...اشكر علي جميع نعم الله » Sembang2 Remaja

Apa nak jadi??
Apa nak jadi  dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita?

Perlu Bersikap Bijaksana

Bagi saya, kita perlu bersikap bijaksama. Dalam kita meraikan kejayaan masyarakat kita dalam kehidupan moden sekarang ini, kita juga tidak harus membutakan mata dalam menghadapi kepincangan-kepincangan dalam masyarakat kita.

Saban masa, kita berdepan dengan kisah-kisah buruk yang melibatkan masyarakat kita sendiri.

Dari kisah pasangan berbelanja ribuan dolar untuk majlis perkahwinan tetapi bercerai-berai dalam masa setahun dua sahaja, membawa kepada kisah anak-anak yang jadi mangsa perceraian, keluarga yang kehilangan tempat tinggal gara-gara kesilapan sendiri dalam menguruskan kewangan mereka lalu mencari tempat berteduh di tepi-tepi pantai, pergelutan berterus-terusan dengan masalah penagihan dadah dan banyak lagi.

Sejak kebelakangan ini pula, kita membaca di dada-dada akhbar tentang pelibatan anak-anak Melayu kita dalam pelbagai kes jenayah, ada yang begitu kejam sampai melewati batas kemanusiaan.

Mayat Reput

Beberapa hari lalu saja misalnya, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah troli di tebing Sungai Kallang selepas hilang seminggu lamanya.

Yang menyedihkan, seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak malang itu seorang lelaki Melayu juga yang merupakan kenalan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah dan sama-sama kita menantikan perbicaraannya. Jika dibaca lebih mendalam lagi, kita dapati keluarga kanak-kanak itu juga boleh dikatakan berantakan dan dicengkam masalah penagihan dadah.

Minggu ini juga, kita dikejutkan degan perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan sekumpulan anak muda Melayu bersama beberapa rakan bukan Melayu mereka yang dituduh merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 17 tahun dalam rumah salah seorang remaja lelaki tersebut.

Wanita malang itu dikatakan menjadi mangsa selepas mabuk akibat terlalu banyak minum minuman keras yang dibeli lelaki-lelaki tertuduh tersebut.

Kesnya sedang berjalan di mahkamah dan tidaklah wajah membincangkannya secara lanjut sehingga hakim membuat keputusannya.

Cuma apa yang ingin saya timbulkan ialah keberanian anak-anak muda melakukan jenayah seburuk itu di rumah ketika ibu bapa mereka tiada dan sikap mereka yang minum arak bagaikan minum Coca Cola sahaja gayanya.

Sebelum ini, kita sudah pun didedahkan dengan kes penderaan kanak-kanak sampai mati melibatkan bapa atau ibu bapa Melayu.

Apa perasaan anda apabila membaca laporan-laporan sedemikian? Tidakkah hati anda terguris.

Tidakkah anda tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Bagaimanakah sebuah masyarakat yang dahulunya terkenal dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Salah Siapa?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Sepanjang kerjaya saya selama lebih 27 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai usaha pemimpin politik dan masyarakat kita untuk mengatasi kepincangan masyarakat Melayu dan mempersiap mereka menghadapi kehidupan yang penuh persaingan demi penakatan mereka dalam Singapura ini.

Daripada badan-badan seperti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, membawa kepada Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini Forum Kepimpinan Masyarakat (CLF) yang menggembleng tenaga pemimpin politik dan masyarakat, saya telah melihat dan merasai pelbagai kemajuan dalam masyarakat hasil usaha tersebut.

Cuma masalahnya, di sebalik usaha itu, masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita.

Sedang golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan.

Golongan Terpinggir

Jika dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Namun hakikatnya, terdapat batas-batas tertentu dalam apa yang b0leh sahaja mengusahakan pelbagai program dan mendapatkan kerjasama pemerintah untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Namun, keputusan akhirnya masih terletak kepada individu sendiri. Jika kita, sebagai ketua keluarga gagal menyemai nilai-nilai positif yang cintakan ilmu dan usaha dalam jiwa anak-anak, maka susahlah untuk kita maju.

Kalau kita sebagai ibu bapa mengambil sikap mudah berserah dan lebih suka membiarkan keluarga kita tinggal melarat di tepi pantai, bagaimana hendak kita majukan anak-anak kita sendiri?

Jika kita lebih cenderung mengamalkan sikap meminta-minta tanpa dibekalkan usaha gigih, bagaimana dapat kita keluar dari lingkaran musibah yang menghantui keluarga kita?

Jika kita sebagai ibu bapa tidak ambil kisah dan ambil peduli perkembangan anak-anak kita, wajarkah kita mengharapkan orang lain untuk melakukannya?

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.

- Encik Ismail Pantek

Membentuk Cinta Abadi… (=
Jalaluddin Rumi says: Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.

Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.

Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhyrat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunya. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunya yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab du’aa tidak terijabah.

Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin du’aa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin du’aa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakeenah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.

Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH  semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat.

2) Ikhlas dalam beramal.

3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan keistiqhomahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.

Sumber: barisonline.co.nr

Credits: ’2′ ALLAH Azza Wa Jalla & Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. (=

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Teringat akan kata-kata Suhaimi, suami kepada Ina dalam rancangan Sehati Sejiwa.

Rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan, harus meletakkan ALLAH di hadapan dulu. Seterusnya harus menanamkan sifat kesabaran, bertolak-ansur dan senantiasa beristiqhomah dalam melakukan ibadah. (Segala-galanya Lillahi Ta’ala semata.)

