
Category Archives: Untuk Pengetahuan Anda
Cinta murid??

Mereka mulai berpacaran selepas berkenalan di perhentian bas berhampiran dengan sekolah masing-masing beberapa bulan lalu.
Si pria, Is, seorang murid menengah satu, menambat hati si perawan, Siti, seorang murid darjah lima, dengan gaya dan tingkah lakunya yang kool dan menarik.
Pada pandangan Siti, Is seorang budak kacak yang berambut bentuk fin atau gaya bersirip ala pemain bola sepak pujaan David Beckham. Gambar Is disimpan rapi dalam dompet Siti.
Is peramah dan pandai berjenaka, lantas sering menghiburkan hati Siti. Dia juga bersifat romantik kerana pada hari lahir Siti, dia menghadiahkan sebentuk cincin perak yang kini menghiasi jari kiri Siti.
Siti rancak berbuat tentang kisah cintanya sehingga dia teringat bahawa wartawan ini, seorang kenalannya yang lebih dewasa, berada di kalangan teman sebayanya.
“Jangan beritahu ibu bapa saa ya,” kata Siti tersipu-sipu.
SEMUDA TUJUH TAHUN
Para kaunselor mendapati murid sekolah rendah dilamun cinta sejak kebelakangan ini. Di kalangan budak-budak itu, beberapa orang berusia sementah tujuh tahun.
Menurut Tinkle Friend, khidmat kaunseling menerusi telefon oleh Persatuan Kanak-Kanak Singapura (Singapore Children’s Society) yang menerima 64 panggilan berkaitan masalah itu sepanjang tahun lalu, kebanyakan kanak-kanak mengajukan soalan ini: “O.K tak kalau saya suka dengan rakan perempuan atau lelaki saya?”
Kanak-kanak juga meluahkan isi hati melalui kiriman surat kepada Help Heroes, melalui ruangan soal jawab dalam majalah Kids Company, yang ditutup tahun lalu.
Kaunselor yang ditugaskan membantu menghuraikan masalah yang dihadapi kanak-kanak hingga majalah itu ditutup, Cik Chong Cheh Hoon dari Focus On The Family Singapore, berkata: “Dari situ saya sedar bahawa kanak-kanak sudah tahu tentang perihal pacaran dan seksual meskipun usia mereka masih muda.”
PENGARUH DARI BUDAYA POP
Ada tanggapan di kalangan kanak-kanak bahawa mempunyai teman istimewa bererti mereka termasuk dalam golongan yang kool dan popular. Mereka amat tertarik kepada status itu kerana ia seolah-olah meningkatkan nilai diri mereka.
Apakah yang mewujudkan tanggapan ini?
Antara puncanya ialah rancangan hiburan seperti Hannah Montana, High School Musical dan Cheetah Girls yang menjadi minat si cilik. Pengajaran yang terdapat dalam rangkaian rancangan itu tidak semurni apa yang disangkakan oleh kebanyakan ibu bapa.
Cik Chong mengulas: “Para selebriti (dalam rangkaian rancangan itu) menggalakkan kanak-kanak meniru watak mereka yang berpacaran dan bercumbu secara kasual.”
Selain rancangan hiburan, laman Internet seperti Friendster dan MSN memudahkan si cilik membuat kenalan baru dan saling menghubungi satu sama lain. Jika si cilik tertawan dengan susunan kata dan gambar rakan sibernya, dia didorong membuat temu janji dan memulakan babak asmara.
Seorang pegawai sosial, Cik Yap Lee Lan, juga koordinator bagi Tinkle Friend, berkata: “Kanak-kanak kini lebih terdedah kepada pelbagai media. Akibatnya, mereka lebih cepat membesar.” Continue reading
Misteri Angka Tujuh dalam Al-Quran
Banyak orang yang tidak percaya bahawa Al-Quran adalah wahyu ALLAH. Tetapi ketika ALLAH menentang manusia agar membuat kitab seperti Al-Quran, tidak ada satu pun manusia yang mampu. Ya, Al-Quran adalah mukjizat yang luar biasa dipandang dari sudut ilmu mana pun. Sebagai kitab suci yang berlaku sepanjang masa, Al-Quran mengandung berbagai mukjizat. Mulai dari mukjizat linguistik, keghaiban, jagat raya, perubatan, matematika, dan mukjizat-mukjizat lain yang kesemuanya dapat diketahui sesuai dengan kemampuan dan waktu kapan manusia hidup.
