...اشكر علي جميع نعم الله » Untuk Wanita

Apa nak jadi??
Apa nak jadi  dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita?

Perlu Bersikap Bijaksana

Bagi saya, kita perlu bersikap bijaksama. Dalam kita meraikan kejayaan masyarakat kita dalam kehidupan moden sekarang ini, kita juga tidak harus membutakan mata dalam menghadapi kepincangan-kepincangan dalam masyarakat kita.

Saban masa, kita berdepan dengan kisah-kisah buruk yang melibatkan masyarakat kita sendiri.

Dari kisah pasangan berbelanja ribuan dolar untuk majlis perkahwinan tetapi bercerai-berai dalam masa setahun dua sahaja, membawa kepada kisah anak-anak yang jadi mangsa perceraian, keluarga yang kehilangan tempat tinggal gara-gara kesilapan sendiri dalam menguruskan kewangan mereka lalu mencari tempat berteduh di tepi-tepi pantai, pergelutan berterus-terusan dengan masalah penagihan dadah dan banyak lagi.

Sejak kebelakangan ini pula, kita membaca di dada-dada akhbar tentang pelibatan anak-anak Melayu kita dalam pelbagai kes jenayah, ada yang begitu kejam sampai melewati batas kemanusiaan.

Mayat Reput

Beberapa hari lalu saja misalnya, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah troli di tebing Sungai Kallang selepas hilang seminggu lamanya.

Yang menyedihkan, seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak malang itu seorang lelaki Melayu juga yang merupakan kenalan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah dan sama-sama kita menantikan perbicaraannya. Jika dibaca lebih mendalam lagi, kita dapati keluarga kanak-kanak itu juga boleh dikatakan berantakan dan dicengkam masalah penagihan dadah.

Minggu ini juga, kita dikejutkan degan perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan sekumpulan anak muda Melayu bersama beberapa rakan bukan Melayu mereka yang dituduh merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 17 tahun dalam rumah salah seorang remaja lelaki tersebut.

Wanita malang itu dikatakan menjadi mangsa selepas mabuk akibat terlalu banyak minum minuman keras yang dibeli lelaki-lelaki tertuduh tersebut.

Kesnya sedang berjalan di mahkamah dan tidaklah wajah membincangkannya secara lanjut sehingga hakim membuat keputusannya.

Cuma apa yang ingin saya timbulkan ialah keberanian anak-anak muda melakukan jenayah seburuk itu di rumah ketika ibu bapa mereka tiada dan sikap mereka yang minum arak bagaikan minum Coca Cola sahaja gayanya.

Sebelum ini, kita sudah pun didedahkan dengan kes penderaan kanak-kanak sampai mati melibatkan bapa atau ibu bapa Melayu.

Apa perasaan anda apabila membaca laporan-laporan sedemikian? Tidakkah hati anda terguris.

Tidakkah anda tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Bagaimanakah sebuah masyarakat yang dahulunya terkenal dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Salah Siapa?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Sepanjang kerjaya saya selama lebih 27 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai usaha pemimpin politik dan masyarakat kita untuk mengatasi kepincangan masyarakat Melayu dan mempersiap mereka menghadapi kehidupan yang penuh persaingan demi penakatan mereka dalam Singapura ini.

Daripada badan-badan seperti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, membawa kepada Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini Forum Kepimpinan Masyarakat (CLF) yang menggembleng tenaga pemimpin politik dan masyarakat, saya telah melihat dan merasai pelbagai kemajuan dalam masyarakat hasil usaha tersebut.

Cuma masalahnya, di sebalik usaha itu, masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita.

Sedang golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan.

Golongan Terpinggir

Jika dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Namun hakikatnya, terdapat batas-batas tertentu dalam apa yang b0leh sahaja mengusahakan pelbagai program dan mendapatkan kerjasama pemerintah untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Namun, keputusan akhirnya masih terletak kepada individu sendiri. Jika kita, sebagai ketua keluarga gagal menyemai nilai-nilai positif yang cintakan ilmu dan usaha dalam jiwa anak-anak, maka susahlah untuk kita maju.

