Mengapa Hilang Bahagia?

Kadang-kadang kita hairan, ada orang yang bercita-cita hendak menjadi kaya, tetapi   setelah menjadi jutawan tak rasa bahagia. Sesetengah itu inginkan isteri yang cantik, apabila dah dapat, tak rasa keindahan hidup atau tak rasa bahagia. Ada yang bercita-cita hendak menjadi artis glamour, apabila dah tercapai, hati diserang resah gelisah, maknanya tidak bahagia juga.

Continue reading

Akhlak Penentu Kasih Sayang

Akhlak Baik ialah sikap hidup atau perangai atau watak baik yang menjadi amalan tradisi seseorang. Akhlak baik lahir dari hati yang baik. Contoh-contoh akhlak baik  ialah bersifat bertolak-ansur, suka menolong, pemurah, tawadhu’, pemaaf dan suka meminta maaf, penyayang, rajin, jujur, ramah mesra, mudah bekerjasama dan lain-lain.

Seseorang yang ada padanya sifat-sifat baik ini adalah seorang yang punya daya tarik yang kuat. Orang akan tertarik dan jatuh hati serta sayang padanya. Walaupun tidak ada padanya keistimewaan-keistimewaan lain yang menarik kasih sayang aradhi atau kasih tabi’i, namun orang tetap sayang kerana faktor akhlak ini. Sebab fitrah manusia sayang pada orang yang berakhlak baik.

Manusia walau apa bangsa dan agama, suka pada akhlak baik. Orang kecil atau besar, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, orang jahat atau baik, semuanya akan jatuh hati kepada orang yang berakhlak baik. Ertinya akhlak baik ini adalah satu sumber kasih sayang yang semua orang, semua bangsa dan agama menerimanya. Ia boleh menjalin kasih sayang antara kawan, manusia berlainan agama dan segala peringkat manusia.

Kasih sayang yang wujud kerana faktor akhlak adalah kasih murni, yang bersih dari sebarang kepentingan. Ia juga tidak mudah luntur dan tidak akan luntur, kecuali kalau orang yang berakhlak itu tidak berakhlak lagi. Namun akhlak itu tidak mungkin hilang dari manusia sebab ia adalah watak atau perangai yang sudah sebati dengan diri.

Akhlak baik kalau ada pada orang-orang yang sudah berkasih sayang kerana faktor keturunan atau kerana faktor kecantikan dan kebendaan, jasa dan lain-lain, akan membantu menambah dan mengekalkan kasih sayang tersebut. Sebaliknya tanpa akhlak baik, kasih sayang yang dicetuskan oleh faktor-faktor tadi akan cacat dan mungkin lenyap.

Begitulah peranan akhlak baik dalam menentukan hubungan kasih sayang antara manusia sejagat. Ia adalah faktor asas dan utama dalam mencetuskan kasih sayang antara sesama manusia. Sebab kecantikan akhlak diakui oleh semua hati manusia. Ia adalah kecantikan maknawiyah yang mempesona hati setiap orang; sebagaimana kecantikan lahiriah mempesona setiap mata. Kasih sayang kerana akhlak ini tidak akan luntur dan orang akan kenang sampai mati. Beruntunglah orang-orang yang berakhlak baik, kerana mereka mendapat kasih murni yang abadi dari seluruh manusia.

Continue reading

Awas!! Liberal murtad tanpa sedar!

Beberapa ciri Liberal:
* menggunakan akal di atas dalil alias (mereka-reka hukum sendiri) mengutamakan fikir di atas dzikir. Ingat…. akal kita terbatas

* mengambil ayat al-quran dan as-sunah yang mengikut kesesuaian akal fikiran mereka, bahkan sebahagian yang ingkarus sunnah (tidak mau menerima hadits shahih). Ingat… kebenaran dalam masalah agama tidak terukur oleh akal fikiran, tetapi bedasarkan dalil

* menafsirkan Al-quran dan as-sunah sewenang-wenangnya. bahkan kebanyakan daripada mereka memmutar-belitkan tafsiran al-quran tersebut. Ingat…. siapa yang lebih tahu tentang masalah agama ini, sahabat-sahabat Rosulullah,yang bisa bertanya langsung kepada Rosulullah, sahabatnya sahabat, atau kita? (47:16)

* menganggap agama yahudi, nasrani dan islam adalah agama yang haq. Ingat…. agama yang haq hanyalah Islam. jika berfikir demikian, kenapa tidak memeluk agama christian sahaja yang mana mereka menganggap semua dosa sudah ditanggung oleh tuhannya (huruf ‘t’ nya memang disengaja dengan huruf kecil). (3:19, 3:85)

* mempertentangkan ayat al-quran dengan ayat yang lain atau dengah hadits shahih. Ingat… siapa yang menyampaikan wahyu Allah?, benarkah tafsiran kita sendiri?

* menganggap rasulullah sudah tidak lagi bisa dicontohi kerana ketinggalan. Ingat… telah ada dalam diri Rosululullah suri tauladan yang nyata….

* mengutamakan peraturan manusia di atas peraturan Allah, mengutamakan HAM (Hak Asasi Manusia), anti syariah islam, tidak ingin menegakkan syariah islam di muka bumi,  bekerja sama membuat undang-undang untuk menentang syariat islam dengan dalih pluralisme. Ingat…. hanya Allah yang berhak membuat hukum-hukum. kita hanya diperintahkan untuk menegakkan hukum-hukum yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.

Continue reading