Logo Background RSS

Orang Jual Keropok?? Jangan Buka Pintu!!!

  • Written by MuslimahMuslimah 14 Comments14 Comments Comments
    Last Updated: January 29th, 2009

    Bismillah…

    Assalammu’alaikum pembaca rediesh yang dihormati. Semoga kita semua dalam naungan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Selawat keatas junjungan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.

    smsreadnow

    Pada hari Selasa, 27-Jan-2009 @ 16:11 PM, makmas (Cik Masitha – adik kepada “mama” saya) telah menghantar sebuah SMS yang tidak diduga. Walaupun seringkali SMS seperti ini singgah ke dalam inbox, saya akan biarkan sahaja ia terus menjadi hiasan inbox saya ataupun saya akan terus delete’nya. Pada pertama kali saya membaca, tiada reaksi yang menyeramkan diri saya. Tetapi entah mengapa saya membaca SMS ini sampai 3 kali. Masuk kali ketiga, meremang juga bulu roma ni. Anda ingin tahu SMS apa yang diterima saya itu?

    Daripada Cik Ilah (sahabat makmas saya) kalau waktu malam, ada orang jual keropok, jangan dibuka pintunya. Dia akan bawa “Kak Pon” dengannya. AWAS! Ni bukan kes main-main. Betul-betul punya. Ramai orang dah terkena. PERINGATAN: Penyapu lidi, paku karat terpakai letakkan di belakang pintu rumah.

    Wallahu ‘alam bisowob. Antara ia benar mahupun tidak hanya ALLAH sahaja yang tahu. Apabila saya menunjukkan SMS ini kepada mama saya, beliau mengatakan bahawa ini semua satu pembohongan. Atau mungkin sekadar *menakut-nakutkan* orang. Tetapi saya teringat akan kata-kata seorang ustaz yang pernah saya menuntut ilmu dengannya. Beliau mempunyai seorang sahabat yang menerima sebuah SMS yang luar biasa. SMS itu merupakan bacaan mantera-mantera. Lalu si dia membacanya tanpa mengetahui apa-apa. Mungkin pada dasarnya, dia memikir itu sekadar untuk gelak ketawa sahaja. Namun setelah membaca kesemuanya, dia jatuh pengsan dan tiba-tiba tidak menyedarkan diri. Dan saya diberitahu bahawa dia dirasuk Syaitan. Wallahu ‘alam. Kerana itu yang telah diceritakan oleh ustaz saya. Yang selebihnya hanya ALLAH sahaja yang berhak Mengetahui.

    Kesimpulannya di sini, apakah SMS yang diterima makmas saya itu satu kebenaran atau satu kepalsuan?? Apa pendapat anda?? Pernahkah antara kamu semua terjebak dalam hal sebegini rupa?

    Sekiranya pada malam tersebut memang benar wujudnya seorang nenek membawa keropok untuk dijual, apakah anda masih tidak membuka pintu?? Sekiranya dia seorang yang benar-benar dalam kesusahan, apakah anda masih takut dan mempercayai SMS yang telah saya katakan itu?? Tetapi… sekiranya niat anda ikhlas ingin membantu, dan tiba-tiba nenek itu berubah menjadi si “Kakak Cantik” itu, bagaimana pula yer? Urm… Any comment??

14 Comments
  1. #1 Izo
    January 29th, 2009 at 11:38 pm

    Kak Pon tu apa yer? Sungguh tak tahu nie…siyes!!:em42:

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah
    January 30th, 2009 at 10:25 pm

    Siyes?? Urm… Kak Pon tu singkatan bagi yang mengilai-ngilai atas pokok tepat pada jam 12 malam keatas. Nama penuhnya tak perlulah yer. Owang tua dulu-dulu cakap, kalau kite asyik sebut nama penuhnya seolah-olah kita memanggil-manggilnya. Wallahu ‘alam bisowob… Owang s’pore pula memanggil Kak Pon ni dengan panggilan Nenek Rock. Hehe. Kalau nak tahu tentang dirinya lebih lanjut, boleh search kat google. Siyes niee!! :D

