...اشكر علي جميع نعم الله » The Great Women

Siti Maryam Anak Perempuan Imran
Ayah Sayyidah Maryam bernama Imran. Sedang ibunya bernama Hannah binti Faqudz.

Hannah adalah seorang wanita yang sudah lama tidak mempunyai anak. Pada suatu hari ia bermimpi melihat burung yang memberi makan anaknya dengan meletakkan makanan tersebut kepada seorang anak perempuan kecil. Dari sebab itulah dia berkeinginan sekali dan selalu berharap untuk mempunyai anak.

Dia selalu saja memohon kepada ALLAH untuk dikaruniai anak. Dan ALLAH pun mengabulkan doanya itu. Pada suatu saat suaminya menyetubuhinya dan akhirnya dia mengandung.

Setelah benar-benar dia merasa hamil, maka dia bernadzar iaitu anak yang dikandungnya nanti akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah dan mengurusi Baitul Maqdis.

Ketika waktu melahirkan tiba, maka lahirlah sang jabang bayi yang ternyata yang lahir adalah seorang wanita. Mendapati hal ini, dia sangat murung dan bersedih hati seraya berkata dalam hatinya,

Ya ALLAH, aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa ALLAH dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.

Setelah itu Hannah lantas memintakan perlindungan puterinya dan keturunannya kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk dan menamakannya dengan Maryam. Dan ALLAH pun mengabulkan doa Hannah ini.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawasanya dia berkata,

Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah setiap anak yang baru dilahirkan pastilah telah diperas syaitan dengan satu kali perasan atau pun dua kali perasan kecuali Isa bin Maryam dan Maryam (ibunya).

(HR. Muslim)

Rasulullah lalu membacakan firman ALLAH,

Dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Ali Imran: 36)

ALLAH menerima nadzar Hannah sehingga puterinya tumbuh dan berkembang menjadi anak yang baik. ALLAH juga menjadikannya seorang wanita yang berparas cantik dan indah sedap dipandang mata. Maryam dijadikan ALLAH menjadi anak yang mudah menerima orang-orang soleh yang dari mereka ini dia belajar ilmu-ilmu agama dan tentang seputar kebaikan. Zakariya adalah orang yang selanjutnya mengasuh si kecil Maryam.

Ibnu Ishaq berkata,

Dia diasuh oleh Zakariya kerana dia adalah seorang anak yatim. Akan tetapi satu pendapat mengatakan alasan dia diashur Zakariya adalah, kerana pada saat itu satu tahun penuh Bani Israel dilanda bencana penyakit menular. Oleh kerana itu, Maryam lantas dititipkan orang tuanya untuk diasuh oleh Zakariya. Dan antara dua pendapat ini tidaklah saling bertentangan. Wallahu a’lam. (Ringkasan Ibnu Katsir, Juz I, halaman 347.)

Zakariya adalah suami dari bibi Maryam, dan ada yang mengatakan bahawa Zakariya adalah suami saudara perempuan ibunya Maryam sebagaimana hal ini disebutkan dalam satu riwayat yang shahih Yahya dan Isa adalah dua anak dari dua bersaudara. - HR. Al-Bukhari, dalam Al-Manaqib, 3887.

Maryam adalah seorang yang sangat tekun beribadah. Dan setiap Zakariya memasuki tempat khusus Maryam untuk beribadah, maka Zakariya kehairanan kerana mendapati makanan dan rezeki yang melimpah di sisinya.

Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair dan yang lain mengatakan,

Zakariya menemukan di dalam tempat khusus ibadah Maryam buah-buahan yang seharusnya berbuah di musim panas di musim dingin, dan menemukan buah-buahan musim dingin di musim panas.

Setelah Zakariya mendapati kejadian aneh tersebut, dia bertanya kepada Maryam,

Dari mana engkau dapati buah-buahan ini?

Maryam menjawab,

Dari ALLAH. Kerana bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).”

ALLAH berfirman,

Sesungguhnya ALLAH telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ingatlah), ketika isteri Imran berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nadzar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nadzar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan ALLAH menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, dia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata,

“Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?”

Maryam menjawab,

“Makanan itu dari sisi ALLAH.”

Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-NYA tanpa hisab. (Ali Imran: 33-37)

Ketika Zakariya melihat Maryam dan segala kebaikan dan ketaqwaan dan bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepadanya dengan rezeki yang baik dan bahkan sampai di luar kewajaran, maka sekarang Zakariya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mendapatkan rahmat dan kemuliaan ALLAH iaitu agar ALLAH memberikan rezeki kepadanya berupa anak. Meski dia adalah seorang yang sudah tua sedang isterinya adalah seorang wanita yang mandul.

Zakariya tidak pernah menyerah dan berputus asa untuk meminta rahmat dan keagungan ALLAH. Dia selalu berdoa kepada Tuhannya untuk diberikan keturunan. Dia bermunajat kepada ALLAH dan suara lirih berdoa kepada ALLAH sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH,

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata.

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang dia berdiri melakukan sholat mihrab, (katanya),

“Sesungguhnya ALLAH mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari ALLAH, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.” (Ali Imran: 38-39)

ALLAH mengabulkan doa Zakariya ini dan menganugerahinya seorang anak yang kelak akan menjadi Nabi iaitu Yahya Alayhissallam.

