...اشكر علي جميع نعم الله » Cerpen Istimewa

SuNaYYRaH Bahagian I
Hujannya kok gak henti-henti ya bu?

celah Mbak Sarti sambil memandang terus tingkap dapur dengan wajah runsing.

Ya bik, saya pun risau sangat ni. Hari dah nak pagi. Abi masih juga tak pulang. Danial pun sama juga. Saya risau sangat ni. Anak dan bapa dua-dua belum pulang.

Barangkali mereka berdua masih mengejar Sunayyrah. Pertelingkahan malam tadi memang tidak diduga. Ibu mundar-mandir di halaman rumah, masih dalam kegelisahan. Masalah yang menimpa keluarganya ibarat bertali arus. Tiada hentinya. Hujan pula seakan mengerti perasaan ibu. Mahu saja dia menangis seperti lebatnya hujan yang melimpahi bumi tetapi ibu tabahkan hati. Memang ibu tidak habis fikir, mengapa Abi sanggup melukakan hati orang-orang yang disayangi.

SuNaYYRaH

Sunayyrah seorang perawan luar biasa cantiknya. Bertudung, manis dan berlesung pipit.

Senyumannya bisa meluluhkan hati sesiapa saja yang sedang marah. Anggunnya, masya-ALLAH! Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan wajah seindah ini. Danial begitu tertawan dengan kesopanan dan kelembutan Sunayyrah. Keayuannya semakin terserlah apabila umurnya meningkat 20 tahun.

Setiap kali Danial hendak pergi kerja, beliau pasti terserempak dengan gadis itu, yang setiap pagi akan membawa kuih yang dibuat sendiri untuk dijual di gerai Mak Kiah. Danial memang amat berminat dengan Sunayyrah tetapi beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan persahabatan mereka.

Akibatnya, beliau hanya memendamkan perasaan. Mereka berdua juga hanya mampu saling bertukar senyuman apabila terserempak, tanpa gurauan, tiada bicara. Setiap hari Danial akan ke gerai Mak Kiah untuk membeli kuih Sunayyrah. Sunayyrah memang pandai membuat kuih. Lain pula, jika tidak kerana pendapatan daripada penjualan kuihnya, tidak makanlah mereka sekeluarga.

Kuih-kuihnya memang sangat enak dan laku. Mak Kiah dan suaminya senang dengan pelanggan-pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Namun, hasil jualan itu hanya cukup untuk makanan seharian mereka kerana Sunayyrah juga harus membelikan ubat untuk ibunya yang sudah uzur.

Ubat-ubatan bukan murah. Sunayyrah tinggal bersama ibu yang lumpuh kakinya dan ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Ayahnya sering keluar melepak di kedai kopi dengan kawan-kawan yang seusia dengannya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang harus mencari nafkah untuk sang isteri dan anak. Ayahnya tidak pernah membelikan Sunayyrah apa-apa, jauh sekali hendak menghantarnya ke sekolah. Oleh itu, Sunayyrah tidak pernah berkesempatan menimba ilmu seperti anak-anak lain.

SaHaBaT LaMa

Ayah Sunayyrah, Kasman, pernah berteman dengan Abi suatu ketika dulu sewaktu di bangku sekolah. Apabila bertemu semula teman lamanya itu, Abi terperanjat dengan perubahan pada diri Kasman kerana Kasman dulu rajin orangnya. Entah siapa yang menghasutnya hingga begitu sekali jadinya. Ketika Sunayyrah menyajikan air minuman dan kuih untuk teman bapanya itu, Abi ternganga dengan kejelitaan Sunayyrah. Terlintas dalam fikirannya untuk menjadikan Sunayyrah sebahagian keluarganya.

Abi pada mulanya menjemput Kasman sekeluarga makan di rumah. Hati Danial melonjak gembira. Mungkin inilah jawapan daripada doa-doanya selama ini untuk berkenalan dengan lebih dalam lagi dengan Sunayyrah.

Di meja makan, Sunayyrah dan Danial curi-curi pandang antara satu sama lain. Danial, yang putih dan bertubuh sasa, memang seorang jejaka yang tampan dan romantis. Beliau beragama, mempunyai kerja yang bagus dan mungkin dapat memenuhi ciri-ciri suami idaman yang diimpikan setiap wanita.

Setelah makan, Abi dan Kasman berbual lama sekali di halaman rumah. Kelihatannya mereka berdua amat serius. Danial pula mengambil kesempatan berbicara santar dengan Sunayyrah. Setiap soalan yang ditanya, pasti akan dijawab dengan lembut dan penuh perasaan malu. Sunayyrah menundukkan kepala sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung tudungnya apabila beliau tidak tahu lagi hendak berkata apa.

KePuTuSaN YaNG MeNGeJuTKaN

~ ( Ini saat-saat yang paling Musleemah suka. Bukan apa, jalan ceritanya sungguh unik walaupun Musleemah akui memang pengisian pada cerita Sunayyrah seterusnya ini amat mengecewakan jika ia benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti.) ~

Seminggu berlalu, Danial sangat merindui gadis yang menjadi idamannya itu. Sunayyrah telah berhenti menghantar kuih di gerai Mak Kiah. Ini yang membuat Danial berasa musykil dan penasaran. Beliau teringin sekali menemui gadis itu lalu beliau pun mencari bapanya untuk meminta alamat pujaan hatinya untuk bertanya khabar.

Belum sempat beliau menemui bapanya, terdengar suara bapanya yang memanggil seluruh anggota keluarga untuk datang ke ruang tamu pada ketika itu juga.

Ibu, bibik dan Danial duduk di ruang tamu rumah banglo tiga tingkat itu. Danial tercengang melihat bapanya yang sangat serius dan wajah ibunya yang muram mencuka. Seperti ada yang berbeza di raut wajah ibu. Ibu seperti semalaman menangis! Matanya sembab dan layu. Belum sempat juga untuk Danial bertanyakan soal ibu, Abi pun bersuara.

Danial, ibu dan Abi telah berbincang. Ini mengenai masa depan kita sekeluarga,

jelas Abi perlahan memulakan pembicaraannya.

Abi, Sunayyrah…

Ini juga ada sangkut pautnya dengan Sunayyrah,

sampuk Abi.

Danial mengunci mulutnya sambil tersenyum. Kalau mengenai Sunayyrah, lebih baik beliau diam dan mendengar apa yang akan Abi bicarakan. Mungkin Abi hendak menjodohkannya dengan gadis solehah itu…

Abi dan ibu telah berbincang. Ibu pula telah bersetuju. Kami telah lama membuat keputusan ini dan Abi harap kamu dapat menerimanya dengan baik. Seperti yang kamu sendiri tahu, Sunayyrah seorang gadis yang baik tetapi beliau hidup malarat. Miskin. Beliau tidak layak hidup begitu hingga ke tua. Abi telah berjanji dengan ayahnya bahawa Abi akan menolong mereka sekeluarga. Mereka juga telah bersetuju. Abi juga mahu persetujuan kamu. Sunayyrah akan Abi jadikan isteri kedua tidak lama lagi.

APA?!?

Danial hampir pitam mendengar penjelasan bapanya. Beliau yang sedang duduk dengan sepantas kilat berdiri tegak, menyuarakan kekecewaannya.

Mendengar penjelasan Abi baru tadi rasanya seperti dicucuk hatinya dengan seratus pedang yang sangat tajam. Hatinya berderau dan berdentum seakan mahu meletus.

Fikirannya berkecamuk dan menjadi tidak tentu arah. Istighfar… kata hatinya. Beliau menutup mata, menekap dada dan kembali duduk dengan perlahan-lahan.

Abi pula tenang, seperti sudah dapat menduga kejadian yang akan berlaku.

BERSAMBUNG – SuNaYYRaH Bahagian II

Credits to: Nurul Fazliana Rahman, Pelajar Institute of Technical Education (ITE)

Hajinya Para Kekasih ALLAH… [Updated 21.12.08]
Panggilan haji telah bergema ke segenap penjuru dunia. Panggilan ini bukan berupa genderang yang terdengar saat berperang. Bukan pula tiupan terompet pada saat penggantian tahun. Ini langsung dari Sang Pencipta alam semesta, Sang Pemeberi Rahmat dan kehidupan di seluruh jagat raya.

Jutaan umat pun menyambutnya. Dari berbagai negeri mereka beramai-ramai datang dengan berbagai cara, menuju satu titik, dengan satu tujuan, satu seruan kerinduan…, “Labbaik Allahumma Labbaik… Labbaika La Syarika Laka Labbaik…”

Ribuan malaikat ALLAH pun mengangkut di pundak-pundak mereka kidung jawaban para hamba ALLAH atas panggilan cinta, untuk dihamparkan di Arasy Laisa Kamitslihi Syaiun.

Betapa bahagianya mereka kerana terpilih sebagai tamu ALLAH yang tertulis langsung di Lauhil Mahfuz. Bukan kerana kaya, tampan, ataupun berpangkat. Tetapi kerana taqwa dan percaya akan ALLAH Yang Esa.

Mereka bukan saja akan mencium Hajar Aswad, mengitari Ka’bah, dalam luapan cinta yang mendalam. Mereka bukan saja akan berjajar memenuhi Masjidil Haram. Tetapi mereka juga akan shalat berjemaah dengan semua nabi dan rasul, segenap awliya’, jin-jin mukmin-muslim, bahkan dengan debu-debu dan kehangatan matahari, yang semuanya bertasbih.