Walaupun saya cuma berkesempatan mencungkil ayat itu dari pembicaraan saudara Suhaimi dalam rancangan tersebut, tetapi kata-kata itu cukup bermakna jika kita bijak memikirkan dan merenungkan ia sedalam mungkin. Wallahu ‘alam bisowob… (=

Kelahiranku dibuang seperti sampah! -.-
۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: O Rabbi… Kenapa dia, ibu yang melahirkan aku sanggup membuang diri ku dalam keadaan yang sangat terhina sebegini? Kenapa dia, yang bergelar ibu mendustai diri sendiri? Pergi meninggalkan aku dalam kesepian meraung dalam tangis yang menghayat hati? Ibu, aku yang engkau bakal rindui. Dan kerana aku juga, engkau bakal kesali. Engkau sanggup berdusta di sebalik tirai kekalutan dan kerana malu atas kekhilafan diri sendiri. Engkau memberiku seribu macam alasan atas sebab engkau harus tinggalkan aku di sini. Tetapi Ibu, engkau adalah wanita yang paling aku takuti. Kerana engkau bukan sahaja wanita yang memungkiri janji. Engkau juga seorang wanita yang telah menderhaka kepada Illahi. Engkau berzina dengan insan bernama lelaki. Yang tanpa engkau nikahi. Lalu ALLAH hidupkan janin haram di dalam rahimmu dengan penuh teliti. Kesukaran demi kesukaran engkau cuba hadapi. Akhirnya engkau dihasuti Syaitan untuk membuat keputusan yang tidak diredhai. Dengan meninggalkan aku di sini. Haruskah aku tangisi nasib diri ku yang tidak berdosa ini? Adakah aku yang menyuruhmu melakukan maksiat dirimu yang tidak bertepi?

Wahai lautan manusia. Renungkanlah. Nama sahaja kita hidup dalam kehidupan Tamadun Islami. Tetapi masyarakat Islam kita ibarat hidup dalam dunia mereka sendiri. Mereka menganggap perkara sedemikian sangat remeh sekali. Ibarat engkau…engkau…aku…aku…!

Sedangkan dalam kehidupan di Singapura hari-hari, segala sesuatu yang haram, seperti ingin dihalalkan. Keguguran bayi pun telah dihalalkan. Tetapi saya menjadi sangat-sangat hairan, masih ramai lagi jumlah mereka yang sanggup membuang bayi di merata tempat tanpa simpati. ALLAH telah menganugerahkan akal yang sihat tetapi sayang seribu kali sayang, kerana dikau lebih memilih jalan yang tidak diredhai oleh-NYA jua… -.-

Dilarang Membawa Telefon Bimbit??
*~* [[ ^^^ In Memories ^^^ ]] *~*

Antara Handphone yang pernah aku gunakan. Dari Monophonic Phone sehinggalah 3G Phone. Sejujurnya aku katakan, Monophonic Phone adalah sebaik-sebaik handphone untuk digunakan. Tidak pernah menimbulkan masalah langsung. Sungguh!

Urm… Terimbas kembali masa di zaman sekolah dahulu. Handphone sangat popular di kalangan remaja di Singapura sehingga hari ini. Dari Monophonic Handphone sehinggalah 3G Phone! (I think this will never lead to any end. The eyes of every materialistic people will always look for something up-to-date or fashionable!)

Pada usia aku menjangkau 13 tahun, menengah satu, aku dihadiahkan sebuah handphone daripada kedua orang tua ku. Sungguh, reaksi menggembirakan itu tidak dapat aku sembunyikan. Gembira yang tidak terhingga. Al-maklumlah sahabat-sahabat yang lain telah memiliki telefon bimbit dulu sebelum aku.

Dan bayangkanlah betapa mewahnya anak Singapura dengan barang-barangan Teknologi zaman kini. Dahulu handphone begitu menyedihkan. Memberatkan dan menyeksakan. Besar.gemok.lebar.funny in shapes and sizes. & kini dinamakan sungguh old-school. Benarkah? Jikalau begitu kata anak remaja kini, mengapa aku masih melihat segelintir diantara mereka gemar menggunakannya lagi? Ditanya, jawabnya:

“Ikut trend lurh sis. Walaupun old-fashion tapi kinda old-skool jugak lurh. Maintain vintage lurh sis. Dun u find iet unique??”

Mungkin ada benarnya. Jikalau aku mendalami definasi bagi perkataan “vintage” adalah sesuatu benda yang amat berharga. Bukan sahaja itu, malah ia adalah satu barangan yang sudah lama dan mempunyai qualiti yang sangat baik. Ini bermakna handphone zaman kanak-kanakku tidaklah seburuk mana pun. Kalau jatuh terburai isi perut handphone tu, pasti boleh diperbaiki sendiri. Dan cukup baik lagi untuk digunakan kembali seperti sedia kala.

Ia bukan sahaja sesuatu benda yang amat baik dari segi qualitinya. Namun, ia juga adalah handphone yang amat terlindung isi kandungannya. Maksud ku begini, jika kita dapat menilai dan membandingkan handphone zaman dahulu dengan zaman kini amat jauh berbeza ketaranya. Dahulu fungsi handphone amat terbatas. Bukan 3G! Tanpa video, camera & juga mp3. Tetapi kini, semuanya ada dan sungguh menakutkan!!!

Oh ya! Sudah aku beritahu kalian model handphone pertama ku? Pasti kalian akan tergelak sama sepertimana baru-baru aku mendapatkannya. T R I U M P! Ya, itulah model handphone pertamaku. Kalau ditambah ‘H’ di belakang bunyinya sama dengan Triumph – Brand ini sangat laris dan termashyur sungguh nama itu di kalangan para wanita kita. Alahai, malunya setelah memberitahu kalian. Tetapi itulah hakikat yang sebenar-benarnya. Namun, aku mempunyai prinsip aku sendiri sebagai seorang pelajar. Aku tidak berapa hairan dengan jenama hanphone yang telah dihadiahkan oleh mama dan ayah kesayangan ku. Malah aku amat bersyukur. Yang penting, aku telah pun memiliki satu handphone untuk memudahkan diri ini untuk selalu keep in touch dengan mama sewaktu di sekolah. Anak tunggal, kata mama,

“Nabilah kan anak mama satu-satunya. Mestilah mama selalu risau dan bimbang akan keadaan Nabilah dimana pun Nabilah berada sewaktu diluar dari kawalan mama…”

Risaunya seorang ibu sangat luar biasa. Bukan lurh manja sangat, tetapi kalau manja dengan ibu tiada salahnya kan?