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    January 30th, 2009 at 10:29 pm

    Ingat kan Pondan :em32:

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    January 30th, 2009 at 10:34 pm

    Di Singapura mereka tidak memanggil Pondan. Kami di sini memanggilnya Bapok atau shemale. :D

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 babakehidupan
    January 31st, 2009 at 6:59 pm

    haha…mula2 pikir cm tuh gak…

    da tanya ke makmas ape tujuan dia ata msg tuh?

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Muslimah
    February 1st, 2009 at 8:38 pm

    Tujuannya mungkin memperingati saya sekeluarga agar berhati-hati dan lebih berjaga-jaga. Ini kerana, beliau mengatakan bahawa ada keluarga yang sudah terkena. Tetapi yang hairannya, tidak pula disiarkan di Surat Khabar. Urm…

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 babakehidupan
    February 3rd, 2009 at 10:51 am

    oooo…

    kalo dia datang kan…

    ‘Penyapu lidi, paku karat terpakai’ penyapu lidi buat apa? lepas tuh paku karat TERPAKAI lak tuh…kalo x terpakai cm ne rupanya? hak2…

    rock gak org singapura panggil dia NENEK ROCK. sbb pakai dia eh? hu2

    -bukan nak menghina mana2 pihak.cuma, jumpa kelucuan di situ dan perasaan ingin tahu yang tinggi-

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 alongwairnazz
    February 4th, 2009 at 10:46 am

    ooo kak pon tu ringkasan kak pontianak ae? terpulang la pada individu.. :em32: kalau rasa nak percaya..percayalah! tapi kalau yg waras akan berfikir tu semua sebagai satu cara untuk menakutkan pada mereka yang suka kuar malam. :em53:

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 OneMuslim
    February 5th, 2009 at 2:19 am

    Oh dear, I found this a little weird. Sms got power? Its logically unlogic :em47: . However when I am mimic-ing a song here, I found the logic behind. The sms really works because… You Who Read The Sms! Lines by lines… till the end. So its finally got some ‘power’ because its like you who actually spell out the scripture by your own. On TV, wizard used to spell out the mantras from the book, but now somebody spell out the mantras (by accident) from their own handheld screen. Don’t worry, this is my own self explanation(not based on any evidence).

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Muslimah
    February 6th, 2009 at 9:22 pm

    Tentang Penyapu lidi & Paku berkarat tu, no idea… Mungkin petua owang tue-tue dulu dulu… Lagi pun besi kalau dah karat, siapa pula nak simpan yer? Owang cinciapore panggil Nenek Rock bukan disebabkan pakaiannya tetapi kerana rambutnya yang panjang dan ketawanya yang mengilai-ngilai macam Rock terjerit-jerit!! Itu sahaja yang saya tahu buat masa ni. Kena buat research tentang dialah nampaknya. huhu… =D

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 vitamilk
    March 23rd, 2009 at 8:52 pm

    :em47: kalau nenek tu tukar jadi cik kak..haha..tk tau la ape nak ckp.. :em32:

    Musleemah says: Cik kak? Ambil sahaja paku, ikut style owang dulu-dulu. Jangan lupa gunakan hammer lalu ketuklah paku di tengkuknya. Jadilah perempuan cun. Tak begitu cik Munirah kita? D:

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 unknown
    July 16th, 2009 at 10:51 pm

    kalau saye…uh…takut giler..dahla mmng pnkut…hahaha

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 mohdzul44
    August 22nd, 2009 at 4:42 pm

    hahah!!!
    syok dengar citer ni sebab saya perminat citer hantu yang benar jer hehe!!!!

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 ieda
    November 21st, 2009 at 5:51 pm

    :em48: mgkn pontianak kot :em54:

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: