Logo Background RSS

» Untuk Wanita

  • Stay Away from Silent Killer!!
    By Muslimah on February 20th, 2009 | 3 Comments3 Comments Comments

     pinkribbon

    Assalammu’alaikum para pembaca rediesh yang amat aku hormati. (=

    Bersyukurku terhadap ILLAHI RABBI atas kesihatan yang telah dikurniakan-NYA. Ameen. Selawat & salam untuk Baginda, kekasih ALLAH, Rasulullah Shallallahu Alayhi wa Sallam. Dan kepada seluruh umat Islam di dunia ini, semoga kalian semua dibawa naungan kasih rahmat ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Ameen. Ameen. Ya Rabbal Alameen.

    Timbulnya rasa kesyukuran ini semakin hari semakin menebal di hati yang bernama Iman. Setelah mendengarkan sebuah cerita daripada seorang hamba-NYA yang senantiasa redha atas musibah yang menimpa dirinya itu. Dia tidak lain dan tidak bukan, Noor Hanim M.Salleh, anak saudara kepada seseorang yang telah lama pergi dahulu menyahut seruan ILLAHI, yakni Allahyarham Encik A.Samad Ismail (aku memanggilnya dengan gelaran Datuk). Aku selalu memanggil Noor Hanim M.Salleh dengan panggilan Cik Anim. Ya, ia amat singkat dan mudah diingat. Bukan kerana singkatan namanya, tetapi kerana sifat ketabahan & mudah bertoleransi membuat setiap seseorang disekeliling senang dengan perwatakkannya itu.

    Biar aku ceritakan sedikit tentang keperibadiannya di sini. Noor Hanim M.Salleh sangat peramah dan aktif dalam setiap aktivitas yang dia ceburi. Dia tidak mudah dan merasa sangat tidak selesa jika berduduk diam tanpa melakukan apa-apa. Pendek kata, dia tidak suka untuk membuang masa apabila ada masa yang terluang. Pasti ada sahaja yang ingin dikerjakannya. Maka, tentu sekali suami dan anak-anak kesayangannya tidak mampu berpisah dari wanita yang telah pun bergelar seorang isteri dan ibu yang sangat mithali. Ya, aku juga tidak dapat menafikan atas setiap kejayaannya yang telah pun diraih dengan hasilan usahanya sendiri. Aku juga mampu mengungkapkan bahawa dia adalah sosok wanita yang boleh digelar sebagai tunjang kejayaan untuk seorang suami. Subhan-ALLAH! Sungguh, aku mengkagumi setiap usaha dan semangatmu yang jitu itu demi keluarga dan juga masyarakat disekelilingmu.

    Namun, apa yang dirancang tidaklah sehebat perancangan dari ALLAH Yang Esa. Semalam aku sekeluarga dikejutkan dengan berita yang tidak diduga. Suaminya, memberitahu kami bahawa isterinya telah berada di hospital akibat barah payudara yang dialaminya. Dia juga memberitahu kami, isterinya akan dibedah untuk membuang tumbuhan-tumbahan yang pada jangkaan doktor hanya mempunyai 3 tumbuhan barah. (more…)

  • Perempuan Penggenggam Bara Api!
    By Muslimah on February 11th, 2009 | 5 Comments5 Comments Comments

    Subhan-ALLAH! Artikel ini membuat aku terpanggil untuk terus membacanya. Sebuah artikel dari negara jiran (Indonesia). Ini berkenaan dengan Hijab dan artikel ini khas untuk kaum semusleemah ku. Semoga sahaja kalian akan berubah dan terus berusaha dalam menutupi aurat. Istiqamah dan bersungguh-sungguhlah kalian di jalan-NYA hanya untuk-NYA, yakni ILLAHI RABBI. - Musleemah

    (more…)

  • Mula-mula ‘Chatting’.. Lama-lama Curang..
    By Muslimah on January 3rd, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

    chat01new

    Ada yang tergoda di Internet hingga bercerai walau sudah puluhan tahun berkahwin.

    Kalau program sembang siber atau Internet Chatting/Instant Messaging (IM) menjadi saluran sosial yang menyeronokkan bagi golongan remaja berinteraksi, lain pula jadinya apabila ia melibatkan orang-orang dewasa, terutama yang telah lama berumah tangga.

    Apabila saya mempelawa pembaca yang pernah mengalami gangguan hubungan suami isteri gara-gara kecurangan pasangan mereka bersembang di dalam siber, pendedahan yang diberikan agak membuka mata.

    Ada pembaca mengakui rumah tangganya yang dibina selama 20 tahun berkecai gara-gara suami berchatting dengan janda dan akhirnya berkahwin lain.

    Ada juga terpaksa berpisah dengan isteri yang telah dikahwini selama 30 tahun, gara-gara isteri yang bijak komputer, mendapat kekasih chat lebih muda.

    Encik Sahlan, 56 tahun, ketika dihubungi cukup sebak menceritakan perceraian dengan isteri yang telah 30 tahun melayari hidup bersamanya. (more…)