...اشكر علي جميع نعم الله » Untuk Jejaka

Apa nak jadi??
Apa nak jadi  dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita?

Perlu Bersikap Bijaksana

Bagi saya, kita perlu bersikap bijaksama. Dalam kita meraikan kejayaan masyarakat kita dalam kehidupan moden sekarang ini, kita juga tidak harus membutakan mata dalam menghadapi kepincangan-kepincangan dalam masyarakat kita.

Saban masa, kita berdepan dengan kisah-kisah buruk yang melibatkan masyarakat kita sendiri.

Dari kisah pasangan berbelanja ribuan dolar untuk majlis perkahwinan tetapi bercerai-berai dalam masa setahun dua sahaja, membawa kepada kisah anak-anak yang jadi mangsa perceraian, keluarga yang kehilangan tempat tinggal gara-gara kesilapan sendiri dalam menguruskan kewangan mereka lalu mencari tempat berteduh di tepi-tepi pantai, pergelutan berterus-terusan dengan masalah penagihan dadah dan banyak lagi.

Sejak kebelakangan ini pula, kita membaca di dada-dada akhbar tentang pelibatan anak-anak Melayu kita dalam pelbagai kes jenayah, ada yang begitu kejam sampai melewati batas kemanusiaan.

Mayat Reput

Beberapa hari lalu saja misalnya, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah troli di tebing Sungai Kallang selepas hilang seminggu lamanya.

Yang menyedihkan, seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak malang itu seorang lelaki Melayu juga yang merupakan kenalan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah dan sama-sama kita menantikan perbicaraannya. Jika dibaca lebih mendalam lagi, kita dapati keluarga kanak-kanak itu juga boleh dikatakan berantakan dan dicengkam masalah penagihan dadah.

Minggu ini juga, kita dikejutkan degan perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan sekumpulan anak muda Melayu bersama beberapa rakan bukan Melayu mereka yang dituduh merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 17 tahun dalam rumah salah seorang remaja lelaki tersebut.

Wanita malang itu dikatakan menjadi mangsa selepas mabuk akibat terlalu banyak minum minuman keras yang dibeli lelaki-lelaki tertuduh tersebut.

Kesnya sedang berjalan di mahkamah dan tidaklah wajah membincangkannya secara lanjut sehingga hakim membuat keputusannya.

Cuma apa yang ingin saya timbulkan ialah keberanian anak-anak muda melakukan jenayah seburuk itu di rumah ketika ibu bapa mereka tiada dan sikap mereka yang minum arak bagaikan minum Coca Cola sahaja gayanya.

Sebelum ini, kita sudah pun didedahkan dengan kes penderaan kanak-kanak sampai mati melibatkan bapa atau ibu bapa Melayu.

Apa perasaan anda apabila membaca laporan-laporan sedemikian? Tidakkah hati anda terguris.

Tidakkah anda tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Bagaimanakah sebuah masyarakat yang dahulunya terkenal dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Salah Siapa?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Sepanjang kerjaya saya selama lebih 27 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai usaha pemimpin politik dan masyarakat kita untuk mengatasi kepincangan masyarakat Melayu dan mempersiap mereka menghadapi kehidupan yang penuh persaingan demi penakatan mereka dalam Singapura ini.

Daripada badan-badan seperti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, membawa kepada Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini Forum Kepimpinan Masyarakat (CLF) yang menggembleng tenaga pemimpin politik dan masyarakat, saya telah melihat dan merasai pelbagai kemajuan dalam masyarakat hasil usaha tersebut.

Cuma masalahnya, di sebalik usaha itu, masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita.

Sedang golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan.

Golongan Terpinggir

Jika dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Namun hakikatnya, terdapat batas-batas tertentu dalam apa yang b0leh sahaja mengusahakan pelbagai program dan mendapatkan kerjasama pemerintah untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Namun, keputusan akhirnya masih terletak kepada individu sendiri. Jika kita, sebagai ketua keluarga gagal menyemai nilai-nilai positif yang cintakan ilmu dan usaha dalam jiwa anak-anak, maka susahlah untuk kita maju.

Kalau kita sebagai ibu bapa mengambil sikap mudah berserah dan lebih suka membiarkan keluarga kita tinggal melarat di tepi pantai, bagaimana hendak kita majukan anak-anak kita sendiri?

Jika kita lebih cenderung mengamalkan sikap meminta-minta tanpa dibekalkan usaha gigih, bagaimana dapat kita keluar dari lingkaran musibah yang menghantui keluarga kita?

Jika kita sebagai ibu bapa tidak ambil kisah dan ambil peduli perkembangan anak-anak kita, wajarkah kita mengharapkan orang lain untuk melakukannya?

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.

- Encik Ismail Pantek

Membentuk Cinta Abadi… (=
Jalaluddin Rumi says: Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.

Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.

Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhyrat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunya. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunya yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab du’aa tidak terijabah.

Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin du’aa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin du’aa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakeenah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.

Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH  semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat.

2) Ikhlas dalam beramal.

3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan keistiqhomahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.

Sumber: barisonline.co.nr

Credits: ’2′ ALLAH Azza Wa Jalla & Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. (=

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Teringat akan kata-kata Suhaimi, suami kepada Ina dalam rancangan Sehati Sejiwa.

Rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan, harus meletakkan ALLAH di hadapan dulu. Seterusnya harus menanamkan sifat kesabaran, bertolak-ansur dan senantiasa beristiqhomah dalam melakukan ibadah. (Segala-galanya Lillahi Ta’ala semata.)

Walaupun saya cuma berkesempatan mencungkil ayat itu dari pembicaraan saudara Suhaimi dalam rancangan tersebut, tetapi kata-kata itu cukup bermakna jika kita bijak memikirkan dan merenungkan ia sedalam mungkin. Wallahu ‘alam bisowob… (=

Untukmu Ayah…
۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Turut ku ucapkan ungkapan bait kata-kata ini kepada sang ayah ku yang ada nun jauh di sana. O Rabb… Sungguh aku beruntung kerana aku dikaruniakan dua orang ayah. Subhan-ALLAH! Bagaimana lagi harus aku syukuri nikmat-MU yang satu ini selain bibir ku mengucapkan alhamdulillah terhadap-MU Ya ALLAH?

