Ruangan Tokoh Muda kali ini berpeluang mencungkil rahsia kejayaan seorang Ustaz dan usahawan muda yang tidak mudah mengaku kalah dalam menrealisasikan impiannya dengan prinsip melaksanakan dan memaksimakan kemampuan terbaik melaksanakan khalifah ALLAH. Moga iltizamnya dapat menjadi inspirasi kepada semua.
Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid lahir pada tahun 1983. Beliau sudah berumahtangga dengan suri pilihannya, Fadhilah Bte Abbas. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Aljunied Al-Islamiah (1990-2001) sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi MARSAH dalam pengajian Diploma Syariah Islamiah (2002-2005). Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar Kahirah dalam bidang Syariah Islamiah dari tahun 2005 hingga 2006. Semasa menuntut beliau aktif sebagai Presiden Kelab Pelajar Singapura MARSAH 2004 dari sebagai Anggota Lajnah Ta’lim Persatuan Kebajikan Mahasiswa Singapura (PERKEMAS) 2005-2006.
Pulang dari Mesir beliau pernah menjawat sebagai Pegawai Eksekutif di Pejabat Mufti MUIS sebelum mengambil keputusan untuk fokus dalam syarikat Vocal Point. Beliau mempunyai beberapa prinsip untuk mencapai kejayaan. Antara 3 prinsip utama beliau ialah:
- Memahami dengan jelas dan yakin bahawa kita adalah makhluq ALLAH yang mulia, diciptakan dalam keadaan dan bentuk yang terbaik sebagai khalifah di bumi, dianugerahkan dengan akal yang berpotensi tinggi. Dengan ini, maka sememangnya ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mahukan hanya yang terbaik untuk diri kita. Dia mahu kita meraih segala kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan di muka bumi ini.
- Kita dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai harapan yang tinggi untuk kejayaan dan kebahagiaan kita. Ibu bapa merupakan pendorong utama. Sekiranya kita mahukan yang sederhana, atau bermalas-malasan untuk maju dalam pelajaran dan kerjaya, secara tidak langsung kita menghampakan harapan dua insan yang telah membesarkan kita.
- Percaya bahawa apa pun bidang yang akan diceburi, ia mesti diasaskan niat dan tujuan yang suci, seperti bersungguh-sungguh untuk berjaya demi memberikan manfaat kepada masyarakat umum.
Sepanjang pengajian beliau selama 12 tahun di Madrasah Aljunied, beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan ataupun kedudukan sebagai muraqibul fasl (ketua darjah, mufawwadh (ketua murid) dan sebagainya. Dari segi pencapaian akademik, Alhamdulillah, beliau seringkali mendapat keputusan yang baik, biasanya dalam lingkungan 10 atau 5 tertinggi dalam kelas. Beliau disifatkan oleh ramai guru sebagai seorang pelajar yang baik, pemalu dan pendiam. Namun, beliau sedar bahawa antara kelemahan diri pada ketika itu adalah low self-confidence yakni rendah keyakinan pada diri. Apabila mencecah usia remaja, beliau sedar bahawa beliau mempunyai sifat malu dan segan berinteraksi, khususnya dengan orang yang tidak dikenali dan tidak berani menonjolkan diri apalagi bercakap di depan khalayak ramai. (more…)





Komen Pembaca