Mari kita lanjutkan kisah Maryam. ALLAH berfirman,

Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata,

“Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’. Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir berserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.” (Ali Imran: 42-44)

Malaikat memberikan khabar gembira kepada Maryam bahawasanya ALLAH telah mengistimewakannya dan menjadikannya sebagai orang pilihan, kerana banyaknya dia beribadah dan berzuhud. ALLAH juga memuliakan dan menyucikannya dibanding dengan wanita-wanita yang lain di seluruh jagad ini.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam,

Sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Maryam binti Imran dan sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Khadijah binti Khuwalid. (HR. Al-Bukhari & Muslim dalam Ash-Shahihain)

Mujahid berkata,

Kerana terlalu lamanya Maryam dalam berdiri beribadah, sehingga tumitnya membengkak. Dan bahawasanya ibu Maryam itu Hannah binti Faqudz ketika membawa sang bayi Maryam dalam gendongannya menuju ke masjid dan menyerahkannya kepada para rahib di Baitul Maqdis sebagai penjaga dan pemeliharaanya, maka sang ibu berkata,

“Ini anak langkaku aku serahkan kepada kalian.”

Maka rahib tersebut berebut untuk dapat mengasuh dan menjadi orang tua asuh Maryam kerana Maryam adalah anak dari imam mereka, iaitu Imran yang menjadi imam mereka di saat sholat.

Kerana mereka berebut untuk mendapatkan hak asuh Maryam, maka diadakanlah undian, dan ternyata yang keluar undian untuk mengasuh Maryam adalah Zakariya. - Ath-Thabari, 6/351.

Oleh kerana itu, Maryam tumbuh dewasa di bawah asuhan Zakariya. Maryam berkembang di lingkungan Baitul Maqdis sehingga dia menjadi seorang yang zuhud dan taat beribadah kepada Tuhannya.

Siang malam dia gunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya sehingga tumitnya membengkak.

Suatu saat, malaikat datang kepada Maryam dengan membawa berita gembira bahawa kelak akan lahir dari rahimnya seorang anak yang sangat istimewa. Anak tersebut akan lahir dengan Kalimatullah, iaitu sekiranya ALLAH berkata langsung kepada sang janin,

Jadilah, maka jadi.

Dengan tanpa melalui hubungan senggama terlebih dahulu. Nama anak yang akan dilahirkannya tersebut adalah Al-Masih Isa bin Maryam.

Sebahagian ulama’ salaf mengatakan, alasan dinamakannya Isa dengan Al-Masih adalah kerana banyaknya dia melakukan perjalanan. Sedang sebahagian yang lain mengatakan, bahawa alasannya adalah kerana dia adalah seorang yang telapak kakinya rata tidak ada lekukannya. Sedang sebahagian ulama’ salaf yang lain mengatakan, bahawa alasan Isa disebutkan dengan Al-Masih adalah setiap kali dia menyentuh orang yang sakit, maka dengan seizin ALLAH, orang tersebut langsung sembuh.

Isa bin Maryam dinisbatkan kepada ibunya kerana dia tidak mempunyai bapa. Dan seperti ini adalah mudah bagi ALLAH kerana Adam Alayhissallam ini dilahirkan melalui ibu tanpa melalui bapa. Maha Suci ALLAH Dzat yang Maha Agung dan Dzat yang mencipta dan Dzat yang Maha Berkuasa yang jika mengatakan kepada sesuatu,

Jadilah, maka sesuatu itu akan langsung jadi.

Ketika Maryam mendengar khabar gembira yang disampaikan Malaikat, maka dalam munajat dan ibadahnya, Maryam berkata kepada Tuhannya,

Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku?

Ini dikatakan Maryam dalam munajatnya kerana dia bukanlah seorang wanita yang sudah bersuami dan bukan pula seorang pezina atau pelacur.

Dalam menjawab pertanyaan ini, ALLAH melalui Malaikat-NYA berkata,

Begitulah ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalah dia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian.

Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu Alayhi wa Sallam bersabda,

Tidaklah dapat berbicara seorang bayi yang ada di zaman Juraij, dan seorang bayi yang lain lagi. - Zad Al-Masir, 5/217.

ALLAH berfirman,

Dan ceritalah (kisah) Maryam di dalam Al-Qur’an, iaitu ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus ruh Kami kepadanya, maka dia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.

Maryam berkata,

“Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa.”

Dia (Jibril) berkata,

“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu. Untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.”

Maryam berkata,

“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak lelaki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!.”

Jibril berkata,

“Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu adalah mudah bagi-KU, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

Maka Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata,

“Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan.”

Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah,

“Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah,

“Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”

Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata,

“Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina.”

Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata,

“Bagaimana kami dan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan.”

Berkata Isa,

“Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang berbakti di mana sahaja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) sholat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang  yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” (Maryam: 16-33)

Ayat-ayat ini menceritakan kepada kita sebuah kisah menakjubkan tentang kelahiran Sayyidina Isa Alayhissallam sekiranya ibunya iaitu Maryam melahirkannya dengan tanpa bapa, padahal Maryam adalah seorang wanita suci yang tidak mungkin berbuat zina.