Usia aku pun semakin meningkat. Begitu jugalah dengan handphone. Semakin tahun berganti tahun, maka handphone ikut tua sama. Lama-lama jadi out-dated. Ingat akan kata-kata Dr. Fadillah Kamsah, seorang pakar motivasi yang dikenal oleh jutaan orang melayu Islam kita. Beliau pernah mengatakan tentang komputer yang baru dibeli untuk anaknya.

“Baru sahaja saya beli komputer baru untuk anak saya, besoknya komputer lebih baru lagi keluar di iklan TV. Komputer saya sekarang dah dipanggil out-dated walhal baru semalam saya beli. Masya-ALLAH, sungguh hebat zaman teknologi saat ini.”

Oleh kerana terlalu addicted kepada dunia teknologi yang serba canggih, anak remaja di Singapura tidak dapat menerima jika handphone mereka telah dikatakan out-dated.

“Alamak! Malunyer aku… Dorang sume kate handphone aku dah out-dated lurh. Aku tak duli, aku mesti minta abah atau mak aku belikan yang latest punyer. Baru dorang tau…”

Rasa terkilan dengan sikap mereka? Tentu sahaja. Yang kasihannya ibu dan ayah mereka juga. Bukan dirinya.

Maka apa yang ingin ku sampaikan sebenarnya? Mungkin pada fikiran kalian, kata-kata ku tiada langsung kena-mengena dengan topik di atas. Fikiran kalian meleset! Ini semua untuk mengajak kalian berfikir bersama.

Apakah ia akan membawa padah yang buruk atau mendatangkan kebaikan jika anak remaja kita tidak membawa telefon bimbit ke sekolah?

Kebaikannya banyak jika handphone itu adalah sebuah handphone monophonic. Bagaimana pula dengan 3G phone?? Pernahkan kalian berfikir?? Handphone yang mempunyai pelbagai function di dalamnya – pendek kata mempunyai segala kemudahan. Video, Camera, Mp3, Radio, GPRS, internet, bluetooth dan pelbagai-bagai lagi. Terlalu banyak fungsi handphone 3G ini.

Apa disebalik ciptaan handphone secanggih ini?

Akan merosakkan, meruntuhkan, mehanyutkan dan menghancurkan jiwa anak remaja kita? Atau disebaliknya?? Tetapi jikalau dikaji lebih mendalam dan melakukan survey ke atas diri anak remaja kita zaman kini, kebanyakannya akan memusnahkan bukan sahaja jiwa malah akal fikiran mereka juga. Nauzhubillahi Minzhaliq. Terutama sekali anak remaja Islam kita.

Kenapa harus aku cungkilkan dari sudut keburukan memiliki handphone serba canggih ini? Kerana ia telah menghasilkan sebagai bahan bukti yang mengakibatkan anak remaja Islam kita menghadapi tekanan keruntuhan ahklaq. Astaghfirullah Halazhim.

Video yang bisa merakam pelbagai gerakkan bukan dijadikan bahan yang baik untuk diri mereka. Malah mereka menyalah-gunakan kebaikan itu dan menjadikan ia satu bahan yang bisa menampilkan perilaku mereka yang keji dan amat memalukan. Lalu dengan adanya bluetooth, mereka bukan sahaja dapat menyebarkan video clip itu kepada sahabat handai mereka malah mampu menyebarkan ia kepada sesiapa sahaja. Walaupun tanpa disengajakan. Hebat bukan 3G phone ini?

Masih segar dalam ingatanku, sewaktu aku menyelami alam keremajaan ku pada usia enam belas (16) tahun. Ada seorang remaja lelaki berusia dua tahun lebih muda daripadaku sedang asyik membulatkan mata melihat screen handphone‘nya tanpa jemu. Matanya dibeliakkan dan terus memandang screen tersebut sehingga dia tidak perasan aku datang mendekatinya. (Bukan kepo, tetapi ingin ambil tahu apa yang dilihatnya itu sehingga begitu asyik sekali. I am too curious that time!) Dengan cebisan iman di hati, darah aku mengalir begitu deras ke akal ku dan jantungku berdegup cepat akibat terkejut melihat apa yang ada di depan mata ku!

“Wah…wah…wah… Bukan main syiok nonton benda haram tu! Nak kakak report pada principal? Or you better delete it away!! Adik tak dapat nak lari kemane kerane nama dan kelas adik sudah kakak tahu. Sekarang juga ikut kakak ke general office!” (Sempat lagi aku cekak pinggang di depannya. Memang waktu itu aku teramat marah.)

Dia fikir aku tidak marah melihat telatah dia yang memeranjatkan itu? Astaghfirullah. Bibir aku tidak lengkang dari beristighfar kepada-NYA. Namun, api kemarahan ku tetap sahaja mendidih. Hampir-hampir 100 degree celcius. Anak muda remaja lain ada sibuk meluangkan masa makan sebaik mungkin. Yang ada sibuk belajar. Dan yang segelintir lagi ada bermain sukan bola sepak di padang setelah usai makan. Remaja perempuan, biasalah apa lagi kalau bukan duduk bersembang.

“Huh? Adik taknak! Adik takot. Adik promise adik delete sekarang gak. Adik tak buat lagi. Adik janji. Adik dapat ni pun daripade kawan adik. Die yang bluetooth kan. Mule-mule adik tak tau ape bende. Sekali adik tengoklah. Please leave me alone kak. I promise I will never do it again.”

Umur semuda 14 tahun sudah bisa melihat adengan-adengan lucah yang sangat memalukan!!! Malah adengan-adengan itu bukan dilakukan remaja luar negara – Barat, tetapi adengan lucah itu dilakukan oleh segelintir remaja Melayu Islam kita. Nauzhubillahi Minzhaliq.

Sehingga waktu ini aku masih marah bukan dengan anak muda lelaki itu, tetapi dengan sikap remaja dewasa yang seringkali menjatuhkan martabat diri sendiri. Kononnya mereka merasa bangga melakukan perilaku sedemikian. Bangga digelar mempunyai ramai teman lelaki.

“Kau ade berape ex ehkz? Aku ade 41 ex tao.”

Soalan dan jawapan yang hampir-hampir sama itu berulang kali ditanya dan diberitahu oleh sahabat-sahabat kepada ku. Lucu bukan? Usia semuda itu sudah mempunyai 41 ex? Jika dapat bernikah, tidak mungkin awak ingin berbangga jika diceraikan 41 kali kan? Ish… Selisih! Itulah cara pemikiran anak remaja zaman teknologi. Disebabkan satu handphone boleh terjadi pelbagai-bagai perkara yang membusukkan.

Itu baru segelintir. Jika aku bercerita panjang di sini tentang apa yang aku lihat. Sampai bila pun tidak akan ada penghujungnya. Terlalu banyak kesan nagatif daripada positif dengan memiliki handphone yang serba mewah dan canggih ini. Pengalaman ku bersekolah di dunia sekular cuma 1% baik. Iaitu menuntut ilmu, bersenam, bersukan dan mendengarkan assembly (waktu tidur bagi remaja). Namun, 99% kebanyakannya tidak baik. Pergaulan pada waktu itu sangat bebas! Apa lagi sekarang. Disebabkan satu handphone 3G mampu membuahkan pelbagai masalah yang menggerunkan, menakutkan dan amat membimbangkan orang tua kini.

Yang kasihan adalah anak muda remaja di bawa umur. Yang baru ingin menjinak-jinakkan diri ke dunia remaja. Permulaan ukhuwah memang niat yang baik. Tetapi jika silap memilih kawan, maka padahlah akibatnya. Kerana zaman kini adalah zaman penuh dengan kawan yang ingin membawa kita ke jalan yang lebih menghanyutkan. Sehinggalah diri menjejaki alam keterlanjuran dan akhirnya baru menyesal. Apabila menangis air mata berdarah sekalipun maka waktu itu tiada gunanya lagi untuk kesali apa yang telah pun terjadi.

Yang lebih menyedihkan lagi apabila remaja sekarang lebih cenderung melakukan kejahatan. Ini kerana dari sudut pemikiran mereka:

“Buat jahat leh tobat, buat baik, kental lurh sis…”

Mereka lupa atas perbuatan mereka bukan sahaja mampu menghiriskan hati malah mampu mengecewakan harapan ibu dan ayah mereka. Yang siang malam berkerja hanya untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka agar tidak diusik “ketinggalan zaman”. Tetapi apakah balasan mereka? Apakah balasan kamu?? Sungguh memilukan… Kerana kamu sanggup mengguriskan luka yang amat dalam sehingga meninggalkan bekas di hati ibu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Begitu juga kamu lakukan kepada hati ayah yang penat lelah berkerja siang dan malam mencari rezeki demi kamu. Tidak cukupkah kasih sayang mereka itu? Renungkanlah…

Maka, dengan itu ada baiknya baru-baru ini kerajaan Malaysia melarang anak remaja untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Kerana telefon bimbit zaman kini amat membahayakan. Kita tidak mungkin mampu mengekang apa yang ada dalam handphone-handphone mereka. Namun, dengan usaha kita, insya-ALLAH dengan jalan ini ada baiknya walaupun hanya sedikit.

Kekasih kuseru…
Musleemah says: Rasa perlu sangat post artikel ini kerana dalam beberapa hari akan menjelang tiba kononnya Hari Valentine’s Day. Kalau di Singapura, begitu ghairah sekali anak melayu islam remaja kita menyambutnya. Kalau boleh satu Singapura punya bunga mereka ingin hadiahkan untuk pasangan kekasih hatinya. Baik daripada murid-murid primary, secondary, college, universiti… Semua diantara mereka sedang hangat menyiapkan hadiah-hadiah yang akan diberi pada 14 Februari. Yang ada pula siap mecari ‘pasangan segera’ sama persis ‘mee segera’ dalam beberapa minit boleh mendapatkannya.

Do you mind being my boyfriend about one to two days??

Supaya tidak dianggap ketinggalan kerana tidak memiliki kekasih hati pada hari tersebut. Begitu sekali cara pemikiran mereka? Al-maklumlah itu cara pemikiran yang berwawasan tinggi dengan pergaulan yang agak bebas di dunia Singapura ini… Wallahu ‘alam… Mari kita baca cerita dari Sistacool dibawa ini…

Sistacool says: Ghairahnya mereka di ambang 14 Februari yang akan muncul di muka pintu dalam masa beberapa hari ini.

Macam ‘Hari Raya kecil’ pula bagi sesetengah golongan belia ini sehingga mata meronda mencari barangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ‘si dia’ – baik yang ada di sekolah yang sama ataupun yang bergelar steady.

Saya nak beli sejambang mawar untuk temanita sayalah.

Bisik seorang pelajar lelaki berkaca mata retro kepada temannya.

Suaranya diperlahankan, bimbang penumpang-penumpang MRT yang lain (termasuk Sista) terdengar. Tetapi, dik… kita dah terdengar pun! Nak shopping untuk Valentine’s Day, ya??

Sewaktu ke kedai-kedai cendera hati sekitar bandar pun, ia dibanjiri gadis-gadis yang rambang mata melihat kotak-kotak berbentuk hati dan juga beruang-beruang comel untuk ‘si dia’.

Er… rasanya macam tak macho kalau dapat beruang! Tetapi memandangkan makwe yang beri, kita terima saja!

Ujar seorang adik angkat Sista, Amir, yang turut tersampuk nampaknya dengan Demam Valentine’s.

Sista sudah dapat menjangkakan Sabtu ini, mata ini akan nampak warna merah dan merah jambulah di mana-mana. Akan kelihatanlah gadis-gadis memeluk jambangan bunga dalam bas, MRT atau kefeteria dan restoran makanan segera. Pawagam gerenti lebih penuh daripada biasa. Budak-budak Melayu kita pun, ‘tumpang sekaki’ walau Valentine ini bukanlah budaya kita dan buat apalah nak diagung-agungkan.

14 Februari juga dipanggil Hari Persahabatan sejak sekian lama. Mungkin untuk tidak mengecualikan mereka yang belum berpunya. Seorang adik angkat Sista, Liza, memberitahu Sista, di sekolahnya akan ada hari untuk saling bertukar-tukar hadiah. Justeru, semua orang pulang taklah dengan tangan kosong.