Kepada mu ayah, terima kasih atas segala-galanya. Segala tunjuk ajar dan segala kebaikan yang telah dikau turunkan dan sampaikan kepada ku sehinggalah aku menjejak usia 20 tahun kini. Terima kasih ayah. (=

Lelaki…
Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila Disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.

Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

pada kelelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan Madrasah Rasul,

Srikandi,

Damsyik, Syria.

~Tukilan dari Novel Syabab Musafir Kasih~

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Asyik duk membentangkan / menyalahkan wanita masa kini terus-menerus pun kurang adil rasanya. Kali ini saya jadi sangat-sangat terpanggil untuk mengemaskinikan blog dengan bait kata-kata tentang si Lelaki zaman kini. Termasuklah mereka yang berpangkat Datuk, Ayah, Suami, Abang, Adik Lelaki atau mana-mana lelaki yang sewaktu dengannya (kalian tidak ketinggalan ya!). Ini bukan dikhususkan untuk lelaki yang bergelar shemale!! Oops! Anda tidak layak bagi membaca posting ini kerana anda tidak akan pernah memahami.Seringkali terjadinya perhubungan intim antara wanita & lelaki yang belum bernikah, pasti akan tertimbulnya keterlanjuran. Wanita itu akan hamil dan wanita itu akan disalahkan hidup-hidup. Jawapan paling sering didengar adalah seperti,

Siapa yang memberi kunci dahulu untuk melakukan sebegitu rupa kalau bukan si wanita?

Apakah jikalau dilihat mengikut hukuman ALLAH, kaum lelaki yang melakukan perzinaan akan terlepas? Mereka si lelaki juga menggelarkan diri ibarat anjing yang tidak boleh dipersalahkan. Sedangkan hukum Islam mereka berdua dihukumkan hukuman sebatan. Inilah konteks masyarakat zaman kini.

Sehingga hari ini saya masih belum bisa melupakan isu lagu Minah Tudung Bodoh yang dikomposer oleh belia lelaki melayu Islam di Singapura.

Minah Tudung Bodoh – Hafiz ‘Asari

Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]

Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]

Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]

Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]

Keluar dengan mak pakai tudung

Pakai sopan aurat tertutup

Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah

Bagi lelaki tengok percuma

Aku sendiri tengok pon heran

Agama kuat tapi baju ketet

Buka tudung rambut perang

Perang perang

Konon tu nak tunjuk belang

Tindik sini tindik sana

Bukan di telinga sahaja

Lidah pon ada

Muke decent tetapi perangai nonsense

Ikut sesuke hati dia

Tapi tak ikut segi agama

Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang

Lain cerite macam monster

Cabut kening ada tatu di badan dia

Pakai makeup pakai lipstick punya tebal

Macam momok macam momok

Masya ala masya ala

Tak boleh angkat tak boleh angkat

Tengok dia tengok dia

Goyang pantat goyang pantat

Masuk club pakai tudung

Pergi tandas buka tudung

Ooh

Kemana pergi budaya

Kemana pergi agama

Mana pergi melayu kita

Dengar sini semua

Jangan ikut trend masa kita

Kita rosak kita hancur

Siapa nak jawabkan bila kita di kubur

Mak nak jawabkan [sorry sikit]

Bapa jawabkan [sorry sikit]

Atuk jawabkan [sorry sikit]

Berani buat berani tanggung sendiri

Pikir baik baik

Pikir masak masak

Jangan kita menyesal di hari kelak

Pikir baik baik

Pikir masak masak

Jangan kita menyesal di hari kelak

Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan

Ye lah tuk

Tuk juga yang pandai kan

Wateva lah tuk

Eh eh budak ni

Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, para sahabat-sahabatnya dan diri baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam, begitu memelihara martabat dan derajat seorang wanita. Bukan diperendah-rendahkan dan diperbodoh-bodohkan sepertimana bentuk lirik yang dikompos oleh Encik Hafiz ‘Asari. Saya fikirkan belia ini adalah seorang Ustaz atau lelaki yang boleh digelarkan soleh? Sanggup menggunakan kata-kata kesat kepada wanita yang telah pun bertudung. Astaghfirullah… Bukan lelaki seperti ini yang kita semua rindukan. Malahan lelaki seperti ini juga tiada tolok tandingnya dengan wanita yang dinyanyikan. Yang menjadi kehairanan saya adalah apabila saya ke mana-mana pusat membeli-belah, pasti telinga ini didendangkan lagu Minah Tudung Bodoh tanpa saya mengundang. Ini bermakna mereka menganggap bahawa semua yang bertudung itu sama sahaja! Nauzhubillahi Minzhaliq. Pernahkah mereka berfikiran secara dewasa? Secara waras dan logik bahawasanya jika mereka menggelarkan kami para wanita bertudung itu sama sahaja, apa itu tidak termasuk ibu, nenek, makcik, adik perempuan, kakak serta saudara-mara perempuan kamu yang bertudung juga? Mungkin sahaja mereka tidak bijak dalam memberi tunjuk ajar dan secebis nasihat yang baik. Namun, ini bukanlah cara yang diajar atau dicontohi oleh kekasih ALLAH, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

Jangan kita mudah menunding jari kepada wanita (belum bernikah) yang sedang asyik berasmara di bawah pohon yang rendang. Persoalan saya adalah, apakah wanita itu berasmara dana dengan insan bernamakan wanita juga? Bukan lelaki? Wanita berpimpin tangan, berpelukan, bercumbuan, berdendangan asmara, bukankah dengan lelaki? Atau wanita yang kurang ilmu dan agamanya ini melakukan aksi asmara dengan Jin barangkali ya? Kerana mereka tidak melihat ada manusia di depannya. Lucu banget deehh! Ramai membuat kajian bahawa lelaki adalah seorang wira, seorang yang bijak, yang mampu mengendalikan emosi dan segala sesuatu pasti lelaki akan mudah disanjung tinggi! Namun, menurut saya dan wanita-wanita yang lain, lelaki seperti Hafiz ‘Asari yang mendendangkan lagu Minah Tudung Bodoh bukanlah seorang lelaki yang bijak tetapi sayang seribu kali sayang. Lelaki seperti mereka hanya tahu mendendangkan lagu, mengubah lirik dan menunding jari tanpa melakukan sesuatu kebaikan yang mendatangkan hasil yang lumayan. Termasuklah merosakkan anak dara orang lain. Astaghfirullah…

