Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Category Archives: Untuk Wanita
Songkok disanjung, Bahasa Tak Terusung!

Awal minggu lalu saya menonton filem embun di TV, kisah tanah melayu pada zaman ubi kayu. Waktu perang jepun itu, semua lelaki melayu dibayan lepas (tempat cerita ini berlaku), tidak kira tua atau muda, memakai songkok. Minum kopi di warung bersongkok, bermesyuarat bersongkok, berdemonstrasi di jalan raya bersongkok apatah lagi waktu bersolat! Songkok dah sebati dengan orang melayu ketika itu, agak-agak jika ditanggalkan rasanya macam bertelanjang!
Satu babak yang menyentuh hati saya ialah tatkala Pak Harun (lakonan Rahim Razali), ayah embun, kuatkan semangat mengayuh basikal ke markas jepun untuk merayu agar anaknya, bayu, dibebaskan. Tidak sampai satu minit berdiri, Pak Harun sudah melihat tembelang askar jepun. Mulanya beliau buat bodoh sahaja tetapi apabila si askar memijak-mijak beras yang tumpah ke tanah beliau hilang sabar, Pak Harun terus menerpah lawan walaupun hanya bersenjatakan tangan. Orang tua itu bergelut dan berhempas pulas sehingga songkoknya tertanggal.
Memang askar jepun cari nahas… Dia menyepak dan memijak-mijak songkok itu. Apa lagi, darah Pak Harun menyirap sehingga tidak perdulikan lagi nyawanya, dia menerkam bak singa lapar. Baginya songkok adalah maruah bangsa melayu, bacul jika dibiarkan dihina begitu… Tetapi malang dek membela maruah Pak Harun kencundang di hujung senapang. Nasib songkok dalam embun ini mengingatkan saya akan rencana Haji Maarof Salleh (”Bahasa, songkok dan agama Islam” – Berita Harian, 9 Februari 2007. Continue reading
Petua Mencari Lelaki Yang Baik?
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Sebaik-baik Perempuan.
1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat. Continue reading