Ibnu Abbas berkata,

Jibril mendatangi Maryam dalam wujud seorang pemuda yang berwajah sangat putih, berambut kerinting dan berperawakan sedang. - HR. Al-Bukhari dalam Al-Ahadits Al-Anbiya’, 3436.

Para ahli tafsir mengatakan,

Jibril merubah bentuknya menjadi seorang manusia agar perkataannya dapat diterima Maryam, disamping agar dia merasa tenang dan tidak merasa ketakutan darinya. Meski demekian, Maryam meminta perlindungan kepada ALLAH dari Jibril yang sudah berubah bentuk menjadi manusia itu, dimana ini menunjukkan kesucian dan keiffahannya (terjaga harga dirinya).

Jibril lantas meniup penutup kaki Maryam dan dia tiba-tiba mengandung Isa Alayhissallam. Ketika Maryam merasa sudah mengandung, maka dia pun mengungsi dan mengasingkan diri ke arah timur Baitul Maqdis, untuk lebih meningkatkan beribadah kepada ALLAH dan agar dia dan kaumnya terdapat penghalang untuk saling bertemu.

Kerana perasaan takut dan khuatir dianggap sebagai seorang pezina kerana melahirkan seorang anak dengan tanpa ada bapanya.

Datanglah waktu untuk melahirkan dan rasa sakitnya yang teramat sangat. Maryam beranjak menuju ke sebuah pohon kurma kering untuk digunakannya sebagai tempat berpegangan untuk melahirkan.

Dalam keadaan yang sudah payah tersebut, dia berkata berputus asa,

Alangkah baiknya jika aku mati sebelum hari ini. Alangkah baiknya jika aku tidak dikenang dan tidak diingat lagi oleh orang lain. - Ini adalah redaksi dari Qatadah. Ibnu Abbas menggunakan redaksi, “Aku menjadi orang yang dilupakan.” Yakni alangkah baiknya jika aku tidak diciptakan dan tidak ada di muka bumi ini.

Tiba-tiba Maryam mendengar suara Malaikat dari arah bawah kurma tersebut dengan mengatakan,

Janganlah kamu bersedih kerana kejadian ini. ALLAH telah menjadikan bagimu sungai kecil yang mengalir di depanmu. Dan gerakkanlah pohon kurma kering di atasmu itu, maka ia akan menjatuhkan buahnya yang segar.

Hal ini dimaksudkan agar Maryam melihat mukjizat-mukjizat lain dari ALLAH iaitu menghidupkan pohon kurma yang telah mati setelah melihat aliran air tawar yang dingin yang mengalir di depannya. Itu semua adalah agar hatinya tenang dan agar dia tahu bahawa itu semua adalah keramat yang diberikan ALLAH kepadanya.

Selanjutnya malaikat tersebut berkata,

Jika kamu bertemu dengan orang dan menanyakan tentang anak yang kamu lahirkan itu, maka katakanlah,

“Sesungguhnya aku bernadzar untuk diam kerana ALLAH. Dan aku tidak berbicara dengan seorang pun dari manusia.”

Maryam diperintahkan untuk tidak berbicara dan menyerahkan jawabannya kepada bayi yang baru saja dilahirkannya itu untuk menjawab setiap pertanyaan orang yang akan menanyakan siapa bapa dari bayi yang dilahirkannya itu. Dan ini adalah satu mukjizat lain yang sangat jelas.

Diriwayatkan dari Tamam bahawa khabar gembira yang dibawa oleh malaikat kepada Maryam adalah bahawa Isa Alayhissallam diajari ALLAH tentang Al-Kitab dan heekmah. Dan bahawasanya Isa Alayhissallam akan menjadi seorang rasul yang diutus kepada Bani Israel, disamping ALLAH akan menguatkannya dengan mukjizat yang sangat nyata.

Kemasyhuran dan keterkenalan Maryam bahawa dia merupakan seorang yang ahli beribadah dan seorang wanita suci dan sangat menjaga harga diri, tidak dapat menolongnya dari tuduhan orang lain tentang lahirnya bayi yang dilahirkannya dengan tanpa bapa itu. Bahkan kaumnya iaitu Bani Israel menuduhnya telah melakukan perbuatan mesum dan perbuatan yang sangat biadap. Akan tetapi itu semua dihadapi Maryam dengan penuh kesabaran dan rasa redha menerima qadha dan keputusan ALLAH.

Dalam salah satu cerita diriwayatkan bahawa dia bersama dengan bayinya lari dan mengasingkan diri ke Mesir agar dia dan bayinya selamat dari upaya jahat dan seksaan Bani Israel. Di Mesir dia tinggal selama dua belas (12) tahun, bekerja sebagai pemintal sutera dan pengetam gandum bersama-sama dengan penduduk setempat.

Di sana, dia juga menyerahkan puteranya kepada para ulama’ Mesir untuk dididik, sampai akhirnya ALLAH memberikan izin kepadanya untuk kembali ke Orsloem untuk beribadah di sana sesuai dengan syariat Tuhan yang telah ditulis dalam kitab yang dibawa Musa Alayhissallam.

