Logo Background RSS

» Untuk Wanita

  • Kasih Ibu…
    By Muslimah on May 9th, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

     بسم الله الرحمن الرحيم

    (more…)

  • Islam Mengangkat Darjat Wanita
    By Muslimah on April 7th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Sering terdapat gambaran serong di media Barat bahawa wanita tidak mendapat haknya dalam Islam. study1

    (more…)

  • Isteri Akhir Zaman??
    By Muslimah on April 7th, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    Musleemah says: Saya tergerak untuk mengemaskinikan artikel kali ini yang dikirim oleh sahabat saya melalui emel. Ia terjadi di Kuala Lumpur. Niat saya cuma ingin menjadikan artikel sebegini sebagai satu pengajaran bagi para wanita yang sudah pun bergelar isteri. Yang belum digelar isteri pula, ambillah artikel ini sebagai tauladan untuk kehidupan masa akan datang. Mohon maaf jika artikel di bawah ini ada perkataan yang agak kasar atau mungkin mengandungi kata-kata sensitif di jiwa para pembaca.

    Setahu saya, di filem atau drama berseries seringkali menanyangkan kisah mahupun cerita wanita dan dots…dots…dots… Semua sedia maklumlah kan apa makna dots…dots…dots… saya tu. Namun, artikel yang dibawa ini berlainan. Atau mungkin saya boleh menggunakan perkataan luar biasa bagi artikel ini. Nauzhubillahi minzhaliq. Tidak pernah terfikir atau terbayang di akal fikiran yang satu ni. Tidak terduga bahawa dia begitu berani dan zhalim menganiaya suaminya hingga beliau menderita begitu sekali. Ibarat seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan dan sama persis orang yang tertanggal imannya dari hati. Astaghfirullah…

    P/s: Kepada lelaki yang akan bergelar suami di luar sana. Untuk memilih pasangan hidup, janganlah mata kamu dikaburi dengan asap debu make-up yang tebal dan bibir yang dicat dengan lipstick buah delima yang cukup merah! Carilah yang beriman. Berdoalah selalu kepada ALLAH. ALLAH itu Maha Mendengar. Insya-ALLAH, pasti kamu akan mendapatkan yang baik-baik sahaja. Dunia akhir zaman. Manusia kini mampu memikirkan pelbagai idea kreatif untuk melakukan dosa-dosa. Astaghfirullah halazhim. Mungkin mereka ini tidak lagi takut akan azhab ILLAHI RABBI. Nauzhubillahi Minzhaliq. Ya RABB-ku… Lindungilah kami para-para wanita mu yang dhoif lagi lemah ini… Lindungilah kami dari perbuatan yang menakutkan ini… Anugerahkanlah kami ketinggian dan kemantapan iman di hati agar dapat menjadi wanita musleemah al-mu’meenah as-solehah yang sabar mengharungi setiap dugaan-dugaan dari-MU jua. Ya ALLAH, sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk-MU. Kami buta tanpa bimbingan-MU. Kami cacat tanpa hidayah-MU. Kami hina tanpa rahmat-MU. Kuatkanlah hati dan semangat hamba-hamba-MU. Tabahkan hati menghadapi segala dugaan yang datangnya dari-MU. Ameen Ya ALLAH. Ameen Ya RAHMAN. Ameen Ya RAHEEM. Ameen Ya KAREEM. Ameen Ya RABBAL ‘ALAMEEN…(teruskan bacaan artikel: klik butang more…‘ di kanan.) (more…)

  • Manfaat Herba
    By Muslimah on March 30th, 2009 | 5 Comments5 Comments Comments

    gigikumataku0011

    Hampir semua orang mengamalkan memberus gigi sebelum mandi dan kemudian bersarapan.

    Dalam konteks kesihatan, kita digalakkan supaya mengamalkan minum segelas air putih setiap pagi sebelum membersih gigi atau mengamalkan meminum air bercampur limau diikuti dengan meminum tiga hingga empat gelas air putih.

    Amalan ini adalah bertujuan untuk ‘membersihkan’ usus dengan membuang toksin di dalam badan.

    Itu adalah saranan Dr Yasmeen Haji Mohammed dari Malaysia, berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam jurusan tumbuh-tumbuhan (botanis) yang pernah tinggal di dalam hutan untuk membuat penyelidikan.

    Beliau adalah seorang pakar herba dan tumbuh-tumbuhan dan antara lain bertugas menghasilkan produk- produk kosmetik dan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan asli. (more…)