Siapa pun yang pernah merasakan kehangatan kasih Sang Khaliq, pastilah ingin senantiasa berkunjung ke rumah-NYA. Dan rasa inilah yang senantiasa menyelimuti hati hamba-hamba-NYA yang shalih, yang tinggi derajat taqwanya serta sangat dekat dengan ALLAH, para kekasih ALLAH.

Bagi mereka, haji bukan sekadar ritus untuk mematangkan dan menyempurnakan rukun Islam. Melainkan, lebih daripada itu, sebuah kunjungan kepada Sang Kekasih Sejati.

Sebagaimana dijelaskan oleh seorang sufi pada abad pertengahan Islam (1000-1250 M) asal Nishafur, Iran, Syaikh Abu Qasim Al-Qushairi, dalam kitabnya, Lathaif Al-Isyarah, ibadah haji laksana mengunjungi rumah seorang sahabat, bahkan kekasih. Tujuannya bukanlah rumah itu, melainkan pemilik rumah itu sendiri.

Demikian pula dengan menasik haji bagi para sufi dan wali, mempunyai erti tersendiri. Misalnya, berangkat dari tanah air ke Tanah Suci Makkah bukan semata-mata berangkat meninggalkan rumah menuju Baitullah. Melainkan, yang lebih penting lagi, meninggalkan semua perbuatan yang mengakibatkan dosa.

Ihram pun demikian. Mereka tidak hanya memakai pakaian yang tidak dijahit. Tetapi, lebih dari itu, melepaskan semua atribut kemanusiaan, dan menganggap manusia sederajat di hadapan Tuhan, kecuali dalam taqwa kepada-NYA.

Wuquf dan bermalam di Padang Arafah, yang dipandang sebagai inti ibadah haji, bagi para kekasih ALLAH, merupakan momen untuk mengalami kehadiran Tuhan dan menyaksikan tanda-tandanya. Hal yang sama juga berlaku untuk wuquf di Muzdalifah, yang secara simbolis merupakan upaya untuk melepaskan diri dari hawa nafsu.

Demikian pula dengan wuquf di Mina. Ia simbol kesediaan diri untuk meninggalkan kesenangan duniawi dan kehendak diri yang tercela.

Ketika sampai di Makkah, para peziarah haji berthawaf mengelilingi Ka’bah, rumah Tuhan, yang dibangun oleh Nabi Ibrahim. Bagi para kekasih ALLAH, Ka’bah merupakan simbol arah dan penunjuk menuju jalan Tuhan.

Thawaf adalah simbol cinta dan kasih sayang. Ia adalah gerakan yang menunjukkan kepemilikan diri manusia kepada Pusat Perputarannya. Makna thawaf hanya dapat diraih oleh orang-orang yang mengetahui kebenaran sejati, yakni para ‘arifin (mereka yang mengenal Tuhan) dan muwahhid (orang yang mengesakan Tuhan dengan benar).

Tentang sa’i antara Safa dan Marwah, berlari kecil dari Bukit Safa bermakna bahawa peziarah haji mendaki untuk meraih kesucian batin dan pertemuan dengan Tuhan melalui cahaya ilmu pengetahuan. Sementara, Bukit Marwah merupakan pendakian menuju penyucian ruh melalui jalan pertaubatan.

Berkaitan dengan melempar jumrah, para kekasih ALLAH itu memandang bahawa manasik merupakan upaya untuk melemparkan jauh-jauh fikiran dan kehendak yang mementingkan diri sendiri dari hati dan fikiran.

Begitu juga dengan dhahiyyah (berqurban), yang secara formal adalah menyembelih binatang qurban, bagi para kekasih ALLAH itu adalah upaya untuk mengorbankan keinginan-keinginan peribadi untuk meraih cinta dan kedekatan dengan ILLAHI RABBI.

Mereka melaksanakan setiap rukun ibadah Haji itu dengan segenap jiwa dan perasaannya. Berharap-harap cemas, bahkan waswas, jangan-jangan Sang Kekasih menolak cintanya. Seperti yang dialami oleh Imam Ali Zainal Abidin RA, cicit Baginda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi wa Sallam.

Ketika itu, ia hendak mengenakan pakaian ihram. Tiba-tiba wajahnya memucat. Bibirnya pun gementar, tidak bisa mengucapkan kalimat Talbiyah. Orang-orang di sekitarnya hairan, hingga beranikan diri bertanya.

“Wahai dzuriyat Rasulullah, mengapa Tuan tidak mengucapkan ‘Labbaik’ saat permulaan ihram?”

Imam Ali RA menjawab, “Aku sangat takut, jangan-jangan dijawab ‘La Labbaik’ (Kehadiranmu tidak diterima).”

Setelah itu, Imam Ali mencuba mengucapkan “Labbaik” dengan beratnya sampai-sampai ia jatuh pengsan dan terjatuh dari untanya.

Setelah siuman, ia mencuba mengucapkan “Labbaik”. Lagi-lagi, ia pengsan

Begitu seterusnya, hingga seluruh amalan hajinya disempurnakan dalam keadaan seperti itu.

Dalam buku Hajinya para Kekasih ALLAH, karya Syaikh Muhammad Zakariya, dikisahkan, seorang waliyullah, yang tinggal di Makkah selama 70 tahun, setiap tahunnya menunaikan ibadah haji atau umrah. Akan tetapi, bila memulai ihram untuk haji atau umrah dan mengucapkan “Labbaik”, ia mendapatkan jawapan “La Labbaik”.

Suatu ketika ada seorang pemuda yang memulai ihram bersamanya. Ketika sang wali mendapatkan jawapan “La labbaik”, pemuda itu juga mendengarnya. Si pemuda berkata, “Wahai Syaikh, engkau mendapat jawapan ‘La labbaik’?”

Sang wali bertanya, “Apakah engkau juga mendengarnya?”

“Ya, aku mendengarnya.”

Mengetahui hal itu, sang wali menangis dan berkata, “Wahai pemuda, sudah 70 tahun aku mendengar jawapan seperti itu.

Sang pemuda bertanya dengan penuh tanda tanya, “Lalu, mengapa Paman selalu bersusah payah seperti ini?”

“Wahai pemuda, pintu siapa lagi yang harus aku ketuk kalau bukan pintu-NYA? Dan mahu pergi ke mana lagi selain kepada-NYA? Tugasku hanyalah berusaha. Akan diterima atau ditolak, itu terserah DIA. Hanya kerana masalah ini, tidaklah baik seorang hamba lari dari rumah Tuannya.”

Setelah berkata demikian, sang wali menangis dengan kuatnya sehingga dadanya basah oleh tetesan air mata.

Setelah itu, ia kembali mengucapkan “Labbaik” sekali lagi. Dan ia mendengar, “Kami telah menerima kehadiranmu. Dan Kami pun berbuat seperti ini kepada setiap orang yang berhusnuzhan kepada Kami. Bukan orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya, tetapi mengharapkan rahmat Kami.”

Si pemuda juga mendengar jawapan itu, maka ia berkata, “Syaikh, apakah engkau mendengar jawapan itu?”

“Ya, aku mendengarnya,” kata sang waliyullah. Kemudian ia menangis dengan kuatnya sehingga meninggal dunia.

Kehausan di Tengah Hutan

Dalam melaksanakan ibadah haji, bukan bererti para kekasih ALLAH itu bebas dari cubaan dan ujian. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, yang intinya, cubaan bagi seorang mukmin, apabila dihadapi dengan kesabaran, akan menaikkan derajatnya di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Dan ujian yang dihadapi para kekasih ALLAH itu bukanlah ujian biasa. Ini sudah sebagaimana mestinya. Makin tinggi ketaqwaan seseorang, makin berat ujiannya. Seperti yang dialami Abu Abdurrahman Khafifi, seorang waliyullah asal Iraq.

Suatu hari, ia berjalan untuk menunaikan haji. Ketika sampai di Baghdad, ia berfikir layaknya seorang waliyullah, yang menunaikan ibadah haji dengan keteguhan aqidah, mujahadah, dan meninggalkan segalanya selain ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.

Selama empat puluh hari ia tidak makan dan minum, dan ia selalu menjaga wudhunya. Ia juga tidak berziarah kepada waliyullah termasyhur di kota itu, Syaikh Junaid Al-Baghdadi, sebagaimana tradisi para sufi waktu itu.

Ia terus melanjutkan perjalannya hingga melintasi perbatasan Baghdad, dan sampailah di sebuah hutan.

Di hutan tersebut, ia melihat seekor rusa yang minum air sumur. Kerana ia juga kehausan, ia pun mendekati sumur itu.

Melihat kedatangan Abu Abdurrahman Khafifi ini, rusa itu merasa terusik dan pergi.

Sesampainya di sumur, saat Abu Abdurrahman hendak menciduk airnya, tiba-tiba air itu surut, hingga tidak terjangkau oleh tangan. Padahal, ketika diminum oleh rusa tadi, air itu bisa minum.

Dalam keadaan haus dan sedih, Abu Abdurrahman berkata, Wahai Tuhanku, ternyata kedudukanku tidak sederajat dengan seekor rusa di sisi-Mu.”