Kenapa dan mengapa masyarakat mudah menyalahkan wanita? Sudah jelas lagi nyata bahawa wanita memiliki kurang ilmu dan agama. Ini bermaksud wanita perlukan bimbingan yang baik. Bukan saya ingin menegakkan benang yang basah tetapi ini adalah kenyataan. Kenyataan di mana jika ada sesuatu buruk yang terjadi terhadap diri wanita itu, pasti wanitalah orang yang pertama dipersalahkan. Walhal wanita itu kadang-kala berusia 13 atau 15 tahun. Yang melakukan sedemikian rupa terhadap wanita itu adalah lelaki yang sudah berumahtangga atau lelaki yang sudah dewasa, yang sihat akalnya dan cukup waras untuk berfikir sebelum bertindak. Bukankah lelaki seperti mereka adalah ibarat pagar yang bisa melindungi diri setiap wanita dari perkara-perkara yang tidak sihat? Malahan lelaki seperti ini mampu menggunakan akalnya yang bijak dalam memberi secebis nasihat kepada jalan kebaikan buat para wanita yang hampir terumbang-ambing di lautan kehidupan.

Tetapi sayang seribu kali sayang… Kerana jumlah lelaki seperti ini cuma segelintir di dunia… Belum bisa mampu membimbing kesemuanya… Kerana lelaki yang ingin memusnahkan hidup wanita sangat ramai jumlahnya… Sehinggakan tiada kekuatan untuk kami perhitungkannya…

Kalau lahir ramai lelaki seperti komposer lagu di atas, berapakah lagi jumlah lelaki yang sudi dan ikhlas menghulurkan bantuan kepada wanita yang memerlukan. Sumbangan dan pertolongan berlandaskan kerana ALLAH semata. Apakah masih ada lagi jumlah sisa-sisa lelaki seperti yang kami harapkan? Siapa yang bisa membantu menaikkan kembali derajat martabat maruah seorang wanita yang keterlanjuran? Wanita itu menangis berlinangan air mata lalu bibirnya mengungkapkan kata-kata yang menggigit jiwanya dan juga jiwa-jiwa yang lain,

Aku… titik kilau di antara belantara angkara

Aku… titik kilau yang menangis, menjerit di tengah dunia maya…

Oh Rabbi… dimana aku kini? Kemana harus ku berlari?

Aku tertawan di rimba raya, hitam kelamnya bumi…

Saat ku tatap hamparan ini, ku bertanya dalam hati…

Mengapa ada arus sungai pilu, mengapa ada jeritan bagai sembilu…

Sungguh aku kesal ya Rabb… Aku kesal atas perbuatan ku kini…

Namun… yang pasti tiada sesiapa yang sudi memaafi diri ku ini…

Dan si lelaki… hanya tahu menyanyi…

Mendendangkan lagu yang mengguris luka di hati…

Sedangkan dia yang telah membawa ku ke lembah maksiat yang sangat menyakiti…

Kerana dia tahu betapa lemahnya diri seorang wanita seperti aku ini…

Isteri Akhir Zaman??
Musleemah says: Saya tergerak untuk mengemaskinikan artikel kali ini yang dikirim oleh sahabat saya melalui emel. Ia terjadi di Kuala Lumpur. Niat saya cuma ingin menjadikan artikel sebegini sebagai satu pengajaran bagi para wanita yang sudah pun bergelar isteri. Yang belum digelar isteri pula, ambillah artikel ini sebagai tauladan untuk kehidupan masa akan datang. Mohon maaf jika artikel di bawah ini ada perkataan yang agak kasar atau mungkin mengandungi kata-kata sensitif di jiwa para pembaca.

Setahu saya, di filem atau drama berseries seringkali menanyangkan kisah mahupun cerita wanita dan dots…dots…dots… Semua sedia maklumlah kan apa makna dots…dots…dots… saya tu. Namun, artikel yang dibawa ini berlainan. Atau mungkin saya boleh menggunakan perkataan luar biasa bagi artikel ini. Nauzhubillahi minzhaliq. Tidak pernah terfikir atau terbayang di akal fikiran yang satu ni. Tidak terduga bahawa dia begitu berani dan zhalim menganiaya suaminya hingga beliau menderita begitu sekali. Ibarat seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan dan sama persis orang yang tertanggal imannya dari hati. Astaghfirullah…

P/s: Kepada lelaki yang akan bergelar suami di luar sana. Untuk memilih pasangan hidup, janganlah mata kamu dikaburi dengan asap debu make-up yang tebal dan bibir yang dicat dengan lipstick buah delima yang cukup merah! Carilah yang beriman. Berdoalah selalu kepada ALLAH. ALLAH itu Maha Mendengar. Insya-ALLAH, pasti kamu akan mendapatkan yang baik-baik sahaja. Dunia akhir zaman. Manusia kini mampu memikirkan pelbagai idea kreatif untuk melakukan dosa-dosa. Astaghfirullah halazhim. Mungkin mereka ini tidak lagi takut akan azhab ILLAHI RABBI. Nauzhubillahi Minzhaliq. Ya RABB-ku… Lindungilah kami para-para wanita mu yang dhoif lagi lemah ini… Lindungilah kami dari perbuatan yang menakutkan ini… Anugerahkanlah kami ketinggian dan kemantapan iman di hati agar dapat menjadi wanita musleemah al-mu’meenah as-solehah yang sabar mengharungi setiap dugaan-dugaan dari-MU jua. Ya ALLAH, sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk-MU. Kami buta tanpa bimbingan-MU. Kami cacat tanpa hidayah-MU. Kami hina tanpa rahmat-MU. Kuatkanlah hati dan semangat hamba-hamba-MU. Tabahkan hati menghadapi segala dugaan yang datangnya dari-MU. Ameen Ya ALLAH. Ameen Ya RAHMAN. Ameen Ya RAHEEM. Ameen Ya KAREEM. Ameen Ya RABBAL ‘ALAMEEN…(teruskan bacaan artikel: klik butang ‘more…‘ di kanan.)

Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Menurut Halim, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk ‘dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan. Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.

“Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Mula-mula ‘Chatting’.. Lama-lama Curang..
Ada yang tergoda di Internet hingga bercerai walau sudah puluhan tahun berkahwin.

Kalau program sembang siber atau Internet Chatting/Instant Messaging (IM) menjadi saluran sosial yang menyeronokkan bagi golongan remaja berinteraksi, lain pula jadinya apabila ia melibatkan orang-orang dewasa, terutama yang telah lama berumah tangga.

Apabila saya mempelawa pembaca yang pernah mengalami gangguan hubungan suami isteri gara-gara kecurangan pasangan mereka bersembang di dalam siber, pendedahan yang diberikan agak membuka mata.

Ada pembaca mengakui rumah tangganya yang dibina selama 20 tahun berkecai gara-gara suami berchatting dengan janda dan akhirnya berkahwin lain.

Ada juga terpaksa berpisah dengan isteri yang telah dikahwini selama 30 tahun, gara-gara isteri yang bijak komputer, mendapat kekasih chat lebih muda.

Encik Sahlan, 56 tahun, ketika dihubungi cukup sebak menceritakan perceraian dengan isteri yang telah 30 tahun melayari hidup bersamanya.

SUAMI DIANGGAP MEMBOSANKAN

“Saya tidak nafikan, bekas isteri saya cantik dan menarik orangnya. Dia cukup peramah, berbanding dengan saya.

“Saya memang pendiam dan lebih suka membaca buku atau dengar muzik kalau tidak ada kerja.

“Bekas isteri selalu komplen, saya ni membosankan dan tak sporting. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak pernah halang dia berkawan dengan sesiapa saja,” kata guru tuisyen sepenuh masa itu.

Perubahan isterinya, seorang juru akaun, dikesani sejak beliau membeli komputer ribanya sendiri dan mula menyertai rangkaian Multiply.

PESANAN ROMANTIS

“Asal balik kerja, komputer dikejarnya dulu. Saya tengok dia tersengih-sengih dan ketawa sendiri jika chatting.

“Mulanya saya tidak mahu syak apa-apa kerana yakin dia bersembang dengan kawan perempuan,” kata Encik Sahlan.

Namun kecurangan isterinya terdedah apabila pada suatu hari, Encik Sahlan menggunakan komputer tersebut dan termasuk dalam akaun laman Multiply isterinya, Cik Idah, keluar bertemu ‘kawan’.

Alangkah terkejutnya Encik Sahlan membaca rangkaian pesanan yang cukup romantis, bahkan sampai ke bahasa lucah antara Cik Idah dengan teman chattingnya. Gambar si teman lelaki itu turut tersiar. Beliau juga sempat melungsur album siber yang mengandungi gambar-gambar intim isterinya dengan lelaki itu.

“Kepala saya berputar apabila melihat semua itu. Barulah jelas, ke mana selama ini dia berada dan dengan siapa dia berseronok-seronok. Ketika itu saya tahu, saya sudah kehilangan isteri saya,” ujarnya.

Encik Sahlan menjatuhkan talak apabila Cik Idah mengakui mencintai kekasih yang dikenali menerusi alam siber itu.

Seorang lagi pembaca, yang mahu dikenali sebagai Cik Hani, juga memerangkap kecurangan suaminya yang telah dikahwini selama 12 tahun, gara-gara suami terlupa memadamkan lembaran yang mengandungi pelbagai pesanan romantis dan penuh menggoda dengan kekasih Internet yang menggunakan rangkaian sosial Tagged.

“Apa yang mengecewakan, saya kenal wanita itu. Dia aktif di masjid, tempat suami dan saya belajar agama,” kata Cik Hani, pengendali kaunter penerbangan.

DIJERAT SMS

Bukan setakat terjerat di Internet, suami Cik Hani juga dijerat menerusi SMS. Dengan menggunakan telefon bimbit suami, beliau mengirimkan SMS kepada wanita yang disyaki, dengan menyamar diri sebagai suami.

Berdasarkan jawapan balasan SMS yang diterima, ia mengesahkan memang wanita itu dan suaminya sedang bermain kayu tiga.

“Saya masih mahu menyelamatkan rumah tangga saya kerana saya belum sanggup hidup sendirian membesarkan anak-anak. Saya paksa suami tutup akaun Tagged, Hotmail dan Yahoo dia ada. Dia ikut juga, tetapi nampak berat nak buang Yahoo. Walaupun setakat ini saya dapat mengawal keadaan, saya sangat bimbangkan masa depan rumah tangga saya sekarang,” kata Cik Hani, 38 tahun.

Apabila ditanya apakah beliau tahu punca suaminya berlaku curang di alam siber, Cik Hani berkata beliau belum berani mencari jawapannya.

“Cuma berdasarkan apa yang saya baca dalam laman Tagged itu, saya rasakan orang lelaki ini suka berfantasi bukan-bukan. Apa yang dia tidak dapat, itulah dia hendak,” kata Cik Hani.

Cik Wati, menerusi e-melnya pula, berkata, gara-gara hubungan cinta dengan janda menerusi Internet, beliau kini berpisah dengan suaminya.

Cik Wati sedar suami yang dinikahi 20 tahun itu suka sembunyi-sembunyi melungsuri laman lucah, bahkan pernah memuat-turunkan gambar wanita bogel di dalam telefon bimbitnya.

Apabila suaminya mula rajin mengikuti kelas agama di masjid, sangkanya sang suami sudah berubah.

Tanpa disangka-sangkanya, ‘perubahan’ itu membawa petaka yang lebih dahsyat. Ia hanyalah untuk menutupi hubungannya dengan janda yang dikenali menerusi sebuah program rangkaian sosial.

“Pendapatan suami saya sederhana dan keadaan kewangan kami mantap dengan bantuan kewangan dari saya juga. Anak-anak kami terurus dari segi akhlaq dan pelajaran,” kata Cik Wati, yang mengakui lebih berpelajaran tinggi berbanding suaminya.

