Logo Background RSS

» Sembang2 Remaja

  • Soal Dara Tidak Menjadi PENTING bagi Remaja Islam?
    By on February 22nd, 2007 | 16 Comments16 Comments Comments

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan #### dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.

    Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama. (more…)

  • Padah Jika Maksiat Dipandang S.E.P.I!
    By on February 22nd, 2007 | 1 Comment1 Comment Comments

    Photobucket

    DALAM abad-abad kejayaan Islam, kaum muslimin berada dalam bimbingan sebuah khilafah. Dunia dari timur dan barat menghormati agama Islam. Kaum Muslimin menjadi orang yang mulia, mempunyai ‘izzat’ dan harga diri setanding naungi haluan al-Quran dan sunnah.

    Rakyat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera. Mereka mendapat segala haknya sebagai rakyat – pendidikan, keamanan dan keadilan.

    Dalam abad-abad itu, ahlu dzimmah (orang bukan Islam yang hidup di negeri Islam) tunduk dan hormat kepada setiap Muslim serta hukum dan muamalat Islam. Tidak seorang daripada mereka berani mengangkat bahu dan wajah. (more…)