Tiba-tiba saja ada suara di belakangnya, “Wahai Abu Abdurrahman, Kami sebenarnya mengujimu, tetapi kamu tidak sabar, dan kamu mulai mengadukan nasibmu. Pergilah ke sumur itu, dan minumlah airnya. Ketahuilah, rusa datang tanpa membawa kantung air dan tali.”

Ketika sampai di sumur itu, ternyata air sumur kembali seperti semula. Abu Abdurrahman pun minum sepuasnya, kemudian berwudhu, setelah itu memenuhi kantung airnya. Anehnya, hingga sampai di Kota Nabi, Madinah, air itu tidak pernah habis, padahal selama dalam perjalanan airnya selalu diminum dan dipergunakan untuk wudhu.

Setelah selesai menunaikan ibadah haji, ia kembali ke kampung halamannya melewati Baghdad. Di Masjid Jami’ Baghdad, ia melihat Syaikh Junaid Al-Baghdadi. Syaikh itu pun berkata kepadanya, “Wahai Abu Abdurrahman, seandainya saja engkau bersabar, air yang engkau kantungi itu akan melimpah ruah sampai di telapak kakimu…”

Kelaparan di Masjidil Haram

Cubaan lain yang dihadapi para waliyullah adalah kelaparan. Tidak hanya dalam ukuran jam, tetapi berhari-hari, dan sering. Namun mereka menghadapinya dengan kesabaran dan ketawakalan yang penuh. Seperti yang dialami Syaikh Abu Ya’qub Bashri. Dalam kitab karya Syaikh Muhammad Zakariyya itu, ia bercerita:

Suatu ketika di Masjidil Haram aku mengalami kelaparan selama sepuluh hari, sehingga aku sangat lemah. Hatiku memaksaku untuk keluar dari Masjidil Haram, barangkali aku mendapatkan sesuatu untuk dimakan.

Setelah keluar, aku mendapatkan makanan sejenis lobak yang telah dibuang ke tanah. Aku pun mengambilnya, tetapi aku rasakan di dalam hatiku perasaan tidak enak, seperti ada yang mengatakan “Sudah sepuluh hari kelaparan dan akhirnya hanya mendapatkan masakan sejenis lobak yang sudah hampir busuk”. Oleh kerana itu, aku membuangnya kembali dan kembali ke dalam masjid.

Ketika aku sedang duduk di dalam masjid, muncullah seseorang yang tidak aku kenal mendatangiku dan meletakkan sebuah tas di hadapanku sambil berkata, “Ambillah ini. Di dalamnya ada kantung kulit kecil yang berisi lima ratus dinar. Aku telah bernadzar untuk memberikannya kepadamu.”

Aku pun terheran-heran dan berkata, “Tetapi mengapa khusus untukku? Bukankah engkau tidak mengenalku?”

“Selama sepuluh hari kami tersesat di lautan, sehingga kapal kami hampir tenggelam. Pada waktu itu, setiap orang di antara kami bernadzar. Aku bernadzar kepada ALLAH, jika DIA menyelamatkan aku, aku akan memberikan tas beserta isinya ini kepada orang yang pertama kali aku lihat di antara orang-orang yang ada di Masjidil Haram. ALLAH menyelamatkan kami. Dan engkau adalah orang yang pertama kali aku lihat di masjid ini.”

Aku membuka tas itu. Ternyata di dalamnya, selain wang yang disebutkan tadi, juga ada gula putih, roti, buah badam yang telah dikupas, dan gula merah. Lalu, aku mengambil segenggam dari masing-masing makanan itu. Sisanya aku kembalikan, dan aku berkata, “Aku telah menerima hadish ini. Kuambil sebahagian, ambillah kembali sisanya, dan bagi-bagikanlah kepada anak-anakmu.”

Berjalan Kaki

Di zaman sekarang, pejalanan haji ke Tanah Suci bisa hanya dalam hitungan jam, dan dengan transportasi yang nyaman serta aman. Sedang dulu, jarak tempuhnya sangat jauh. Alat transportasinya pun masih minim. Paling canggih dengan menggunakan kapal layar. Dan waktunya, bisa berbulan-bulan.

Begitu pula yang dialami para kekasih ALLAH Subhanahu Ta’ala. Demi meraih kedekatan dengan-NYA, mereka ada yang mengendarai unta, berjalan kaki, bahkan ada yang merangkak, kerana lumpuh.

Seorang sufi asal Iraq, Syaikh Ali bin Muwaffaq RA, bercerita:

Pada suatu hari, aku pergi haji dengan mengendarai unta. Di tengah jalan, aku bertemu orang yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji. Aku senang melihat mereka berjalan. Aku pun turun dari untaku dan berjalan kaki bersama mereka, dan aku biarkan orang lain mengendarai untaku.

Kami berjalan di jalan yang tidak biasa dilewati. Di sebuah tempat, kami berhenti untuk beristirahat. Di dalam tidur, aku bermimpi melihat gadis-gadis mendekati kami dengan membawa air dalam wadah emas dan perak. Mereka membasuh semua kaki orang yang berjalan kaki, kecuali kakiku.

Salah seorang di antara mereka berkata kepadaku, “Kemari….”

Lalu, ia berbicara kepada yang lain, “Ia adalah salah seorang di antara mereka.”

Yang lain menjawab, “Bukan, ia bukan salah seorang di antara mereka, kerana ia mempunyai binatang tunggangan yang bisa dikendarai.”

Gadis itu mendesak, “Tidak, walaupun mempunyai  kendaraan, ia memilih berjalan kaki dengan mereka.”

Kemudian mereka datang dan membasuh kakiku sehingga seluruh keletihanku hilang.

Bertahun-tahun Merangkak

kisah yang lebih mengharukan diceritakan oleh seorang sufi asal Iraq, Syaikh Syaqiq Balkhi RA, beliau bercerita:

Dalam perjalanan menuju Makkah, aku melihat seorang yang lumpuh, yang berjalan dengan merangkak. Aku bertanya kepadanya, “Engkau dari mana”?

Beliau menjawab, “Dari samarkand.”

“Sudah berapa lama engkau berjalan meninggalkan samarkand?”

“Sudah lebih dari sepuluh tahun.”

Aku melihat dengan penuh kehairanan dan takjub.

Lalu beliau kembali berkata, “Wahai Syaqiq, mengapa engkau melihatku seperti itu?”

“Aku takjub dengan kelemahanmu dan jauh perjalananmu.”

“Syaqiq kerinduanku telah membuat perjalanan yang jauh menjadi dekat, dan kelemahanku ditanggung oleh Tuanku. Wahai Syaqiq, engkau merasa hairan dengan orang yang lemah yang dibawa oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Wahai Tuhanku, aku sedang berjalan untuk menziarahi-MU, dan tempat-tempat kecintaan sangat sulit untuk dicapai. Akan tetapi, kerinduan akan selalu menolong orang yang tidak pernah ditolong oleh harta.

Orang yang takut binasa di jalan, bukanlah pecinta. Dan dia bukanlah seorang pecinta yang kehendaknya dihalangi oleh kerasnya perjalanan…”

Jalan Menuju Sang Kekasih

Seorang waliyullah lainnya juga bercerita: Aku melihat Syaik Syamnun ketika melakukan thawaf. Beliau berjalan terhuyung-huyung ke kanan dan ke kiri dengan penuh kegembiraan. Aku memegang tangannya dan bertanya, “Demi berdirimu di hadapan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, beritahukanlah kepadaku bagaimana agar sampai kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala?”

Ketika mendengar kata-kata “Berdiri di hadapan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala”, beliau jatuh pengsan. Dan saat sedar, beliau membaca dua bait syair:

Banyak orang tertimpa musibah

Dan badannya penuh penyakit

Hati mereka lebih sakit

Dari hati orang lain

Jika mereka mati

Kerana takut dan gentar

Itu lebih baik baginya

Kerana berdiri di hadapan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala

Pada hari hisab sangatlah sulit

Lalu syaik samnun berkata, “Aku telah memegang lima perkara, telah mengukuhkanya di dalam hatiku.

Pertama, nafsu telah aku bunuh. Dan sesuatu yang telah mati, iaitu hati, telah aku hidupkan.

Kedua, akhirat. Ia kuletakkan di hadapan mataku setiap waktu. Dan sesuatu yang ada di hadapanku, yakni dunia, telah aku campakkan dari diriku.

Ketiga, taqwa. Ia kupelihara dalam diriku. Dan sesuatu yang terkumpul dalam diriku, yakni hawa nafsu, telah aku hapuskan.

Keempat, sesuatu yang aku akrab dengannya, dan sesuatu yang kalian senangi aku takut kepadanya.”

Pada mulanya, beliau menyebutkan lima perkara, tetapi yang dijelaskan hanya empat. Tetapi semuanya itu mempunyai pokok bahasan  yang sama, iaitu bagaimana mengendalikan hawa nafsu. Itulah sebabnya, ulama’ mengatakan bahawa jalan menuju ALLAH tidak lebih dari dua langkah. Jika seseorang meletakkan kakinya yang satu di atas hawa nafsunya, yang kedua telah berada di lorong jalan menuju Sang Kekasih.