Kalau kita sebagai ibu bapa mengambil sikap mudah berserah dan lebih suka membiarkan keluarga kita tinggal melarat di tepi pantai, bagaimana hendak kita majukan anak-anak kita sendiri?

Jika kita lebih cenderung mengamalkan sikap meminta-minta tanpa dibekalkan usaha gigih, bagaimana dapat kita keluar dari lingkaran musibah yang menghantui keluarga kita?

Jika kita sebagai ibu bapa tidak ambil kisah dan ambil peduli perkembangan anak-anak kita, wajarkah kita mengharapkan orang lain untuk melakukannya?

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.

- Encik Ismail Pantek

9 Ciri-ciri Calon Isteri yang Diidamkan (=
1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlaq Mulia

Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: - Bersopan satun

.:: - Senantiasa memaniskan wajah

.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: - Menutup aurat

.:: - Ramah dan mesra

.:: - Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

Baiklah saudari dan saudara.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam bisowob. ((=

Membentuk Cinta Abadi… (=
Jalaluddin Rumi says: Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.

Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.

Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhyrat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunya. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunya yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab du’aa tidak terijabah.

Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin du’aa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin du’aa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakeenah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.

Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH  semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat.

2) Ikhlas dalam beramal.

3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan keistiqhomahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.

Sumber: barisonline.co.nr

Credits: ’2′ ALLAH Azza Wa Jalla & Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. (=

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Teringat akan kata-kata Suhaimi, suami kepada Ina dalam rancangan Sehati Sejiwa.

Rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan, harus meletakkan ALLAH di hadapan dulu. Seterusnya harus menanamkan sifat kesabaran, bertolak-ansur dan senantiasa beristiqhomah dalam melakukan ibadah. (Segala-galanya Lillahi Ta’ala semata.)

Walaupun saya cuma berkesempatan mencungkil ayat itu dari pembicaraan saudara Suhaimi dalam rancangan tersebut, tetapi kata-kata itu cukup bermakna jika kita bijak memikirkan dan merenungkan ia sedalam mungkin. Wallahu ‘alam bisowob… (=

Trend Jilbab Buka Tutup?
Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya ?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)

Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.

Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?

Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)

Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?

Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?

Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.

Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.

Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

Ukhti Imanda Amalia

Kasih Ibu…
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.

Musleemah says: Penyambutan Hari Ibu (panggilan manja ku terhadap beliau adalah mama dan bukan ibu! hehe) bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.

Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang satu ini,

Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

(HR: Al-Hakim)

Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja?

Insya-ALLAH akan ada sambungannya… Mata dah ngantuk sangat… (-_-)

Islam Mengangkat Darjat Wanita
Sering terdapat gambaran serong di media Barat bahawa wanita tidak mendapat haknya dalam Islam.

Mereka menyebar maklumat dan mendakwa bahawa wanita Islam hidup tertindas dan tidak boleh hidup setaraf kaum lelaki.

Namun, hakikatnya berbeza setelah dikaji.

Sebagaimana kita maklum bahawa Islamlah yang telah mengangkat darjat wanita yang hidup terkutuk dalam zaman jahiliah.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sering menyeru kaum wanita agar menuntut ilmu dan berlumba-lumba dengan kaum lelaki dalam menghafaz Al-Qur’an, meriwayatkan hadeeths serta memahami hukum-hukum fiqah.

Sejak muncul Islam, wanita Arab mula berasa mempunyai harga diri dan dapat hidup selesa di kalangan masyarakatnya.

Mereka sedar diri mereka tidak lagi hidup di bawah telunjuk lelaki atau hanya menjalankan tugas di dapur, mencuci pakaian dan menjaga anak-anak.

Kaum wanita tidak lagi dianggap negatif baik dari segi ibadat mahupun kedudukan. Tugasnya bukan setakat melayan lelaki, malah berhak mendapatkan bahagian dalam bidang pelajaran dan segala hak yang dikuasai kaum lelaki tanpa halangan.

