Puasalah bang… jangan dicemari bulan mulia…

Kita telah empat minggu menjalani ibadah puasa. Dan dalam Ramadhan ini yang bakal berakhir dalam beberapa hari lagi, umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa, kecuali bagi golongan tertentu yang mempunyai sebab tertentu seperti wanita uzur, musafir dan warga tua yang berlaku saban tahun, terdapat sebilangan kaum Adam kita yang dilihat tidak berpuasa.

Continue reading

Ingin Berkahwin Adalah Fitrah

Jalan Mencapai Perkahwinan yang Diredhai

Sebagai seorang insan, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bekalkan pelbagai keinginan di dalam diri manusia. Ia merupakan keinginan semulajadi, yang datang tidak diundang dan keinginannya tiada siapa yang mendorong.

Di antara banyak keinginan semulajadi manusia itu ialah ingin berkahwin. Tiada makhluk di muka bumi ini menidakkan kenyataan ini. Haiwan yang membuas di hutan belantara dan yang hidup melata di muka bumi ini pun berkahwin apatah lagi manusia yang dibekalkan oleh Subhanahu wa Ta’ala nafsu dan perasaan, sesungguhnya itu ia amat berkeinginan.

Tetapi apabila ada orang yang mengatakan dia lebih seronok membujang atau ‘mendara’, hakikatnya dia telah menentang fitrah hatinya. Orang yang bersifat demikian jiwanya akan tertekan. Kadang-kadang situasi ini akan membuatkan dia mengambil keputusan yang sukar dipertimbang malahan ia mudah sekali melakukan dosa dan kejahatan.

Oleh kerana jalan itu adalah bahaya dan kesannya amat dipandang hina maka manusia berusaha untuk mencari pasangan hidupnya untuk dinikahi.

Buktinya orang lelaki akan berusaha untuk dapatkan pangkat dan kekayaan dengan tujuan agar mudah dapat calon isteri. Di bangku sekolah lagi keinginan untuk kahwin sudah kelihatan. Iaitu bila yang lelaki sudah pandai berkenalan dengan murid perempuan. Berutu-utus surat, kononnya untuk bertukar fikiran dalam pelajaran. Tetapi niat sebenarnya ialah kerana ada kecenderungan hati pada wanita. Minat pada wanita sudah bangkit dalam jiwanya. Walhal kalau hendak bertukar-tukar fikiran dengan kawan lelaki pun boleh. Tetapi lebih suka cari yang perempuan.

‘Perkenalan Lelaki & Perempuan yang Membelakangkan Syariat’

Begitu juga di pihak perempuan. Masuk belasan tahun mulalah pasang badan. Mula pandai berhias-hias dengan make-up dan baju cantik dan suka diri dipandang cantik. Dengan harapan adalah lelaki yang terpikat. Kerana minat pada kaum yang berlainan jenis telah bercambah. Bermulalah api cinta.

Perkenalan lelaki perempuan yang membelakangan syariat akan menuju kepada kehancuran dan dosa. Akan mudahlah berlaku perkara yang menyebabkan maruah ternoda gara-gara cinta nafsu muda. Kerana apabila berdua-duaan antara lelaki dan perempuan maka syaitan akan jadi orang ketiga yang akan mencetuskan api berahi hinggakan berlakulah zina mata, zina tangan, zina badan dan hingga membawa kepada zina sebenarnya.

Perkahwinanlah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia daripada godaan nafsu syahwat. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwinan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat. Dengan merasakan nikmat yang sedikit manusia sepatutnya lebih berhajat kepada nikmat yang lebih besar di akhirat, yakni syurga dengan melakukan ketaatan kepada Allah sehingga ia layak sampai ke sana.

‘Bila Kahwin Tidak Berkat, Mudahlah Hati Pecah & Retak…’

Janganlah disebabkan tidak cukup belanja maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal  nafsu syahwat sudah tidak terkendalikan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong tuannya kepada maksiat. Mengenakan hantaran atau belanja beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau melambatkan saat perkahwinan adalah hal yang sangat tidak patut. Kerana sikap yang begini boleh menyebabkan ada yang nanti sanggup hidup bersekedudukan lelaki perempuan tanpa nikah.

Selalunya ibu bapalah yang sibuk mengenakan hantaran belanja yang tinggi, untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang bakal menantunya orang kaya, berjawatan tinggi, bolehlah dia berbangga-bangga. Itulah ciri-ciri orang yang sombong akan menjerumuskan tuannya ke neraka. Salah siapa kalau anak kahwin lari? Sudah dipinang tidak dapat, dibawalah lari. Ibu bapa juga yang putih mata.

Continue reading

Perkahwinan Untuk Mencari Restu Siapa?

Hidup untuk berkahwin telah menjadi fitrah semulajadi manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah dunia ini dikiamatkan oleh Allah S.W.T. Meskipun sejak kebelakangan ini ramai dikalangan anak gadis belum berkahwin sehingga ada yang digelar ‘Andartu’, ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkahwin. Berbagai alasan yang boleh diberi namun keinginan dan kemahuan untuk ‘berkahwin’ tetap subur, cuma jodoh belum dipertemukan.

Continue reading