Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
» Kisah Seram
-
Penumpang Teksiku
By Muslimah on November 5th, 2007 | 11 Comments
Pada pukul 2 pagi itu saya dikejutkan oleh suara operator telefon radio teksi membuat panggilan.
“Ada penumpang dari Kondo… di Dairy Farm Crescent nak ke Scotts Road, pemandu yang berada berdekatan dengan kawasan itu sila lapor…”
suara operator halus keluar daripada alat perhubungan.
Tanpa berfikir panjang saya terus menyambut panggilan dan menyatakan sanggup mengambil penumpang itu. Dari Jalan Teck Whye saya membelok ke kiri menghala ke Upper Bukit Timah Road.
Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah pun mengambil penumpang itu.
“Dah dekat nak sampai ni,”
saya beritahu operator.
“Janganlah marah, saya pun tak tau. Teksi tu tak lapor pun, tiba-tiba aja beritau dah ambil,”
suara operator membela diri.
“OK… saya pusing balik,”
kata saya, sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah alang-alang berada di Upper Bukit Timah Road lebih baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut. Manalah tahu kalau-kalau adalah penumpang lain. Jika tak adapun tak apalah, asalkan hati puas.
Sewaktu tiba di pondok pengawal kondominium tersebut, tidak ada sesiapa pun di situ. Kemudian saya buat pusingan-U dan berpatah balik. Saya pandu kereta perlahan-perlahan. Di kiri dan kanan semuanya nampak gelap, hanya kelihatan bayang-bayang hitam pokok-pokok.
“Screeeeeeet!!!!!”
Tayar kereta berdecit apabila brek ditekan mengejut. Nyaris-nyaris saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang sedang melambai-lambaikan tangan menahan teksi saya.
“Wow! Cantik… seksinya cun-melecun,”




Komen Pembaca