Kaum wanita Arab meminta izin Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam untuk mendapatkan ilmu seperti yang dinikmati kaum lelaki.

Seorang wanita telah menemui Baginda dan berkata:

Kami ingin mencontohimu wahai Rasulullah. Maka berikanlah kami sehari daripada masamu agar kami dapat datang mempelajari daripadamu apa yang kamu pelajari daripada ALLAH.

Lantas Baginda menyuruh mengumpulkan kaum wanita pada masa dan tempat yang ditetapkan. Daripada situlah bermulanya majlis ilmiah untuk kaum wanita yang dipimpin Baginda.

Mereka amat menjaga masa menghadiri ‘kelas’ Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Malah, mereka berlumba-lumba dalam memahami hakikat Islam sebenarnya. Mereka gigih dan tekun mendalami ilmu agama.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sering memberikan fatwa kepada mereka dalam segala hal hinggalah mereka memahaminya.

Ramai wanita yang tamat pengajiannya daripada ‘madrasah nabi’ itu.

Masyarakat buta huruf yang mendapat ilmu pengetahuan daripada Baginda bertukar menjadi bijak.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bukan sahaja menyampaikan ilmunya kepada kaum wanita melalui pertemuan sahaja, malah juga di musala-musala tertentu dengan mengajar mereka beribadat dengan cara yang betul.

Tatkala Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam mengahwini Hafsah binti Umar, isteri Baginda itu sering belajar membaca dan menulis daripada seorang wanita bernama El-Syaffa binti Abdullah El-Adawiyah.

Baginda telah meminta beliau mengajarkan Hafsah cara membaiki tulisan.

Inilah antara tanda yang membuktikan bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam amat perihatin tentang pelajaran untuk kaum wanita.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga pernah menggalakkan bakat dan kebolehan kaum wanita dibidang sastera.

Baginda pernah menguji kebolehan El-Fari’ah binti Abi El-Sult yang menyampaikan syair saudaranya, Umaiyah. Begitu juga dengan El-Khansaa.

Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga menggalakkan kaum wanita mempelajari ilmu perubatan.

Seorang gadis, Rafidah, adalah wanita pertama dalam Islam yang mempelajari ilmu perubatan Islam. Beliau juga mengubati pesakit wanita dan mengajar para isteri sahabat mengenai perubatan.

Terdapat juga ramai wanita yang mempelajari ilmu perubatan di zaman Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Mereka keluar bersama-sama para sahabat ke medan perang untuk merawat para pejuang yang cedera.

Credits to: Mohd Yusop Hassim

Isteri Akhir Zaman??
Musleemah says: Saya tergerak untuk mengemaskinikan artikel kali ini yang dikirim oleh sahabat saya melalui emel. Ia terjadi di Kuala Lumpur. Niat saya cuma ingin menjadikan artikel sebegini sebagai satu pengajaran bagi para wanita yang sudah pun bergelar isteri. Yang belum digelar isteri pula, ambillah artikel ini sebagai tauladan untuk kehidupan masa akan datang. Mohon maaf jika artikel di bawah ini ada perkataan yang agak kasar atau mungkin mengandungi kata-kata sensitif di jiwa para pembaca.

Setahu saya, di filem atau drama berseries seringkali menanyangkan kisah mahupun cerita wanita dan dots…dots…dots… Semua sedia maklumlah kan apa makna dots…dots…dots… saya tu. Namun, artikel yang dibawa ini berlainan. Atau mungkin saya boleh menggunakan perkataan luar biasa bagi artikel ini. Nauzhubillahi minzhaliq. Tidak pernah terfikir atau terbayang di akal fikiran yang satu ni. Tidak terduga bahawa dia begitu berani dan zhalim menganiaya suaminya hingga beliau menderita begitu sekali. Ibarat seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan dan sama persis orang yang tertanggal imannya dari hati. Astaghfirullah…

