Logo Background RSS

» Cerpen Istimewa

  • Apabila Ibu Melarang Anaknya Berjilbab!
    By Muslimah on July 21st, 2008 | No Comments Comments

    Assalamu’alaikum…

    Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda dari seorang ibu..
    Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya
    melepaskan lelah  sambil menatap langit yang membiru.

    (more…)

  • Indahnya Taubat I
    By Muslimah on June 27th, 2008 | 5 Comments5 Comments Comments

    Keinginan hati yang kuat untuk saling ingat-mengingati antara sesama muslim  dan   teringat akan perkataan Ya A’rif bahawa ulama’ itu tidak peduli apakah karyanya akan dibaca atau tidak yang penting adalah dakwahnya sampai ke setiap lapisan masyarakat dan setiap relung hati yang mendengar dan membaca. Dengan harapan kisah-kisah teladan ini dapat memberikan kita siraman bagi jiwa yang gersang untuk memantapkan lagi imani dalam diri. Kita turut berharap agar setelah membaca kisah ini kita menjadi lebih santun dan sayang terhadap anak-anak dalam segala apa keadaan, serta dapat direnungkan pada bahagian dimana segala amal di dunia akan berubah menjadi jasad di hari kiamat. Jadi, seperti apakah jasad yang akan terbentuk di hari kiamat nanti oleh amalan-amalan kita??? Jadi disinilah sekarang dua kisah teladan tersebut. (more…)

  • Wahai lelaki… Janganlah dikau mengalirkan air mata mutiaramu itu…
    By Muslimah on March 5th, 2008 | 10 Comments10 Comments Comments

    Aku kenal dia. Dia lelaki yang kacak, ramah dengan senyuman. Penampilannya sentiasa kemas. Tidak hairanlah kalau ramai wanita tertarik dengannya. Tapi..bukan aku. Aku bukan tertarik pada wajah atau gayanya. Jauh sekali aku suka dengan sikapnya yang merendah diri dengan pekerja bawahan seperti aku. Walaupun dia salah seorang pegawai di sini, sebagai ketua yang ditempatkan di bahagian pengaduan, dia tetap tersenyum tatkala mendengar rungutan dan cercaan daripada orang awam. Pada aku, dia seorang insan yang tidak pernah marah dan tidak tahu bagaimana untuk marah. Itulah kelebihannya.

    Tapi..itu dulu…

    Kebelakangan ini aku lihat dia sering mendiamkan diri, kadangkala hanyut dalam dunianya sendiri. Pasti dia punya masalah, desis hatiku. Aku ingin bertanya, namun akalku menghalang. Aku tidak mahu dicop sebagai penyibuk. Lantas kuperhatikan saja gelagatnya. Sehari ke sehari, keadaannya masih seperti itu. Kalau dulu, dia seorang yang periang, dan selalu berbual dengan kami, tapi kini dia gemar membisu. Kalau dalam sesi mesyuarat atau taklimat, dia hanya akan berucap pendek. Senyumannya juga sudah tidak kelihatan. Aku semakin gusar melihat perubahan ketuaku yang seorang ini.

    “Emma…bawakan fail mengenai minit mesyuarat yang lepas. Sekarang!” Interkom yang berbunyi mengejutkan aku. Interkom dari En Wan. Aku menjadi gelabah. Perasaanku berdebar-debar ingin berjumpa dengannnya sedangkan dulu akulah staf yang paling banyak berbual dan berlawak dengannya. Dia suka mengusik aku, kerana aku memang cepat merajuk sementelah aku juga tidak punya abang kandung. Kadang-kadang kami berpakat untuk mengenakan seseorang atau mengadakan surprise party pada teman-teman sepejabat. Memang kami rapat.

    “Emma, pergilah. Mana tau kot-kot kau boleh tanya apa masalah dia. Kau kan baik dengan dia, mungkin dia boleh cool down. Pergilah…” Desak teman di sebelah.
    (more…)