Hai… bila dikenang-kenangkan tentang remaja-remaja hari ini, banyak duit juga ya? Atau tak sayang duit ke?

Ada yang sampai hadiahkan telefon bimbit atau jam tangan mahal kepada ‘si dia’ sempena Hari Kekasih. Walhal, kedua-duanya masih bersekolah lagi dan mengharapkan belas ihran ibu bapa untuk membayarkan bil telefon!

Bagaimanapun, apa yang ingin Sista bincangkan sebagai renungan bersama bukanlah soal Hari Kekasih atau Hari Persahabatan.

Sebaliknya, tentang beberapa tanggapan remaja tentang takrifan moden dan power, seiringan dengan proses menjalin kasih dengan teman sebaya.

Baru-baru ini, seorang lagi adik angkat Sista, Idah, memberitahu Sista bahawa dia agak bimbang melihat perkembangan teman-teman sebayanya.

Katanya, S (seorang remaja yang Sista kenali dan nampak macam budak baik-baik dengan ibu bapa yang penyayang) bagaikan berbangga kerana melakukan sesuatu ‘perkara’ pada usianya mencecah 16 tahun.

Kita pergi hotel tau! Dan, er… buat you know what…

Ujar si S kepada adik angkat Sista ni.

S memberi bayangan bahawa dia dan teman lelaki yang baru dikenalinya selama lima bulan telah melakukan hubungan seks meskipun ayatnya tidak disambung habis.

Meskipun teman-teman lain ada yang dengan nada sinis berkata:

Alah… budak descent macam dia mana nak buat ni semua? Pergi hotel? Alah… kita pun selalu pergi hotel… masuk kafeteria, pergi high tea. Si Jo lagi terror. Hari-hari masuk hotel… kawan dia 10 budak perempuan ah… pasal apa tau… dia kerja sambilan di hotel!

Rasanya apa yang ingin dibangga-banggakan S bukan sesuatu yang wajar.

Adakah itu takrifan moden atau matang baginya? Adakah dia ingin teman lain mengaguminya atau merasakan dirinya ‘berani gila’? Atau ia setakat kata-kata muluk untuk kononnya menyuntik keyakinan diri padanya yang selalu rasa terpinggir kerana tidak mudah menemui teman lelaki, berbanding beberapa teman-temannya yang secara semula jadi popular kerana cantik atau mempunyai budi pekerti.

Bahaya kalau remaja terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dunia Barat dan gaya hidup bebas yang tiada asas. Kalau nak setakat ikut-ikut kawan untuk kononnya bergelar ‘berani’ atau happening, memang tidak kena tempatnya.

Dalam pada itu, remaja tidak harus salah takrifan bahawa petanda keyakinan diri itu ialah apabila dirinya itu berani melakukan perkara yang dilarang baik dalam konteks agama Islam ataupun mengikut etika ketimuran kita.

Ia sebenarnya terpancar daripada hati yang ikhlas dan tahu apa matlamat hidup jangka panjang.

Memang sesetengah remaja rasa resah hati kalau dirinya terbiar tanpa teman lelaki atau temanita.

Yang ada tu Sista tengok, rajin masuk kegiatan sukarela bukan kerana benar-benar ingin membantu tetapi untuk ‘sambil-sambil cuci mata’ dan terang-terangan nampak sah memang cari ‘mangsa’ baru dan tidak segan silu bertanya kepada orang yang beru dikenali:

Do you want to be my boyfriend?

Taktik mereka rapat-rapatkan diri dengan mangsa, ambil foto bersama, kemudian, membuntut si ‘mangsa’ ke mana-mana, rajin kirim SMS, cari akaun Friendster atau Facebook si mangsa dan mulalah humbankan pesanan-pesanan yang nampak sah bukan buat si mangsa rasa tenang tetapi bagaikan nak lari beribu batu ketakutan.

Yang buat malu company atau yang biasanya buat benda-benda ni, budak-budak perempuan. Yang lelaki taktik lain… er… tak seterang-terangan macam ni.

Cuma, janganlah begitu adik-adik oi! Sista bukan apa… kadang tengok gelagat adik-adik ini pun kasihan. Gara-gara perawakan yang bagaikan tak sabar nak dapat pakwe, sesetengah adik-adik Sista ni terbiar menangis apabila mereka dipersenda lelaki yang mereka suka.

Dalam mereka mengejar lelaki-lelaki ini ke sana ke mari, si lelaki yang naik rimas pula menyindir:

Kalau muka ‘jambu’, takpe… ni tidak… macam baby elephant… anak gajah tu lebih cute daripada dia!

Tidak ke berdesing telinga tu mendengar? Apatah pula, kalau si empunya diri mendengar. Kecil hatinya.

Justeru, pesan Sista, dalam meniti usia remaja atau keinginan memburu cinta, usahlah bertindak desperate dan terkejar-kejarkan pakwe atau makwe idaman sehingga siapa-siapa yang ada di depan mata pun ‘main bedal saja.’

Atau, baik-baik anda berjaya ‘memancingnya’ dengan ketulusan, mereka pula naik seram sejuk dan lari macam nampak hantu jembalang!

Kesan Internet ke atas kehidupan insan
Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah   kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.

Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia – daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.

Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.

ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.

Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer yang bernama Starcraft selama 50 jam di kafè Internet. Dia dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.

Yang jelas, budaya Internet baru ini merampas komunikasi bersemuka. Anak muda asyik dengan skrin komputer tetapi terus kekok menyantuni anggota keluarga dan sahabat. Blog seorang pelajar lelaki tempatan mendedahkan dia sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Ketika kecil, ibunya menghalangnya bermain di luar rumah agar dia terus belajar. Akhirnya dia ketagihan permainan komputer sehingga tidak berminat untuk menghabiskan kerja sekolah. Dia membayar pelajar sekelasnya untuk membuat kerja sekolah. Anehnya, pelajar ini bukan bebal kerana apabila kawannya sukar membuat soalan matematik sekolah, dia dapat menyelesaikannya dengan cepat.