Kemukjizatan Al-Quran yang mencakup semua bidang ilmu membuat para ilmuwan dari berbagai disiplin ilmu berlumba-lumba mengungkapkan keajaiban yang terkandung di dalamnya. Mereka berusaha membuktikan bahawa isi Al-Quran tidak lekang oleh waktu, sejalan dengan pemikiran manusia dan sesuai dengan perkembangan zaman.
Tulisan ini disarikan dari buku Misteri Angka Tujuh dalam Mukjizat Matematika Al-Quran, karya ‘Abd Ad-Da’im Al Kahil. Ia mengulas secara mendalam kemukjizatan Al-Quran dalam bidang numerik. Ia membuktikan bahawa semua surah, ayat, kata, dan huruf dalam Al-Quran disusun ALLAH secara teratur dengan sistem berbasis angka 7 sebagai dalil bahawa ia bersumber dari Rabb 7 lapis langit. Continue reading
Usah sampai perasaan melampaui batas…
Mengapakah kita rasa cemburu dan bagaimana mengatasi atau mengawal perasaan itu? Cemburu boleh menimbulkan kesan positif jika kita menjadikannya sebagai kayu ukur untuk satu cabaran dan mencapai kejayaan. Tetapi ia juga boleh memusnahkan jika ia disaluti dengan perasaan terancam yang keterlaluan.
Kadangkala, perasaan cemburu itu dianggap wajar tetapi pada masa yang lain, ia mungkin agak keterlaluan.
Jadi bagaimana untuk mengetahui sama ada cemburu kita berada di tahap yang wajar atau melampaui batas?
Berikut adalah panduan yang dipetik daripada An Integration Of Sexual and Marital Therapy oleh pakar tetapi keluarga, David Morris Schnarch.
ANALISIS PUNCA CEMBURU
Teliti mengapa anda rasa cemburu? Apakah pasangan anda melakukan sesuatu yang membuat anda cemburu?
Apakah anda sering merasakan pasangan anda tidak berlaku jujur terhadap anda? Atau pasangan anda tidak memberikan anda perhatian yang secukupnya?
Ambillah masa untuk menganalisis perasaan anda itu. Jika puncanya memang daripada pasangan anda, ajaklah berbincang dengannya dan luahkan perasaan anda secara tenang.
Elakkan daripada membuat sebarang tuduhan. Lebih baik bertanya untuk mendapatkan kepastian, bukan berserkap jarang.
Bertanya, bukan menuduh, demi mengelakkan pertengkaran. Tetapi jika perasaan cemburu itu datangnya daripada diri anda diri, ikutilah panduan ini untuk mengurangkan tekanan diri.
ANDA PILIHANNYA
Haruslah senantiasa ingat bahawa kecuali anda mempunyai sebab untuk rasa cemburu, anda tidak seharusnya terlalu menguasai pasangan anda.
Jika anda yakin bahawa pasangan anda curang tetapi anda tidak mempunyai bukti, ini bermakna tiada kepercayaan dalam perhubungan.
Sebaliknya, jika anda cemburu hanya kerana anda terlihat dia menjeling ke arah wanita lain atau dia bertugas dengan wanita yang lebih menarik, ingatkan diri anda sendiri bahawa dia memilih anda sebagai teman hidup.
Usahlah terus-terusan membuat dia berasa bersalah. Memandangkan si dia sudah pun memilih anda, tentu sekali ada yang istimewa mengenai anda di matanya. Kecuali anda terlalu mencabar kesabarannya, kemungkinan si dia akan setia bersama anda.
