Pengurusan Hati

Pembinaan kecantikan dan ketampanan sosial perlu bermula dengan pengurusan hati. Hati adalah unsur penting dalam diri manusia. Ia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan akal.

Individu yang berakal tetapi tidak memiliki hati yang terurus dengan baik selalunya menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, berasa hambar dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran.

Hati ibarat ketua dalam diri manusia. Anggota tubuh adalah pekerjanya. Apabila ketua kuat, pekerjanya juga kuat. Begitu juga apabila ketua positif dan berwawasan, pekerja juga positif dan bergerak merealisasikan wawasan ciptaan ketua.

Hati juga ibarat cermin. Hati yang diurus dengan kebaikan memantulkan kebaikan. Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian hati itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah bongkah kekerasan hati setiap orang di sekelilingnya.

Seorang kiyai menyebut, konsep dan praktikal bagi pengurusan hati yang baik tidak datang daripada sumber luaran, tetapi daripada dalam diri sendiri. Individu yang mampu menguruskan hatinya dengan baik, hatinya menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini.

Hatinya memancarkan cahaya ketenangan dan merenjiskan haruman ketinggian peribadi kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Setiap tingkah lakunya teratur dan berhati-hati hasil daripada keyakinan teguh di hati menjadikan dia senantiasa diawasi. Continue reading

Ucapan Terima Kasih Ku

بسم الله الرحمن الرحيم

redcard001

Ucapan terima kasih ku belum sempat ku sampaikan untuk Permaisuri Musleemah hati ku yang bernama, oops! Itu adalah rahsia. (= Wahai Permaisuri Bidadari taman firdausi dunya, syukur ku ke hadrat ILLAHI atas sebuah anugerah yang tidak terhingga ini. Tiada siapa yang dapat merasakan kegembiraan ini melainkan diri ku sendiri. Begitu juga ALLAH, DIA pasti tahu akan perasaan ku apabila menerima sebuah kad Hari Lahir ku daripada seorang Musleemah yang amat ku sayangi sejak dari awal pertemuan dengannya di dunia Friendster. Jangan pula anda salah menafsir. Kami bukanlah pasangan Lesbian seperti couple akhir zaman ini. Namun, insya-ALLAH kami adalah seperti seorang adik dan kakak yang sukar untuk dipisah walaupun jauh dari pandangan mata. Ini kerana kami saling menyayangi kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala semata. Itu yang dinamakan nikmat cinta hakiki. Aku bukan sahaja mempelajari nikmat cinta dari-NYA, malah aku bisa mengerti atas makna cinta kepada seseorang hamba-NYA kerana-NYA jua.

Dan cinta itu telah ku berikan kepada salah seorang diantara para-para Permaisuri Hati ku adalah ‘dia’ yang sudi memberikan sedikit perkongsian hidup tentang indahnya dunia Musleemah di sisi ALLAH dan Rasul-NYA. Subhan-ALLAH! Shukran ala kulli hal ya ukhti hulwa.

yellowcard001
Teringat pula akan salah satu hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam tentang uatamanya alasan dalam menyintai seseorang. Daripada Anas Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: Jikalau ALLAH dan Rasul-NYA lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana ALLAH, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh ALLAH dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka. (Muttafaq ‘Alaih)

Continue reading

Tanpa Ikhlas Iblis Mengganas

Musleemah says: Tiada post yang lebih bermakna, bernas, baik dan menarik perhatian selain dari mengemaskini blog dengan bahan artikel daripada seorang yang bertauliah dan berilmu. Tidak lain dan tidak bukan, Ustaz Pasuni Maulan. Artikel kali ini yang ingin saya update adalah topik mengenai ‘Tanpa Ikhlas Iblis Mengganas’.

…pasti aku (syaitan) akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau (ALLAH) yang mukhlis antara mereka.
(Surah Al-Hijr: 39-40)

Dari masa ke masa terdedah kisah pertelagahan dalam badan Islam setempat.

Akibatnya, berlakulah permusuhan, pecah belah dan berkelompak sehingga terputus silaturahmi. Kegiatan persatuan terjejas.

Mengapakah hal ini timbul?

Ini kerana keghairahan menjadi anggota jawatankuasa tidak sejajar dengan visi pertubuhan. Akibatnya, kepentingan peribadi mengatasi kepentingan bersama.

Padahal, niat berkhidmat dalam badan Islam seperti masjid hanyalah untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat bagi meraih keredhaan ALLAH.

Main siasah (politicking) dalam badan Islam sudah perkara lumrah yang tidak sihat dan perlu dihapuskan. Untuk itu, kita perlu pelajari cara badan berkanun ditadbirkan.

Lazimnya, setiap permohonan jawatan akan dinilai secara teliti – apakah latar belakang pemohon dicemari jenayah seperti menggelapkan wang. Hal ini dilakukan demi memastikan tiada penyelewengan kelak.

Namun tidak seperti badan berkanun, badan sukarelawan digerakkan oleh relawan secara tulus atau ikhlas.

Sebagai sebuah pasukan, kejayaan dan perpaduan yang menentukan maju mundur sesebuah badan.

Pasukan bola sepak yang terkenal dan handal tidak akan berjaya jika setiap pemain lebih mementingkan diri – apabila bola berasa di kaki dia akan berusaha sendirian untuk menyumbat gol.

Keikhlasan adalah tunjang perpaduan dan tali pengikat setiap anggota persatuan menuju ke satu arah yang dipersetujui bersama. Tanpa keikhlasan, mereka akan disibukkan dengan urusan menyelesai masalah dalaman dan membuang waktu dan tenaga yang seharusnya disalurkan untuk kemajuan. Continue reading

Usah Dipersoalkan.

Made from Vinegar & Ice says: Walaupun ada yang bersependapat, nampaknya ada juga tak berpuas hati dengan entri ‘Obsesi Masyarakat Dengan Kulit Putih’. Daripada tulis komen anonymous mengutuk di entri aku hinggalah tulis entri di blog sendiri. Mungkin sebab terkena kat batang hidung sendiri kot.

Aku quote satu entri dari blog ‘Piah Zadora wannabe’ (yang aku tau pun siapa penulis sebenarnya disebalik pseudo nickname dia)

Aku cukup menyampah kalau ada sesetengah orang macam hidup dalam penafian yang bercakap, kulit putih tak semestinya cantik.

Bodo la lu.. come on la…Kulit putih memang bonus. Kau tengok la amoi-amoi kat luar pintu pejabat kau sekarang, even mata sepet, even hidung takde la mancung, tapi disebabkan putih, macam-macam pesen baju dia boleh sarung. Kau tengok kalau ada perempuan chubby atau senang cakap, gemok la…tapi fluffy gile. Putih gebu. Nak bergaya pun takde masalah. Orang akan cakap gemok comel. Cuba kalauMemang la aku tak nafikan kalau kulit kau gelap, kau pun boleh lawa. Tapi kalau kulit kau gelap, hidung kau nak kena mancung. Mata kau nak kena besar. Bibir nak kena cantik. Kalau tak, kau tengok la Brandy tu. negro mata sepet bibir tebal hidung lebar. Kalau itu kau cakap lawa, memang la idup kau pathetic.

Hak tuih! – Pengkomen berani mati, dikatakan Pseudo nickname’nya dari blog Piah Zadora Wannabe

Musleemah says: Halusnya bahasa dipergunakan. Sangat-sangat PERLU untuk saya mengetengahkan isu yang selalu HOT ini. Isu apa lagi kalau bukan isu tentang KULIT. Yakni kulit putih dan kulit gelap. Continue reading