Logo Background RSS

» Cerpen Istimewa

  • SuNaYYRaH Bahagian I
    By Muslimah on April 23rd, 2009 | No Comments Comments

     sunayyrah

    Hujannya kok gak henti-henti ya bu?

    celah Mbak Sarti sambil memandang terus tingkap dapur dengan wajah runsing.

    Ya bik, saya pun risau sangat ni. Hari dah nak pagi. Abi masih juga tak pulang. Danial pun sama juga. Saya risau sangat ni. Anak dan bapa dua-dua belum pulang.

    Barangkali mereka berdua masih mengejar Sunayyrah. Pertelingkahan malam tadi memang tidak diduga. Ibu mundar-mandir di halaman rumah, masih dalam kegelisahan. Masalah yang menimpa keluarganya ibarat bertali arus. Tiada hentinya. Hujan pula seakan mengerti perasaan ibu. Mahu saja dia menangis seperti lebatnya hujan yang melimpahi bumi tetapi ibu tabahkan hati. Memang ibu tidak habis fikir, mengapa Abi sanggup melukakan hati orang-orang yang disayangi.

    SuNaYYRaH

    Sunayyrah seorang perawan luar biasa cantiknya. Bertudung, manis dan berlesung pipit.

    Senyumannya bisa meluluhkan hati sesiapa saja yang sedang marah. Anggunnya, masya-ALLAH! Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan wajah seindah ini. Danial begitu tertawan dengan kesopanan dan kelembutan Sunayyrah. Keayuannya semakin terserlah apabila umurnya meningkat 20 tahun.

    Setiap kali Danial hendak pergi kerja, beliau pasti terserempak dengan gadis itu, yang setiap pagi akan membawa kuih yang dibuat sendiri untuk dijual di gerai Mak Kiah. Danial memang amat berminat dengan Sunayyrah tetapi beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan persahabatan mereka.

    Akibatnya, beliau hanya memendamkan perasaan. Mereka berdua juga hanya mampu saling bertukar senyuman apabila terserempak, tanpa gurauan, tiada bicara. Setiap hari Danial akan ke gerai Mak Kiah untuk membeli kuih Sunayyrah. Sunayyrah memang pandai membuat kuih. Lain pula, jika tidak kerana pendapatan daripada penjualan kuihnya, tidak makanlah mereka sekeluarga.

    Kuih-kuihnya memang sangat enak dan laku. Mak Kiah dan suaminya senang dengan pelanggan-pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Namun, hasil jualan itu hanya cukup untuk makanan seharian mereka kerana Sunayyrah juga harus membelikan ubat untuk ibunya yang sudah uzur.

    Ubat-ubatan bukan murah. Sunayyrah tinggal bersama ibu yang lumpuh kakinya dan ayahnya yang tidak bertanggungjawab. Ayahnya sering keluar melepak di kedai kopi dengan kawan-kawan yang seusia dengannya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang harus mencari nafkah untuk sang isteri dan anak. Ayahnya tidak pernah membelikan Sunayyrah apa-apa, jauh sekali hendak menghantarnya ke sekolah. Oleh itu, Sunayyrah tidak pernah berkesempatan menimba ilmu seperti anak-anak lain. (more…)

  • Hajinya Para Kekasih ALLAH… [Updated 21.12.08]
    By Muslimah on December 7th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    Photobucket

    Panggilan haji telah bergema ke segenap penjuru dunia. Panggilan ini bukan berupa genderang yang terdengar saat berperang. Bukan pula tiupan terompet pada saat penggantian tahun. Ini langsung dari Sang Pencipta alam semesta, Sang Pemeberi Rahmat dan kehidupan di seluruh jagat raya.

    Jutaan umat pun menyambutnya. Dari berbagai negeri mereka beramai-ramai datang dengan berbagai cara, menuju satu titik, dengan satu tujuan, satu seruan kerinduan…, “Labbaik Allahumma Labbaik… Labbaika La Syarika Laka Labbaik…”

    Ribuan malaikat ALLAH pun mengangkut di pundak-pundak mereka kidung jawaban para hamba ALLAH atas panggilan cinta, untuk dihamparkan di Arasy Laisa Kamitslihi Syaiun.

    Betapa bahagianya mereka kerana terpilih sebagai tamu ALLAH yang tertulis langsung di Lauhil Mahfuz. Bukan kerana kaya, tampan, ataupun berpangkat. Tetapi kerana taqwa dan percaya akan ALLAH Yang Esa.

    Mereka bukan saja akan mencium Hajar Aswad, mengitari Ka’bah, dalam luapan cinta yang mendalam. Mereka bukan saja akan berjajar memenuhi Masjidil Haram. Tetapi mereka juga akan shalat berjemaah dengan semua nabi dan rasul, segenap awliya’, jin-jin mukmin-muslim, bahkan dengan debu-debu dan kehangatan matahari, yang semuanya bertasbih.

    Siapa pun yang pernah merasakan kehangatan kasih Sang Khaliq, pastilah ingin senantiasa berkunjung ke rumah-NYA. Dan rasa inilah yang senantiasa menyelimuti hati hamba-hamba-NYA yang shalih, yang tinggi derajat taqwanya serta sangat dekat dengan ALLAH, para kekasih ALLAH.

    Bagi mereka, haji bukan sekadar ritus untuk mematangkan dan menyempurnakan rukun Islam. Melainkan, lebih daripada itu, sebuah kunjungan kepada Sang Kekasih Sejati.

    (more…)

  • Hati Seorang Isteri…
    By Muslimah on October 20th, 2008 | 9 Comments9 Comments Comments

    "Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…" An-Nissak : 1.

    Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
    Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

    Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.

    (more…)

  • Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah…
    By Muslimah on August 1st, 2008 | 5 Comments5 Comments Comments

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

    Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu’alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

    Assalamu’alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
    “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
    Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

    Calon zaujku,

    ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
    Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

    Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata…

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
    Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu…

    ”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)
    Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
    aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

    ” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
    Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

    “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

    Calon Suamiku yang dirahmati,

    ” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
    dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

    Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

    Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

    Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

    Wassalam

    .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

    Pertemuan…
    menghadiahkan kita kasih sayang…
    jika cinta satu pasti bertemu…
    ia tidak ternilai…
    kerana antara hati kita
    telah tiada antaranya lagi
    yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi…
    kita berpisah hanya sementara
    kerna pertemuan bukan milik kita…
    jasad dan suara berjauhan senantiasa
    namun cinta abadi…
    biar berpisah selalu menderita
    kerana syurga menagih ujian
    sedang neraka dipagari oleh nikmat
    bertemu tidak jemu…berpisah tidak gelisah..