Pada pukul 2 pagi itu saya dikejutkan oleh suara operator telefon radio teksi membuat panggilan.
“Ada penumpang dari Kondo… di Dairy Farm Crescent nak ke Scotts Road, pemandu yang berada berdekatan dengan kawasan itu sila lapor…”
suara operator halus keluar daripada alat perhubungan.
Tanpa berfikir panjang saya terus menyambut panggilan dan menyatakan sanggup mengambil penumpang itu. Dari Jalan Teck Whye saya membelok ke kiri menghala ke Upper Bukit Timah Road.
Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah pun mengambil penumpang itu.
“Dah dekat nak sampai ni,”
saya beritahu operator.
“Janganlah marah, saya pun tak tau. Teksi tu tak lapor pun, tiba-tiba aja beritau dah ambil,”
suara operator membela diri.
“OK… saya pusing balik,”
kata saya, sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah alang-alang berada di Upper Bukit Timah Road lebih baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut. Manalah tahu kalau-kalau adalah penumpang lain. Jika tak adapun tak apalah, asalkan hati puas.
Sewaktu tiba di pondok pengawal kondominium tersebut, tidak ada sesiapa pun di situ. Kemudian saya buat pusingan-U dan berpatah balik. Saya pandu kereta perlahan-perlahan. Di kiri dan kanan semuanya nampak gelap, hanya kelihatan bayang-bayang hitam pokok-pokok.
“Screeeeeeet!!!!!”
Tayar kereta berdecit apabila brek ditekan mengejut. Nyaris-nyaris saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang sedang melambai-lambaikan tangan menahan teksi saya.
“Wow! Cantik… seksinya cun-melecun,”
sepontan keluar dari mulut saya apabila nampak wanita dalam lingkungan umur 20-an tahun memakai gaun merah pendek. Gaun tanpa lengannya ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang mengiurkan. Saya terpaku juga dengan keayuan gadis itu.
Saya turunkan cermin tingkap untuk bertanya. Gadis berambut panjang, hidung mancung, berkulit putih dan bermata galak itu tersenyum.
“Lim Chu Kang,”
ringkas jawabnya dalam pelat Cina.
“Ok, boleh…”
jawab saya. Gadis itu terus membuka pintu belakang. Alamak…! Minyak wangi apa yang dipakai harum semerbak seperti bau bunga-bunga segar yang sedang mekar hingga menusuk ke hidung.
Saya terus memandu menyusuri selekoh tajam jalan di situ untuk menuju keluar ke Upper Bukit Timah Road arah bandar, dan kemudian membuat pusingan-U di jalan sisipan ke arah Woodlands sebelum belok kiri ke Choa Chu Kang Road untuk ke Lim Chu Kang Road. Sambil memandu dalam kawasan estet Dairy Farm itu saya sempat menjeling ke cermin, kelihatan perempuan itu tersandar di tempat duduk dengan mata terpejam. Fikiran saya terus melayang memikirkan keberanian perempuan itu berjalan seorang diri di dalam gelap. Namun saya tidak berani bertanya kerana bimbang dituduh kepoh.
Tiba-tiba terasa tengkuk saya disentuh jari-jemari. Sejuk seperti air batu. Saya tepis tangan gadis itu dan menyuruhnya duduk baik-baik. Namun tengkuk saya terus juga diraba dengan gaya menggoda. Saya tepis tangan perempuan itu.
“Miss, you jangan buat macam itulah,”
kata saya.
Perempuan itu tidak mempedulikan kata-kata saya. Dia terus juga meraba dan membelai tengkuk, bahu serta rambut saya. Kali ini saya bersuara dengan lebih keras sekali gus memandang ke cermin. Saya merenung cermin agak lama kerana tidak pasti apa yang dilihat.
“Ya Allah! Eh! Betul ke ni?”
saya bercakap sendiri. Kemudian saya pasang lampu. Perempuan itu menyeringai, mukanya menggerutu. Mengalir darah dan nanah dari kudis-kudis di pipi, dagu dan dahinya. Kelihatan kedua-dua matanya tersembul keluar.