P/s: Kepada lelaki yang akan bergelar suami di luar sana. Untuk memilih pasangan hidup, janganlah mata kamu dikaburi dengan asap debu make-up yang tebal dan bibir yang dicat dengan lipstick buah delima yang cukup merah! Carilah yang beriman. Berdoalah selalu kepada ALLAH. ALLAH itu Maha Mendengar. Insya-ALLAH, pasti kamu akan mendapatkan yang baik-baik sahaja. Dunia akhir zaman. Manusia kini mampu memikirkan pelbagai idea kreatif untuk melakukan dosa-dosa. Astaghfirullah halazhim. Mungkin mereka ini tidak lagi takut akan azhab ILLAHI RABBI. Nauzhubillahi Minzhaliq. Ya RABB-ku… Lindungilah kami para-para wanita mu yang dhoif lagi lemah ini… Lindungilah kami dari perbuatan yang menakutkan ini… Anugerahkanlah kami ketinggian dan kemantapan iman di hati agar dapat menjadi wanita musleemah al-mu’meenah as-solehah yang sabar mengharungi setiap dugaan-dugaan dari-MU jua. Ya ALLAH, sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk-MU. Kami buta tanpa bimbingan-MU. Kami cacat tanpa hidayah-MU. Kami hina tanpa rahmat-MU. Kuatkanlah hati dan semangat hamba-hamba-MU. Tabahkan hati menghadapi segala dugaan yang datangnya dari-MU. Ameen Ya ALLAH. Ameen Ya RAHMAN. Ameen Ya RAHEEM. Ameen Ya KAREEM. Ameen Ya RABBAL ‘ALAMEEN…(teruskan bacaan artikel: klik butang ‘more…‘ di kanan.)

Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Menurut Halim, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk ‘dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan. Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.

“Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Manfaat Herba
Hampir semua orang mengamalkan memberus gigi sebelum mandi dan kemudian bersarapan.

Dalam konteks kesihatan, kita digalakkan supaya mengamalkan minum segelas air putih setiap pagi sebelum membersih gigi atau mengamalkan meminum air bercampur limau diikuti dengan meminum tiga hingga empat gelas air putih.

Amalan ini adalah bertujuan untuk ‘membersihkan’ usus dengan membuang toksin di dalam badan.

Itu adalah saranan Dr Yasmeen Haji Mohammed dari Malaysia, berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam jurusan tumbuh-tumbuhan (botanis) yang pernah tinggal di dalam hutan untuk membuat penyelidikan.

Beliau adalah seorang pakar herba dan tumbuh-tumbuhan dan antara lain bertugas menghasilkan produk- produk kosmetik dan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan asli.

Dr Yasmeen yang juga penasihat Permata HijrahEnterprise, sebuah syarikat pengeluaran toner mata yang salah satu bahan yang digunakan adalah air zamzam, berada di sini bagi menyampaikan ceramah Selembut Dakapan Alam di Masjid AlKhair, baru-baru ini.

Majlis anjuran bahagian Muslimah Masjid AlKhair itu turut mengadakan pemeriksaan mata percuma oleh Permata Hijrah.

Dr Yasmeen berkata: ‘Dulu kita digalakkan minum air yang berunsurkan alkali seperti air hujan yang turun dari langit. Namun hari ini kita tidak digalakkan menadah air hujan sebab sebelum sampai di bumi, air hujan itu telah dikotori dengan pelbagai bahan pencemaran udara seperti asap.

‘Mungkin kita tidak sedar bahawa air liur mengandungi alkali, sebab itu apabila kita makan, kita mengunyah dulu dan air liur akan bertindak mematikan kuman yang terdapat dalam makanan.

‘Kuman tidak boleh hidup dalam air yang mengandungi alkali. Sebab itulah toner mata keluaran Permata Hijau menggunakan air alkali bagi mengelak kuman hidup dalam mata.’

Dr Yasmeen menarik perhatian bahawa untuk menjaga mata ialah melakukan senaman mata selain memakan buah ‘billberry’.