Namun godaan janda anak empat itu cukup kuat.

PEROSAK KEBAHAGIAAN

Setelah berhari-hari suaminya keluar rumah, berkaraoke dan bermalam di rumah kekasihnya, Cik Wati yakin perceraian adalah jalan terbaik.

“Rumah saya lebih besar, anak-anak saya lebih terurus dan baik-baik.

“Saya hairan, mengapa suami tidak menghargai apa yang dia ada ketika bersama saya dan memilih untuk hidup dengan perempuan yang telah merosakkan kebahagiaan orang lain,” ujarnya.

Credits to: Hanim Mohd Salleh

Sekali awak terajang saya, dua kali saya boleh balas!
Pertama, laporan dalam akhbar ini sendiri khamis lalu tentang seorang lelaki tua 60  tahun yang naik berang kerana isterinya tidak memenuhi arahannya supaya meminang seorang wanita lain yang juga isteri orang, untuk dijadikan isteri kedua.

Laporan kedua pula disiarkan selasa lalu dalam akhbar The Straits Times tentang keputusan seorang ulama’ Al-Azhar yang membenarkan wanita untuk melawan balik jika suami menggunakan kekasaran terhadapnya.

Dalam kes pertama yang berlaku di seberang tambak, lelaki tua tersebut dilaporkan tergamak mengugut mahu menembak dan menyembelih isterinya yang malang itu.

Lelaki itu dikatakan telah mengarahkan isterinya yang berusia 56 tahun, meminang seorang wanita berusia 30-an tahun yang masih bersuami.

Apabila gagal, dia mengamuk. Mujur si isteri cepat-cepat melarikan diri ke rumah anaknya. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku padanya. Ini mungkin satu kes ekstrem. Mungkin lelaki berkenaan “tidak betul” sikit sampai sanggup mengancam bertindak ganas semata-mata tidak tahan nak kahwin lagi.

Tetapi ini satu lagi contoh tentang bagaimana sebahagian kaum lelaki beriya-iya benar nak kahwin lagi, kononnya Islam membenarkan poligami. Walhal, mereka kurang faham tentang syarat-syarat poligami yang ditetapkan dalam Islam.

Orang sebegini sebenarnya ramai. Dalam masyarakat kita di Singapura pun ada. Kalau tidak percaya, cuba jenguk-jenguk kes di mahkamah syariah. Kalau kejadian ini melibatkan suami yang ‘gatal’ nak kahwin dua, laporan kedua pula melibatkan suami ‘kaki pukul’.

Dalam laporan kedua itu, Sheikh Abdel Hamid Al-Atrash yang mengetahui jawatankuasa fatwa Al-Azhar, mengisytiharkan bahawa wanita mempunyai hak untuk melawan semula suaminya yang menggunakan kekerasan.

“Semua orang ada hak untuk mempertahankan diri, sama ada mereka lelaki atau wanita kerana semua manusia adalah sama di depan Allah,” kata beliau.

Sebelum ini, Sheikh Abdel Mohsen Al-Abyakan dari Arab Saudi dilaporkan berkata bahawa isteri boleh menggunakan kekerasan yang sama yang digunakan oleh suaminya.

Seorang ulama dan penulis Turkey, Encik Fethullah Gulen pula berkata isteri boleh membalas semula dua kali apa yang dilakukan oleh suaminya.

Sekali imbas, memang kita patut bersetuju dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Memang ramai wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga, termasuk dalam masyarakat kita sendiri. Saya pernah diberitahu tentang seorang pekerja sosial yang sedang mendengar aduan menerusi telefon daripada seorang wanita tentang suaminya yang kaki pukul bantai.

Sedang wanita itu mencurahkan isi hatinya, tiba-tiba terdengar beliau ditampar suaminya. Kasihan beliau. Memang, kes pukul bantai atau keganasan rumah tangga ini bukan berlaku dalam masyarakat kita sahaja.

Ia bagaikan sudah menjadi fenomena biasa dalam hampir semua masyarakat, baik orang Barat mahupun orang Timur, Baik orang Islam mahupun bukan Islam. Cuma, di kalangan orang Islam kita, ada yang tersalah anggap kononnya agama membenarkan suami memukul isteri.

Ada yang menjadikan ini alasan untuk menghalalkan perbuatan ganas mereka ke atas isteri… sama seperti mereka yang menganggap Islam membolehkan mereka kahwin lagi, tanpa mengira keadaan macam mana pun.

Benarkah Islam membenarkan suami memukul isteri? Saya semak laman soal jawab agama kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Menurutnya, seorang suami dibenarkan membuat tindakan disiplin yang ringan (bukan pukul bantai) ke atas isterinya untuk memperbetul kesalahannya.

Namun, ia hanya harus digunakan di dalam situasi yang keterlaluan dan jika si suami pasti bahawa tindakan tersebut akan memperbaiki keadaan. Jika terdapat kekhuatiran bahawa tindakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan atau menyebabkan huru-hara ke atas keluarga, maka tindakan itu harus dijuahi.

Sebaiknya, mereka lantik orang tengah untuk mendamaikan mereka. Menurut laman itu lagi, Islam tidak membenarkan kekerasan dan tidak membiarkannya berlaku. “Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah memukul seorang wanita, dan pernah bersabda bahawa sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang tidak pernah memukul isterinya,” jelas Iaman itu.

Jadi, kalau ada lelaki yang menganggap boleh memukul sesuka hati isterinya sampai luka parah, lebih baik kita jangan berdiam diri. Cuma, saya tidak tahu bagaimana seorang wanita dapat melawan atau membalas semula pukulan suaminya yang ganas, kecuali mungkin si isteri berbadan lebih tegap atau mempunyai kemahiran seni mempertahan diri. Apa jadinya kalau si isteri balas pukulan si suami lalu mereka saling bertinju atau bergusti? Apakah akan selesai masalah? Mungkinkah si isteri akan jadi lebih teruk lagi dipukul?