Bertemunya para Wali

Bagi sebahagian waliyullah, pergi haji ke Tanah Suci pun merupakan sebuah reuni besar. Sebab, di tanah yang penuh berkah itu, tepatnya di Masjidil Haram, para waliyullah, bahkan para nabi dan para malaikat, senantiasa berkumpul, terutama di waktu subuh dan Jum’at, untuk shalat berjemaah.

Hal ini diungkapkan oleh Abdullah bin Shalih, seorang wali yang dikarunia ALLAH nikmat-nikmmat yang khusus.  Ia selalu berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk lari dari manusia.

Suatu hari, sampailah ia di Makkah Al-Mukarramah. Ia tinggal di kota suci ini dalam waktu yang sangat lama. Ia berkata kepada sahabatnya, “Mengapa aku tidak pernah tinggal di kota ini, padahal aku tidak pernah melihat kota yang banyak turun rahmat dan keberkahan di dalamnya selain kota ini. Di kota ini, malaikat turun pada waktu pagi dan petang. Di kota ini, aku melihat perkara-perkara ajaib yang sangat besar. Malaikat-malaikat dengan bentuk yang berbeza-beza melakukan thawaf di Baitullah, dan hal itu terjadi terus-menerus tiada henti. Seandainya aku menjelaskan apa yang aku lihat di sini orang yang imannya tidak sempurna, akalnya tidak akan menerimanya.”

Lalu ada seorang sahabatnya bertanya kepadanya, “Demi ALLAH, wahai Abdullah bin Shalil, ceritakanlah kepadaku sebahagian kecil yang telah engkau lihat di sini.”

“Tidaklah seorang wali yang telah sempurna kewaliannya, melainkan ia datang ke kota ini setiap malam Jum’at. Untuk melihat orang-orang itulah maka aku tinggal di kota ini.

Di antara mereka aku mengenai orang bernama Malik bin Qasim Jili RA. Beliau datang, dan dari tangannya keluar bau daging. Lalu aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Malik, apa engkau baru makan dan langsung datang kemari?’

Ia menjawab, ‘Astaghfirullah, sudah satu minggu aku tidak makan. Aku tadi baru saja memberi makan ibuku, lalu datang kemari. Dan aku cepat-cepat kemari supaya bisa shalat Subuh berjemaah di Masjidil Haram.’

Ketahuilah, wahai sahabatku, jarak antara tempat tinggal Malik dan Makkah Al-Mukarramah adalah 2.700 mil!”

Abdullah pun kembali berkata kepada sahabatnya itu, “Sahabatku, apakah engkau percaya dengan kisah yang aku ceritakan ini?”

“Ya. Aku percaya.”

“Syukurlah, ternyata aku telah berjumpa dengan seorang mukmin. Ketahuilah, terkadang aku melihat para malaikat, para nabi, dan para wali berada di sekitar Ka’bah. Kebanyakan mereka hadir pada malam Jum’at, malam Senin, dan malam Kamis.”

Saling Belajar

Di Tanah Suci, saat para waliyullah dipertemukan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, di antara mereka pun terjadi komunikasi yang unik dan menarik. Mereka sama-sama saling belajar dan mengingatkan.

Seperti kisah Syaikh Ibrahim bin Adham, seorang sufi yang terkenal dengan kezuhudannya:

Suatu ketika, aku pergi haji pada musim yang sangat panas sehingga aku harus berjalan dengan susah payah. Ketika sampai di Hijaz bahagian tengah, aku terpisah dari kafilah, dan aku sedikit mengantuk. Maka aku pun tertidur.

Ketika mataku terbuka, di hutan itu aku melihat seseorang. Aku buru-buru berjalan ke arahnya.

Setelah dekat, aku melihat seorang anak yang masih belia. Dia sangat tampan, seperti bulan purnama. Wajahnya bersinar.

Aku mengucapkan salam kepadany. Dan dia menjawab, “Ibrahim, Wa’alaikumussalam.”

Aku kehairanan, kerana dia menyebut namaku. Maka aku tidak bisa diam. Dengan penuh kehairanan aku bertanya kepadanya, “Wahai anakku, dari mana engkau tahu namaku, padahal engkau belum pernah melihatku?”

Dia menjawab, “Wahai Ibrahim, sejak mendapat ma’rifat, aku tidak pernah lupa. Dan sejak aku bertemu dengan-NYA, aku tidak pernah berpisah dengan-NYA.”

“Apa yang menyebabkan engkau datang ke hutan ini pada waktu yang sangat panas ini?”

“Sekali-kali aku tidak pernah akrab dengan siapa pun kecuali dengan-NYA. Aku telah mengkhususkan diriku untuk-NYA. Dan aku telah berikrarbahawa DIA-lah Ma’bud (Yang Disembah).”

“Makan minummu dari mana?”

“Kekasih-KU telah menjaminnya.”

“Demi ALLAH, aku khuatir engkau akan binasa kerana perkara-perkara yang aku sebutkan tadi.”

Kemudian dia menangis. Air matanya mengalir di pipinya seperti mutiara yang berjatuhan. Dia lalu bersyair:

Siapakah yang bisa menakut-nakutiku

Dengan kengerian hutan ini?

Padahal hutan ini telah aku jelajahi

Untuk menuju Kekasihku

Dan aku telah beriman kepada-NYA

Kerinduan kepada-NYA

Telah membuatku gelisah

Dan keghairahan semakin penuh

Orang yang menghendaki ALLAH

Sekali-kali tidak takut

Kepada siapa pun

Bila aku lapar

Dengan berdzikir

Perutku akan kenyang

Dan dengan pujian-pujian kepada ALLAH

Aku tidak akan kehausan

Apabila aku lemah

Kerinduan kepada-NYA

Akan membawaku

Dari Hijaz sampai ke Khurasan

Kerana aku masih kecil

Engkau menganggapku remeh

Tinggalkanlah caci makianmu itu

Apa yang seharusnya terjadi

Telah terjadi…

“Demi ALLAH, sebutkan dengan jujur, berapakah umurmu?”

“Engkau telah bersumpah, dan itu aku rasakan sesuatu yang besar. Umurku 12 tahun. Wahai Ibrahim, apa perlunya engkau menanyakan umurku?”

“Aku sangat takjub dengan ucapan-ucapanmu.”

Dia berkata, “Segala puji bagi ALLAH, DIA telah memberiku nikmat yang sangat besar. Dan ini adalah kurnia dari ALLAH.”

“Aku sangat takjub dengan ketampananmu, kelakuanmu, dan perkataan-perkataanmu. SubhanALLAH, alangkah indahnya ciptaan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.”

Kemudian anak itu mengangkat kepalanya dan memandangku dengan tajam. “Apabila balasanku adalah neraka, itulah kebinasaanku. Pada waktu itu ketampananku menjadi buruk. Dan harus menangis di neraka dalam waktu yang sangat lama. Dan ALLAH, Yang Maha Perkasa, akan berfirman,

“Wahai anak yang paling buruk, kamu tidak taat kepada-KU, dan di dunia kamu selalu melawan-KU.”

Wahai Ibrahim, orang yang ditinggal adalah orang yang telah dipisahkan dari teman-temannya. Dan orang yang sampai adalah orang yang taat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Akan tetapi Ibrahim malah ketinggalan dari teman-temannya.”

Aku pun berkata, “Ya, aku telah tertinggal dari teman-temanku. Demi ALLAH, aku meminta kepadamu agar berdoa untukku supaya aku bisa menyusul rombonganku.”

Mendengar permintaanku, dia menadahkan tangannya ke langit dan mulai berdoa. Sungguh pelannya, aku hanya melihat gerak bibirnya.

Ketika itulah, aku mengantuk sekali dan tertidur.

Ketika sadar, aku dapati diriku berada di atas untaku di tengah-tengah rombongan. Temanku yang menaiki untaku berkata, “Wahai Ibrahim, hati-hati, jangan sampai engkau jatuh dari unta.”

Aku sendiri tidak tahu ke mana perginya anak itu…

Ketika kami telah menempuh seluruh perjalanan dan sampai di Mekkah, aku masuk ke Masjidil Haram.

Begitu masuk, aku lihat anak lelaki itu sedang menangis sambil memegang kelambu Ka’bah. Dalam tangisannya, dia bersyair:

Aku sedang memegang

Kelambu Ka’bah

Dan sedang menziarahi Baitullah

Tetapi ENGKAU lebih tahu

Apa yang ada dalam hatiku

Aku berjalan kaki menuju Baitullah

Tidak menaiki kenderaan

Meskipun aku masih kecil

Semua itu kerana aku dimabuk cinta

Waktu kanak-kanak

Aku hampir meninggal kerana-MU

Padahal waktu itu

Aku belum mengenal cinta

Apabila orang-orang

Mencaci maki aku atas sesuatu perkara

Aku adalah

Taman kanak-kanaknya cinta

Ya ALLAH, bila ajalku telah tiba

Mungkinkah aku bisa bertemu

Dengan-MU?

Setelah itu, dia bersujud.

Aku mendatanginya. Dan ketika aku goyangkan badannya, ternyata dia telah meninggal dunia.

Aku sangat sedih. Aku kembali ke tempat penginapanku untuk mengambil kain kafan untuknya, dan aku meminta orang-orang untuk membantuku.

Setelah sampai di tempat jenazahnya terletak, ternyata jenazahnya telah hilang.

