
» Untuk Wanita
-
Kenapa Dikau Sombong Dengan Kecantikanmu??
By Muslimah on January 16th, 2008 | No Comments
Kenapa seseorang perempuan boleh bersikap sombong? Seseorang yang merasa dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi lantas memandang rendah kepada orang lain adalah seorang yang sombong.
Biasanya manusia jadi sombong jikalau dia ada kelebihan daripada orang lain. Sama ada dari sudut paras rupa, suara, pangkat, keturunan, kekayaan, kemasyhuran, atau kerana banyak jasa dan amal. Kalau difikirkan secara logik akal, memang tidak patut benar manusia ini bersikap sombong. Kenapa? Katakanlah bahawa dari sudut rupa parasnya dia memang cantik tetapi apakah tidak ada orang lain yang lebih cantik dan lebih menawan daripada dirinya di dunia ini? Sudah pasti ada. Cuma dia sahaja yang tidak sedar, lantas dia pun rasa dia sahaja yang cantik dan menawan. Rupa yang cantik itu sebenarnya adalah satu anugerah mahupun tuah demi menikmati kebahagiaan dunia. Setengahnya menggunakan anugerah Allah itu untuk melakukan maksiat. Dengan menjadi model atau pun pelakon filem yang ditonton oleh ribuan mata yang agressif setiap hari.
Dengan kelebihan rupa yang ada pada dirinya, dia pun tawan ramai manusia yang bernama Lelaki. Lelaki, apabila dirinya sudah digodai, ditawan oleh paras rupa yang menarik dan cantik, anak, isteri dan rumahtangga sanggup dia lupakan! Si perempuan cantik itu pula merasa bangga kerana telah berjaya membuatkan lelaki tunduk di bawah telunjuk jarinya.
-
Kebersihan CERMIN DIRI

Semua orang mudah tertarik dengan perempuan yang teliti dengan dirinya terutama kebersihan lahiriah. Selalunya hati kecil kita berasa senang jika melihat keadaan rumah yang teratur dan bersih hasil ketelitian wanita penyeri rumah.





Komen Pembaca