Sebagai wanita, si isteri mungkin tidak kuat untuk membalas pukulan sang suami ‘samseng’ itu. Tetapi, banyak tindakan lain yang boleh diambilnya. Ini termasuk segera membuat laporan kepada pihak polis dan ambil Perintah Perlindungan Mahkamah (PPO) supaya si suami tidak boleh mendekati isterinya, apa lagi memukul atau menderanya.

Pokoknya, kalau anda isteri malang yang dipukul bantai suami, janganlah tunggu lama-lama. Bertindaklah sekarang. Dapatkan bantuan keluarga atau agensi lain. Tiada orang yang berhak memukul anda sesuka hati, walau mereka bergelar suami.

Ismail Pantek

Bisikan Nurani Muslimah: Uish… Kalau si suami kaki bantai dapat pasangan isteri yang pandai silat dan tekowando bagus tu!! Sebenarnya kaum suami ni harus mendidik isterinya dengan lembut. Tidak perlulah pukul bantai. Mereka bukan haiwan. Mereka manusia ada cita-rasa dan perasaan yang lembut. Zahiriah mungkin kelihatan kasar tetapi naluri seorang wanita tetap ada sifat keibuan. (:

Ingin Tambat Hati Bakal Mentua?
Si Minah pastikan kekasih pandai jaga diri dan sopan santun apabila berdepan dengan ibu bapanya.

Lebaran bakal tiba. Lebih kurang tiga hari lagi. Tentunya kita semua ghairah nak sambut Syawal. Tetapi sebenarnya kan, dalam bab sambut-menyambut Raya ni, golongan Mamat dan Minahlah yang saya rasa paling happy sekali!

Bagi si Mamat terutamanya, ini kesempatan terbaik untuk mereka mengunjungi rumah sang kekasih, untuk berkenalan dengan ibu bapa si Minah. Ini kira macam minta consent atau kebenaran untuk mereka going steady (berpacaran) lah!

Saya tidak nafikan, untuk si Mamat mengunjung rumah kekasihnya, memang tidak susah. Tetapi nak menangi hati Pak dan Mak si Minah tu yang susah…

Jadi macamana??

Ginilah, kerana tidak mahu kaum Adam kita rasa sengsara apabila berhadapan dengan bakal ‘bapak dan mak mentua’, saya perturunkan pesanan daripada anak mereka, si Minah.

Ini semua bukan apa, si Minah tidak mahu si Mat yang dicintainya itu terus-terusan gelabah masa datang beraya nanti. Dengan penuh ikhlas Minah tulis mesej kepada si Mat:

Ke hadapan Matku yang dicintai…

Apabila datang beraya nanti, u mesti datang sorang…
Mesti pakai baju Raya tau! Kalau pakai baju biasa, bukan raya namanya my dear…

Kalau dah tahu lengan baju kurung tu panjang, tolong sinsing, jangan biarkan macam baju wayang Cina! Lipat betul-betul…macam Smart 4.

Tolong jangan selekeh bila datang tu. Mesti kemas, segak, murah senyum, pandai bawa diri dan berbual dengan my dad…

Sebelum masuk rumah kita, u check baju rapi ke tidak..rambut kene maintain tau! Kalau rambut panjang, ikat. Rambut tak mau tercacak-cacak.. O.K.!

Kalau hisap rokok, makan gula-gula sebelum datang ke rumah i! Dah tu, ambik minyak wangi spray betul-betul…nanti bapak i bau asap rokok u!!

Mat, bila dah sampai depan pintu nanti, kasut letak betul-betul ya. Jangan letak sembarangan. Tengok kat lantai tu, kasut orang lain macam mana taruk… susun sama-sama… Kasut yang u pakai pun mesti kasut Raya eh… murah pun tak apa, tapi jangan nak pakai kasut Pandan pulak.

Oh ya… tak payah nak tunjuk u ada motor. Helmet pun tak payah bawak naik ke rumah, tinggalkan aje kat motor…

Apabila dah sampai call me tau, cakap u nak naik…

Tapi…apabila dah kat pintu cakap “Assalammualaikum!”.

Mat, u jangan lupa, i kat dapur… jadi u kene gentleman ah sikit… Lepas tu jangan lupa salam siapa yang buka pintu… kemudian salam bapak i…

U kemudian tegurlah Mak i sekali, tanya: “Apa khabar, Cik? Saya Mamat”.

U mesti ingat Mat, darah i berderau kat dapur ni!!! Apabila dah duduk dengan my dad, standard, u mesti tanya khabar dia. Dah tu, u intro lah yourself, kemudian tanyalah… “Dah makan pakcik? Niari tak kerja?” O.K.???!!

Mat, kalau bapak i tanya mana u kenal i, jangan cakap yang kenal thru chatline pulak!! Cakap kenal daripada kawan-kawan O.K.?? Alah… u drop some names of the other chatters in the chatroom laaahh jadi credible sikit.

Kalau my dad tanya pasal tatu kat tangan, lengan dan jari u tu, cakap tatu tu dah lama buat. Jangan pulak u nak show off satu badan tatu u tu!! Kalau my dad tanya, “Awak ni kenal sama anak saya, serius ke main-main?” Cakap… u kenal dengan i baru 2/3/4 hari atau bulan atau tahun ke. Cakap… saya serius pakcik, insya-Allah kalau panjang umur, murah rezeki ade jodoh dan direstui ibu bapa, ade jodoh kami…

Oh sebelum i lupa…!! U datang tangan kosong pun tak ape… tapi keluar tu kene salam adik-adik i… U taukan, i ade EMPAT beradik. Seorang $10 tau!! Jangan lupa nasihat i ya Mat.

Sayang uuuu…
Minah

- SUARA ADAM -

Puasalah bang… jangan dicemari bulan mulia…
Kita telah empat minggu menjalani ibadah puasa. Dan dalam Ramadhan ini yang bakal berakhir dalam beberapa hari lagi, umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa, kecuali bagi golongan tertentu yang mempunyai sebab tertentu seperti wanita uzur, musafir dan warga tua yang berlaku saban tahun, terdapat sebilangan kaum Adam kita yang dilihat tidak berpuasa.

Kenapa agaknya ya? Jika mereka itu golongan musafir atau warga tua yang sakit, memang dapat kita fahami. Namun, saya melihat sebahagian besar kaum Adam yang berkelakuan sedemikian merupakan generasi muda yang sihat belaka.