Seorang remaja lelaki pula telah mencari jaguh permainan komputer untuk membeli status pemain. Blognya mendedahkan bahawa $200 dibayar untuk status baru dalam permainan komputer. Penjualnya menggunakan kata laluan baru di komputer riba secara sulit pada waktu malam. Selepas menukarkan kod permainan, remaja lelaki ini menjadi ketua permainan komputer yang disegani di Internet dalam masa sekelip mata.

Budaya Internet juga menyelinap ke dalam industri filem, termasuk hiburan bersifat cerita, bernyanyi, berjoget dan berlawak. Dengan ini, suatu takrifan baru tentang pergaulan semuka manusia berasaskan teknologi Internet muncul.

Dengan lautan maklumat yang tidak terbatas, Internet menjanjikan kepuasan maksimum. Hubungan remaja dan teknologi akan terus erat di alam globalisasi. Namun, nilai kemanusiaan dan budaya hidup akan jadi taruhan jika pengguna, terutama ibu bapa, guru dan pihak berkuasa, tidak berwaspada.

Pengarang Reduplicating Nouns and Verbs in Malay (2007)

Daya tahan anak muda kita rapuh?
Oteh tabik usaha Masjid Tentera pimpinan pengerusinya, Ustaz Pasuni Maulan, untuk bantu anak muda kit abuang cacah tau tatu. Ia dibantu oleh sekumpulan doktor Islam kita yang mengenakan bayaran paling rendah.

Menurut kawan Oteh yang menceritakan pengalaman Ustaz Pasuni, perbuatan bertatu kian menjadi-jadi dalam kalangan anak muda kita – baik lelaki mahupun perempuan. “Macam takda daya tahan pada anak muda kita yang mudah terikut-ikut,” tukil kawan Oteh daripada kata-kata Ustaz Pasuni yang semakin gigih sebagai aktivis masyarakat sejak bersara sebagai pendaftar pejabat nikah.

Padahal, ada sekolah menetapkan peraturan – jika bertatu tidak boleh belajar. Jadi, ibu bapa yang tersedar dan terdesak itu sering bawa anak ke masjid tadi. Namun, adakah cukup untuk buang cacah saja?

Cacah tadi bukan saja di tubuh si anak, tetapi dalam kalbu atau hatinya pun mesti dibuang. Pernah Oteh berlari-lari anak dengan Mak Oteh di belakang seorang perempuan muda Melayu memakai jeans yang nampak pusat.

Mak Oteh tegur Oteh agar lihat ke tempat lain. “Apasal awak ni?” “Jika awak tengok ke depan nampak nanti buntutnya bercacah!” “Ooo gitu.” Alahai. Inilah ragam anak muda kita zaman sekarang. Dulu bercacah dikaitkan dengan ‘orang jahat’ seperti samseng sehinggalah pelacur. Tetapi kini bertatu macam nampak ‘cool’. Entah, apa maksudnya Oteh tak faham.

Padahal, dari segi agama dan budaya, bercacah ditegah keras. Perangai pak turut bukanlah baru dibincangkan di pojok ini. Bahkan seingat Oteh, dari zaman Munsyi Abdullah sehingga Abdul Rahim Kajai, orang kita selalu ditegur agar berfikir sebelum bertindak ikut-ikutan.

Oleh sebab kurang daya tahan pada jiwa, mudah saja anak muda kita bertatu sehingga melakukan seks luar nikah. Mencolok mata bilangan anak kita yang melahirkan anak luar nikah.

Oleh itu, tatu merupakan semacam ‘undangan’ ke arah perbuatan yang lebih dahsyat atau tidak peduli masyarakat. Menurut anak buah Oteh yang kerja untuk sebuah badan masyarakat, anak muda kita yang bertatu sanggup menjadi samseng di tempat arak di pusat bandar.

Jadi bagaimanakah kita dapat membantu mereka kembali ke pangkal jalan dan menguatkan daya tahan jiwa atau kalbu? Oteh yakin perkara utama ialah pendidikan agama. Sayangnya, hanya sepertiga anak kita yang ke madrasah, baik masjid mahupun swasta. Bakinya dapat pendidikan agama daripada siapa?

Jika ibu bapa kini sibuk bekerja, seharusnya mereka pastikan anak dapat pendidikan agama. Sebab, apabila sudah ditanam nilai pendidikan sejak muda, apabila remaja ia akan kekal dan menjadi bekalan sepanjang masa.

Oleh itu, masjid dan badan Islam perlu tinjau cara beri pendidikan Islam dari rumah ke rumah atau di kolong blok, pusat kejiranan dan sebagainya. Pujuklah ibu bapa ini agar anak mereka disemai nilai asas.

Bagi anak-anak yang baru terlanjur dan ibu bapa mula sesal, masih ada jalan keluar. Berilah mereka nasihat dan tunjuk ajar. Semua usaha ini memerlukan banyak relawan yang terlatih. Namun, sayangnya Oteh tidak lihat usaha seperti seminar dan sebagainya untuk melatih relawan sedemikian.

Bagi yang sudah terjebak, kita tidak boleh nyahkan mereka. Sebaliknya kita santuni mereka di penjara. Pastikan jika mereka ada anak dan isteri, keadaan terbiar tidak berlaku sehingga lingkaran musibah berterusan.

Jangan saja kita seru masyarakat berdaya tahan tetapi bilangan relawan kita masih muka-muka itu saja. Kita perlu pastikan cukup ‘pelaburan’ untuk saling bantu-membantu. Barulah daya tahan kita terbina.

Usah ikut-ikut tatu badan
Semasa menunggu giliran untuk membeli setem di sebuah pejabat pos dengan ramai  pelanggannya adalah orang-orang  ekspatriat, seorang anak kecil asyik menanyakan ibunya mengenai setem.

Walau si ibu telah menjelaskan, anak kecil berumur lebih kurang empat tahun itu masih terus bertanya mengenainya.

Kebetulan seorang lelaki kulit putih tiba dan beratur di belakang. Anak kecil itu dengan kuat berkata orang itu ada ‘setem’ di badannya.