Aku bertanya kepada jemaah haji yang lain yang ada di tempat itu. Tetapi tidak seorang pun mengetahuinya.

Maka, fahamlah aku bahawa ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah menutupinya dari pandangan manusia.

Hingga pada suatu ketika, tatkala aku tertidur, aku bermimpi melihat anak lelaki itu berada di tengah kumpulan manusia. Dia yang paling tampan. Wajahnya penuh dengan cahaya. Pakaiannya pun sangat indah.

“Nak… bukankah engkau anak lelaki yang aku temui itu?”

“Ya, Ibrahim. Akulah anak lelaki itu.”

“Bukankah engkau telah meninggal dunia?”

“Benar.”

“Aku datang untuk mengkafanimu, tetapi jenazahmu tidak ada.”

“Dengarkanlah, Ibrahim… Dzat yang telah mengeluarkan aku dari kampung halamanku dan telah memikat aku untuk mencintainya, dan telah memisahkan aku dengan sanak saudaraku, sesungguh-NYA DIA-lah yang telah mengkafani aku, dan tidak membiarkan aku menyusahkan orang lain.”

“Apa yang telah dilakukan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala kepadamu?”

“ALLAH Subhanahu wa Ta’ala memanggil aku di hadapan-NYA, dan berfirman,

“Apa yang kamu inginkan?”

Maka aku pun menjawab, “ENGKAULAH maksudku dan tujuanku.”

Lalu DIA kembali berfirman, “Engkaulah hamba-KU yang sejati. Tidak ada yang menghalangi segala apa yang kamu minta.”

Aku lalu berkata, “Aku menginginkan supaya syafaatku untuk orang-orang yang hidup pada zamanku ini diterima.”

Lalu ALLAH berfirman, “Syafaatmu untuk mereka semua diterima.”

Setelah bercerita, anak lelaki itu menjabat tanganku. Dan aku terbangun dari tidur. Kemudian aku menyempurnakan rukun-rukun haji yang tersisa. Namun hatiku selalu gelisah manakala mengingat anak lelaki itu.

Setelah selesai haji, aku kembali ke kampung halamanku. Akan tetapi, dalam perjalanan, teman-teman berkata bahawa mereka merasa hairan akan bau wangi di tanganku yang semerbak. Dan bau wangi itu terus keluar dari tangan Ibrahim bin Adham RA hingga dia meninggal dunia.

Demikianlah kisah para wali-wali ALLAH melaksanakan ibadah haji. Mereka menunaikannya dengan penuh kerinduan yang meluap-luap, datang dari berbagai tempat yang jauh dengan berbagai keadaan. Berbagai macam rintangan dan kesulitan pun mereka lalui dengan penuh kesabaran dan tawakal.

Al-Kisah

Coretan Hati Muslimah: Saat membaca cerita ini hingga habis, air-mataku mengalir tanpa aku sedari. Dan waktu itu adalah sewaktu aku berada dalam salah satu gerabak MRT menuju ke tempat kerjaku. Sambil berdiri dipenuhi dengan penumpang, aku khusyuk membacakan kisah para wali-wali ALLAH yang begitu sukar menyempurnakan rukun haji mereka. Kenapa dengan tidak disengajakan, air mataku mengalir? Kerana kisahnya menyentuh hati ini. Kerana aku amat sedih dan terlalu takjub akan derajat kesabaran yang mereka miliki. Sedangkan mereka sudah digelarkan antara wali-wali ALLAH yang dicintai-NYA. Apakah aku bisa memiliki derajat kesabaran yang sama? Apakah aku bisa memiliki cinta dari-NYA sebegitu besarnya. Apakah aku mampu melalui rintangan dan ujian yang seberat itu untuk aku membuktikan cintaku yang sangat dalam untuk Ya RABBI-ku? Kini, aku cermini tahap imanku. Aku sedar, betapa kerdil dan dhoifnya diri ini di hadapan Sang Kekasih-KU, RABBI ILLAHI. Ya ALLAH… Sedang mereka sibuk mencari kekayaan Harta semata-mata, aku lagi sibuk menangis, merangkak untuk mendapatkan kekayaan Rahmat dan Redha dari-MU… Bimbingilah diriku yang serba kekurangan ini untuk selalu berada di atas jalan Cinta-MU… Agar diri ini bukan sahaja selalu berusaha tetapi juga selalu menyerahkan segala-galanya hanya kepada-MU… Agar diri ini selalu bertawakal kepada-MU… Agar diri ini selalu tabah menyelami ujian yang akan menjadi sebuah nikmat kebahagiaan buatku suatu hari nanti… Aku yakin itu… Kerana tali yang ku pegang sedari kecil lagi, adalah pegangan taliku dari-MU, Ya ALLAH, Ya RABBI, Ya RAHMAN, Ya KHALID… Bagaimana lagi harus aku coretkan kepada-MU tentang rinduku…?

Hati Seorang Isteri…
"Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…" An-Nissak : 1.

Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.

Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

"Umi… Abu ingat abi."

"Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."

Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.

Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa?"
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
" Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah."

Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak."

" Bagaimana pula dengan rotan?"
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya."
" Adakah dia sering memukulmu?"
" Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
" Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung. Abang.

Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu. Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?

" Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."
" Pergilah bang. Orang dah jemput."
" Macam mana anak-anak?"
" Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
" Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm…."

Abang,Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. " Ibrahim : 7. Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah." Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

" Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
" Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
" Nanti kakak telefon abang Muhammad."

Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.

Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…

" Kakak… Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."

Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."

" Kak Hanan."
" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
" Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?"
" Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu," talian sunyi sebentar.
" Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi…
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…

Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya," Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar." Tapi…

Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

"Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?" Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.

"Tak adalah bang. Ayang letih saja," kata Hanan menahan sebak di dada.
"Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.

"Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
" Abang…" Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…
" Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."
Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…

"Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…" At-Taubah : 24.

" Abang…" Hanan bersuara satu malam.
" Yang…"
" Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
" Ya."
" Nona namanya," Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya…" Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah dia," lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?" Diam…
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi…
" Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Hanan kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

" Abang… Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang…"
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…"
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
" Kalau-kalau…"
" Semua akan selamat," pintas Muhammad.
" Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang."

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.

"Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
"Selamatkan keduanya," Muhammad seolah memberi arahan.

Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan  memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu…

”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

Pertemuan…
menghadiahkan kita kasih sayang…
jika cinta satu pasti bertemu…
ia tidak ternilai…
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita…
jasad dan suara berjauhan senantiasa
namun cinta abadi…
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu…berpisah tidak gelisah..

Apabila Ibu Melarang Anaknya Berjilbab!
Assalamu’alaikum…

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda dari seorang ibu..
Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya
melepaskan lelah  sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah  keislaman di masjid betul2 meletihkan.
Suasana hening dan damai di  flat kediamannya kerana ramai penghuni masih
belum balik dari kerja.

Dari  balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu
tua dengan  anaknya.

Anak :Ibu..

Ibu :Hmmm ?

Anak :BU !

Ibu :APA ?

Anak :Mmm, anu … tadi saya ke masjid dengar  ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang
ke jarum  ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun…

Anak :Bu !

Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang  ?

Anak :Tadi, di masjid seorang  ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai
jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang  saya mau pakai jilbab. Boleh tak
Bu..?

Ibu :Jangan …

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak  patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya,
saya mau pakai jilbab ?

Ibu :Kan ibu kata JANGAN …

Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai  jilbab kerana kerana kita
orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan  harga diri saya..
betul tak bu…? Bolehlah bu..

Ibu :TIDAK !

Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama  cerita bohong pasal memakai
jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab.  Itu Syariat Islam. Islam
yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan  demikian, bukan
trend baru-baru ini aja.

Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata  JANGAN !
Anak :Jadi Ibu melarang  saya nih… Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata  apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau
orang tu a itu menyuruh maksiat pada  perintah Allah.

Ibu :Kamu tak  faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI  JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu :JANGAN  !

Anak :JILBAB !

Ibu :JANGAN !

Anak :JILBAB !!

Ibu :J A N G A N !!!

Anak :J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda  tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik
untuk bertemu  ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju
dengan kemahuan si  anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk
mengetuk ….namun  terdengar lagi kata-kata dari si ibu …

Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN..  JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI… ..

Pemuda, Si jiran sebelah pun  berlalu ..dengan langkah yang longlai (hehehe, serius tul baca  nampak… Kite pun terkena jugak

Cintanya seorang Suami…
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper – Chicken Recipes – Wholesale Jewelry – Fat Loss

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :

”Pak kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…

”Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini. Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini. Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

”Anak-anakku, jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu mungkin bapak akan berkahwin lagi tetapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongannya tersekat.

“Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain. Bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?”

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno.

Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis. Tetamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Di situlah pak suyatno bercerita. Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tetapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik semuanya.

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya kerana DIA maha Mendengar.

Kisah yang wajar kita teladani.

Tidak dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran cerita ini. Namun, saya yakin masih ada suami-suami di luar sana yang masih memiliki sifat sedemikian rupa. Insya-Allah.