Maryam tinggal di desa bernama An-Nashirah sampai Nabi Isa meranjak umur remaja. Dan Maryam lah yang memberikan sokongan dan semangat kepada Isa Alayhissallam ketika pertama kali mendapatkan wahyu iaitu dengan cara bermimpi.

Ketika Nabi Isa Alayhissallam sudah genap berusia tiga puluh tahun, iaitu setelah bermimpi menerima wahyu, dia baru yakin bahawa dia adalah seorang Nabi dan Rasul ALLAH yang diutus kepada Bani Israel.

Setelah sang ibu mendengar bahawa puteranya telah mendapatkan wahyu dari ALLAH, maka dia berkata kepada puteranya,

Wahai anakku, bahawasanya aku telah diberitahu tentang ini semua sebelum kamu lahir.

Dan sejak saat itu, Nabi Isa Alayhissallam berpisah meninggalkan ibunya untuk berdakwah mengajak Bani Israel beriman kepada ALLAH. Dan ini semua adalah salah satu dari mukjizat ALLAH.

ALLAH berfirman,

Dan ALLAH akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Heekmah, Taurat dan Injil. Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka),

“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin ALLAH; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin ALLAH; dan aku khabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.”

Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu. Kerana itu bertaqwalah kepada ALLAH dan taatlah kepadaku. Sesungguhnya ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus. (Ali Imran: 48-51)

Begitulah, ALLAH menguatkan Isa bin Maryam dengan beberapa mukjizat yang menakjubkan, agar dia mampu untuk menyampaikan risalah Tuhannya kepada Bani Israel yang terkenal sangat kejam dan pembangkang itu.

Credits to: Syaikh Muhammad Husain

Psst… (“,) Nantikan kisah seterusnya dari  ۞ The Great Women ۞ ~ ღ♥ Aisyah Binti Mazahim ♥ღ (=

Sayyidah Hajar Ibu Nabi Ismail Isteri Kedua Khalilullah Ibrahim
Raja lalim yang sebelumnya ingin berbuat tidak senonoh terhadap Sarah memberikan hadiah berupa seorang budak wanita bernama Hajar kepada Sarah, setelah ALLAH menolak keinginan jahat tersebut dan menjauhkan Sarah darinya.

Sebelumnya Hajar adalah budak milik raja jahat tersebut, yang kemudian dia menjadi milik Sarah.

Selama hampir dua puluh tahun, Sarah mandul dan tidak daoat memberikan keturunan kepada Nabi Ibrahim, hingga sautu saat dia berkata kepada sang suami Ibrahim,

ALLAH telah menghalangiku dari melahirkan anak, maka peristerilah (setubuhilah) budak wanitaku ini. Semoga ALLAH memberikan kita anak darinya.

Ibrahim pun lalu menyetubuhi budak wanita tersebut dan Hajar pun lalu mengandung dari hasil hubungannya dengan Ibrahim sang tuannya sendiri.

Diceritakan, bahawa setelah mengandung, Hajar menjadi agak lebih terhormat dan lebih tinggi di hadapan Sarah tuannya, hingga timbullah rasa cemburu di hati Sarah, yang mana dia kemudian mengadukan hal tersebut kepada Ibrahim sang suami.

Diriwayatkan bahawa Sayyidah Hajar merasa takut dan khuatir dengan keadaan itu, dan kemudia menuju ke sebuah tempat sumber air yang jauh dari rumah Ibrahim dan Sarah, maka salah seorang malaikat membisikinya,

Janganlah kamu takut, kerana ALLAH akan menjadikan dari anak lelakimu yang sedang kamu kandung ini kebaikan yang banyak.

Malaikat itu memerintahkan kepada Hajar untuk kembali. Malaikat tersebut memberikan khabar gembira kepada Hajar bahawa dia akan melahirkan seorang anak lelaki. Malaikat itu pun telah memberikan nama kepada bayi yang masih di dalam kandungannya itu dengan nama Ismail, yang kelak akan menjadi tuan manusia. Dia akan menguasai dunia. Dan Nabi Muhammad sendiri adalah salah satu bahagian dari khabar gembira ini. Kerana beliau Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah keturunan Ismail.

Kembalilah Hajar ke rumah tuannya, dan akhirnya ia melahirkan seorang bayi bernama Ismail.

Para ulama’ mengatakan bahawa ketika Hajar melahirkan puteranya (Ismail), umur Nabi Ibrahim adalah lapan puluh enam tahun (86). (Kelahiran Ismail), terpaut tiga belas tahun sebelum kelahiran anak Ibrahim yang bernama Ishaq. Iaitu setelah tiga belas tahun berlalu dari kelahiran Ismail, baru lahirlah Nabi Ishaq.

Atas kelahiran tersebut, semakin bertambahlah kecemburuan Sarah kepada Hajar (lebih-lebih lagi, anak yang dilahirkannya sangat dicintai bapanya), sampai dia akhirnya meminta kepada Ibrahim Alaihissalam untuk menjauhkan Hajar dan anaknya dari hadapannya. Dan Nabi Ibrahim pun memenuhi keinginan sang isteri tersebut.