Setelah meminta izin lelaki tersebut, si ibu menerangkan kepada anaknya bahawa “setem” di badan lelaki itu dipanggil tatu.

Anaknya menunjukkan kepada ibunya cap yang dibuat guru tadikanya dan menyatakan bahawa itu juga tatu. Ibunya katakan bahawa tatu tidak boleh hilang dengan mudah, tidak seperti cap gambar binatang yang dibuat di sekolahnya.

Tatu bagi orang Barat bukanlah sesuatu yang baru dan mereka tidak segan bercakap mengenainya.

Tatu adalah lukisan di badan seseorang, tidak kira di bahagian mana badan asalkan dianggap sesuai oleh orang yang bertatu. Lukisan tatu sudah bermula beratus tahun lalu.

Ada bangsa yang menggunakan tatu untuk tujuan keagamaan dan ada pula untuk mengukuhkan identiti bangsa. Pengembala lembu di Amerika Syarikat semasa permulaan sejarah menggunakan tatu di badan lembu untuk memastikan hak milik mereka.

Kebelakangan ini, ramai pula anak-anak muda kita yang tatu badan-badan mereka dan tidak segan menonjolkannya.

Kalau kita pergi ke pusat membeli-belah atau tempat makan, kita mudah nampak pasangan muda yang mempunyai anak yang masih didorong mempamerkan tatu di badan mereka. Ada kalanya, bukan sahaja si suami malah si isteri juga berbuat demikian.

Mereka menganggap ini merupakan satu kenyataan fesyen dan mereka bangga.

Semasa menjadi pengetua di sebuah sekolah di daerah barat Singapura, seorang murid memberitahu bahawa teman sedarjahnya ada tatu di bahagian punggung.

Murid berkenaan mengaku dan menunjukkan tatu tersebut sebelum pihak sekolah meminta bantuan ibu bapanya untuk menyelesaikannya kerana melanggari peraturan sekolah.

Ketika itu, anak-anak Melayu menyembunyikan tatu mereka. Biasanya tatu dikaitkan dengan mereka yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap ataupun perbuatan yang tidak baik.

Kali kedua saya berdepan dengan murid yang bertatu semasa bertugas di makhamah untuk mereka yang di bawah umur 16 tahun. Seorang murid yang ditangkap kerana terlibat dalam pergaduhan beramai-ramai mempunyai tatu di tangannya.

Murid ini beragama Islam namun tatunya ialah gambar Buddha. Hakim berasa hairan apabila murid tersebut menegaskan bahawa dia beragama Islam! Setelah disoal, dia menyatakan bahawa kesemua temannya dalam kumpulan tersebut menggunakan lambang itu sebagai tanda kesepakatan.

Sedekad lalu, murid sekolah tidak berani mengukir tatu juga akan menyembunyikannya. Ada pula sekolah yang menggantung persekolahan murid yang bertatu.

Seorang murid nakal dan bertatu yang banyak melakukan kesalahan di sekolah dan di luar sekolah pernah merayu kepada pihak sekolah untuk meneruskan pelajarannya. Dia berjanji akan menghapuskan ukiran tatu di tangannya untuk menunjukkan kesungguhannya bertaubat.

Selepas menyambung persekolahannya, dia secara sukarela menerangkan pengalamannya menghapuskan tatu itu yang diukir kerana tekanan anggota kumpulannya.

Menurutnya, belanja menghilangkan tatu agak mahal dan sakit kerana bahan pembakar kulit digunakan.

“Dulu, bila nak tatu, saya tak fikir panjang. Tengok kawan buat, saya pun ikut-ikut. Sekarang apabila nak hilangkan, sakit pula,” jelasnya kepada teman sedarjah.

Ada yang mengukir tatu untuk “mencantikkan” tubuh sementara ada pula kerana terikut-ikut idola mereka, seperti sebahagian peminat bola sepak terhadap pemain terkemuka David Beckham, bekas pemain Manchester United dan Real Madrid. Malahan seorang peserta wanita American Idol kerap mendedahkan tangan untuk mempamerkan tatu.

Bagaimana kita dapat mendidik anak-anak kita supaya jangan terikut-ikut dengan trend sebegini?

Ini satu tugas yang berat.

Salah satu pendekatan ialah menerangkan bahawa tatu tidak sepatutnya menjadi lambang kehidupan kita. Ada banyak lagi yang boleh dijadikan teladan, terutama sekali nilai-nilai hidup yang perlu kita utamakan untuk mengejar kemajuan.

Jangan suka terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang menjadi pujaan.

Mohamed Khairunan Ali

Pelajar jadikan alasan bosan untuk hidu gam
“Ada beberapa sebab yang diberi oleh murid-murid itu mengapa mereka menghidu  gam. Antara lain ialah mereka rasa bosan dan tekanan daripada teman-teman mereka. Murid-murid kerap menggunakan alasan bosan sebagai membuat sesuatu yang negatif. Apabila bosan, mereka merokok, melepak di kolong-kolong flat ataupun di pusat membeli-belah. Apabila bosan mereka melakukan sesuatu yang negatif, termasuk merosakkan harta benda sekolah ataupun awam. Nampaknya ‘bosan’ selalu dijadikan alasan untuk melibatkan diri dalam perbuatan-perbuatan negatif”

Muslimah says: Menghidu gam di kalangan remaja-remaja lelaki, itu sesuatu yang lumrah kita dengarkan. Tetapi apabila ramai remaja-remaja perempuan cuba menghidu gam amat membimbangkan dan ini sesuatu amat merbahaya bagi mereka. Hairan juga saya apabila mereka berikan alasan ‘bosan’?? Hidup dalam kemewahan teknologi zaman kini. Boleh dikatakan mustahil jika satu hari mereka tiada makan & minum yang secukupnya. Malah saya sendiri rasakan hidup sebagai seorang remaja, nikmat yang dianugerahkan tidak ternilai. Syukur dah tiada. Inikan pula memberi alasan bosan pula sehinggakan berani menghidu gam. Ternyata sudah ini sesuatu perkara yang sangat tidak sihat. Sebenarnya apa membuatkan mereka bosan sehinggakan harus bersikap sedemikian rupa? Mereka tertekan oleh keadaan sekeliling. Jasmaninya sahaja kelihatan sihat. Namun, rohaniah mereka masih terlalu lemah. Sehinggakan tiada tempat untuk mengadu dan harus ambil keputusan yang negatif dengan menghidu gam. Apa faedah atau manfaatnya menghidu gam? Makin hidup dalam kemewahan dunia, makin diri hilang pertimbangan. Runtuh dari sudut akhlaq serta keimanan. Nauzubillahi minzaliq…

