Logo Background RSS

SuNaYYRaH Bahagian I

  • Written by MuslimahMuslimah No Comments Comments
    Last Updated: April 23rd, 2009

     sunayyrah

    Hujannya kok gak henti-henti ya bu?

    celah Mbak Sarti sambil memandang terus tingkap dapur dengan wajah runsing.

    Ya bik, saya pun risau sangat ni. Hari dah nak pagi. Abi masih juga tak pulang. Danial pun sama juga. Saya risau sangat ni. Anak dan bapa dua-dua belum pulang.

    Barangkali mereka berdua masih mengejar Sunayyrah. Pertelingkahan malam tadi memang tidak diduga. Ibu mundar-mandir di halaman rumah, masih dalam kegelisahan. Masalah yang menimpa keluarganya ibarat bertali arus. Tiada hentinya. Hujan pula seakan mengerti perasaan ibu. Mahu saja dia menangis seperti lebatnya hujan yang melimpahi bumi tetapi ibu tabahkan hati. Memang ibu tidak habis fikir, mengapa Abi sanggup melukakan hati orang-orang yang disayangi.

    SuNaYYRaH

    Sunayyrah seorang perawan luar biasa cantiknya. Bertudung, manis dan berlesung pipit.

    Senyumannya bisa meluluhkan hati sesiapa saja yang sedang marah. Anggunnya, masya-ALLAH! Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan wajah seindah ini. Danial begitu tertawan dengan kesopanan dan kelembutan Sunayyrah. Keayuannya semakin terserlah apabila umurnya meningkat 20 tahun.

    Setiap kali Danial hendak pergi kerja, beliau pasti terserempak dengan gadis itu, yang setiap pagi akan membawa kuih yang dibuat sendiri untuk dijual di gerai Mak Kiah. Danial memang amat berminat dengan Sunayyrah tetapi beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan persahabatan mereka.

    Akibatnya, beliau hanya memendamkan perasaan. Mereka berdua juga hanya mampu saling bertukar senyuman apabila terserempak, tanpa gurauan, tiada bicara. Setiap hari Danial akan ke gerai Mak Kiah untuk membeli kuih Sunayyrah. Sunayyrah memang pandai membuat kuih. Lain pula, jika tidak kerana pendapatan daripada penjualan kuihnya, tidak makanlah mereka sekeluarga.

    Kuih-kuihnya memang sangat enak dan laku. Mak Kiah dan suaminya senang dengan pelanggan-pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Namun, hasil jualan itu hanya cukup untuk makanan seharian mereka kerana Sunayyrah juga harus membelikan ubat untuk ibunya yang sudah uzur.

    Ubat-ubatan bukan murah. Sunayyrah tinggal bersama ibu yang lumpuh kakinya dan ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Ayahnya sering keluar melepak di kedai kopi dengan kawan-kawan yang seusia dengannya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang harus mencari nafkah untuk sang isteri dan anak. Ayahnya tidak pernah membelikan Sunayyrah apa-apa, jauh sekali hendak menghantarnya ke sekolah. Oleh itu, Sunayyrah tidak pernah berkesempatan menimba ilmu seperti anak-anak lain.

    SaHaBaT LaMa

    Ayah Sunayyrah, Kasman, pernah berteman dengan Abi suatu ketika dulu sewaktu di bangku sekolah. Apabila bertemu semula teman lamanya itu, Abi terperanjat dengan perubahan pada diri Kasman kerana Kasman dulu rajin orangnya. Entah siapa yang menghasutnya hingga begitu sekali jadinya. Ketika Sunayyrah menyajikan air minuman dan kuih untuk teman bapanya itu, Abi ternganga dengan kejelitaan Sunayyrah. Terlintas dalam fikirannya untuk menjadikan Sunayyrah sebahagian keluarganya.

    Abi pada mulanya menjemput Kasman sekeluarga makan di rumah. Hati Danial melonjak gembira. Mungkin inilah jawapan daripada doa-doanya selama ini untuk berkenalan dengan lebih dalam lagi dengan Sunayyrah.