Menyentuh tentang makanan seimbang, beliau berkata tubuh badan memerlukan makanan sihat seperti sayuran yang mendapat cahaya matahari terbit sebanyak 90 peratus, sedangkan manusia hanya mendapat 10 peratus saja sinarannya.

Justeru, menurutnya, manusia digalakkan makan sayur-sayuran terutama yang berwarna hijau yang dapat menyihatkan tubuh badan. Pada masa yang sama kita juga memerlukan vitamin C iaitu sekurang- kurangnya 1,000 gm atau enam biji oren.

Jika kita tidak dapat menyediakan 1,000 gm vitamin C sehari, maka amalkan makan vitamin tambahan bagi mengelakkan masalah sembelit dan sakit urat.

Menurutnya, kalau terasa sakit pinggang, amalan memakan blackcurrant adalah baik untuk menambah vitamin C, manakala jika hendak ‘mencuci’ usus pula, minum jus belimbing besi dan peria katak yang dikisar sendiri boleh membantu.

‘Jika anda dapati peria katak itu pahit rasanya, rendamkannya dengan air garam dan kemudian cuci bersih. Amalkan tiap tiga kali seminggu agar anda dapat merasakan manfaatnya,’ ujarnya.

Dr Yasmeen berkata jika anda sering sakit kepala, petuanya ialah dengan merendam daun bunga raya dalam air, kemudian ramas daun itu sebelum menyapunya di atas kepala. Lendiran daripada daun itu pula boleh digunakan untuk sakit kulit.

‘Sate adalah hidangan istimewa apabila anda menjamu selera bersama keluarga, sedangkan tanpa kita disedari hangusan daging sate yang dibakar mengandungi karbon. Jadi sebab itulah hidangan sate disajikan dengan timun agar dapat mencegah ketumbuhan akibat karbon tersebut.

‘Mi segera yang mempunyai pelbagai jenama memang cepat dimasak dan mudah dimakan, sedangkan ia berbahaya. Bagaimanapun ia kurang elok kerana mi segera diselaputi bahan kimia,’ jelas Dr Yasmeen.

Beliau turut menegaskan bahawa amalan meminum minuman sejuk berais akan menambahkan kemudaratan badan sebaliknya jika badan terasa panas, rebus serai wangi dengan daun pandan, kemudian minum airnya.

Stay Away from Silent Killer!!
Assalammu’alaikum para pembaca rediesh yang amat aku hormati. (=

Bersyukurku terhadap ILLAHI RABBI atas kesihatan yang telah dikurniakan-NYA. Ameen. Selawat & salam untuk Baginda, kekasih ALLAH, Rasulullah Shallallahu Alayhi wa Sallam. Dan kepada seluruh umat Islam di dunia ini, semoga kalian semua dibawa naungan kasih rahmat ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Ameen. Ameen. Ya Rabbal Alameen.

Timbulnya rasa kesyukuran ini semakin hari semakin menebal di hati yang bernama Iman. Setelah mendengarkan sebuah cerita daripada seorang hamba-NYA yang senantiasa redha atas musibah yang menimpa dirinya itu. Dia tidak lain dan tidak bukan, Noor Hanim M.Salleh, anak saudara kepada seseorang yang telah lama pergi dahulu menyahut seruan ILLAHI, yakni Allahyarham Encik A.Samad Ismail (aku memanggilnya dengan gelaran Datuk). Aku selalu memanggil Noor Hanim M.Salleh dengan panggilan Cik Anim. Ya, ia amat singkat dan mudah diingat. Bukan kerana singkatan namanya, tetapi kerana sifat ketabahan & mudah bertoleransi membuat setiap seseorang disekeliling senang dengan perwatakkannya itu.

