Logo Background RSS

» Kisah & Teladan

  • Minta Maaf Bukan Di Hari Raya Saja
    By Muslimah on February 1st, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Islam amat menuntut umatnya sentiasa mudah meminta maaf dan mudah memberi kemaafan sesama saudaranya. Firman ALLAH:

    “Dan orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu adalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (As Syura: 43)

    Di pagi Syawal, isteri dituntut supaya memohon maaf dengan suami. Tapi ramai di kalangan para isteri yang segan untuk memohon ampun dengan suaminya. Inilah penyakit wanita hari ini; tengking suami tidak malu, tetapi untuk meminta maaf kepada suami, malu dan kekok sekali.

    Kenapa mesti malu melakukan kerja yang mulia? Malu itu ada baik dan buruknya. Malu dalam melakukan perkara maksiat dan syubahat adalah sangat dipuji tetapi malu melakukan ketaatan kepada ALLAH sangat dikeji.

    Merendahkan diri kepada suami merupakan suatu ketaatan terhadap hukum ALLAH. Kadang-kala sampai sepuluh kali mundar-mandir di bilik, di dalam hati tertanya-tanya: “Nak salam ke tidak?” Akhirnya dengan hati yang berat, pergi juga mengadap suami.

    Bercucuranlah air mata kesayuan, “Bang, Yah minta maaf di atas segala kesalahan. Yah janji tak buat lagi.” Itulah janji si isteri.

    Bersyukurlah jika ada isteri yang mahu meminta maaf biarpun setahun sekali. Amat malang sekali kalau seumur hidup tidak pernah berbuat langsung, tambahan pula kalau sudah tua. Mereka sedar diri mereka banyak dosa dengan suami tetapi apabila ego menguasai diri maka setiap kebenaran dipandang remeh dan dianggap bole ditangguh-tangguh. Sedangkan kalau seorang isteri itu mati tanpa keredhaan suami, Nerakalah tempatnya.

    Meminta maaf dengan suami bukan di Hari Raya sahaja. Kita digalakkan memohon maaf ketika suami hendak keluar rumah, semasa sembahyang berjemaah dengannya atau semasa hendak tidur. Sekali kita memohon maaf dengannya maka bergugurlah dosa-dosa kita dan senantiasa di dalam keampunan Illahi.

    Sayidatina Fatimah Az-Zahra pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w. Untuk memohon maaf kepada suaminya sampai 70 kali hingga tersenyum Sayidina Ali menyaksikan kelucuan Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu.

    Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan ditaqdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah S.A.W dalam menegakkan hukum ALLAH. Suami mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga sedangkan Rasulullah S.A.W hanya berhak memberi panduan dan nasihat sahaja.

    Siti Aisyah r.ha pernah mencemburui Siti Khadijah r.ha walaupun ia telah lama wafat kerana Rasulullah S.A.W sering memuji keperibadiannya di hadapan Siti Aisyah. Tersentuh hati baginda apabila Siti Aisyah menggelarkan Siti Khadijah dengan panggilan yang tidak selayaknya. Tertitis air mata Rasulullah mengenangkan jasa-jasa Siti Khadijah yang telalu besar di atas pengorbanan jiwa, harta dan kasih sayangnya di saat orang lain memulaukan baginda. Baginda dikurniakan zuriat dengan Siti Khadijah. Akhirnya Siti Aisyah terdiam dan tidak pernah mengulangi kata-kata itu lagi.

    Memanglah kita tidak boleh menandingi kesemua isteri Rasulullah S.A.W tetapi cukuplah kita mengambil pengajaran dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah itu.

    Kalau tidak biasa memohon maaf kepada suami, memanglah dirasakan terlalu kekok dan perit untuk melakukannya. Sepatutnya kita lebih bimbang dengan kemurkaan ALLAH kalau kesalahan kita kepada suami tidak dimaafkan dan kita tidak diredhai oleh suami. Bukankah keredhaan suami itu bermakna keredhaan ALLAH jua?

    Oleh itu kita tiada pilihan lain melainkan memiliki iman. Hanya orang yang beriman sahaja yang sanggup tunduk di atas segala perintah dan tegahan Illahi. Hanya wanita-wanita yang beriman sahaja yang senantiasa berdoa semoga ditunjuki jalan yang lurus sepertimana permohonan kita setiap kali mendirikan sembahyang:

    “Ya ALLAH, tunjuki kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai. Tidak juga jalan mereka yang sesat.”

