Siapa tidak ingin mempunyai wajah yang cantik mempesona dan tubuh indah menawan? Rasanya hampir semua perempuan mengimpikan untuk mempunyai keindahan fisik tersebut, (dan tak terkecuali kaum
muslimah). Dan sepertinya hidup akan terasa lebih indah dan mudah jika mempunyai kecantikan yang dikagumi setiap orang. Jadi, berlumba-lumbalah kaum hawa ini membentuk dirinya agar tampil cantik sesuai stereotype atau definisi wanita cantik kebanyakan orang…
Category Archives: Untuk Wanita
Perkahwinan Untuk Mencari Restu Siapa?
Hidup untuk berkahwin telah menjadi fitrah semulajadi manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah
dunia ini dikiamatkan oleh Allah S.W.T. Meskipun sejak kebelakangan ini ramai dikalangan anak gadis belum berkahwin sehingga ada yang digelar ‘Andartu’, ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkahwin. Berbagai alasan yang boleh diberi namun keinginan dan kemahuan untuk ‘berkahwin’ tetap subur, cuma jodoh belum dipertemukan.
Akal & Kecerdikan Wanita
Antara cantik, kaya dan cerdik, yang lebih utama dimiliki oleh seorang wanita itu ialah kecerdikan. Wanita- wanita yang terkenal di dunia, kebanyakannya adalah wanita yang cerdik.
Cleopatra misalnya, memang seorang yang cantik. Tetapi kalau tidak kerana kecerdikannya, ia tidak akan dapat menundukkan Julius Caesar. Marie Antoinette pula bukanlah satu-satunya wanita tercantik masa itu, tetapi kerana kecerdikannya ia dapat mempengaruhi Louis XVI sehingga tampilah ia sebagai wanita yang paling banyak menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi.
Begitu juga dengan tokoh-tokoh wanita solehah yang menjadi ikutan sepanjang zaman, semuanya adalah wanita-wanita yang cerdik. Sayidatina Aisyah r.ha, terkenal bukan kerana kecantikannya. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa dalam hal kecantikan, ada isteri Rasulullah yang lain yang lebih cantik daripada Siti Aisyah. Kemasyhuran Sayidatina Aisyah lebih menonjol kerana faktor kecerdikan dan kepetahan lidahnya.
Sayidatina Fatimah bt. Rasulullah, walaupun cantik tetapi bukan kecantikannya yang disebut-sebut orang. Beliau dikenal kerana kecerdikannya dalam mengendalikan rumahtangga yang harmoni bersama Sayidina Ali bin Abi Talib k.w.
Mereka yang disebutkan di atas adalah segolongan wanita cerdik yang bukan saja terkenal di bumi (di kalangan manusia) tetapi juga terkenal di langit (di sisi Allah).
Di antara dua kelompok wanita itu, ada kesamaannya, iaitu sama-sama cerdik dan sama-sama terkenal. Namun, kesan mereka terhadap imej wanita sangat berbeza. Kalau disebut saja nama-nama Cleopatra, Marie Antoinette dan seumpamanya maka akan terbayang bentuk-bentuk wanita yang agresif, punca rasuah, keras kepala atau penghancur karier lelaki. Sehingga timbullah gelaran-gelaran kepada mereka; ‘wanita penggoda’, ‘wanita pemboros’.pendek kata,mereka-mereka ini cerdik akal,tapi buruk akhlaqnya.
Antara Muslimah dan Wanita Bebas

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita ‘bebas’ (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.
Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang teman lelaki (boy friend) atau suami yang SEGAK, TAMPAN dan BERADA!
Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku sek. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.
Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.
Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.