Biar aku ceritakan sedikit tentang keperibadiannya di sini. Noor Hanim M.Salleh sangat peramah dan aktif dalam setiap aktivitas yang dia ceburi. Dia tidak mudah dan merasa sangat tidak selesa jika berduduk diam tanpa melakukan apa-apa. Pendek kata, dia tidak suka untuk membuang masa apabila ada masa yang terluang. Pasti ada sahaja yang ingin dikerjakannya. Maka, tentu sekali suami dan anak-anak kesayangannya tidak mampu berpisah dari wanita yang telah pun bergelar seorang isteri dan ibu yang sangat mithali. Ya, aku juga tidak dapat menafikan atas setiap kejayaannya yang telah pun diraih dengan hasilan usahanya sendiri. Aku juga mampu mengungkapkan bahawa dia adalah sosok wanita yang boleh digelar sebagai tunjang kejayaan untuk seorang suami. Subhan-ALLAH! Sungguh, aku mengkagumi setiap usaha dan semangatmu yang jitu itu demi keluarga dan juga masyarakat disekelilingmu.

Namun, apa yang dirancang tidaklah sehebat perancangan dari ALLAH Yang Esa. Semalam aku sekeluarga dikejutkan dengan berita yang tidak diduga. Suaminya, memberitahu kami bahawa isterinya telah berada di hospital akibat barah payudara yang dialaminya. Dia juga memberitahu kami, isterinya akan dibedah untuk membuang tumbuhan-tumbahan yang pada jangkaan doktor hanya mempunyai 3 tumbuhan barah.

Pada waktu itu, mamaku menerima berita sedemikian dengan hati yang tenang. Ini kerana mamaku sangka hanya tumbuhan-tumbahan kecil sahaja. Mungkin pada waktu itu mama fikirkan cuma melakukan pembedahan minor ke atas diri Cik Anim. Walau bagaimana sekalipun cara pemikiran mamaku, kami tetap bergegas ke hospital.

Setiba kami di hospital pada malam itu, Cik Anim didapati bukan sahaja menghidap penyakit biasa-biasa. Namun, penyakit yang dialaminya amat merbahayakan dan tanpa diduga, Cik Anim masih kuat mengharungi setiap kesakitan-kesakitan sewaktu berada di bilik pembedahan. Kami khusyu’ mendengarkan setiap cerita daripadanya tentang bagaimana dia melalui sehari berada di bilik pembedahan itu. Jujur aku katakan, cukup mengerikan. Mengerikan setiap kaum wanita yang mendengarnya. Apakan tidak, kerana aku juga seorang wanita sama sepertinya. Ia bukan sekadar pembedahan minor dimana hanya perlukan penggunaan laser untuk menghapuskan tumbuhan barah yang sedang giat membiak. Malah dia telah pun kehilangan sebelah payudaranya.

Pada awalnya, doktor hanya menjangka cuma ada 3 tumbuhan barah. Selebih tumbuhan barah itu, doktor telah mengambil keputusan untuk menghapuskan dalam masa dua minggu akan datang. Namun, setelah tibanya dua minggu yang dinanti-natikan, doktor mengesan bahawa terdapat 7 lagi tumbuhan barah yang sedang aktif membiak. Doktor sungguh terkejut dengan apa yang dilihat. Dalam masa dua jam, mereka duduk berbincang dengan penuh teliti tentang pembedahan yang harus dilakukan ke atas diri Cik Anim pada keesokan hari. Ini kerana, mereka tidak dapat lagi menundah proses pembedahan disebabkan nanah dan darah sering keluar. Aneh? Cik Anim langsung tidak mengadukan kesakitan yang dialami kerana dia mengatakan pada waktu itu dia tidak dapat merasakan apa-apa. Tanpa berlengah lagi, doktor telah mengambil keputusan seterusnya untuk memeriksa akan tumbuhan barah yang terus-terusan aktif itu.