    Semoga dengan taufiq dan hidayah-Nya, dengan umur yang masih ada, diizinkan dapat kita gunakan sepenuhnya untuk berbakti kepada-Nya dan mentaati suami. Senantiasa bersikap rendah diri dengan suami dan selalu merasakan diri bersalah.

    Jangan lengah meminta maaf, jadikan ia sebagai amalan harian kita. Meminta maaf bukan semestinya di Hari Raya sahaja kerana kita tidak tahu apakah ALLAH masih panjangkan umur kita untuk dapat berada di Hari Raya yang akan datang.

    Sumber: Hikmah

  • Wahai Dunia! Inilah junjungan kami, Muhammad SAW!
    By Muslimah on January 4th, 2008 | No Comments Comments

    Apa yang Tuan pikirkan tentang seorang laki-laki bersifatkan amat mulia, yang lahir dan dibesarkan di celah-celah kematian demi  kematian  orang-orang yang amat mengasihinya? Lahir dari rahim sejarah, ketika tak ada seorangpun mampu mengguratkan kepribadian selain kepribadiannya sendiri. Ia produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang  menantang  mentari  dalam panasnya dan menggetarkan jutaan  bibir  dengan  sebutan  namanya,  saat muaddzin mengumandangkan adzan. Di rumahnya tak dijumpai perabot mahal.  Ia   makan  di  lantai  seperti budak,  padahal  raja-raja  dunia  iri  terhadap   kekukuhan   struktur masyarakat  dan  kesetiaan  pengikutnya.  Tak  seorang  pembantunya  pun mengeluh pernah dipukul atau dikejutkan oleh pukulannya terhadap  benda-benda di rumah. Dalam kesibukannya ia masih bertandang ke  rumah  puteri dan menantu tercintanya, Fathimah  Az-Zahra  dan  Ali  bin  Abi  Thalib.  Fathimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya  menjadi  manja  dan hilang kemandirian. Saat bani Makhzum  memintanya  membatalkan  eksekusi atas jenayah seorang perempuan bangsawan, ia  menegaskan: 
    (more…)

  • "Engkaukah Zulaikha?"
    By Muslimah on December 26th, 2007 | 1 Comment1 Comment Comments

    NABI YUSUF mempunyai kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya disertai dengan keperibadian yang mulia menambahkan kehebatannya. Dalam pada itu, tidak sedikitpun dia berbangga dengan kecantikan anugerah Allah itu.

    Ujian paling yang hebat melanda hidupnya ialah ketika Zulaikha, bonda angkatnya sendiri, telah jatuh cinta kepadanya dan cuba menggodanya.

    Apakah kurangnya Zulaikha, walaupun usianya jauh berbeza dari Yusuf tapi masih rupawan. Tetapi oleh kerana Nabi Yusuf sentiasa ingat akan Allah maka tertolaklah bujukan nafsu Zulaikha yang sedang bergolak. Lalu Zulaikha menyuruh suaminya Aziz memenjarakan Yusuf supaya terbalas dendamnya.

    Namun begitu, Zulaikha tetap ingat dan merindui Yusuf, sehingga dirinya hilang pertimbangan. Dia menjadi separuh gila sehingga Aziz terpaksa menceraikannya. Begitu hebat penderitaannya; mulutnya sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf.

    Setelah hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, beliau akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi.

    Satu ketika, sewaktu Nabi Yusuf berjalan di padang pasir, beliau terpandangan seorang perempuan yang kelihatan tidak siuman sedang menyebut-nyebut namanya.

    “Engkaukah Zulaikha?” kata Nabi Yusuf kehairanan. Zulaikha terkejut lalu menangis kerana mengenangkan dosanya kepada Nabi Yusuf.

    Atas kehendak Allah yang kasih kepada makhluk-Nya, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya kembali muda dan bertambah cantik. Akhirnya Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.

    Ternyata Zulaikha bukanlah Zulaikha dulu, yang sering merindui Yusuf. Lantaran insaf akan dosa-dosanya dan bagi memperlihatkan kesyukurannya kepada Allah, Zulaikha telah berubah menjadi wanita solehah yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sehari-harian dia bermunajat kepada Allah.

    Masanya hanya untuk Allah, bukan untuk yang lain sekalipun suaminya Yusuf. Nabi Yusuf pun menegurnya supaya kembali kepada peranannya sebagai isteri.

    “Wahai Zulaikha, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mengahwini engkau kerana darinya engkau akan melahirkan dua orang putera dan Allah akan jadikan mereka nabi dari keturunanku.”

    Dengan rendah hati, Zulaikha pun berkata, “Wahai Yusuf, kalaulah Allah perintahkan engkau kerana itu dan aku sebagai jalan perantaraannya, dan kalau dengan mengikut kata-katamu itu juga dikira sebagai taat kepada Allah, maka aku akan taat dan patuh padamu.”

    Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang aman bahagia. Begitu hebatnya pengabdian mereka. Di samping cantik tubuh lahir, juga cantik rohaniahnya sehingga meninggalkan sejarah yang indah untuk tatapan zaman.

  • Jaminan Islam untuk kemanusiaan
    By Muslimah on December 15th, 2007 | No Comments Comments

    Islam terus terpelihara hingga ke akhir zaman. Demikianlah janji Allah SWT. Ia bukan suatu agama baru, malah telah wujud sebelum adanya cakerawala ini.

    Sejarah membuktikan bagaimana usaha para Nabi dan Rasul telah cuba dihalang oleh tokoh-tokoh besar seperti raja Mesir (Firaun) yang cuba mengatasi kekuasaan Ilahi 4,000 tahun lalu.

    Ratusan ribu anak lelaki yang lahir dibunuh dan kaum wanitanya dibiarkan hidup sengsara tanpa pembelaan.

    Hati para ibu yang melahirkan begitu terseksa akibat kezaliman Firaun. Namun, ancaman mimpi yang cuba dihindari Firaun itu datang dengan sendirinya, dihantar oleh kuasa alam. Air Sungai Nil yang lembut mengalir telah mempersembahkan kepadanya seorang putera yang bakal menggulingkannya.

    Itulah Nabi Musa as yang kemudian menjatuhkan pemerintahan Firaun dengan kuasa Allah SWT. Banyak lagi kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran mengenai bagaimana seorang raja atau sesuatu kaum yang cuba melenyapkan keindahan Islam. Namun mereka dilenyapkan Allah dalam keadaan yang terhina.

    Raja Abrahah dari Habsyah telah cuba merobohkan Kaabah tetapi tumpas di tangan ababil (burung). Kaum Nuh tenggelam oleh air bah, kaum ‘Ad iaitu umat Nabi Hud dihapuskan daripada muka bumi ini dengan tiupan angin kencang. Kaum Tsamud, umat Nabi Saleh, juga mengalami nasib serupa.

    Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki nescaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu daripada keturunan orang-orang lain.” (Al-An’aam: 133)

    Ternyata bahawa agama ini mempunyai penjaga dan pengawalnya yang teragung sedang manusia pula tidak berupaya melakukan sesuatu. Yang boleh dilakukan ialah menjadi pemerhati dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa-peristiwa dahsyat dan menggerunkan.

    Ketahuilah setiap umat yang diciptakan Allah mempunyai ragam tersendiri dan untuk mereka itu diutus pula nabi dan rasul yang sesuai dengan keadaan mereka.

    Kebiasaanya, tempat-tempat yang diturunkan para rasul ini merupakan tempat yang banyak pergolakan yang sukar diatasi oleh manusia biasa. Menurut sejarah, daerah Asia Tenggara boleh dianggap kawasan aman. Atas faktor ini, mungkin segelintir sahaja para Nabi dan Rasul yang diutuskan ke daerah ini.

    Jika dikaji, kebanyakan para Rasul, pembesar dan solihin wujud di daerah Timur Tengah. Setiap nabi yang diutus amat sesuai dengan keadaan kaum itu sendiri.

    Contohnya, Nabi Musa as diutus dengan keistimewaan mukjizat untuk menginsafkan kaumnya yang begitu ahli dalam sihir dan silap mata. Nabi Daud as pula diutus dengan mukjizatnya yang berupa kekuatan melenturkan besi dengan tangannya. Beliau juga yang mula-mula mencipta baju besi yang digunakan dalam peperangan. Keadaannya begitu sesuai dengan suasana kaumnya yang terdiri daripada umat yang gagah dan tangkas berperang.

    Nabi Muhammad SAW pula diutus untuk kaum Arab dan umumnya bagi seluruh alam termasuk alam jin dan ghaib. Pada zaman ini, tiada lagi Nabi dan Rasul. Namun, pewarisnya ialah golongan Ulama’, termasuk solihin, yang berjuang memelihara kesucian Islam.

    Umat Islam senantiasa perlu menyebarkan salam (amalan sejahtera) kepada kemanusiaan sejagat dan menjadikan diri mereka umat contoh.

    Oleh: Mohd Yusop Hassim