Indahnya Taubat I
Keinginan hati yang kuat untuk saling ingat-mengingati antara sesama muslim  dan   teringat akan perkataan Ya A’rif bahawa ulama’ itu tidak peduli apakah karyanya akan dibaca atau tidak yang penting adalah dakwahnya sampai ke setiap lapisan masyarakat dan setiap relung hati yang mendengar dan membaca. Dengan harapan kisah-kisah teladan ini dapat memberikan kita siraman bagi jiwa yang gersang untuk memantapkan lagi imani dalam diri. Kita turut berharap agar setelah membaca kisah ini kita menjadi lebih santun dan sayang terhadap anak-anak dalam segala apa keadaan, serta dapat direnungkan pada bahagian dimana segala amal di dunia akan berubah menjadi jasad di hari kiamat. Jadi, seperti apakah jasad yang akan terbentuk di hari kiamat nanti oleh amalan-amalan kita??? Jadi disinilah sekarang dua kisah teladan tersebut.

Malik bin Dinar ra

Ia seorang Tabi’in, dan yang terkenal darinya ia selalu menangis sepanjang malam sambil berkata, “Ya Rabbku Engkau sendirilah yang tahu penghuni syurga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah jadikanlah aku penghuni syurga, jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka.”

Perhatikanlah ibadahnya! Inilah Malik bin Dinar. Tapi ia diawal hidupnya tidak memiliki ketaqwaan seperti ini. Ia berkata, “Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zhalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku memakan riba, aku memukul manusia. Aku melakukan kezhaliman. Tiada maksiat yang tidak ku lakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku.”

Apakah Malik bin Dinar seperti itu? Ya, dulu ia seperti itu. Lalu ia berkata, “Tetapi disuatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka akupun menikah dan isteriku melahirkan anak yang ku beri nama Fatimah. Aku sangat mencintainya. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol khamr, lalu ia mendekat padaku, sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedang ia baru berusia dua tahun. Seakan Allah menjadikan dia berkelakuan sebegitu. Setiap kali Fatimah bertambah besar, iman ku pun bertambah. Dan semakin aku selangkah lebih dekat dengan Allah, maka aku sedikit demi sedikit semakin jauh dari maksiat, sehingga usia Fatimah genap tiga tahun.”

“Ketika usianya tiga tahun, ia meninggal dunia…” Maka hidupku berubah menjadi lebih buruk dari yang dulu. Aku belum memiliki kesabaran orang yang beriman yang menguatkanku menerima bala, sehingga syaitan mempermainkanku. Sampai datang suatu hari, maka ia berkata, “Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya…” Maka aku pun ingin mabuk, ingin minum Khamr, sehingga aku minum sepanjang malam.

Lalu aku bermimpi yang menembus kesadaranku. Aku bermimpi melihat diriku pada hari kiamat. Ketika matahari menjadi gelap, lautan berubah menjadi api, bumi bergoncang, dan manusia berkumpul di hari kiamat, manusia berduyun-duyun, aku bersama manusia, aku mendengar ada yang menyeru, “Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Kuasa.”

“Aku lihat wajah Fulan bin Fulan itu berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehingga aku mendengar penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia disekelilingku hilang, seakan tidak ada orang di bumi Mahsyar itu. Lalu aku melihat ular besar lagi ganas berjalan ke arahku sambil membuka mulutnya. Aku pun lari ketakutan, hingga aku menemukan laki-laki tua lagi lemah dan aku berkata, “Tolonglah aku dari ular itu.” Ia berkata, “Anakku, aku lemah, aku tidak bisa menolongmu, tetapi larilah ke arah ini mungkin kau akan selamat.”

“Aku pun lari ke arah yang ia tunjukkan. Ular berada dibelakangku, dan didepanku neraka. Maka aku pun berkata, ‘Apakah aku akan lari ular dan jatuh ke neraka?’ Aku pun segera kembali lari dan ular semakin mendekat, aku kembali kepada laki-laki lemah itu sambil berkata, ‘Selamatkan aku, tolonglah aku.’ Ia pun menangis kasihan pada keadaanku, lalu berkata, ‘Aku lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa, tetapi larilah ke gunung itu mungkin kau akan selamat.”

“Aku pun lari ke gunung dan ular akan menyambarku. Lalu aku lihat di puncak gunung itu anak-anak kecil, mereka berteriak, ‘Wahai Fatimah temuilah ayahandamu, temuilah ayahanda!’.”

“Aku pun tahu kalau itu anakku. Aku senang anakku yang meninggal di usia tiga tahun menolongku, mengambil tanganku dan mengusir ular itu dengan tangan kirinya, sedang aku seperti mayat akibat ketakutan. Lalu aku pun duduk di kamarku seperti aku duduk di dunia, dan ia berkata, ‘Wahai ayahandaku, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah…” (Al-Hadid: 16)”.

“Aku bertanya, ‘Wahai anakku, beritahulah padaku tentang ular itu!”. Ia menjawab, “Itu adalah amalmu yang buruk, kau besar-besarkan dan kembangkan sehingga hampir ia memakanmu. Bukankah kau tahu wahai ayahandaku, bahwa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di hari kiamat?”

“Aku bertanya lagi, dan laki-laki lemah itu?” Dia lalu menjawab, “Itu adalah amal solehmu. Kau lemahkan dia sehingga dia menangis melihat keadaanmu dan ia tidak mampu melakukan sesuatu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku dan aku mati ketika masih kecil tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu..”

“Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, telah datang, wahai Allah Subhanahu wa Ta’ala… telah datang, wahai Allah Yang Maha Berkuasa…”

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah Subhanahu wa Ta’ala…”

“Aku pun mandi dan keluar untuk menunaikan shalat Subuh, aku ingin bertaubat dan kembali pada Allah Azza wa Jalla.”

Dia bercerita lagi, “Ketika aku masuk masjid, sang Imam sedang membaca

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah…” (Al – Hadid: 16)

Malik pun bertaubat hingga ia dikenal setiap hari duduk di depan masjid sambil berkata,

“Wahai hamba yang bermaksiat kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lalai kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lari, kembalilah pada majikanmu. Majikanmu menyerumu setiap malam dan siang hari sambil berkata,

“Siapa yang mendekat pada-Ku sejengkal, maka AKU akan mendekat padanya sehasta, lalu siapa yang mendekat pada-Ku sehasta, AKU akan mendekat padanya satu depa, dan siapa mendekat pada-Ku sambil berjalan, maka AKU akan mendekat padanya sambil berlari kecil…” (HR. Bukhari dan Muslim)

Bersambung…

@ Abadikan diriku dalam hatimu, bukan pandanganmu

Wahai lelaki… Janganlah dikau mengalirkan air mata mutiaramu itu…
Aku kenal dia. Dia lelaki yang kacak, ramah dengan senyuman. Penampilannya sentiasa kemas. Tidak hairanlah kalau ramai wanita tertarik dengannya. Tapi..bukan aku. Aku bukan tertarik pada wajah atau  gayanya. Jauh sekali aku suka dengan sikapnya yang merendah diri dengan pekerja bawahan seperti aku. Walaupun dia salah seorang pegawai di sini, sebagai ketua yang ditempatkan di bahagian pengaduan, dia tetap tersenyum tatkala mendengar rungutan dan cercaan daripada orang awam. Pada aku, dia seorang insan yang tidak pernah marah dan tidak tahu bagaimana untuk marah. Itulah kelebihannya.

Tapi..itu dulu…

Kebelakangan ini aku lihat dia sering mendiamkan diri, kadangkala hanyut dalam dunianya sendiri. Pasti dia punya masalah, desis hatiku. Aku ingin bertanya, namun akalku menghalang. Aku tidak mahu dicop sebagai penyibuk. Lantas kuperhatikan saja gelagatnya. Sehari ke sehari, keadaannya masih seperti itu. Kalau dulu, dia seorang yang periang, dan selalu berbual dengan kami, tapi kini dia gemar membisu. Kalau dalam sesi mesyuarat atau taklimat, dia hanya akan berucap pendek. Senyumannya juga sudah tidak kelihatan. Aku semakin gusar melihat perubahan ketuaku yang seorang ini.

“Emma…bawakan fail mengenai minit mesyuarat yang lepas. Sekarang!” Interkom yang berbunyi mengejutkan aku. Interkom dari En Wan. Aku menjadi gelabah. Perasaanku berdebar-debar ingin berjumpa dengannnya sedangkan dulu akulah staf yang paling banyak berbual dan berlawak dengannya. Dia suka mengusik aku, kerana aku memang cepat merajuk sementelah aku juga tidak punya abang kandung. Kadang-kadang kami berpakat untuk mengenakan seseorang atau mengadakan surprise party pada teman-teman sepejabat. Memang kami rapat.

“Emma, pergilah. Mana tau kot-kot kau boleh tanya apa masalah dia. Kau kan baik dengan dia, mungkin dia boleh cool down. Pergilah…” Desak teman di sebelah.

Berkongsi

“En Wan…”panggilku perlahan. Dia memandangku sekilas sambil membuat isyarat menyuruh aku duduk. Aku lihat dia sedang leka mendengar alunan lagu. Lagu apa? Desisku dalam hati. Sampaikan buat tak tahu pada aku. Aku letakkan fail yang dipintanya di atas meja, namun tak diendahkan. Matanya sedang leka memandang melalui celahan tingkap. Pandangannya jauh.