Ibrahim lalu mengajak Hajar dan Ismail yang masih dalam umur susuan tersebut mengharungi hamparan padang pasir tandus sampai akhirnya mereka bertiga ini sampai di tengah-tengah padang pasir yang tandus yang sekarang namanya adalah kota Makkah Al-Mukarramah.

Disebutkan dalam kitab Sirah (sejarah Nabi) karya Ibnu Hisyam, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

Jika kalian menaklukkan Mesir, maka berikanlah wasiat kebaikan kepada penduduknya, kerana mereka adalah tanggungan kita dan masih mempunyai hubungan kekerabatan dengan kita.

Hubungan kekerabatan yang dimaksud Rasulullah adalah bahawa Hajar adalah ibu Nabi Ismail yang berasal dari Mesir.

Dalam shahih Al-Bukhari disebutkan bahawa Nabi Ibrahim datang bersama dengan Hajar dan Ismail yang masih dalam susuan, kemudian Ibrahim meninggalkan keduanya di dekat Baitullah di atas gundukan air sumur Zamzam (sekarang).

Saat itu, di Makkah tidak ada seorang pun dan tidak ada sedikit pun air.

Ibrahim meninggalkan mereka berdua (Hajar dan anaknya Ismail) dan hanya meninggalkan bekal makanan kepada keduanya kurma dan air.

Ketika Ibrahim hendak meninggalkan mereka berdua, Hajar mengikuti Ibrahim sambil berkata,

Wahai Ibrahim, akan ke manakah kamu? Akankah kamu meninggalkan kami di lembah yang tidak ada kerabat dan sesuatu pun ini?

Ketika Hajar mengulangi perkataannya ini beberapa kali, dan Ibrahim tidak menoleh sedikit pun kepadanya, maka Hajar berseru,

Apakah ALLAH yang memerintahkanmu untuk ini?

Ibrahim menjawab,

Ya.

Mendengar jawapan itu, Hajar baru sadar dan berkata,

Jadi, ALLAH tidak mungkin akan menerlantarkan kami.

Dan baru dia kembali kepada bayinya Ismail.

Setelah jauh Ibrahim meninggalkan keduanya, sampai keduanya tidak lagi dapat melihatnya, maka Ibrahim memalingkan tubuhnya ke arah Baitullah seraya mengangkat tangannya berdoa,

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

(Ibrahim: 37)

Hajar menetap di tempat tersebut, menyusui anaknya dan meminum air yang telah ditinggalkan oleh Ibrahim. Sampai akhirnya air tersebut habis sehingga dia dan bayinya kehausan. Hajar lantas menggendong bayinya yang merengek terus kerana kehausan dan memandanginya dengan muka sedih.

Hajar meletakkan anaknya dan lantas beranjak untuk mencari air. Dilihatnya Shafa dalah bukit terdekat dengannya, maka dia pun lantas menghampiri bukit tersebut dan berdiri di atasnya untuk melihat-lihat barangkali ada seseorang yang dapat ditemuinya. Namun kerana dia tidak menemukan seorang pun, maka dia lantas menuruni lembah tersebut dan sambil menyisingkan pakaiannya, dia berjalan dengan agak cepat.

Dia lantas menuju bukit Marwa dan menaikinya untuk melihat-lihat barangkali ada orang yang dapat dilihatnya. Namun dia tidak mendapatkan seorang pun. Hajar terus sahaja mundar-mandir dalam kegalauannya, dari Shafa ke Marwa sampai tujuh kali.

Ibnu Abbas berkata,

Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Dari itu, orang-orang melakukan Sai di antara keduanya Shafa dan Marwa.”

Kemudian Hajar mendengar suara, iaitu ketika dia berada di Marwa,

Janganlah kamu takut terlantar. Kerana di sini adalah Baitullah yang akan dibangun oleh anakmu itu dan ayahnya. Dan ALLAH tidak akan mensia-siakan penduduknya.

Mendengar itu haji Hajar menjadi agak tenang. Dia lantas berdiri di atas Baitullah (Ka’bah) yang saat itu agak tinggi dari tanah di sekitarnya. Ka’bah saat itu baru saja diterjang banjir sehingga kanan kiri bangunannya banyak yang hancur. Dan dia berdiri seperti itu dalam waktu yang lumayan lama.

Kemudian setelah air Zamzam keluar, lewatlah kabilah Jurhum yang datang dari daerah Kida’. Saat itu mereka melintasi daerah Makkah bahagian bawah. Saat itu mereka melihat sekawanan burung sedang berputar-putar di atas udara. Sebahagian mereka mengatakan,

Burung-burung tersebut sedang mencari air. Dan setahu kita lemah di sana itu tiada ada airnya.

Maka mereka pun lalu mengutus seorang utusan untuk mencari tahu apakah ada air ataukan tidak, dan ternyata sang utusan tersebut benar-benar menemukan air di lembah tersebut, sehingga dia lalu kembali ke kabilahnya dan memberitahukan kepada mereka dengan adanya air itu.

Kabilah Jurhum itu lantas mendatangi lembah tersebut yang tidak lain adalah daerah Makkah, dan bertemu dengan Hajar yang sedang  berada di sumber mata air (Zamzam). Mereka lantas menyapa Hajar,

Apakah kamu memberikan izin kepada kami untuk menetap di sini?

