Nur Syajaratul Mahabbah

Assalammu’alaikum wahai sahabat seislamku…
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamiin, ku panjatkan kesyukuranku kepada yang Maha Mencipta seluruh alam ini, Allah s.w.t atas kesihatan yang telah dianugerahkan. Doaku, agar sepanjang perjalanan hayatku aku tetap sihat untuk menghadapi lautan ujian yang termanis dari-Nya jua. Insya-Allah…
Syukur kepada-Nya kerana kita masih lagi menikmati indahnya di dalam bulan jamadilakhir. Selawat dan salam semoga tercurah, terlimpah ruah untuk kekasih Allah Yang Maha Kasih iaitu Muhammad S.A.W juga untuk keluargaku, para sahabat dan ummatnya yang masih bertahan untuk selalu beristiqamah hingga ke akhir zaman ini.
Ya Alim Ya Khabir
Cukuplah kepada-Mu
Aku menyerah…
Ya Samik Ya Basir
Cukuplah kepada-Mu
Aku meminta…
Yang cepat atau
Yang lambat
Yang aku ketahui atau
Yang tidak aku ketahui
Segala kebaikan…
Ya Aliyu Ya Karim
Cukuplah kepada-Mu
Aku berlindung dari segala
Musibah kebatilan dan keaiban…
Ya Mujib As-Solihin
Benar, cukuplah kepada-Mu
Sebagai sandaran
Tuhan Arasy
Yang Agung… 
Sudah begitu lama aku tidak meluangkan masa menarikan jari-jemariku bercerita di dalam dunia blogger ini. Mana tidaknya… Sibuk sepanjang waktu.
Ya Allah… Masa begitu pantas berlalu dan kini kita sudah pun berada di bulan jamadilakhir 1429H. Masa tidak pernah kenal erti kelewatan. Masa tidak pernah kenal erti kepantasan. Ia bergerak ikut kemahuannya. Kitalah juga yang harus mengejarnya. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang manusia itu dengan kebijaksanaan yang telah dianugerahkan. Namun, dia tidak dapat mengawal masa! Tidak dapat aku nafikan bahawa masa itu emas. Kadang-kala kerana masa kita boleh lalai. Kerana masa kita boleh terleka dan alpa akan keberadaan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya DIA Maha Melihat… DIA tetap menanti akan hamba-hamba-Nya untuk melakukan kewajipan mereka.
Namun, apakah segelintir sahaja daripada hamba-hamba-Nya yang sanggup mengejar panggilan-Nya dengan kepantasan tanpa terlewat walau seminit pun? Apakah kita sanggup meninggalkan pekerjaan kita hanya kerana ingin menyahut seruan-Nya agar kita tidak terlambat? Apa kita pernah menggunakan kenderaan yang telah pun kita miliki hanya untuk berada di rumah Allah tepat pada waktunya? Atau kita lebih mementingkan masa pekerjaan daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang mukmin? Atau kita tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang Islam yang mukmin di mata Allah dan Rasul-Nya?
Kerana terlalu khuatir akan terlewat menghantar Report pada Jabatan, kita akan dimarahi dan takut akan gaji diturunkan. Wahai sahabatku yang sedang sibuk mengejar waktu menyelesaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pekerja mahupun sebagai seorang pelajar…
Jangan pernah lupa bahawasanya rezeki itu milik Allah. Siapa pun BOSS kita, tetapi dia bukanlah orang yang melimpah ruahkan rezeki untuk para pekerjanya, hanya Allah Azza Wa Jalla. Dengan hanya dapat mendengar, melihat, bertutur bicara dan mampu menggerakkan seluruh anggota badan kita, sudah cukup rahmat Allah yang telah DIA anugerahkan kepada kita semua. Pernahkah kita mensyukurinya atau kita anggap ia sesuatu yang biasa-biasa saja sehinggakan tidak dapat lagi merasakan rahmat-Nya??
Masya-Allah… kenikmatan dunia itu hanyalah sementara. Lakukan pekerjaan itu biarlah sederhana. Kerana rezeki itu milik-Nya jua…
Mengakrabimu aku lebih santun, menadah gerimis syajaratul mahabbah…
Mengakrabimu aku lebih insan
Memperindah maaf dalam redha membersihkan alpa
Wangiannya merentasi tujuh lapisan taman nyanyi rahsia
Melestarikan kebenaran yang puncak ke akar akal
Menyusur kembara waras cekal di padang akidah
Mewajahkan fitrah insani putih peribadi seorang Fatimah al-Khattab
Mengakrabimu aku lebih ihsan
Membaca gelora lautan wajah kehidupan
Memahami pelangi jawapan pada setiap resah pertanyaan
Menterjemah putih cahaya bulan dan kelip bintang yang mengasyikkan
Mengujanakan asrar kunjungan nur syajaratul mahabbah di sahara mujahaddah
Mengabadikan aku ke mawaddah keperibadianku
Mengakrabimu aku lebih kasih
Mengungkapkan makna firman, mewadahkan sabda
Merafakkan syahdu munajat di mihrab taqarrub
Mendiamkan saujana kun-Nya dalam manis taqwa
Memelihara rimbun mawar ukhuwah
Sambil mengqiamkan segala insaf
Dalam nur kasih-Nya
Cahaya berlapis cahaya… 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


June 9th, 2008 at 11:16 am
June 9th, 2008 at 1:21 pm
wahai adeQ ku yg jambuz..
siz wendu bangett sama kamO…
sms siz bile kamO ade kelapangan..
siz ilang suda no kamo
owes luv u n mish u dear!!!
June 14th, 2008 at 10:57 am
thanks sudi melawat ibrahzine.com
semoga usaha kita untuk memenuhi ruang cyber dengan usaha dakwah akan ada ganjarannya di sisi Allah
June 16th, 2008 at 11:27 am
rase cam br tersedar bile baca nasihat tue.
yg mane as insan biasa saya sering lalai n lupe dalm
mengerjakan ibadat kepadaNya..suke membaca coretan2 saudari yg banyak memberi kesedaran n nasihat untuk semua…di harap dapat berkongsi ilmu n nasihat..
June 22nd, 2008 at 3:30 pm
Shukran atas kesudian ukhti melawat blog saya yang banyak kekurangannya ini.
Sesungguhnya ilmu yang ku ada amat terbatas sekali. Ibarat mencelup jari di lautan. Malah ku amat bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah kesihatan yang diberi. Agar jari-jemariku bisa menari di atas keyboard ini menyampaikan dakwah-Nya jua.
SubhanAllah, segala pujian hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, credits hanya milik Allah Azza wa Jalla dan Rasulullah Sallallahu Allaihi wa Sallam.