“Telah kusiapkan satu daerah..paling sunyi..dalam hati ini..untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita…untuk kau beri erti dengan kelembutan..untuk kau hargai dengan kasih sayang…”

Aku amati lirik lagu itu. Entah kenapa aku rasa tersentuh. Patutlah kata Siti, dia selalu memainkan lagu ini berkali-kali. Aku mengalihkan pandangan kepadanya. Kebetulan, mata kami bertentangan.

“Maafkan saya…saya tak tahu apa masalah En Wan sebenarnya. Tapi kalau En Wan nak berkongsi masalah tu, saya sedia mendengarnya.” Luahku ikhlas. Aku lihat matanya membengkak. Takkanlah dia menangis, desis hatiku.

“Mahu ke awak kongsi, Emma? Sedangkan ini hal peribadi saya” Ujarnya serius.

Aku terpempan. Masalah peribadi?

“Aaa..asalkan En Wan tak bersikap dingin macam ni lagi. Saya nak En Wan happy macam dulu…Saya rindu nak tengok En Wan senyum!”Luahku tiba-tiba.

Dan mata kami bertentangan lagi…

Tergamak

Dia seorang lelaki yang hebat dari segi luaran, tapi hakikatnya dalamannya lemah. Aku sungguh tak menduga perkara seperti ini boleh terjadi padanya. Siapa sangka, seorang ketua yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah-masalah orang awam dan masalah di kalangan staf mempunyai masalah yang lebih besar di rumah. Apalagi masalah itu melibatkan isteri sendiri. Seseorang yang dianggap kaunselor di pejabat, sebenarnya memerlukan kaunseling yang lebih hebat untuk dirinya sendiri.

Perbualan selama dua jam itu membongkar segalanya. Tahulah aku kini, mengapa sikapnya berubah tiba-tiba. Kenapa senyuman tiada lagi di bibirnya. Semuanya gara-gara rumahtangganya yang dilanda badai.

Dalam kepayahan, dia mula bercerita padaku tentang apa yang dipendamnya selama ini. Dan aku, hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Siapalah aku untuk menolongnya. Sedangkan aku masih mentah dalam soal rumahtangga. Berkasih pun belum, desis hatiku.

Namun, simpatiku tumpah tatkala diberitahu yang dia terpaksa bermalam di dalam kereta di luar rumah gara-gara berselisih faham dengan isterinya. Gara-gara dia ingin keluar sekejap bermain badminton dengan teman-teman. Salahkah tindakannya itu? Punca yang tidak logik, fikirku. Dan lebih memburukkan, kerana dia tinggal di rumah mertua. Justeru itu, segala masalah yang timbul antara mereka akan diadukan pada mertua. Dia jadi malu. Sudahlah menumpang di rumah mertua. Apalah kata mereka. Dua orang anaknya yang masih kecil itu pula sering jatuh sakit dan memburukkan keadaan.

Aku terdiam. Setahu aku, isteri En Wan seorang ustazah yang mengajar di sekolah menengah. Takkanlah seorang ustazah sepertinya tergamak membuat perkara-perkara sedemikian. Apa lagi bertengkar dan tergamak memarahi suami? Sepatutnya dialah yang lebih arif tentang hal-hal agama, bukannya bertindak melulu tanpa usul periksa. Aku buntu. Pelik memikirkan keadaan sekarang. Isteri sudah tidak segan silu memarahi suami, dan suami yang sepatutnya bertegas dengan isteri pula lebih suka berdiam diri.

Sejak waktu itu, aku menjadi pendengar setia En Wan. Setiap masalah yang dihadapinya, akan diluahkan padaku, kecuali hal yang berkaitan tempat tidur. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja angin ribut yang melanda. Dan aku menasihatinya setakat termampu. Kami menjadi rapat, dan kadangkala keluar makan bersama. Dia lebih selesa dengan aku, kerana cuma aku yang tahu segala masalahnya. Mujurlah teman-teman memahami, dan tiada yang menganggu tatkala kami berbincang.

Jatuh Cinta

“Apa? Kau dah gila??”

Aku mendiamkan diri. Memang. Memang aku gila, Milah. Gila kerana jatuh hati padanya. Tapi perasaan ini hadir tanpa diundang. Bukan aku yang minta jadi begini.

“Kau ingat senang…bercinta dengan suami orang? Hey! Aku yang pernah bercinta dengan duda orang ni pun, sampai sekarang serik, kau tau tak?” Cebiknya lagi. Nyata dia tidak gembira dengan perkhabaran ini.

“Tapi..aku kasihan padanya, Milah. Sampai bila dia harus macam tu? Diabaikan isteri sendiri. Dah la anak-anaknya tu pun selalu sakit. Hati mana yang nak tenang Milah?” Ujarku pada teman serumah. Milah antara yang paling rapat denganku. Dan cuma dia yang pernah mengalami masalah seperti ini.

“Aku rasa…kau cuma kasihan padanya. Bukan cintakan dia!”

“Tapi Milah…aku..aku rasa aku nak berkongsi masalah ni dengan dia. Aku tak mahu dia sedih lagi. Aku tak sanggup biarkan dia hadapi masalah ini sendiri…” Luahku sebal.

“Emma..bercinta dengan suami orang ni bukannya senang. Ibarat menyeluk tangan ke dalam api. Sia-sia saja Emma. Apa yang kau harapkan dari dia? Cinta? Mungkin…Tapi takkan nak bercinta saja sampai tua? Kahwin…boleh. Tapi kau sanggup ke nak bermadu? Lebih-lebih lagi nak bermadu dengan orang yang semacam itu. Aku taknak tengok kau patah-riuk kena serang Emma. Banyak lagi benda yang boleh kau buat…”Ujar Milah serius. Temannya itu belum tahu lagi bahana menjadi orang ketiga. Walaupun dia tahu niat temannya itu ikhlas, tapi masyarakat tetap akan menghukum. Tentu dia akan dicop betina sundal, miang dan entah apa-apa lagi. Tiada siapa akan menyebelahinya. Dia tidak sanggup melihat Emma jadi begitu.

Aku tunduk. Aiar mataku tiba-tiba mengalir sayu. Kenapa niat murniku ini disalah ertikan? Aku ikhlas nak membantu En Wan. Mungkin dia perlukan sokongan dan suntikan semangat dari aku untuk meneruskan hidupnyaaa. Bukannya aku nak merampas kasih dia dan isterinya. Aku cuma ingin berkongsi. Salah benarkah aku?

“Lagipun Emma…kau hanya dengar masalah ini dari sebelah pihak aje..Mana tahu kalau dia hanya mengada-adakan cerita? Mungkin cerita yang sebenarnya lain, Emma. Kau belum dengar dari mulut isterinya lagi. Dalam dunia hari ini, macam-macam boleh jadi Emma. Tolonglah berhati-hati. Itu aje pesan aku!” Luah Milah sambil meninggalkan aku sendirian.

Perasaan

“Hello..assalamualaikum”Ujarku gugup. Terkejut kerana bukan dia yang menjawab panggilanku.

“Waalaikummussalam…haa ada ada apa ni? Ujar satu suara yang amat garang itu. Sudah pasti isterinya yang bercakap denganku.

“Mm..mmaaf puan..Ss..saya call dari pejabat ni..boleh saya cakap dengan En Wan sekejap?” pintaku sopan. Malang betul kerana terpaksa menelefonnya pada hari dia MC sebegini. Dah urusan pejabat.

“Siapa awak ni? Ada apa hal nak cakap dengan dia? Tak tau ke dia MC hari ni? Yang telefon tu buat apa? Ni mesti nak menggatal ni. Siapa ni hah?” Suara itu memetir membuat aku terkaku. Tanpa kusedari, aku meletakkan gagang telefon. Badanku menggeletar. Tahulah aku sikap isterinya yang sebenar.

Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Entah kenapa, hati ini  jadi tidak keruan. Tambahan pula mendengar suara isteri En Wan siang tadi. Terasa seperti hendak demam aku dibuatnya.

Patutlah dia sering saja murung dan bersedih. Siapa yang tak terasa hati kalau diherdik begitu. Nasib baik bukan pengarah yang telefon, desisku.

Aku merenung siling yang kosong. Fikiranku menerawang jauh. Aku cuba menilai diri sendiri. Bermula dengan menjadi pendengar masalah , alih-alih aku jatuh hati. Tapi aku bukan sengaja. Perasaan ini hadir lantaran rasa kasihanku padanya. Seorang suami yang dikhianati. Dan dia terlalu setia, fikirku. Masakan dia sanggup bertenang dan berdiam diri. Dituduh macam-macam oleh isteri sendiri. Punyai perempuan simpanan dan macam-macam lagi. Memang En Wan kacak. Aku sendiri tertarik padanya. Namun dia bukanlah lelaki seperti itu. Tak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan ke atas kami, stafnya. Kalau memang betul dia lelaki buaya, tentu dah lama dia buat begitu. Tentu juga bukan seorang mangsanya. Kenapalah isterinya tak mengerti. Kalaulah lelaki lain, mungkin sudah bertalak. Siapa yang tahan dicaci. Mungkin kerana isterinya seorang graduan sedangkan dia cuma lulusan STPM. Sebab itu dia memandang rendah akan suaminya. Namun, suami tetap suami. Maruah suami perlu dijaga. Walau seburuk manapun, dia tetap anugerah Tuhan buat kita. Cuba bayangkan dalam sekelip mata Allah mengambil nyawa En Wan, adakah mampu isterinya hidup sendirian bersama anak-anak yang masih kecil? Tahankah dia bergelar ibu tunggal? Cakap mungkin senang, tapi realitinya hanya Allah yang Maha Tahu.