Hajar menjawab,

Baiklah. Akan tetapi kalian tidak mempunyai hak atas sumber mata air milik kami ini.

Mereka menjawab,

Ya.

Mereka akhirnya menetap di sana dan ada sebahagian yang lain memberitahukan kepada kabilah Jurhum yang lain yang masih tinggal di Kida’ untuk diajak pindah ke Makkah.

Berkembanglah pemuda Ismail bersama mereka dan belajar bahasa Arab dari mereka. Kerana ketampanan pemuda ini, maka akhirnya kabilah Jurhum menjodohkan Ismail dengan salah satu dari pemudi mereka. Dan setelah lama berselang, meninggallah Hajar sang Ibu.

Tidak lama setelah itu, datanglah Ibrahim untuk menenangkan hati anaknya Ismail dan ibunya Hajar. Namun Ibrahim tidak menemukan keduanya, dan dia hanya bertemu dengan isteri Ismail, lalu dia bertanya kepada isteri Ismail (tentang keberadaan Hajar dan Ismail). Sang isteri Ismail ini pun memberikan jawaban,

Ismail sedang keluar mencari rezeki untuk kami.

Ibrahim lantas bertanya kepada menantunya itu tentang keadaan kehidupan dan rumah tangga mereka. Sang menantu menjawab.

Kami manusia biasa. Kami hidup dalam kesulitan dan kesusahan.

Sang menantu banyak mengadukan tentang kesusahan dan kesulitan dalam rumah tangga mereka kepada Ibrahim yang merupakan mertuanya.

Mendengar itu, Ibrahim berkata kepada menantunya itu,

Jika suamimu datang, maka sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, bahawa gantilah ambang pintunya.

Ketika Ismail datang, dan seakan dia sudah merasakan ada sesuatu yang telah terjadi, maka dia buru-buru berkata,

Apakah ada orang yang bertamu?

Sang isteri menjawab,

Ya. Datang ke rumah ini seorang lelaki tua renta, begini dan begini. Dia menanyakan kepadaku tentang kamu dan aku pun memberitahukan kepadanya. Dia bertanya kepadaku, bagaimana keadaan kehidupan kita, dan aku pun memberitahukan kepadanya, bahawa aku dalam kesulitan dan kesusahan.

Mendengar penuturan sang isteri, Ismail lantas berkata,

Apakah ia memberikan suatu pesan kepadamu?

Benar, dia memintaku untuk menyampaikan salamnya kepadamu dan berkata kepadamu,

Gantilah ambang pintumu.

Jawab sang isteri.

Mendengar itu, Nabi Ismail langsung berkata,

Lelaki tersebut adalah ayahku, dia memerintahkanku untuk menceraikanmu, maka adalah ayahku, dia memerintahkanku untuk menceraikanmu, maka pulanglah kamu menuju ke keluargamu.

Nabi Ismail lalu menceraikan wanita tersebut dan lalu mengambil dari salah satu pemudi Jurhum yang lain.

Selang waktu yang lama, Ibrahim datang kembali bermaksud menemui anaknya, namun kebetulan sang anak Ismail juga sedang tidak berada di rumah. Ibrahim lantas meminta izin untuk masuk dan menanyai sang isteri tentang keadaan kehidupannya dan keadaan rumah tangga mereka. Namun sang isteri kedua ini berkata,

Kami dalam kebaikan dan serba kecukupan.

Sang menantu yang ini banyak memuji kepada ALLAH.

Mendengar hal ini, Ibrahim berkata kepada sang menantu,

Apa makananmu?

Daging dan air.

Jawab sang menantu.

Nabi Shallallahu Alayhi wa Sallam bersabda,

Pada saat itu, penduduk di daerah itu (Makkah) belum mempunyai tumbuhan-tumbahan berbiji. Jika sudah mempunyai, maka nescaya Ibrahim akan mendoakannya.

Mendengar jawaban sang menantu, Ibrahim berkata,

Jika suamimu datang, maka sampaikan salamku kepadanya. Dan perintahkan kepadanya untuk menetapkan atau mempertahankan ambang pintunya.

Ketika Ismail datang, dia lantas berkata kepada isterinya,

Apakah ada seseorang yang bertamu?

Sang isteri menjawab,

Ya, telah datang kepada kami seorang lelaki tua yang tampan. Aku sangat takjub kepadanya. Dia menanyakan kepadaku tentang dirimu dan akupun memberitahukan dirimu kepadanya. Dia bertanya kepadaku tentang bagaimana kehidupan kita? Aku memberitahukan kepadanya bahawa kita dalam keadaan baik-baik saja.

Mendengar itu, Ismail berkata,

Apakah dia meninggalkan pesan?

Ya. Dia menitipkan salam kepadamu dan memerintahkan kepadamu untuk menetapkan atau mempertahankan ambang pintumu,

jawab sang isteri.

Ismail berkata,

Itu tadi adalah ayahku. Dan kamu adalah ambang pintuku. Dan dia memerintahkan kepadaku untuk tetap menjadikanmu sebagai isteri.