Saya terus tekan brek sekuat-kuat hati, kemudian memutar stereng untuk berpatah balik ke pondok pengawal di kondo tadi. Jari-jemari berkuku panjang terus meraba-raba dan membelai tengkuk saya. Beberapa kali saya cuba membaca ayat Qursi tapi lintang-pukang tidak tahu yang mana harus dibaca dulu. Lidah saya kelu. Kemudian saya cuba pula baca Al-Fatihah. Pun sama juga, tak berjaya!
Teksi yang saya pandu sekejap ke tepi sekejap ke tengah. Saya bimbang jika jari-jari itu akan mengcekik leher saya.
Saya tekan minyak sekuat kaki, supaya cepat sampai ke kondo tadi. Peluh dingin mengalir membasahi baju, rasa macam nak terkencing.
Lutut menggeletar, seluruh badan seram sejuk. Semakin laju kereta semakin lebar perempuan itu tersengih di cermin. Hampir-hampir besi penghalang di pintu pagar kondo saya langgar.
“Tolong! Tolong!”
saya menjerit sambil membuka pintu teksi sebaik sampai ke bilik pengawal. Malangnya saya jatuh tersembap, kaki lembik tidak mampu untuk berdiri atau berjalan. Saya cuba bangun tapi tidak berdaya, terasa lemah seluruh badan. Saya merangkak pula.
“Tolongggggggggggggggg!”
saya menjerit lagi sambil merangkak kemudian meniarap seperti askar untuk ke pondok pengawal yang jaraknya hanya dua meter. Dua orang pengawal keselamatan berlari mendapatkan saya.
“Kenapa bang?”
tanya mereka dengan muka cemas. Saya hanya menunjuk ke arah teksi dengan tangan saya yang menggeletar seperti orang kena sawan.
Mereka segera berlari ke teksi, tertunduk-tunduk mengintai dari cermin tingkap. Yang kelihatan hanya wanita berambut panjang memakai gaun merah. Perlahan-lahan pintu belakang dibuka dan benda putih terbang keluar daripada teksi saya. Pengawal lari lintang-pukang masuk ke pos pengawal dan mengunci pintu dari dalam.
Uwekkkkk! Uwekkkkkk!
Saya hanya memerhatikan kedua-dua pengawal itu termuntah-muntah. Tidak ada apa yang mampu saya lakukan kecuali memandang sahaja. Bau bangkai dari dalam teksi saya mula menyelinap masuk ke lubang hidung saya. Saya cuba tahan supaya isi perut tidak terburai, tapi tidak mampu. Saya termuntah sama.
Malam itu saya tidak mampu untuk memandu. Hilang semangat langsung, tambah-tambah lagi bau itu masih melekat di dalam teksi.
Menjelang subuh tiga orang kawan saya datang untuk membawa saya pulang. Teksi itu saya tinggalkan di kawasan berhampiran dengan pondok pengawal.
Sejak peristiwa itu, saya tidak berani mengambil penumpang-penumpang di kawasan-kawasan terpencil, sepi dan gelap selepas tengah malam, walaupun ditawarkan bayaran berkali-kali ganda, walaupun seribu dollar keatas.
Oleh: Haji Dahlan A.K.
Inilah yang seringkali berlaku pada pemandu teksi yang mencari rezeki pada waktu malam. Yang kesihannya, makhluk-makhluk halus ini, yakni JIN suka menganggu golongan yang tua. Nasib baik Haji Dahlan tidak menghidapi sakit Jantung.
Artikel ini boleh dijadikan ikhtibar buat kita semua. Kalau nampak perempuan pada waktu malam tu tengoklah kakinya jejak ke tanah ke tidak. Jangan dipandang cantiknya dulu. Tak terfikir ke pada keadaan yang gelap ada ke perempuan yang cantik macam tu menunggu teksi?
——————————————–
Kejadian macam ni pula berlaku pada diri selang dua hari ni. Sewaktu balik daripada Johor menziarahi keluarga saya. Sampai Singapore dah larut malam. Selepas melepasi Custom, ayah memandu kereta melalui jalan Highway. Dalam pada saya melihat ke luar tingkap pintu kereta, mata saya terpandang pada seorang wanita yang berkebaya jingga duduk seorang diri di tepi jalan Highway. Tiba-tiba badan saya rasa tak sedap. Macam nak demam pun ada. Saya rasa, saya nampak badannya tanpa berkaki. Sampai di rumah, dengan segera saya tanya mama dengan ayah.
“Sewaktu kereta ayah melepasi custom, jalan kat highway tu mama nampak tak ade perempuan berkebaya oren duduk seorang diri kat tepi jalan??”
Mamaku kata,
“Tak nampak pulak.”
Ku tanya pada ayah pula. Dengan selambanya ayahku menjawab,
“Alaaa… itu perempuan keje malam tunggu transportlah tu…”
Ku tanya lagi pada ayah dengan ketidak puasan hati terhadap jawapannya itu.
“Takkanlah malam-malam buta macam ni die tunggu transport nak gi keje. Sorang2 pulak tu.”
Mereka cuma menjawab,
“Sudahlah tu… jangan difikir-fikir.”
Tetapi… walau macam mana pun, ku masih rasa tidak sedap hati. Sehinggakan sewaktu ingin tidur malam, ku terbayang-bayang akan wanita yang ku terlihat sekejap tadi. Sehinggalah ku terlena. Tak mimpi apa-apa pula. Alhamdulillah… Mudah-mudahan yang ku nampak tu adalah manusia dan bukan makhluk JIN. Tetapi yang menghairankan kenapa selepas melihat wanita itu, rasa meremang bulu roma tengkuk? Wallahu Alam Bisowob…
huhu
heeeheeheeee…….
bagi pemandu teksi semua harap hati-hatilah kakau mengambil penumpang
lebuh-lebih lagi di waktu malam, memang banyak pekara yang seram berlaku, jangan lihat perempuan cantik saja semua mahu kaup.
jangan nanti dia ajak kahwin sudah lah. he.he.he. k cau…..
aku heran kenapa hantu dinegara sebelah kita ni terdiri dari hantu wanita sahaja..bangang betui lah..
Musleemah says: Itulah… Saya jadi terfikir sejenak… Tetapi kalau ikut sejarah kisah mereka ni macam-macam ceritanya. Hantu di negara kita ni pelbagai ragam. Hantu gala, hantu bungkus, maaf cakaplah Hantu Payudara (awak faham-faham sahajalah panggilan fofularnya apa), Hantu jerangkung, Hantu penanggal, Pelesit, Toyol, Cik Pon/Nenek Rock dan semua ini tergolong dalam golongan Jean. Tetapi yang paling fofular adalah si Cik Pon atau Nenek Rock. Dia ni ada gatai sikit. Suka menganggu orang.
Kalau di negara barat hantu fofularnya pun sama gatai gak. Nak perempuan cantik sahaja. Kalau tak lain tak bukan si Dracula. Kalau bukan dia juga, Vampire. Tetapi dia lelaki bukan perempuan. Wallahu ‘alam. Hanya Yang Maha Menciptakan segala-galanya yang Maha Mengetahui… So, janganlah diduk pikiakkan kenapa perempuan kenapa lelaki terciptanya mereka ini… (=
tol juga 2….nape skrang ramai Hantu perempuan??
x pernah pula dengar Hantu lelaki??
kenapa??
Setahu saya lah, hantu ni termasuk golongan jin juga. Hantu Raya, Hantu Gala, Pochong, Hantu Bungkus masih lagi tergolong dalam golongan hantu LELAKI. Tetapi tidaklah sefofular hantu PEREMPUAN, cik PON / nenek ROCK. hehe. Sebab hantu LELAKI versi melayu ni tidaklah segatal hantu LELAKI DRACULA yang inginkan darah perempuan cantik dan muda. Itulah kunun-kununnya. Betul atau tidak, wallahu ‘alam bisowob… =D
hahaha..kelakar pun ade seram pun ade..hehehe..tp pape pun tahniah pada pakcik teksi sebab betul2 berani menghadapi situasi mcm tu..hehehe..
Salam..seram lah cerite2 awak..hmm betul hantu adelah dari kaum jin..contoh nye hantu langsuir dari golongan jin yg gile,cume duk kat area hutan aje tak macam cik pon yg ade dikawasan bandar..banyakkan baca ayat qursi jika terserampak dgn hantu..insyallah selamat..wallhualam…