Aku mengeluh. Air mataku mengalir pilu. Insan seperti aku hingga kini masih belum berteman. Walaupun belum bergelar andartu, tapi aku juga punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Aku kepingin mempunyai seseorang yang boleh kupanggil suami. Yang boleh menjadi ayah kepada anak-anakku kelak. Yang boleh membimbingku ke jalan Tuhan. Seronok hidup berteman, susah senang dikongsi bersama. Apalagi seseorang seperti En Wan yang bertanggungjawab. Bukan seperti kebanyakan lelaki kini. Habis madu sepah dibuang.

Dalam diam, aku bertekad. Kalau isterinya sudah tak mahu menyayangi dan menjaga hatinya, biarkan aku saja yang menemaninya. Aku nekad!

Aku Malu!

“Maafkan saya, Emma…Memang saya sayangkan Emma dan terharu dengan keprihatinan Emma. Kalaulah sejak dulu kita dipertemukan, mungkin kita daah bersama sekarang. Tapi keadaan dah berubah, Emma. Saya tak mampu…” Ujarnya perlahan. Matanya memandang jauh ke luar kereta. Kami berduaan di dalam kereta di tepi ombak pantai yang menderu.

Aku tunduk. Sampai hati En Wan menolak aku untuk bersamanya. Aku malu!!

“Saya tak faham En Wan. Mengapa En Wan harus bersaabr dengan sikap isteri En Wan tu? Dia dah jadi nusyuz. Apa yang En Wan harapkan lagi?” Ujarku dengan linangan air mata.

Dia diam. Lantas dia menforwardkan pemain CD kereta. Dan kemudian menekan butang play.

“Kerana engkau isteri…kuingin kau mengerti bahawa hidup ini..tak seindah yang kita janjikan..yang kita impikan..kerana kau isteriku…”

“Maafkan saya Emma. Tapi dia isteri saya yang perlu saya asuh. Walaupun payah, saya terpaksa. Kerana itu tugas saya sebagai suami. Dan saya kasihan kepada anak-anak yang masih kecil. Terlalu kecil untuk mengerti semua ini. Walaupun jiwa saya terseksa, namun saya terpaksa tabahkan hati. Kerana kami dah terikat Emma. Terikat dengan sebuah ikatan yang bernama perkahwinan. Saya akan cuba menjaga ikatan ini selagi hayat masih ada. Doakan saya berjaya, Emma. Dan maafkanlah saya..”

Oh Tuhan! Baru kini aku tahu…tidak semua lelaki yang ingin mengambil kesempatan atas dugaan yang hadir.

Dia antara suami yang tabah mengendalikan bahtera rumahtangga. Walaupun sukar…Hanya kerana sebuah ikatan suci. Hanya kerana seseorang yang bernama…

ISTERI !!

Cerpen: Keluarga Sakeenah
Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.

Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.

“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!

Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.

“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”

Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.

“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.

“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”

Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri

“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”

“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.

“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”

Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri. Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.

Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah.

“Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.

“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”

Ibu terus bercerita dengan panjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang. Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.

Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan.

Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari pagi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dari luar negara.

Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subuh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali.

Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.

Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbicara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Suara mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengah jalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.

Sememangnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak nampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.

Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini… alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku… aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang nama Shahrul tu…”

“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.

Palestina Bumi Syaheed
CERPEN : BUMI YANG BERDARAH

Palestin…
Bumi yg sentiasa di hati…
Andai bisa diri ini pergi…
Andai bisa diri ini kecapi…
Jihad dan syahid di bumi suci…
Ameen…

Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.

Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.

Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.

Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.

Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!

Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?

Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.

Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”. Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada’. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan “bin” atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.

Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.

Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.

Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”.

Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.

Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.

Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra’ dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.

Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.

Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh

AL-JIHADU SABILUNA

Ya Allah…
Ku sedar dari lamunan
Ku ingat akan kewajiban
Ku renungi asal kejadian
Dorongan cetusan tulisan Dr. Abdullah Azzam,
Dalam kitab ”MERINTIS KHILAFAH YANG HILANG”.

ALLAHHU AHAD!!

Ku sedar pentingnya usaha jihad
Ku yakin wajibnya untuk berjihad
Ku sahut perlunya mukmin berjihad

Jihad…….
Shahid………
Amat ku rindui….
Ingin sekali ku sertai…
Ingin sekali ku rasai…

Ingin ku kecapi tarbiyyah jihadiyyah
Agar diri lebih dekat pada Allah
Agar hidup diterima ILLAHI
Agar di jauhi neraka ‘harroh’
Agar di masukkan ke dalam jannah
Inginku pegang senjata
Hancurkan kafir durjana
Inginku turun ke medan
Hati ini tak tertahan-tahan

Namun… apakan daya
Diri ini seorang wanita
Awwalawiyyatku bukan di perbatasan…
Tugasanku lebih berat dan banyak dugaan
Tanggungjawabku bersama ’usrah’ kesayangan
Mampukah aku memikul cabaran?

YA MAJEED…..

Ku mohon teman seorang mujaddid, seorang mujahid
Ku mohon dia mengharapkan syahid
Ku mohon seorang penolong agamaMU
Ku mohon seorang penegak kalimahMU
Ku mohon dia tak gentar dibelenggu
Ku pinta pasangan tak cintakan dunia
Dunia baginya, persinggahan semata
Ku harap dia zuhud hidupnya
Ku mahu dia tak lebihkan keluarga
Ku mahu dia ’awla’kan Allah dan RasulNYA
Ku mahu dia serah jiwa buat agama
Ku mahu dia harapkan syurga sahaja
”Wahan” bukan sifat jiwa perwira
Ku doakan dia temui syahid kerna deennya
Agar dia bahagia di akhirat sana
Ku hanya inginkan kehidupan sederhana
Biar harta infaq pada jalanNYA
Tapi bukan halangan berusaha
Harta dicari bukan kejar dunia

YA RAHMAN…

Kurniakanku zuriat yang sihat
Agar mereka dapat berjihad
Kurniakanku zuriat yang soleh
Agar mereka tidak selekeh
Ku mohon cahaya mata yang pintar
Agar perjuangan tidak terlantar
Ku mohon anak-anak yang cerdik
Bantu Islam kembali bangkit
Ku mohon perwira-perwira agama
Beserta jasa dan darah mereka
Islam bangun gemilang semula
Ku ingin jadi muslimah solehah
Ku ingin jadi isteri mukminah
Ku ingin jadi ibu qudwah
Ku ingin bina baitud dakwah
Ku ingin terapkan Tarbiyyah Islamiyyah Jihadiyyah
Agar generasiku jadi mujaddid,jadi mujahid
Agar mereka menempuh syahid
Agar akhirat tidak perit

YA ALLAH…

Izinkanku menitiskan air mata gembira
Di suatu hari di sampaikan berita
Suami dan anak, syahid bela agama
Janji Allah pastinya syurga
Moga diri diberi syafaat sama
Izinkan ku kecapi gembira ”Al-Khansa’”
Ibu bagi empat orang shuhada’
”Farah” jiwa tidak terkata…
Anak-anak syahid mengundang syurga…

YA TUHAN…

Inilah segunung cita-cita dan harapan
Ku mohon sangat agar dimaqbulkan..

YA ROHIM….

Bantulah hambaMU ini
Bentuk diri jadi mukminah sejati
Jadi isteri penenang, pendorong, pelengkap, pendamping suami
Jadi seorang ibu mithali
Ku sedari diri ni…
Masih banyak perlu di koreksi
Masih banyak perlu diperbaiki
Perlu bentuk jiwa dan akhlak
Agar dapat jadi qudwah;
Perlu tingkatkan qiamullail
Agar diri tidak lalai;
Perlu tingkatkan tadabbur Al-Quran
Agar hidup ada panduan;
Perlu banyak buat muhasabah
Agar iman tidak goyah;
Perlu banyak mua’lajah u’yub
Agar diri tidak hanyut;
Perlu selalu puasa sunnat
Untuk hindar dari maksiat;
Perlu selalu tambah ilmu
Agar amalan tidak melulu;
Perlu teliti sirah dan sunnah
Mahu hidup macam Rasulullah dan sahabah;
Perlu belajar dgn jiddiyyah
Untuk menyumbang kepada ummah;
Perlu menjadi agen perubah
Agar ummah tak terus rebah.

Bantulah hambaMu yang dhoif ini
Hidupku untukMu ILAHI..
Demi menagih cinta sejati
Demi mengemis kasih abadi
Demi mendokong deen yang suci

YA RABBI….

Bantulah hambaMU ini
Dalam process mentarbiyyah diri
Agar tercapai cita-cita yang tinggi..
Aamiin…

<embed src="http://www.youtube.com/v/QpUC45vugdY&rel=1&border=1" width="425" height="373" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent"></embed>

Pesanan Dr. Abdullah Azzam:

Wahai kaum muslimat…

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.

Didiklah dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad, jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa bukannya reban ayam yg menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepdada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula….

-UMMU MUHAMMAD-

Sumber: Mencari Redha Illahi