Logo Background RSS

» Mutiara Kata

  • Ramadhan telah kembali…
    By Muslimah on August 21st, 2009 | 3 Comments3 Comments Comments

    ramadan09

    Please Click the Picture above for Enlargement. Shukran. (=

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Salam Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasanya dengan penuh nikmah. Semoga sahaja Ramadhan kali ini akan dilimpahi barakah dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala jua. Allahumma Ameen. Dan di sini juga ku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas kelakuan ku yang membekas luka dan ucapan ku yang menoreh dusta. Mohon ku pada ALLAHU RABBI, agar siramilah diri ku dengan samudera kemaafan dari-MU demi membersihkan segala bentuk kekhilafan diri ku ini. Sesungguhnya semua yang indah dan benar hanya milik-MU ALLAHU RABBI. Dan segala sesuatu yang buruk serta cacat datangnya dari kelemahan dan kedhoifan diri ku sendiri. Semoga Ibadah dan taubat kita diterima ALLAH terutama sekali di bulan yang penuh barakah ini. Wallahu ‘alam bisowob.

    P/s: Owang lelaki jangan ponteng-ponteng puasa dengan tarawih okay? NO EXCUSE AND NO MC for you from ALLAH. Except for women only. Oops! Just a reminder for you and me. *grin*

  • Kehadiranmu…
    By Muslimah on June 5th, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    pintuannabawi

    لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم.١٢٨
    فإن تولوا فقل حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم١٢٩   
      
    (128) Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaum kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.
    (129) Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah: “Cukuplah ALLAH bagimu”. Tiada Tuhan selain DIA, hanya kepada-NYA aku bertawakkal dan DIA adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.
    (Akhir Surah At-Taubah: 128-129)

    Untuk gambaran postcard lebih jelas sila klik gambar di atas.
    Shukran! (=

  • Ya Habiballah, Kekasih Umat
    By Muslimah on March 2nd, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Ya Habiballah
    Dunia gelap kehidupan malap
    Budi bejat perangai ranap
    Apa saja disantap dengan lahap
    Sesama insan saling berentap
    Yang dituju kedudukan mantap
    Nafsu meluap-luap, hidup sekejap, pulang meratap

    Ya Habiballah
    Umat menunggumu berzaman-zaman
    Tidak berdaya memikul penyiksaan
    Diselimuti kemungkaran menjadi basahan harian
    Jiwa ditelan kerakusan, akal ditawan keduniaan

    Ya Habiballah
    Kelahiranmu di bumi Makkah
    Tempat suci penuh barakah
    Langkah dakwah dengan Bismillah
    Ukiran risalah bersalut rahmah

    Ya Habiballah
    Samudera perjuanganmu senantiasa bergelora
    Arus gelombang beriringan keadaan huru-hara
    Pengorbananmu merentasi muara
    Nyawa, keluarga dan harta tidak diambil kira
    Cubaan dinikmati beraneka warna terus membara
    Walaupun tiada siapa penglipur lara
    Jiwa hanya pasrah kepada Sang Pemelihara

    Ya Habiballah
    Meskipun rintangan bergunung-ganang
    Dikau hadapi dengan rasa tenang
    Cekal hatimu tetap menyumbang
    Tidak gundah tentangan merintang
    Semangat kental bagaikan tiang seri palang
    Satu wijhah kerasulan melahirkan Umat Cemerlang

    Ya Habiballah
    Di tanganmu mukjizat Al-Qur’an
    Kalam ALLAH tidak terkalahkan sampai akhir zaman
    Cendekiawan, ilmuwan dan sasterawan tidak berupaya melawan
    Asuhan wahyu ditambat kukuh, mencengkam fikiran
    Melahirkan generasi Al-Qur’an, Pengemudi perubahan

    Ya Habiballah
    Sila sunnahmu berperi indah
    Seantero buana tunduk ke bawah
    Tingkah dan pekertimu membumi ke tanah
    Merendah bukan bererti kalah
    Menjinak kalbu yang serakah
    Keadilan terus digagah
    Mengangka martabat manusia bermaruah

    Ya Habiballah
    Penerus kepimpinanmu sungguh hebat
    Hebat khalifah di kalangan para sahabat
    Berhati rakyat berjiwa umat
    Menegak syariat kuat berdaulat
    Makmur kehidupan maju umat
    Mengagih nikmat merata tempat

    Ya Habiballah
    Kami ungkapkan kerelaan bernabikan Habiballah
    Kami mencurah tenaga mencari pelbagai langkah
    Kami bertekad setingkat himmah
    Untuk memastikan risalahmu terserlah
    Mengakrabkan ummah dengan ALLAH
    Impian kami bersama orang-orang solehah

    Ya Habiballah
    Cita-cita kami tinggi melangit
    Kadang-kadang diri tidak tahan perit
    Dosa-dosa dipalit bukan sedikit
    Janganlah Dikau merasa bingit
    Apa pun dililit harapan tetap sengit
    Syafaatmy memanjang lebar diselit

    Ya Habiballah
    Dikau kekasih ALLAH, Dikau kekasih umat
    Kami mengukir selawat untuk Dikau juru penyelamat
    Semoga kami dipilih penerima syafaatmu di Akhirat

    Credits to: Ustaz Abdul Manaf bin Rahmat

  • Salam Ma’al Hijrah 1430H
    By Muslimah on December 29th, 2008 | 8 Comments8 Comments Comments

    1430bgimage01

    Ikhlas ku ucapkan untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Shukran jazakumullahu khairal jaza’. (: