Maaf kerana terlewat rediesh.com mengucapkan Salam Ramadhan untuk pembaca blog ini. Walau apa sekalipun, mohon maaf zahir dan batin atas percakapan yang mungkin membekas luka, hati yang terkadang kala berperasangka yang kurang baik. Harapan saya ramadhan kali ini ramadhan yang membawa keredhaan pada diri ini dan keluarga serta umat islam di seluruh dunia. Mungkin sahaja ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita. Dengan itu, marilah sama-sama bermunajat kepada-Nya. Teguhkan iman. Kuatkan semangat. Raihkan Ramadhan tahun ini dengan penuh gembira dan kesyahduan di hati. Sekali lagi ku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia.
Oh… tidak ku sangka ku akan bertemu kembali dengan ramadhan tahun ini.
Ku panjatkan kesyukuranku kepada-Mu Illahi.
Ramadhan…dikau datang membawa seribu ujian dari-Nya.
Namun, yang pasti ramadhan adalah bulan penuh dengan barakah.
Bulan yang penuh dengan ujian wal nikmat. (:



