbelajaan tetapi kedekut jika apa dapat memberi kebaikan kepada orang lain.
Allah berfirman menjelaskan kedudukan orang suka membazir. Firman Allah Taala dalam surah al-Isra, ayat 27 bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
mari’lah kita mula berjimat cermat utk masa hadapan
salam kenal!