Harapan di sebalik tersergam Hab Islam…
-
Ketika lalu di Braddell ke rumah anak buah Oteh di Bishan, terlihat Hab Islam hampir siap. Saudara-mara Oteh dari seberang tambak tumpang gembira. “Ha, ini barulah namanya Islam megah di sini,” usiknya. Ini kerana beliau pernah memuji kompleks Pusat Islam Johor yang berdepan dengan pantai Lido.
Oteh juga kembang hidung. Tetapi anak buah yang menyetir kereta berkata:
“Yang penting bukan bangunannya, tetapi akhlak umatnya.” Kami terjeda.
Tambah anak buah yang juga seorang pegawai kaunseling:
“Saya bimbang dengan akhlak umat Islam di mana-mana jua, termasuk di sini. Padahal, tujuan utama Nabi Muhammad ialah menyempurnakan akhlak umatnya.”
Segera Oteh teringat kisah kawan yang bertongkat ketika menaiki MRT. Yang bangun memberikan tempat duduk ialah seorang anak Cina. Sebaliknya, orang muda Islam dalam MRT itu macam tak kisah.
“Sering aku naik MRT, budak kita macam tak peduli. Anak bangsa lain lebih ambil berat. Malunya,” keluh kawan Oteh.
Kini kita dengar anak muda kita jadi samseng, bertatu di badan, beranak luar nikah dan buang bayi. Kes jenayah yang melibatkan anak muda kita jauh lebih tinggi daripada pencapaian mereka. Bahkan bagi anak muda yang kita anggap ‘baik-baik’, adabnya juga masih kurang. Adakah wajar menyapa orang tua dengan kekata ‘awak’ dan menuding jari telunjuk?
Anak buah Oteh yang terlibat dalam bidang kaunseling juga menyatakan bingung dengan bertambah kes rosak akhlak keluarga kita.
“Apa guna bangunan indah seolah-olah menunjukkan kejayaan, tetapi pencapaian kita tanpa kawalan akhlak?” tambahnya.
Oteh fikirkan sejak mula soalan: apakah cerminan peribadi Muslim? Kata anak buah Oteh, ia bukan pada 10 jati diri yang pernah dihebohkan dulu. Ia cuma pada satu ungkapan saja: akhlak nan indah.
Sebab akhlak nan (yang) inadah merupakan seri peribadi Nabi kita. Selaku umatnya, kita ikuti contoh yang seindah Al-Quran itu.
Tetapi dengan cerita pengganasan sehingga anak muda bertatu, sudah jelas akhlak kita kurang.
Sekalipun anak muda kita dianggap profesional dan berjaya, tetapi jika akhlaknya buruk, apa jua pencapaiannya tidak bererti. Oteh dapat lihat perbandingan akhlak ini pada anak-anak buah. Seorang saudara Oteh mempunyai tiga orang anak yang berijazah tinggi. Namun, ketika ziarah ke rumahnya, anak-anaknya macam bena tak bena terhadap Oteh. Lain pula dengan saudara Oteh yang anak-anaknya bekerja kolar biru.
Mereka amat sopan sehingga sanggup iring Oteh ke lif ketika hendak pulang. Kini saja sudah ada kisah profesional kita yang dibangga-banggakan masyarakat, terlibat dalam kes pecah amanah dan sebagainya.
Jika diberikan pilihan, Oteh akan letakkan akhlak sebagai nombor satu dan barulah ilmu. Hakikatnya, dua-dua memang tidak boleh dipisahkan.
Oteh




October 28th, 2008 at 11:28 am
Salam Ukhti..
just wana tell dat I’ve changed my url.so,relink adik k kaak?
miss you.and really great articles you got there.
Salam Mahabbah from Me.. ^_^