Sangkaan doktor tidak meleset kerana dari 7 tumbuhan barah, tiba-tiba menjadi sebelas (11). Ini bermakna, tumbuhan barah yang dialami Cik Anim sangat aktif sekali. Dikhuatiri ia mampu merebak ke organ-organ yang lain. Dan ia juga dikatakan mampu menutupi jantung dengan secara mendadak. Semakin dia rancak bercerita, semakin aku menjadi gerun mendengarnya. Apakan tidak? Cik Anim sempat menunjukkan kami darahnya yang sedang meleleh terkumpul dalam sebuah kantung darah (sebesar tapak tangan) yang tergantung di luar baju. Tiba-tiba aku merasakan sakit pening yang amat sangat. Aku tidak mampu menahannya dan terasa tekakku menjadi mual. Sepertinya aku ingin muntahkan segala isi perutku di situ sahaja. Lalu, aku meminta izin mama untuk keluar sebentar menenangkan hati dan fikiran. Dengan segera mama memimpinku untuk pergi ke tempat rehat. Alhamdulillah, dengan merehatkan diri di tempat yang lebih lapang, sakit peningku hilang seketika. Aku sempat berkhayal memikirkan keajaiban ALLAH Azza wa JALLA, yang selalu luar dari jangkaan dan kemampuan manusia itu sendiri. Dalam beberapa minit, aku mampir ke bilik wad Cik Anim sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini jantungku mula stabil dan bisa mendengarkan cerita demi cerita yang dilalui makcikku ini.

Aku amat terpegun dengan sikapnya yang tabah dan redha atas musibah yang menimpa diri Cik Anim. Dia sempat tersenyum kepada kami dengan mengatakan,

“ALLAH masih dan terus menyayangi diri ni…”

Walaupun dia masih mampu merasakan sakitnya deras darah yang sedang mengalir tanpa henti itu, tetapi tidak pernah dia mengadu akan derita sakit yang dialami. Hanya air mata sahaja yang mengalir. Ini dapat dilihat sifat kesyukurannya yang selalu mengingati ALLAH walau dimana jua dia berada. Benar, tidak dapat aku nafikan jika ada seseorang yang mengatakan setiap musibah yang menimpa diri kita, sebenarnya adalah nikmat pemberian ILLAHI. Nikmat musibah itu yang membawa kita kepada sifat kesyukuran yang tiada henti. Subhan-ALLAH!

Pengajaranku di sini ialah: Walaupun hanya pada tahap pertama dengan tiada rasa sakit, digalakkan para wanita untuk melakukan mammogram dengan segera. Ini sering ditegaskan kepada wanita-wanita yang berusia 30 dan 40an keatas. Jangan menunggu sehingga salah satu dari payudara itu mengeluarkan darah dan nanah. Ingatlah! Barah = Silent Killer!!

Semoga kita dilindungi dari penderitaan segala penyakit yang memudharatkan. Allahumma Ameen. (=

Perempuan Penggenggam Bara Api!
Subhan-ALLAH! Artikel ini membuat aku terpanggil untuk terus membacanya. Sebuah artikel dari negara jiran (Indonesia). Ini berkenaan dengan Hijab dan artikel ini khas untuk kaum semusleemah ku. Semoga sahaja kalian akan berubah dan terus berusaha dalam menutupi aurat. Istiqamah dan bersungguh-sungguhlah kalian di jalan-NYA hanya untuk-NYA, yakni ILLAHI RABBI. - Musleemah

Perempuan di kebun Hikmah says: Judul ini saya ambil dari buku yang baru saja selesai saya baca “Kemuliaan Muslimah Penggenggam Bara Api” sebuah buku yang saya dapat setelah tenggelam dalam pusaran buku di QBook Kemang selama 2 jam , buku setebal 70 halaman ini menggugah sisi perempuan saya, membuat saya merenung sekaligus bersyukur atas hijab yang sejak beberapa bulan lalu menutupi mahkota indah saya dari tatapan nanar penuh dunia… iya, saya berubah dan terus berubah yang insya ALLAH menjadi semakin baik di mata ALLAH bukan yang lain, karena saya tidak membutuhkan pujian dari semua yang masih bernaung dibawah matahari milik ALLAH  bagi saya (jika ALLAH mengizinkan) cukuplah hanya ALLAH … toh pujian tidak akan menambah kecantikan yang ALLAH titipkan pada saya dan tidak pula pujian itu akan mengurangi kecantikan saya [narsis mode ON]

Ingin terus membaca? CLICK HERE!