Janganlah berbuat begitu, Cik Abang oi! Nanti terikut-ikut pula adik-beradik dan anak-anak kita yang masih kecil melihat abang, bapa atau pak cik saudara mereka bersarapan atau menikmati juadah tengah hari semasa bulan penuh mulia ini.

Kita tentu sekali dapat melihat gelagat segolongan kaum Adam yang sebegini di kedai kopi atau restoran makanan segera.

Ada yang mukanya asyik tunduk sahaja kerana malu dilihat orang ramai atau saudara mara mereka, tetapi ada pula yang secara terang-terangan makan dengan wajah yang begitu ceria sekali.

Ada pula tu yang selepas menikmati juadah, merokok dengan asapnya berkepul-kepul di udara.

Isy..isy..isy…

Tetapi, bila part membeli-belah untuk persediaan Hari Raya atau sewaktu berkunjung-kunjungan sempena Syawal nanti, golongan inilah yang biasanya begitu khusyuk dan beria-ia sangat menikmati suasana Aidilfitri.

Janganlah begini Bang… Jika kita sakit atau mempunyai alasan yang tertentu untuk tidak berpuasa, janganlah pamerkan di khalayak ramai.

Sebaik-baiknya makan dan minumlah di tempat yang tersembunyi atau apabila perlu sahaja. Janganlah cemarkan kesucian bulan yang suci ini.

Sebaliknya, marilah kita merebut setiap peluang yang disediakan untuk meraih ganjaran ibadah berpuasa dan manfaat lain.

Selain daripada tuntutan wajib agama, puasa juga amat menyihatkan tubuh. Ia juga adalah cara berkesan untuk kita kurangkan berat badan.

Bagi abang-abang di sana, sekiranya ingin memanfaatkan waktu rehat atau makan tengah hari sempena Ramadhan ini, apa kata kita berehat dan melelapkan mata seketika.

Kita juga boleh memanfaatkan waktu tersebut dengan membaca atau bersolat sunat.

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Penulis: Kaum Adam juga…

Ingin Berkahwin Adalah Fitrah
Jalan Mencapai Perkahwinan yang Diredhai

Sebagai seorang insan, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bekalkan pelbagai keinginan di dalam diri manusia. Ia merupakan keinginan semulajadi, yang datang tidak diundang dan keinginannya tiada siapa yang mendorong.

Di antara banyak keinginan semulajadi manusia itu ialah ingin berkahwin. Tiada makhluk di muka bumi ini menidakkan kenyataan ini. Haiwan yang membuas di hutan belantara dan yang hidup melata di muka bumi ini pun berkahwin apatah lagi manusia yang dibekalkan oleh Subhanahu wa Ta’ala nafsu dan perasaan, sesungguhnya itu ia amat berkeinginan.

Tetapi apabila ada orang yang mengatakan dia lebih seronok membujang atau ‘mendara’, hakikatnya dia telah menentang fitrah hatinya. Orang yang bersifat demikian jiwanya akan tertekan. Kadang-kadang situasi ini akan membuatkan dia mengambil keputusan yang sukar dipertimbang malahan ia mudah sekali melakukan dosa dan kejahatan.

Oleh kerana jalan itu adalah bahaya dan kesannya amat dipandang hina maka manusia berusaha untuk mencari pasangan hidupnya untuk dinikahi.

Buktinya orang lelaki akan berusaha untuk dapatkan pangkat dan kekayaan dengan tujuan agar mudah dapat calon isteri. Di bangku sekolah lagi keinginan untuk kahwin sudah kelihatan. Iaitu bila yang lelaki sudah pandai berkenalan dengan murid perempuan. Berutu-utus surat, kononnya untuk bertukar fikiran dalam pelajaran. Tetapi niat sebenarnya ialah kerana ada kecenderungan hati pada wanita. Minat pada wanita sudah bangkit dalam jiwanya. Walhal kalau hendak bertukar-tukar fikiran dengan kawan lelaki pun boleh. Tetapi lebih suka cari yang perempuan.

‘Perkenalan Lelaki & Perempuan yang Membelakangkan Syariat’

Begitu juga di pihak perempuan. Masuk belasan tahun mulalah pasang badan. Mula pandai berhias-hias dengan make-up dan baju cantik dan suka diri dipandang cantik. Dengan harapan adalah lelaki yang terpikat. Kerana minat pada kaum yang berlainan jenis telah bercambah. Bermulalah api cinta.

Perkenalan lelaki perempuan yang membelakangan syariat akan menuju kepada kehancuran dan dosa. Akan mudahlah berlaku perkara yang menyebabkan maruah ternoda gara-gara cinta nafsu muda. Kerana apabila berdua-duaan antara lelaki dan perempuan maka syaitan akan jadi orang ketiga yang akan mencetuskan api berahi hinggakan berlakulah zina mata, zina tangan, zina badan dan hingga membawa kepada zina sebenarnya.

Perkahwinanlah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia daripada godaan nafsu syahwat. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwinan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat. Dengan merasakan nikmat yang sedikit manusia sepatutnya lebih berhajat kepada nikmat yang lebih besar di akhirat, yakni syurga dengan melakukan ketaatan kepada Allah sehingga ia layak sampai ke sana.

‘Bila Kahwin Tidak Berkat, Mudahlah Hati Pecah & Retak…’

Janganlah disebabkan tidak cukup belanja maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal  nafsu syahwat sudah tidak terkendalikan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong tuannya kepada maksiat. Mengenakan hantaran atau belanja beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau melambatkan saat perkahwinan adalah hal yang sangat tidak patut. Kerana sikap yang begini boleh menyebabkan ada yang nanti sanggup hidup bersekedudukan lelaki perempuan tanpa nikah.

Selalunya ibu bapalah yang sibuk mengenakan hantaran belanja yang tinggi, untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang bakal menantunya orang kaya, berjawatan tinggi, bolehlah dia berbangga-bangga. Itulah ciri-ciri orang yang sombong akan menjerumuskan tuannya ke neraka. Salah siapa kalau anak kahwin lari? Sudah dipinang tidak dapat, dibawalah lari. Ibu bapa juga yang putih mata.