Sebagai seorang remaja, seharusnya mereka sudah dapat menilai mana yang buruk dan baik untuk diri mereka sendiri. Seandainya terasa hidup dalam kebosanan, boleh merujuk atau mengadu kepada yang lebih berpengetahuan di dalam bidang agama. Jadikan diri sendiri seorang remaja yang mandiri (berdikari). Bukan budak kindergarten lagi. Di mana seseorang ibu atau ayah harus memberitahu mana yang buruk dan baik untuk diri sendiri. Jalan kebaikan senantiasa terbuka luas untuk mereka yang menginginkannya. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri memilih jalan yang diredhai Allah? Kenapa remaja zaman kini sengaja mendedahkan diri masing-masing kepada unsur-unsur negatif apabila menghadapi masalah seperti tertekan, stress, tension, bosan dan sebagainya? Kenapa tidak menggunakan kebijaksaan akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t dalam menilai sesebuah kehidupan itu?

Masalah Remaja Hamil
Ibu bapa yang berhadapan dengan masalah remaja hamil amat tertekan kerana mereka tidak dapat menerima anak perempuan mereka melahirkan anak tanpa suami. Malu mereka bukan kepalang, malah ada yang merasakan muka mereka seperti ditampal kulit babi.

Istilah mahu tutup malu sering digunakan dalam keadaan seperti ini. Apakah dengan menikahkan pasangan muda itu telah terhurai masalah atau ia sebagai satu pintu untuk mengundang beberapa masalah lain yang punya kaitan dengan perkahwinan itu?

Ramai anggota masyarakat tidak berfikir panjang kesan daripada usaha untuk menutup malu, mereka tidak kisah jika perkahwinan itu hanya dapat bertahan beberapa bulan. Pada mereka, sekurang-kurangnya anak mereka telah mempunyai surat cerai dan bestatus janda jika bercerai, dan ini dianggap lebih baik daripada membiarkannya mempunyai anak tetapi belum bernikah.

Perkahwinan yang dianggap sebagai satu ikatan suci mengikut ajaran Islam, telah disalah guna semata-mata untuk melindungi ‘maruah’ keluarga, sedangkan hakikat sebenar merumitkan lagi keadaan.

Banyak kejadian yang melibatkan remaja hamil berlaku daripada kalangan mereka yang berhadapan dengan masalah, antaranya ialah:

Ibu bapa yang kurang mesra dengan anak-anak sehinggakan anak lebih selesa berada di luar rumah, dan akhirnya terjebak dengan seks bebas.

Ibu bapa sedemikian agak sukar memberikan bimbingan kepada anak-anak selepas anak itu bernikah kerana jurang yang sedia ada dan akhirnya akan membiarkan pasangan muda tanpa hala tuju dalam perkahwinan.

Kurang kemahiran mendidik anak sehingga terlalu percaya apa sahaja alasan yang diberikan anak-anak, memberikan kebebasan tanpa had, memberikan kebebasan tanpa had, membiarkan mereka bermalam di rumah kawan, bersantai di pantai sehingga pagi, ke kelab disko dan sebagainya.

Kealpaan mereka menyebabkan anak-anak semakin liar dan sukar dibendung yang akhirnya ibu bapa seperti ini hanya akan menyesal jika remaja ‘berbadan dua’.

Kesibukan ibu bapa bekerja juga membuka ruang kepada anak-anak untuk bergaul tanpa mendapat perhatian. Ibu bapa lebih menumpukan usaha untuk memenuhkan keperluan fizikal tetapi gagal memberikan keseimbangan kepada keperuan rohani anak-anak.

Tanpa nilai yang betul anak-anak akan hanyut dan jika mereka dibenarkan bernikah tanpa nilai positif, rumah tangga itu mudah hancur kerana dibina tanpa asas yang kuat.

Ibu bapa yang bermasalah seperti yang berurusan menanti perceraian atau yang telah bercerai, atau mereka yang sakit kronik, sebahagian mereka hanya menumpukan kepada maslaah peribadi sendiri.

Anak-anak yang tidak lagi mendapat perhatian sewajarnya, akan berasa ‘boring’?, istilah yang sering digunakan remaja, menyebabkan mereka lebih gemar bersama kawan-kawan yang menghiburkan mereka di luar.

Ramai ibu bapa yang tidak mahu dipersalahkan apabila anak-anak mereka hamil atau menyebabkan kehamilan, mengaku telah memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama.

Sikap berpuas hati dengan menghantar mereka belajar agama pada hujung minggu tanpa mahu mewujudkan sekitaran yang mesra dalam keluarga atau memberikan contoh yang baik, tidak akan menyegarkan penghayatan beragama, malah ada yang memberikan isyarat yang berbeza, apa yang didapati di masjid tidak seperti yang dilihat di dalam rumah.

Untuk mengatasi masalah remaja yang terlanjur atau yang kehilangan daya tahan, memerlukan kerjasama semua anggota keluarha. Mereka tidak boleh lepas tangan, tetapi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang agak sukar untuk mengharapkan bantuan mereka.

Program berkala yang dilakukan untuk memberi kesedaran tidak lebih seeprti tiupan angin yang berlalu, tanpa memberikan kesan yang diharapkan meskipun perbelanjaan besar telah dikeluarkan.

Andainya masyarakat terus berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan sekarang tanpa mahu menilai keberkesanan setiap program, masalah remaja hamil akan terus berleluasa tanpa hujungnya.