Begitulah, berakhirlah cerita agung ini. Iaitu cerita tentang Sayyidah Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim Alaihissalam dan ibu penyayang bagi seluruh orang-orang Arab. Janganlah kita sekali-kali melupakanny, dan tidak menjadikannya sebagai suri teladan dalam kesabaran dan kekuatannya dalam menghadapi cubaan yang datang dari ALLAH dalam segala permasalahan dan problem yang kita hadapi. Kita semua harus selalu berserah diri kepada ALLAH, agar dengan begitu ALLAH sudi memberikan jalan keluar kepada kita dari setiap permasalahan dan dari setiap kesulitan.

Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada kita semua ke jalan-NYA yang lurus. Ameen.

Syaikh Muhammad Husain

Sayiddah Sarah Isteri Pertama Al-Khalil Ibrahim
Allah berfirman:

"Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim, ‘Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan Kami anugerahkan kepada Ibrahim, Ishaq dan Ya’kub, dan Kami jadikan kenabian dan Al-Kitab pada keturunannya, dan Kami berikan padanya balasan di dunia, dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang sholeh." (Al-Ankabut: 26-27)

Ketika Ibrahim Alaihissalam berhijrah dari daerah Babilonia ke bumi yang diberkati (daerah Makkah), sedang isterinya adalah seorang wanita yang mandul yang belum bisa memberikan untuknya anak, yang mana orang yang menyertai keduanya saat itu adalah anak dari saudaranya yang bernama Luth bin Haran bin Azar, maka setelah itu, Allah menganugerahkan kepada sang Khalilullah ini beberapa anak yang sholeh dan menjadikan dari keturunannya beberapa nabi, yang diturunkan kepada mereka kitab-kitab Allah.

Diriwayatkan Al-Aufi dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu dalam alam semesta, "Makkah", kerana tidakkah kamu telah mendengar firman Allah:

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia," (Ali Imran: 96) dan Ka’ab bin Al-Ahbar mengira bahawa yang dimaksud bumi atau daerah tersebut adalah Haran.

As-Sadda berkata, "Ibrahim dan Luth bertolak ke arah Syam, dan Ibrahim bertemu dengan Sarah yang mana ia adalah puteri dari penguasa Haran. Sarah adalah seorang wanita yang sangat mencela agama yang dipeluk oleh masyarakat di Haran, sehingga Ibrahim lalu menikahinya agar penduduk Haran tidak mempengaruhi bahkan merubah kepercayaan Sarah ini,"

Menurut pendapat yang masyhur, bahawa Sarah adalah puteri dari pakcik Ibrahim sendiri yang bernama Haran, yang dinasabkan kepadanya daerah Haran.

Disebutkan dalam Ash-Shahihain, dari hadiths Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

"Sesungguhnya Ibrahim tidak pernah berbohong kecuali pada tiga perkara: dua di antaranya adalah dalam masalah Dzat Allah iaitu sebagaimana dikutip dari firman Allah:

"Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya," (Al-Qashash: 63) dan firman Allah:

"Sesungguhnya aku sakit." (Ash-Shaffat: 89) sedang yang ketiga-tiga adalah ketika ia berjalan bersama Sarah isterinya melewati daerah kekuasaan seorang penguasa lalim, maka kaki tangan penguasa lalim tersebut memberitahukan kepada atasannya, "Bahawasanya telah masuk di daerah kekuasaan panduka seseorang yang bersamanya seorang wanita tercantik di dunia."

Maka penguasa lalim itu pun mengutus utusannya untuk menemui Ibrahim agar ia menghadap kepadanya. Maka setelah Ibrahim di depan penguasa lalim tersebut, sang penguasa berkata, "Siapakah wanita yang bersamamu?"

"Ia adalah saudara perempuanku." Jawab Ibrahim.

"Datangkanlah ia ke sini."

Maka Ibrahim pun kembali ke tempatnya dan memberitahukan kepada Sarah dengan berkata, "Penguasa lalim itu menanyakan kepadaku tentang kamu, dan aku pun mengatakan bahawa engkau adalah saudara perempuanku. Maka apabila nanti ia bertanya kepadamu, maka janganlah kamu mendustakanku. Kerana engkau adalah benar-benar saudaraku dalam Kitabullah (saudara seagama). Padahal di dunia ini tidak ada orang muslim kecuali aku dan engkau."

Kemudian utusan sang penguasa lalim itu datang dan membawa Sarah untuk dihadapkan ke tuannya, sedang Ibrahim langsung melaksanakan sholat.

Ketika sang penguasa lalim tersebut melihat Sarah, maka ia terpegun dan ia langsung merangkul Sarah dengan sekuat tenaganya. Sambil demikian ia berseru, "Berdoalah kepada tuhanmu, maka aku tidak akan memperkosamu." Maka Sarah pun berdoa, maka pelukan sang penguasa lalim itupun tiba-tiba terlepas. Penguasa lalim itu lantas merangkul kembali Sarah dengan sekuat tenaganya bahkan lebih erat dari yang pertama. Sambil merangkul Sarah dengan sekuat tenaganya, ia berseru, "Berdoalah kepada tuhanmu, maka aku tidak akan memperkosamu." Maka Sarah pun berdoa, maka pelukan sang penguasa lalim itupun tiba-tiba terlepas. Dan untuk ketiga kalinya penguasa lalim itu merangkul erat Sarah dan berseru seperti yang pertama dan kedua, dan kejadian aneh seperti pertama dan kedua pun terjadi, sehingga ia lantas memanggil ajudannya dan berkata kepada sang ajudan, "Kamu tidak mendatangkan kepadaku seorang manusia akan tetapi kamu telah mendatangkan kepadaku syaitan. Keluarkan wanita ini dan berilah ia seorang budak (bernama Hajar)."

Maka Sarah pun lalu dikembalikan dengan membawa Hajar kepada Ibrahim yang saat itu masih melaksanakan sholatnya.

Setelah Ibrahim merasa bahawa Sarah datang, maka ia menutup sholatnya dan berkata, "Apakah sang penguasa tersebut merasa terhina?" Sarah menjawab, "Cukuplah Allah sebagai penolong kita dari perbuatan makar orang-orang kafir dan orang-orang pembuat dosa. Sang lalim tersebut memberikan kepadaku seorang wanita sahaya (Hajar).

Muhammad bin Sirin berkata, "Setiap kali Abu Hurairah menyebutkan hadiths ini, maka ia berkata, "Mereka itulah ibu-ibu kalian wahai anak-anak langit (para nabi)."

Dikatakan, bahawasanya suatu saat Ibrahim memasuki sebuah daerah yang berada di bawah kekuasaan seorang raja atau penguasa lalim, maka dikatakan kepada sang raja, "Malam kemarin Ibrahim masuk ke daerah kita ini dengan membawa seorang wanita yang sangat cantik." Maka raja lalim itu lalu mengutus orang yang memberitahu tersebut untuk menemui Ibrahim dan menanyainya, "Siapakah wanita yang bersamamu itu?"

Ibrahim menjawab, "Dia adalah saudara perempuanku."

Sang utusan itu lalu berkata, "Biarkan dia aku bawa untuk menghadap kepada sang raja," dan Ibrahim pun melepas sang isteri untuk menghadap sang raja dan berbisik, "Janganlah kamu mendustakan perkataanku, kerana sesungguhnya aku telah memberitahukan kepadanya bahawa engkau adalah saudara perempuanku."

Ketika Sarah sampai di hadapan raja lalim tersebut, maka Sarah meminta diri terlebih dahulu untuk berwudhu’ dan menunaikan sholat. Setelah itu berdoa, "Ya Allah, Engkau tahu bahawa sesungguhnya aku beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah jagalah farjiku kecuali untuk suamiku. Janganlah orang-orang kafir menguasaiku."

Mendengar itu, sang raja tertunduk lemas dan sampai tersungkur bertekuk lutut di hadapan Sarah.

Abu Az-Zinad berkata, "Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, "Dari Abu Hurairah bahawasanya Sarah berkata, ‘Ya Allah, jika orang ini (sang raja) meninggal, maka akan dikatakan kepadaku, "Wanita inilah yang telah membunuhnya." Maka bangunkanlah ia kembali." Maka raja itupun lalu siuman dan lantas memerintahkan kepada pegawainya, "Lepaskanlah wanita ini. Kalian tidak mendatangkan kepadaku kecuali seorang syaitan. Kembalikan ia kepada Ibrahim dan berikanlah kepada mereka wanita sahaya (Hajar)."

Sedang Ibrahim, sejak keberangkatan Sarah menuju sang raja sampai ia kembali, tanpa henti-hentinya melaksanakan sholat dan berdoa agar Allah menolak bahaya yang akan menimpa Sarah, dan menghalangi kejahatan sang raja yang ingin berbuat tidak baik terhadap Sarah.

Ketika musuh Allah tersebut ingin berbuat tidak baik terhadap Sarah, maka dengan segera Sarah mengambil wudhu’ dan melaksanakan sholat dan berdoa kepada Allah sebagaimana doa yang telah kami sebutkan di atas.

Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah lalu membuka hijab antara Sara dan Ibrahim. Sehingga Ibrahim dapat melihat langsung Sarah saat itu sedang berada di hadapan sang raja lalim, dan bagaimana Allah menjaga Sarah darinya. Agar ini lebih menenangkan hati dan mata sang Nabi Khalilullah ini. Kerana Nabi Ibrahim sangat mencintai Sarah kerana agama dan kecantikannya yang luar biasa.

Dikatakan, bahawasanya tidak ada wanita setelah Hawa yang melebihi kecantikan Sarah. Walillahi Al-Hamdu wa Al-Minnah.

Allah tidak meninggalkan hamba-Nya yang beriman bernama Sarah, ketika Ibrahim berdoa dengan hati yang khusyu’ yang dipenuhi dengan keimanan sehingga Allah pun menyelamatkan Ibrahim dan isterinya Sarah dari perbuatan buruk raja yang lalim tersebut.

Dan kepada saudari-saudari kami kaum mukminah yang suci yang terjaga kehormatannya, kami katakan, "Selagi kamu bersama Allah, maka Allah akan menyertaimu dan akan selalu menjagamu dari kejahatan orang-orang jahat dan akan menyelamatkan kamu dari bahaya yang ditimbulkan para pembuat onar dan para lelaki-lelaki bejat."

Bersambung…