Ramai ibu bapa yang suka pilih menantu yang bergaji besar, pangkat besar tetapi tidak peduli sama ada bakal menantu punya iman besar atau tidak. Kadangkala ibu bapa menolak lamaran lelaki yang bergaji rendah walaupun akhlak yang baik, kerana bimbang masa depan anaknya gelap bersuamikan lelaki miskin. Mereka tidak bergantung kepada rezeki dari Allah.

Sikap ibu bapa yang suka mengenakan hantaran tinggi mestilah diubah. Agar perkara itu tidak menjadi penghalang perkahwinan dan punca maksiat. Yang penting dalam perkahwinan adalah akad nikah dan mas kahwin. Mas kahwin yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab insya-Allah mampu dibayar oleh pihak lelaki. Walaupun begitu sekiranya pihak perempuan sanggup menerima mas kahwin dalam bentuk yang lain dari itu pun dibolehkan misalnya, mas kahwin yang berupa sebentuk cincin, ayat Al-Quran dan sebagainya.

Oleh sebabnya sulit berkahwin, kini terdapat lelaki yang memuaskan nafsu dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Perbuatan kaum Lut dahulu dipopularkan kembali. Walhal kaum Lut dahulu telah menerima bala’ dari perbuatan mereka. Allah terbalikkan bumi kerana murkanya Allah dengan perbuatan itu. Kita bimbang kalau amalan ini dibiarkan berlaku terus menerus maka Allah akan balakan semua orang yang ada dalam masyarakat itu, kerana membiarkan maksiat didepan mereka sedangkan perbuatan itu termasuk dalam dosa-dosa besar, dan jalan ke arah yang halal disusahkan.

Berkahwin boleh mengatasi masalah itu. Sebelum berkahwin pilihlah pasangan yang mempunyai pendidikan agama, yakni bukan setakat memiliki ilmu agama bahkan ilmu itu boleh lahir dalam akhlak dan perbuatannya. Wanita-wanita yang beragama sahaja yang boleh sabar dengan ujian hidup berumah tangga. Mampu hidup susah, sanggup menjaga maruah diri dan suami. Akan meletakkan suami orang yang mulia dalam rumah tangga.

Sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Allaihi wa Sallam:

“Perolehilah olehmu wanita yang memiliki agama, nescaya engkau berbahagia.”

Ada lelaki yang dirinya tidak baik, kaki zina, kaki arak dan kaki perempuan atau kaki maksiat, tetapi bila hendak berkahwin ia mau cari anak gadis yang baik dan beriman.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Ertinya, lelaki fasik yang padan baginya ialah perempuan fasik. Lelaki alim akan mencari gadis alim. Tidak peliklah kalau gadis alim juga akan menunggu pinangan orang alim. Lantaran itu bila datang pinangan lelaki fasik walau berjawatan tinggi dan berpangkat besar mereka akan menolak walaupun keluarga berkeras mahu menerimanya. Sebaliknya keluarga yang cinta dunia, bila datang lelaki alim dan tidak punya jawatan tinggi meminang, ditolak. Menderitalah si gadis berdepan dengan keluarga yang begitu. Tidak sanggup dipaksa kahwin dengan lelaki fasik yang mana dia tahu kalau berlaku juga perkahwinan itu imannya akan tergadai. Justeru itu ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga untuk selamatkan iman.

Perkahwinan juga dikira sebagai ibadah dan amal soleh yakni berpahala sekiranya aturan perkahwinan dapat dibuat mengikut syariat islam. Sebaliknya akan mendatangkan dosa sekiranya dibuat mengikut adat dan membelakangkan syariat. Hari ini berapa ramai orang yang berkahwin, yang membuatkan syaitan tergelak besar dengan perkahwinan itu. Sepatutnya syaitan sedih dan menangis tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Syaitan gembira kerana bila buat majlis perkahwinan, bercampur aduk lelaki perempuan. Ada muzik, ada majlis persandingan yang ditonton oleh ribuan mata. Pakaian penganti yan mendedah aurat dan mahal serta membazir. Buat majlis yang besar sehingga ada yang memakan masa berhari-hari untuk meraikan sesuatu majlis perkahwinan sampai tertinggal solat fardhu, lalai dengan Allah. Maka perkahwinan ini bukannya mendapat berkat sebaliknya mendapat lakhnat dari penduduk langit.

Janganlah kerana berlebihan duit buat majlis kahwin besar-besaran. Sehingga melalaikan orang. Yang lebih lalai ialah pengantin. Macam mana hendak solat kalau kat tangan sudah penuh inai dan kuitex. Senantiasa bermake-up, bersanggul, pakai baju cantik. Rosaklah make-up, rambut yang sudah diset kalau mengerjakan solat. Begitulah perkahwinan yang melalaikan manusia pada tuhan. Tiada berkat malah tiada pahala disisi Allah. Tidak peliklah kalau usia perkahwinan tidak panjang. Indahnya perkahwinan hanya semasa berbulan madu. Lepas itu mulalah nampak belang pasangan masing-masing.

Bila kahwin tidak berkat mudahlah hati pecah dan retak. Perkara kecil boleh dipertengkarkan hingga jadi besar. Bila sudah selalu sangat bergeser, maka suami pun mula luntur kasihnya pada isteri. Mulalah suami nampak perempuan lain lebih cantik dan lebih baik dari isterinya. Apabila bila perut isteri sudah memboyot ada suami yang pikat gadis lain berpinggang ramping. Di pihak isteri pun begitu juga. Mula rasa suami tidak hebat. Lelaki di tempat kerja lebih baik dan bergaya dari suami. Bila masing-masing tidak bersefahaman maka jalan keluar yang paling cepat ialah berpisah.

Inilah gara-gara perkahwinan yang tidak berkat. Ada campur tangan syaitan yang menyebabkan rumah tangga sering berada dalam kegoncangan dan kepanasan.

Sepatutnya setiap perkahwinan di antara dua insan, syaitan akan menangis, akan kalahlah syaitan, tetapi sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Credits to: Ukhti

Ummu Athirah & Nur Hidayah