DUNIA KECANTIKAN DAN FESYEN MEMANG DIGEMARI WANITA. HAMPIR SEMUA WANITA TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN UMUR, INGIN KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA. AKU JUGA TIDAK TERKECUALI. SEJAK REMAJA LAGI, AKU MEMANG GEMAR BERFESYEN DAN BEGITU MENGAMBIL BERAT ASPEK KECANTIKAN. MINAT INI SEBATI DENGAN DIRI SEHINGGA AKU BEKERJA DAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA. (more…)
» Cerpen Istimewa
-
Permaisuri Muslimah Hatiku…

Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya.
Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku. Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian.
(more…)




Komen Pembaca