    Di meja makan, Sunayyrah dan Danial curi-curi pandang antara satu sama lain. Danial, yang putih dan bertubuh sasa, memang seorang jejaka yang tampan dan romantis. Beliau beragama, mempunyai kerja yang bagus dan mungkin dapat memenuhi ciri-ciri suami idaman yang diimpikan setiap wanita.

    Setelah makan, Abi dan Kasman berbual lama sekali di halaman rumah. Kelihatannya mereka berdua amat serius. Danial pula mengambil kesempatan berbicara santar dengan Sunayyrah. Setiap soalan yang ditanya, pasti akan dijawab dengan lembut dan penuh perasaan malu. Sunayyrah menundukkan kepala sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung tudungnya apabila beliau tidak tahu lagi hendak berkata apa.

    KePuTuSaN YaNG MeNGeJuTKaN
    ~ ( Ini saat-saat yang paling Musleemah suka. Bukan apa, jalan ceritanya sungguh unik walaupun Musleemah akui memang pengisian pada cerita Sunayyrah seterusnya ini amat mengecewakan jika ia benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti.) ~

    Seminggu berlalu, Danial sangat merindui gadis yang menjadi idamannya itu. Sunayyrah telah berhenti menghantar kuih di gerai Mak Kiah. Ini yang membuat Danial berasa musykil dan penasaran. Beliau teringin sekali menemui gadis itu lalu beliau pun mencari bapanya untuk meminta alamat pujaan hatinya untuk bertanya khabar.

    Belum sempat beliau menemui bapanya, terdengar suara bapanya yang memanggil seluruh anggota keluarga untuk datang ke ruang tamu pada ketika itu juga.

    Ibu, bibik dan Danial duduk di ruang tamu rumah banglo tiga tingkat itu. Danial tercengang melihat bapanya yang sangat serius dan wajah ibunya yang muram mencuka. Seperti ada yang berbeza di raut wajah ibu. Ibu seperti semalaman menangis! Matanya sembab dan layu. Belum sempat juga untuk Danial bertanyakan soal ibu, Abi pun bersuara.

    Danial, ibu dan Abi telah berbincang. Ini mengenai masa depan kita sekeluarga,

    jelas Abi perlahan memulakan pembicaraannya.

    Abi, Sunayyrah…

    Ini juga ada sangkut pautnya dengan Sunayyrah,

    sampuk Abi.

    Danial mengunci mulutnya sambil tersenyum. Kalau mengenai Sunayyrah, lebih baik beliau diam dan mendengar apa yang akan Abi bicarakan. Mungkin Abi hendak menjodohkannya dengan gadis solehah itu…

    Abi dan ibu telah berbincang. Ibu pula telah bersetuju. Kami telah lama membuat keputusan ini dan Abi harap kamu dapat menerimanya dengan baik. Seperti yang kamu sendiri tahu, Sunayyrah seorang gadis yang baik tetapi beliau hidup malarat. Miskin. Beliau tidak layak hidup begitu hingga ke tua. Abi telah berjanji dengan ayahnya bahawa Abi akan menolong mereka sekeluarga. Mereka juga telah bersetuju. Abi juga mahu persetujuan kamu. Sunayyrah akan Abi jadikan isteri kedua tidak lama lagi.

    APA?!?

    Danial hampir pitam mendengar penjelasan bapanya. Beliau yang sedang duduk dengan sepantas kilat berdiri tegak, menyuarakan kekecewaannya.

    Mendengar penjelasan Abi baru tadi rasanya seperti dicucuk hatinya dengan seratus pedang yang sangat tajam. Hatinya berderau dan berdentum seakan mahu meletus.

    Fikirannya berkecamuk dan menjadi tidak tentu arah. Istighfar… kata hatinya. Beliau menutup mata, menekap dada dan kembali duduk dengan perlahan-lahan.

    Abi pula tenang, seperti sudah dapat menduga kejadian yang akan berlaku.

    BERSAMBUNG – SuNaYYRaH Bahagian II

    Credits to: Nurul Fazliana Rahman, Pelajar Institute of Technical Education (ITE)

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: